Salam Sejahtera
Pejam celik,lebih kurang seminggu je lagi kita akan menyambut Syawal.
Mesti dah ada yang mula membuat biskut mahupun kek untuk tempahan or hidangan raya nanti.
Apakata korang try kek yang paling mudah & bolehlah korang hidangkan pada tetamu yang datang beraya nanti
RESEPI:-
KEK MINYAK PELANGI WARNA WARNI
Bahan-bahannya:-
- 5 Biji Telur
- 1 sudu esen vanila
- Pewarna (azie guna merahjambu,kuningtelur,hijau)
- 1/2 cawan gula halus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan minyak masak
- 1 camca teh baking powder
- 1 sudu besar ovallate
Cara-caranya:-
- Pukul telur bersama gula & ovallate sehingga kembang
- Kemudian masukan susu pekat,esen vanila,minyak masak gaul rata
- Akhir sekali masukan tepung gandum sikit demi sedikit,gaul rata
- Bahagikan adunan pada 3 bahagian_ letakan pewarna
- Lingkar seperti dalam gambar bagi menampakan corak kek(terpulang pada kreativiti masing2)
- Selang selikan setiap adunan yang diwarna kan
- Bakar dengan suhu 150-170 darjah lebih kurang 40-45 minit sehingga masak
Alhamdulilah siap masak
SELAMAT MENCUBA
Coretanku :-
Rasanya sedap,tak terlalu manis..serata je ..try tauuu
sdpnya tgk..npela yui xrjin lg..hohoh
ReplyDeletexpe yui nnt2 free boleh buat
DeleteSelalu buat kek plangi 3kaler ni, tp xde la guna minyak. Nti blh la try yng ni. :)
ReplyDeleteSama cam resepi mummy tapi guna 1 3/4 cawan tepung...mummy siap lorekkan bntk bunga,huhuu.....;-)
ReplyDelete