Assalamualaikum
Rabu baru ini aku singgah di Kompleks Kraf di Jalan Conlay Kuala Lumpur sempena hari promosi kerja kahwin 2013.Bermula daripada 19Jun 2013 sampai 1 Julai 2013.So Far banyak jugak butik2 yang ambik bahagian dalam promosi ini,memang rambang mata dibuatnya semua cantik2 harga pulak jangan cakaplah boleh tahan .
Ada beberapa butik yang sempat aku singgah ,tanya itu ini sebab harga promosi ini berbeza sikit dengan harga di butik sebab katanya lagi murah sikit..Selain itu ada jualan seperti batik,songket,kek,kad kahwin dll.
Tak sempat nak terjah semua booth yang ada inshaallah ada kesempatan esok nak singgah sebab promosi ini tamat 1 july 2013 nanti
Tak sempat nak terjah semua booth yang ada inshaallah ada kesempatan esok nak singgah sebab promosi ini tamat 1 july 2013 nanti
Selain promosi yang ada disana,tidak ketinggalan jugak dekat area rumah aku dekat Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn ada promosi kahwin.. Bermula semalam 27 Jun 2013 sampai 30Jun 2013.Jarang2 sekali dekat sini nak buat karnival/promosi kerja kahwin ini...Tapi tahun ini maybe rezekikan
Butik yang aku ambil ada di Kajang jadi tak jauhlah dengan tempat majlis aku nanti,syukur sangat.Nanti aku share butik mana aku ambik okay..Yelahlah lagi berapa bulan je aku baru nak tempah2 bagai ini kan.Stress bila fikir semua ini mana taknya cousins aku semua tanya tema apa..Lepas ini leh roger2 dengan depa semua...
Apa yang penting aku berharap majlis aku nanti berjalan dengan lancar..Banyak sangat nak fikir tambah pulak adek beradik bukan nya ramai sorang je pun jadi kenelah setel sendiri.Mama & Abah banyak sangat membantu cian dekat dorang sebab bertungkus lumus untuk majlis puteri sorang dorang ini hehe
note : lagi beberapa hari nak puasa..alhamdulilah semoga dipermudahkan segalanya
created by : shafazie