Showing posts with label persiapan. Show all posts
Showing posts with label persiapan. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Persiapan Raya

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Tinggal beberapa hari sahaja je lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal,persiapan pun hampir2 setel terutama bab anak,alhamdulilah Syawal ini lebih bermakna sebab ada budak tecik .Persiapan pun more dekat dia je beli itu ini lah sampaikan tempah baju sendiri pun last minit ok .



Alhamdulilah akhirnya baju pon siap dengan sempurnanya terima kasih my cousin kak ima sebab jahitkan baju kami .Baju alisya ,cousin azie buat 2 helai,baju kurung pahang & jubah tapi baju kurung pahang itu tak ada kain .Macamana rupanya kan.... ala2 jubah gitue sedang elok je alisya pakai .Itu pun tak tahu berapa lama dia nak pakai biasalah budak kecik panas2 kang mulalah rimas.Nanti azie share pic ehhh 



Raya ini balik mana....???


Tahun ini agak keberatan sikit sebab cik husben kerja sampai raya ke 6 or 7 ,ibarat macam tak cukup korum lah sebab cik husben tak ada dengan kami raya sama2.Jadi azie ikut abah azie balik kampung dokat N9,rayalah dengan dak kecik alisya ini.Tahun lepas raya dalam keadaan pregnant paham2 je lah orang pregnant kalau jalan jauh sikit mulalah mual lah peninglah (itu dugaan thn lepas)



Biskut raya buat ke or tunjuk2 je...??



Tahun ini memang awal2 lagi azie dah bagitahu cik husben nak buat biskut,tambah pulak time besday tempoh hari dia hadiahkan EO itu yang semangat nak buat biskut raya.Dapatlah 3 jenis popia nestum,cornflakes madu & suji .Ehh lupa pulak sempat jugak buat kek .Resepi korang boleh tengok dekat Resepi Shafazie



Cuti Raya sampai bila....??


Seperti raya2 sebelum ini,seminggu je & awal 2 hari 
Now nak buat kerja pun dah kelaut sebab apa...mood raya dah datang...Ehhh KORANG pun sama kan,tak baik tipu tauuu  hihi





coretanku :-
Balik kampung ooo balik kampungg




Tuesday, September 2, 2014

M2B:- Pengiraan Pengerakan Baby

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Alhamdulilah my baby dah masuk 30week,kejap rasanya..
2minggu lepas checkup, cucuk  kancing gigi kali ke2..kebas sangat tangan lepas itu
Tak kurang dengan cucuk siap ambik darah
Result dapat time checkup akan datang ...hope everything it ok


Nurse pun dah start mintak azie buat pengiraan pergerakan baby
start daripada kol 9.00am dengan 10kali pergerakan..
Pergerakan ke 10 kene catatkan masa dalam buku merah..
Andai tak cukup memang kene refer terus ke hospital..


Now azie pun dah start checkup 2minggu ..
Buku merah dah kene bawak ke hulu ke hilir
Persiapan barang baby & mak dah kene standby ..


Alhamdulilah barang2 baby dah setel just ada beberapa je yang tinggal
Now barang keperluan azie yang perlu di setelkan
antaranya bengkung,booking tukang urut,set berpantang..
Untuk set berpantang azie more pada produk shaklee 
bukan tak nak ambik jamu,takut tak sesuai dengan diri azie


Sebelum pregnant memang azie ambik amalkan makan produk shaklee
alhamdulilah sesuai dengan antibodi azie.
Kawan2 azie yang amalkan set berpantang dengan shaklee pun kata ok



See u next entry......




Coretanku :-

Mudah2an semuanya baik2 
tahniah buat teman2 azie yang baru dapat cahaya mata & selamat berpantang


buat kawan2 diluar sana yang masih menunggu,inshaallah ada rezeki untuk anda
banyakkan doa n berusaha ok jangan patah semangat
Segalanya datang Daripada_Nya kita kene banyak bersabar & terus berdoa 


Thursday, December 5, 2013

Review 8:- D.I.Y Hand Bouquet

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
05 Disember 2013




Review 8 :- Hand Bouquet



Okay2 kita review lagi ehhh 





inilah hand bouquet azie time wedding ..tapi ini azie guna time majlis nikah je
ingatkan nk guna sekali time sanding tapi pihak butik dah sediakan azie pakai je yang dorang sediakan

hand bouquet ini mama azie yg DIY kan..azie just pilih bunga2 yang azie nak je
azie suka carnation flower...mmg tema hantaran pon carnation flower


ada yang nk tempah ke...??





note : - see u next entry....


Thursday, November 21, 2013

Review 7 : Inai (makeupkahwin.com)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
21 November 2013




Review : Inai




azie pakai 2hari sebelum majlis..hari jumaat 1 nov 2013
owner inai ini kawan baik azie sendiri @my bff
puan zubaidah aka bed


Al kisah disebalik azie pakai inai.....
khamis malam tu 31 /10/2013 mama azie pakaikan azie inai daun
bila dah pakai nk wt 1 kerja pon xboleh...stresss

tengah2 pakai kepala gatal..tangan gatal...ishhhhh geram lak
sampaikan nak tido pon jd masalah
alih2 mama azie sarungkan dua2 tangan azie dengan plastik
hahaha..sampai berwap2 ok
dalam kol 4 azie bagun terus cuci...tapi still tak pekat lagi sekurang2nya kene 1 hari kan

petang itu kwn baik azie nie datang topupkan balik inai azie ini


ingat tak azie pernah promote blog dia sebelum nie 


corak ini azie pilih dari design yang ada
selain tangan ,jari azie buat sekali ke2 belah kaki




dalam 10 minit je dah merah seperti dalam gambar



bagi yang ingin mendapat khidmat puan zubaidah ini korang boleh view blog beliau


Makeup Kahwin menyediakan pakej


(inai,makeup & gubahan hantaran )



note : thank q yunk....design ko buat memang nice sgt...hope ko berjaya dalam bidang yang ko ceburi ini

Review 6:- Heels Nikah & Sanding

Assalamulaikum & Salam Sejahtera
21 November 2013




Review : Heel (Nikah & Sanding)


Kali ini azie nak share pulak kasut/heel yang azie gunakan time majlis nikah & sanding 
dua2 pasang ini azie beli je
nanti boleh bawak poie kojo or simpan kenangan weyyyyy



Untuk kasut nikah azie beli dekat kedai biasa je harga dalam rm 39.90 kalau tak silap...azie memang bekenan dengan bentuk kasut/heel ini..putih pulak itu boleh match dengan mcm2 warna baju kebetulan pulak baju sanding time majlis bertandang warna white gold...dah kene sangat dah sesuai sangat





azie just diy sikit pada heel nie ...nampak tak reben tu..mcm comel je....




Untuk sanding pulak azie gunakan heel yang ini pulak


sebelum diy




selepas diy


awalnye kosong je untuk nampak seri heel ini azie tambahkan bunga2 kecik itu ,ingat muka je nak seri kasut pon nak tau hihihi


azie bukan tak nak pakai kasut yang pihak butik bagi 
azie cuma tak selesa je nak pakai
kot tgh berjalan tercicir pulak 1 hal
jatuh 1 hal
ishhhhhhhhh
teringat time nak naik tangga time berarak baju tersangkut dekat kasut nie....huwaaaaaa segannye weyyy
tapi cepat2 cover ( tanpa diduga ) benda nak jadi kan bila ingat balik tersenyum2

kita nk pakai bukan setakat 10 minit tapi berjam2 ok
ini pun petang time nak photoshoot perghhh kaki dah lenguh sgt  alih2 azie tanggalkan je 
pengantin berkaki ayam



dekat mana nak cari kasut warna warni ini...??
- boleh survey dekat mines (nama kedai lupa) tapi tingkat atas bwah giant kalo tak silap)
-boleh survey di plaza wang..melambak2
- mana2 shopping complex esply kedai kasut ler.... 


harga?
- tak mahal bawah rm50 pon boleh dapat



p/s : bg B2B kalau korang rasa heels yang pihak butik bagi tak selesa jangan paksa diri pakai ok...korang carilah heel/kasut yang sesuai dari segi warna yang kene ngan warna bju pengantin korang tue. kang melicitlah,tercabutlah dah bebankan diri korang sendiri.pakai utk selesa.. nie pendapat azie je



note :  azie mmg tak biasa pakai heel...kalau pakai pon kejap je ...

Wednesday, November 20, 2013

Review 5 : Bubble Talk @ Photobooth Props

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
20 November 2013



Review : Bubble Talk at Photobooth Props



Kebiasaan bila berkunjung di Majlis Perkahwinan kita akan nampak 1sudut dimana adanya props seperti bubble talk,guest book.Terkesima melihat deco2 membuat diri kita tertarik menarik melihat props@photobooth yang disediakan


Begitu jugak dengan majlis azie...azie sediakan ruang yang sederhana untuk guest book & bubble talk













Meja yang tersedia indah bak kayu itu azie guna perabot dari rumah je,biasanya kos order ruang ini memakan ratusan ringgitkan  jadi untuk menjimatkan sedikit kos apa salahnya menggunakan perabot yang sedia ada..betul tak...??




Untuk bubble talk itu azie order melalui 





Kesemuanya ada 26pcs.....Bajet dalam lingkungan RM 60 termasuk kos penghantaran
Pemilihan untuk bubble talk korang boleh listkan sendiri ....
contoh :- selamat pengantin baru,i'm single,my wedding


Design2 lain untuk bubble talk ini korang boleh tengok sendiri di FB Wedding Express-Photobooth Props



Untuk GuestBook itu cer click link ini












p/s : baru nak verangan ngan encik hubby time post2 pic ngan cousin /kwn2 nak pakai bubble talk nie alih2 xada pon pic azie & suami guna bubble talk nie..huwaaaaa..tgk pic tetamu yg datang guna bubble talk nie ya ampun nice nye.....jelezzz ok.....



 rasa mcm nak sewa kan je bubble talk ini tapi buat masa ini azie simpan dulu mybe nak gunakan time wedding cousin azie next year.....jimatkan.....



kalau azie nk sewa/jual azie war2kan ehhhhhhhhhhhhhhhhh


still boleh guna lagi




note : bt masa ini azie share persiapan dulu sebelum kemuncak  majlis nikah,sanding & bertandang ehhhhhh......banyak pulak nak storyyyyy....fuhhhhh .....sabar tau korang2 

Review 4 : Button Badge- Kadkahwin Yok Jimat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
20 November 2013



Review : Button Badge


Setiap kali kalau kenduri kahwin ,orang akan tertanya siapa itu ehhh,mana satu mak ayah pengantin,owhh baju sedondon itu family agaknya.Bagi nak memudahkan orang mengenali kaum kerabat pengantin ini terutama mak ayah pengantin inilah caranya



button badge



Dengan cara ini memudahkan orang mengenali family kita ,yelah yang datang tak semua yang benar mengenali family pengantin,time inilah orang nak berkenal kenalan kan betol ke idak .....
Kalau sebelum2 ini kalau ade majlis kahwin orang akan guna duit letak sikit reben then lekapkan dekat baju seringgitlah limaringgitlah kalau  rewang2 dekat kampung mesti adakan.Tapi sekrang zaman dah moden jadi dimodenkan semua itu




Button Badge ini azie order dengan member azie owner pada
  FB :Kadkahwin Yok Jimat
link fb korang tengok dekat bahagian promote blog azie ini....Bila click akan keluar content not found kan jangan risau korang masukan je email/paswd fb korang nanti keluarlah pages fb kadkahwin yok jimat itu









kesemuan kuantiti azie order dalam 98pcs... antaranya mama/abah,aunty,unle,cousin,nephew



untuk memudahkan kerja azie siapkan pack2 mengikut family,senang taklah berebut2 nanti 








TARA




-



-





-



-




-




-



-






-








-





-





mesti penat scroll kan..........


-












-











-




-















nampak x dorang pakai button badge tue.....sekali sume ikut tema azie..purple...
ini semua kaum kerabat azie belah mama dr johor








note : Tahniah kawan azie ..owner kad kahwin yok jimat dah selamat lahirkan baby boy 4hari sebelum majlis azie......

Review 3: Guest Book-PartyPrint

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
20 November 2013





Review :- Guest Book



Kali ini azie nak share guest book yang azie guna time wedding,ini pun azie order melalui  
FB : PARTYPRINT
Kalau tak dapat click dekat link itu korang cari dekat fb Partyprint yerk,selain guest book, props & photo booth,name tag,kad kahwin,candy buffet dll.





Korang pilihan design yang macamana korang nak then bagi jetahu akak itu..Kalau nak letak tema warna pada guest book itu ke gambar ke terpulang korang boleh tengok contoh2 yang ada .Then akak itu akan sent draf design yang dibuat atas permintaan korang itu,pilihlah yang mana bekenan.



ini pulak bahagian dalam buku itu





azie pilih design dalam kosong macam itu just letak nama ktorang je dalam itu design pun sama rupa dengan muka depan guestbook itu....Tebal guest book ini.Pilihan korang boleh letak gambar ke setiap muka surat or muka depan tue ke terpulang ikut kreativiti masing2



Lepas korang bekenan semua draft yang dia buat dah boleh approve ,buat bayaran & detailkan alamat penghantaran .Mudahkan





Nak buat sendiri itu bolehh memandangkan masa terhad jadi beli on9 jelah jawabnya.






note :  mcm2 wish ada dalam guest book azie ini kelakar lahh...hahaha tqsm yg wish2 yerkk...syg sekali ingat nk sambung guna guest book nie belah laki tempoh hari tapi buku ini hilang pulak alih2 hubby azie jumpe dalam laci...

Review 2 : Kad Kahwin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
20 November 2013



Seperti yang azie war2kan sebelum ini azie akan share  dengan korang2 terutama bakal  b2b 
Sory agak lewat pulak nak share semua nie memandangkan masa terhad ..
azie berharap sedikit sebanyak maklumat yang azie share nnti akan beri sedikit sebanyak info untuk b2b


Review :-KAD KAHWIN

Kad kahwin ini kira penting jugaklah sbb bila ada kad ini orang akan ingat bila /tiba masa majlis tambahan pulak perkara penting yang org akan lihat...tarikh..lokasi (peta)


Kad Kahwin azie alhamduliah siap tepat pada waktunya dalam masa 12hari 
Senang berusan dengan Kak Mas at  SF Creative Card Station
datang kedai pilihlah design yang korang suka...
then bila dah bekenan isi borang maklumat untuk kad kahwin
kalau boleh bawak pelan/peta lokasi majlis nanti senang...
nanti akak tue akan email draft kad
time itu checklah segala speeling,date,lokasi,nama,no telefon,aturcara majlis semua ..
bila okay isi form(maksudnya korang approvedkan design bagai semua itulah) and email balik 


Then buat bayaran deposit...samada bank in or datang kedai
bila dah buat bayaran deposit baru kad akan diproses
then tunggu kad siap dalam masa 2minggu hari bekerja
kalau tak banyak cepatlah siap


contoh kad kahwin azie 

simple kan...azie mmg suka yang simple


azie bt 2design...maksudnye belah azie guna design yang ini warna kad lebih kurang warna krim 
then belah laki warna gold white ,nama lelaki ubah bahagian depan
kene cas sikit dalam rm30 cmtue...


azie tempah dalam 1000 keping (800 (P) & 200(L) )
selain itu dapat free tag "terima kasih"
1 bunting
sampul surat 1000 keping serta 10 keping kad free



Promosi SFCCS:-

info fb : click sini


Lokasi SFCCS

328 Jalan Pudu, 
55100 Kuala Lumpur, 
Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

No Tel : 0321413699




Wednesday, October 30, 2013

Counting Day....Debaran Kian Terasa...


Assalamualaikum
30 Oktober 2013 (25 Zulhijjah 1434H)





Esok(khamis) last bulan Oktober 2013
November bakal membuka tirai
 MAKNANYA
majlis azie hanya tinggal 4 hari sahaja lagi (31/10-03/11) 
Ya Allah kejap sungguh masa berjalan..Debaran kian terasa,cuak weyyy.







counting day






Friday, October 25, 2013

9Hari Lagi

Assalamualaikum
25 Oktober 2013 ( 20 Zulhijjah 1434H)



Terasa kejap masa berlalu begitulah jugak dengan majlis azie yang tinggal  9hari lagi.So far persiapan 80% dah setel baik daripada dokumen nikah,jurunikah,kompang,pa system,catering,photografer,pelamin,baju nikah,tempahan kek,door gift,bunga pahar,edar kad kahwin alhamdulilah setel dah fuhhh lega 




   sumber  :  PINTEREST


Minggu depan follow up balik dengan orang2 terbabit, semakin dekat ini tido pun terjaga2 je ,kesihatan azie pun sedikit tergangu mudah2an time majlis nanti semuanya ok.



Minggu depan hari jumaat azie dah start cuti alhamdulilah bos bg 2minggu memandangkan majlis bertandang seminggu selepas majlis belah azie jadi seminggu lepas itu boleh rest or honeymoon hehehe (ngada2 ehh)





my tema wedding :)



okaylah,dah taktahu nak habaq apa dah tertiba blur....



note : petang ini PM umumkan bajet 2014 ..hope adalah sesuatu yang baru lagi2 kami yang kerja swasta ini  have a nice day 

Friday, October 18, 2013

Deco Bilik

Assalamualaikum


Minggu lepas dengan jayanya azie 1family kemas rumah & bilik dari hari ahad ke sabtu (seminggu jugaklah)lamakan...kerja punggah memunggah itu yang mengambil masa yang lama sangat,kalau 1hari nak buat mahu pengsan.


punggah-kemas-buang/simpan-kemas 


Bermula daripada bilik abah/mama azie sambung bilik azie pulak time itu tengok rumah dah tak rupa rumah rasanya,berselerak sana sini ok! Azie setelkan bilik abah/mama azie dulu susun atur sebab nak alihkan almari yang sediaada & sedekah je .Akibat tak larat nak alihkan almari bilik azie ke bilik abah azie memang tenaga ktorang b3 tak cukup terpaksa call pakcik azie minta tolong (sampai mcm itu sekali ok ) nasib rumah pakcik tak jauh kalau tidak mahu panggil jiran2 weyyy hahahaha


Bila tengok bilik dah lapang rasa nak biarkan aje baru nampak selesa,tidur beralaskan toto je macam orang korea .Sehari 2 boleh kot masuk hari ke3 memang hazablah ..


sebelum 



ruang letak katil



ruang meja makeup 
sebelum ini ruang  letak meja putih yang alas belang2 yang dalam pic atas tue



dinding bilik warna light purple
yang corak semacam itu kesan daripada almari lama takdan nak cat bahagian itu tak kuasa azie nak alihkan gedabak sangat itu yang biarkan macam itu



selepas



Akhirnya,yang ditunggu2 tiba,dengan jayanya jugaklah bangla itu pasang siap kesemuanya sekali dengan pantas .Azie pulak excited tak sabar ok nak tengok hasilnya.




Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa.....






Time kat kedai  tengok katil ini takadalah besar mana pun alih2 sampai bolehtahan jugaklah habis space tau baru nak verangan2 nak letak katil nie melintang supaya ada ruang nasib ada ruang sebelah itu


Yang tak boleh blahhhhh tilam  ini nama gangnam sytle weyyyyyyy hahahaha...opppa ganggnam stylee




Almari pun boleh tahan gedabak...meja makeup ini terpaksa azie alihkan dekat ngan katil sebab makan space tak boleh nk tutup pintu...Pilihan warna hitam ini azie yang request dekat mama,ikutkan mama azie bekenan warna white tapi white ini nak kene jagakan itu yang tak ambil


Malam itu  feeling2 sikit je esoknya baru deco bilik ini....punggah memunggah sekali lagi,serius memang penat yang taktahan itu habuk & bersin ajelah kerjanya...


Hasilnya selepas mendeco tunggguuuuuuuuuuu nanti azie share ehhhh



note:  





Thursday, September 26, 2013

Debaran Kian Terasa

Assalamualaikum



Masa semakin singkat sangat tinggal lebih kurang 5minggu lebih je,preparation baru 60% je selebihnya kene pulun habis sebelum majlis..Risau sangat ,tidur pun tak lena macam2 fikir TAPI makan kenyang je hahahaha....


Now busy setelkan agihkan kad jemputan.


Perkara yang perlu diberi perhatian dalam nak mengagihkan kad jemputan adalah nama jemputan,alamat, takut kang ada pulak tak terjemput memang check by check setiap masa.Bab check2 ini azie serahkan pada mama & abah je,banyak woowww poning pale den...


Pelamin,makeup,baju ,photografer untuk belah azie & cik tunang setel dah .Azie ambik butik dekat Kajang je manakala belah laki dekat Rawang (budak kampung cik tunang) sekali dengan package photografer...Manakala kek alhamdulilah pakcik azie sponser ,azie order pakcik tolong bayarkan thank q pakcik & my cousin


Dewan package sekali dengan catering.awal bulan 10 ini test food pulak harap2 sodapnya nanti samalah bila tiba harinya..(risau tauu)itu pun mama & abah azie buat tambahan lauk dari catering luar ubah sikit2 je.Catering luar ini azie dah byk kali rasa memang sedap raya haritu time buat open untuk family2 azie memang catering ini azie ambik...sodap,makanan pun tahan,siap bagi lebih lagi memang puas hatilah...


Hope everything is ok.....Inshaallah




note : soryyy minggu ini azie busy sikit setelkan kerja dekat ofisss...Thank Q bg yang singgah sini 




Tuesday, September 17, 2013

Cuti Dah Lulus

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Alhamdulilah cuti untuk kahwin dah approved
mintak seminggu je
bos tambah lagi seminggu


yg tanda bulat2 itu cuti azie :)


sebab majlis untuk kedua2 belah pihak beza seminggu je
inshaallah 18/11 naik kerja dahh... kot2 sambung cuti lagi hahaha



semoga dipermudahkan segalanya....



note : satu persatu kene checklist...tinggal lagi brapa bulan & hari je

Tuesday, September 10, 2013

Part 3 : Persiapan Baju Nikah

Assalamualaikum




Memandangkan sekarang dah bulan sombilan jadi dikira2 lagi sebulan lobih aje untuk siapkan segala persiapan, taktahunakgambarkanmacamanarupadensekarangini. Rabu baru ini sempat setelkan untuk baju nikah & kad kahwin. Al kisah baju nikah mulanya nak sewa je dekat butik tapi macam kurang choise je jadi pilihan terakhir beli je sonang.


Bukan beli dah siap tau tapi kene tempah! omg time itu terfikir ada ke orang nak ambik -jahit ,sempat ke.Mungkin rezeki kami time itu jalan2 dekat area Jalan TAR tergerak hati nak masuk 1kedai ini memang ada jual kain2 then tengok baju yang ktorang (azie & tunang) nak terus tanya samada ada ambik tempah or tak..alhamdulilah dorang still ambik.


Apalagi terus azie ambik set L & P harga dalam lingkungan RM 190.00 ke RM250.00 camtu,yang buat kain itu murah/mahal ke sbb lace siap bodek lagi dapat murah sikit  hahaha thank Q auntie,nak tempah kedai dah nak tutup ktorang datang esok...


Esok khamis 05/09 lepas azie setel  fitting terus pergi jalan TAR,time masuk je kedai tingkat 1 perghhhh terngaga jap sebab banyak baju pengantinnnnnnnnn...lawa2 !!lupa na tanya kalau sewa berapa 
Kedatangan ktorang dibalas dengan senyuman sorang amoi 
( kira pangkat auntie sbb bukan muda)
lebih senang azie gelarkan amoi ehh


Selepas tunjuk kain, dia tanya nak buat kurung moden or design sendiri... azie pun round tengok contoh2 yang ada bekenan 1 design terus bagitahu amoi itu,dia kata ok..terus dia ambik ukuran.
Inshaallah baju ktorang siap dalam 3 or 4 minggu



sorry azie tak sempat nak snap baju2 yang ada dekat kedai 







inilah tema nikah ktorang


tak sabar nak tunggu siap
harap okaylah







p/s :-hmm tenet slowwwwwwwwwww..menci

note :- inshallah next entry azie share kad kahwin pulak ehh




Monday, July 8, 2013

Prosedur Pemohonan Perkahwinan ( Anggota Beruniform)

Assalamualaikum



Seperti yang dijanjikan sebelum ini,azie nak share mengenai permohonan perkahwinan untuk anggota. Anggota yang azie maksudkan polis..tentera & seangkatan dengannya.


Macam tunang azie polis,jadi sebelum nak isi/setelkan borang nikah dia perlukan setelkan borang permohonan perkahwinan daripada jabatan dia dulu,kene isi borang & lengkapkan borang itu (maklumat dia & maklumat azie) then dia kene hantar balik borang itu dekat jabatan dia dapatkan sign & surat kelulusan camtulah.Pastikan lengkap dan maklumat diberi betul sebab ini untuk rekod jabatan .



Antara dokumen2 yang diperlukan:-
  • salinan kad kuasa pemohon
  • salinan ic bakal isteri
  • salinan ic ibu bakal isteri
  • salinan ic bapa bakal isteri
  • surat akuan bujang pemohon
  • surat akuan bujang bakal isteri
  • salinan test hiv pemohon
  • salinan test hiv bakal isteri
  • salinan sijil kursus perkahwinan pemohon
  • salinan sijil kursus perkahwinan bakal isteri

** kesemuanya kene sediakan dalam 3salinan**


Setelkan semua ini,pemohon(tunang azie) kene isi maklumat dalam sistem HRMIS pulak.
Selesai semua ini bolehlah setelkan borang nikah .Sebab itu tunang azie kene setelkan borang2 dia dulu.
Tapi yang ini untuk polis ,bagi tentera azie tak pasti samada prosedur dia sama ke tidak...



note : scan & save semua salinan dokumen2 yang diperlukan dalam pendrive senang sikit ,esok nak isi borang nikah dah ada . yang original pun perlu nanti jadi simpan dalam file.

Friday, July 5, 2013

Wedding Check List _B2B

Assalamualaikum



Wedding check list for my resepsi 





1.Dokumen2 yang perlu :_
  • Kursus Pra Perkahwinan                               
  • Hiv Test                                                        
  • Borang Kebenaran Untuk Anggota (Lelaki)-khas utk polis & seangkatan dengannya
  • Surat kekelulusan untuk Anggota (Lelaki) -khas utk polis & seangkatan dengannya    
  • Surat Kebenaran Nikah (Lelaki)                     
  • Borang Permohonan Nikah (Lelaki)                
  • Borang Permohonan Nikah (Perempuan) 2C  
  • Borang Persetujuan Wali    2D                       
  • Surat Akuan Bujang (Lelaki)                          
  • Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah (lelaki)
  • Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon                      "Kebenaran Nikah Luar Negeri’. (Lelaki)  
  • Lengkapkan borang (L/P),hantar ke Pejabat Agama(tunggu surat lulus)    
  • Pastikan borang lengkap serta buat salinan yerk                 


2.Persiapan untuk Majlis Nikah:_
  • Lokasi Nikah                       
  • Jurunikah                             
  • Saksi (2orang)                     
  • Baju Nikah (Lelaki)            
  • Baju Nikah (Perempuan)     
  • Hantaran (Perempuan)        
  • Hantaran (Lelaki)                
  • Bantal Nikah                    
  • Makeup Nikah                  

3.Persiapan untuk Majlis Sanding Belah Perempuan :-
  • Tempah Dewan         
  • Catering                     
  • Door Gift                   
  • Pelamin                     
  • Baju Sanding (Perempuan ) & (Lelaki)
  • Aksoseri                   
  • Makeup                    
  • Kasut Lelaki             
  • PA System              
  • GuestBook             
  • Pengapit                  
  • Photographer           

4.Persiapan untuk Majlis Sanding Belah Lelaki -Bertandang
  • Catering                        
  • Pelamin                          
  • Baju Sanding (L) & (P)  
  • Makeup                        
  • Aksesori                        
  • Kasut Lelaki                  
  • Door gift                       
  • Pengapit                       

5. Persiapan2 lain:-
  • Tempahan kad jemputan   
  • Door Gift                        
  • Tempah kek                   
  • Bunting/Banner                
  • Tanda Arah Jalan             
  • Bridal Bouquest               
  • Kompang                        



Inilah antara persediaan,persiapan untuk majlis nikah,sanding untuk majlis azie,banyakkan kene buat,mudah2an segalanya berjalan dengan sempurna. Bagi B2B bolehlah jadikan panduan ini untuk rujukan korang2 nanti. sharing is caring


tips :
  • Kalau boleh buat catatan keperluan yang diperlukan contoh dalam diari ke or buku catatan ke untuk memudahkan rujukan korang nanti.(Penting ini)
  • Pastikan segala barang yang dibeli or booking membooking itu ada resit bayaran yerk
  • Dengan ada segala butir2 bayaran or pembelian korang boleh tahu bajet yang korang dah keluarkan untuk majlis korang,samada terlebih or ok (kene ambik kira ini untuk mengelakan pembaziran)
  • Segala tempahan kene buat awal..elakan drp last2 minit..
  • Serius bila banyak benda nak kene buat,badan memang letih jadi pastikan kesihatan dijaga ok
  • check list tempahan yang telah dibuat dengan pihak terbabit 
  • Hiv Test valid 6bulan & borang nikah 3bulan
  • banyakan berdoa & solat yerk mudah2an majlis berjalan dengan lancar.amin ya rabbalamin







note : Azie doakan mudah2an persiapan untuk majlis korang (B2B) berjalan dengan lancar,jangan stres sangat tau,memang pening,letih,risau tapi cuba buat yang terbaik okay..inshaallah