Thursday, December 10, 2015

ShortVacation : Part 3 : Zoo Melaka






Hokey ini part last
 #shortvacation #melaka # 2H1M #shafaziesya

Pagi jumaat 04 Dis  itu lepas breakfast lepak dalam bilik sampai time nak check out , ajak cik husben pusing2 bandar ingatkan nak g Museum Art tapi celah mana tak jumpa hahahaha nak naik kapal lak anak tidooo ..cian pulak


 AKhirnya plan ke Zoo Melaka
Selama azie belajar ke melaka dulu2 tak pernah masuk zoo melaka ini, sampailah dah ada anak baru lah ke zooo itu pun nak kenal kan dia dengan binatang2 .Lupa harga tiket (makan semut byk sgt nie)


Nanti dorang bagi pelekat kt tangan itu maknanya ko dah bayar ,masuk2 je kene ambik gambar samada nak beli or tak terpulang..Larat tak larat usaha jugaklah kan sebab dh bayar setakat jalan sikit lepak je duduk2 je baik takyah kan.



adalah 3 ekor zirafahhh ,tunjuk dekat iesya dia tengokk je agaknya dok fkir apa benda itu..tinggi2 kan










Biasalah atang pun tengahari sah2 haiwan2 dalam ini tengah tido tak pun makan....
tengok lah pak belang itu tidooo aje keje dia...

taklah banyak sangat binatang pun...menarik prhatian pon gajah..orangutan...
singgaa .. 
Tup2 esoknya dapat whatsappp yang kata singga kt sini hilang entahlah taktahulah kesahihannya .

coz time azie datang adaaaa je tengah tidoooooooooo,dah itu nampak tua dahh macam tak larattt nak ambik pic pon xdan sbb anak nak susu lak..Yelah tak mustahil kalau dia nak ilang sbb zoo dekat ngan hutan kan 


Cuma nak katalah kalau dorang selenggara baik zoo ini mesti cun hokay..hihi 
coz tempat dah jadi tarikan kan..famous amous kan.. siap ada zoo night lagiii


Penat gak jalan2 dalam ini ,nasib anak xmeragam riuh dengan telatah budak2 .. suka dorang tengok haiwan2 dalam ini lebih dekat kan .iesya tak mengerti lagi sok2 dah bsar sikit mama bawak jalan2 lagi kt zoo ehhh anak.



Inilah percutian singat kami ke Melaka Bandar Bersejarah,plan bercuti last minute coz cik husben kita apply cuti kalau idakk tak adalah shortvacation kami ...
Opppss esok 11 Dis Selangor cuti esok gak azie n family n cousins plan cuti ke PD lak ...
ada menarik kita story mory dalam blog ehhh


Selamat Bercuti uollss


ShortVacation : Part 2 : Dataran Pahlawan _ Menara Taming Sari_Coconut Shake_Umbai (Ikan bakar)_Beca



Part 1 BACA SINI


Lepas lepak hotel dalam sejam ,rehat2 kan badan ..rehatkan dak tecik iesya barulah ktorang mulakan destinasi kami 

Terus ke Dataran Pahlawan _Lepak dekat mall cuci2 mata,ada pameran Doremon &  the geng .Biasalah bila ada anak tecik ini kadang2 memang tak larat nak dukung lagi2 dah dapat kaki kan nak bagi lepas jalan sendiri memang taklah bahaya lah ,alih2 cik husben kata kita naik kan dia dalam kete ini




Sewa lah dalam sejam dalam RM 25 nanti dia pulangkan balik deposit kita lupa ehh berapa... 
Mula2 naik bukan main suka dia tersengih2 ,mama n baba dia pun excited hokeyyy.

Tak sampai 5 minit kot dah mula dah...cebik je muka ..puas pujuk umpan tak layazzzz hokey,alih2 keluarkan gak kang menjerit tak pasal2 je...




Tengokkkkk




siapa yang OVER sebenarnya ini











~~~~~~~~~ hahahahaha ~~~~~~
mama over hokeyyy,nasib tak muat kalau x memang dalam itulah jawab nya



Lepas dipujuk ,dibelai dimanja diumpan akhirnya



Control ayuuuu si tecik ini...
Terus diam time ini,legaaaaaaaaaaaaaaaaaa dapat lah pusing2 mall ini dengan aman
hajat dihati nak beli beg tapi macam mahal lak .Tak sampai sejam pulangkan balik kete ini,dak tecik ini pun dah mengantukkkkk


Destinasi seterusnya

Ke Pantai Klebang ler kita yokkkkkk
menjamu Coconut Shakee...shakeee



Tapau je ,nak makan situ ramai giler orang... dak tecik iesya ini zzzz pulak kang mangamuk lak dia
tapau 3 bungkus terus bawak balik hotel simpan dalam peti ais terus ktorang ke Menara Taming Sari okay

Sebab itu ktorang cari hotel yang dekat2 senang nak ulang alik...



Menara Taming Sari
Dewasa : RM 20.00
Kanak2 : RM 10.00

Tapi tunjuk IC dapatlah diskaun
RM 15.00 sorang 


Dapatlah 2 botol air mineral & muffin



Bestttt..dapat tengok pemandangan Melaka
Sebenarnya dah lama azie nak naik ini ,akhirnya dapat gakk ..rozokiii katakan








iesya time ini relaks je hokey,ktorang laki bini sibuk bergambar dia tengokkklah tu....

" iesya wt pe tuuuu "


Biasalah bila ada anak tecik ini lagi2 dgn cuaca panas memang cepat dia meragam,kehulu ke hilir aazie bawak payung n kipas kecik .Lepas je naik ini ktorang ke Gerai2 dekat luar itu shopping sikit beli belacan lah asam lah..asam pedas lah tapau makan kt hoteell..lapar weyyy


Lepas habis xtvt petang itu terus balik hotel,rehat2kan badan .Malam itu plan nak ke Umbai makan ikan bakar .Nak jadikan cerita naik je kereta iesya pun yakkk naiklah bilik balik setelkan dia dulu..Lepas dh kosong perut tu apalagi bantai tido jelah sepanjang jalan nak ke Umbai


Cehhh dah hafal weyy jalan kesana...



Time sampai memang ramai gak orang biasalah cuti skola.. 
Pilihlah Ketam masak black pepper,udang & sotong masak sambal n kerang rebus + Nasi putih + Nasi lomak + air tembikai jug..


Nak dijadikan cerita tak sempat makan dak tecik dah wat hal,serba tak kena,nasib suruh cik husben makan dulu.time azie nak makan dak tecik ini dah meragam je semua tak nak alih2 azie kata kt cik husben baliklah ,lauk2 tadi bungkus kang stay lagi situ cian tengok dak tecik nie..
Memang sabar jelah 


Dlam kereta dia gelak2 ,alahai anakkk mama...ilang selerooo mama tauuu hmmmm..Cehh cik husben bawak naik beca memang sukalahh kita ..RM 35  hokey kot bila minta kurang xdapat dia kata cuti skola kalau tak mau cecah RM 45 tauuu..


Hai hello kitty


pic ktorang ini pun abg beca ni tulun ambikkan ,sporting je tapi tengok gaya dia bawak pun kita dah tahu letih ke idakk kan..tambah berat ktorang anak beranak + berat beca + kiralah sndiri hahahahhaa.
dia bawak sampai tempat nak bot.. dia kata naik bot dalam 45 minit cmtu.. makaii lama xjadilah lagipun dah malam kan cian kt anak


Bestnya nai beca malam2 sejuk je... lepas tu beca itu pun warna warni je siap ada lagu hokeyyy .. menarik perhatian org .Lepas xtvt malam itu terus balik hotellll & zzzzzzzzzzzzzzz letihhhhh...


Next Entryyyy ke ZOO MELAKA 

ShortVacation Shafazie : PART 1 : Swan Garden Hotel MELAKA



Hai Uollss


Minggu lepas percutian pendek shafazie ke MELAKA
03 Dis _ 04 Dis 2015
2 Hari 1 Malam

Tahun ini je dah 2 kali azie ke Melaka dan percutian ke 3 tahun ini

#shortvacationshafaziesya
#melaka
#swangardenhotelmelaka 
#2H1M



Swan Garden Hotel Melaka
Lokasi di Taman Kota Syahbandar
5 - 10 minit ke Dataran Pahlawan ..Mahkota Parade
10-20minit ke Pantai Klebang..Coconut Shake


Untuk maklumat lanjut hotel korang boleh clik bawah ini 



Ruang Lobi & Cafe





inilah bilik kami 
simple..moden..smart





azie suka ruang bilik yang cegini.. simple ajee


 ruang pantry...
sebelah itu kabinet ..siap strika..
bawah tu peti ais kocik



Ruang bilik air ...
cik husben ingat ada tab... nan hadoooo 



 menu sarapan kami pagi itu



*****
azie booking hotel ini dekat Trivago jadi murahlah sikit
bagi azie 
  • bilik  & service di
  • sini ok
  • Breakfast pon ok,sedappp lah 
  • lokasi pun senang 
  • Parking pun banyak
  • Dekat nak ke Dataran Pahlawan..Mahkota Parade..Menara Taming Sari dll






Next Entry xtvt kami selama 2 hari di Melaka ..nama pun shortvacation




Thursday, November 12, 2015

November 2015 _ Aniversary Shafazie & Birthday AlisyaSofia


Assalamualaikum


Korang apa habaq?
Bersarang dah blog den ini.Oklah tak nak bebel panjang lebar kang lupa nak taip apa hahaha


NOVEMBER tahun ini paling bermakna dalam hidup azie anak beranak coz kitaorang kongsi hari bahagia yang sama .Fistly 03 Nov genaplah perkahwinan azie 2tahun ( 03 Nov 2013- 03 Nov 2015).Tahun ini azie sambut simple2 je dengan family ,memandangkan tahun lepas tengah tunggu hari nak due jadi debaran itu lain.



Kenangan Yg Terindah "Shafazie"


Mula2 nak buat kejutan utk cik husben ,tapi terkantoi jugak sebab dia dah boleh agak apa plan azie.Petang itu pergi ambik kek dekat AinisCakeShop ini pon order sehari sebelum itu ..senang berurusan dengan sis ini cepat je respons dia .




Ked Red Velvet _ ada size tau ,harga pulak berbbeza ikut size.. Sodappp weyy azie ini hantu kek!.Lepas collect kek terus kitorang pergi celebrate dengan si tecik AlisyaSofia .1st sambut bersama dengan anak,tahun lepas anak dalam perut lagi hihihi.


Terjah lah kami ke JJ Balakong..dekat je pun dengan rumah malas nak jauh2 .



Family Kecil ku " Shafaziesya"

Ke PizzaHut ler kami anakberanak...Menu pun ambik yang simple2 je .makan pun kene cepat2 sebab dak tecik ini buat hal ,jerit2 nangis sume ada lah hahaha.Tapi kami lakibini still cool sebab tak ramai orang pun 




Balik rumah terus potog kek,makanlah kami anakberanak....



Next..............


10 Nov 2015_Genaplah anak azie nuralisyasofia 1 tahun...
DATE...Beza 7 hari dari aniversary kitaorang


10 Nov  tarikh penting jugak bagi kami lakibini coz date itu azie Majlis Bertandang belah laki ( 10 nov 2013)


Sebelum ini memang plan dengan cik husben nak buat kek untuk ica ,cadangan kek rainbow  gigihlah tengok kt fb tengok pulak resepi ok apalagi isnin itu beli barang n malam itu jugak kitaorang lakibini kerja keras di dapur..




Tara inilah hasil kerja kami lakibini dekat dapur 




Cik husben yang banyak bantu dia lah yang dok sukat bahan ,kacau ,bakar ..azie tulun mana yang mampu sebab nak melayan dak tecik yang sibuk jugak naik join .Bab bakar cik husben serah pada azie .Siap pun dekat kol 1 pagi ok  mata pun dah rebak je tapi demi anak gigihkan jua...





Pagi Selasa 10 Nov itu wish dekat dak tecik ini siap2kan mandi dia ,apalah potonglah kek .Tapi yang tak sabar azie sebenarnya hahahaha.Exsited nak rasa kek itu perstime mama buat kek rainbow ini anak ku .


Tengok itu eksyen nak potong kek...alahai anak




Inilah hasilnya ,meriah tak colour kek itu nama pun rainbow... Nak resepi hahahaha nanti ehh kita share .resepi pun copypaste dekat fb je .


Xtvt lepas itu plan nak pergi riadah  dengan dak tecik ini ajaklah sekali atok & nenek dia at Putrajaya.Gigih masak bihun,sandwish,mcm2 lah walaupun hujan petang itu gigih jugaklah kitaorang pergi.Ramai weyy yelah cuti Deepavalikan..

Akhirnya lepak dekat dengan Masjid Putrajaya kan ada kedai mkan dekat tengah2 sebelah pejabat kerajaan itu







Kitaorang order sate & air oklah  bagi tekak azie hakhakkk...Best dapat berkumpul macam ini kebetulan harijadi ica baba dia keje malam ,abah azie pulak baru balik outstation .Lepas isi perut apalagi xtvt seterusnya main kereta .baba dia belikan kereta,klass ko anak kecik2 dah ada kereta...


Hadiah appy besdayy dia...




Sebelum itu kitaorang dah tawaf dataran dekat masjid ini memang tak ramai lagi maybe hujan kan tuptup lepas makan tengok full ok .Nasib lah ada parking ,bolehlah dak tecik ini main bukan main suka ok.tengok itu siap dengan bantal bucuk dia sekali 





Atok bagi patung  ole2 dari johor.


Opss sori uolls entry panjang ,random 1 entry sonang kang nak buat satu persatu jangan haraplah berkurunlah azie simpan..

Anyway & thankzzz you somuch bagi korang yang wish aniversary kitaorang & besday alisya...
macehhhh aunty..uncle...frenzz..atoknenak...

muahhhhhhhhhhhhhhh ciked 



coretanku :-

InsyaAllah free nanti kita share resepi ehhh...


Friday, September 11, 2015

Abah Tetap Abah... Sayang ABAH..






Sebak....
Bila dapat text ini dalam group
Lagi sebak ...
Bila ABAH sendiri yang send









ABAH tetap ABAH
tak ada siapa yang boleh gantikan abah
Abah segalanya bagi diriku



TERIMA KASIH kerna membesarkan diri ku...
memberi segalanya ..tanpa mengira..tanpa mengeluh..tanpa berbelah bagi



sehinggalah aku meminta dirimu
TERIMA KASIH  kerna walikan di hari akad nikad ku..Alhamdulilah
Saat itu aku melihat airmata mu jatuh  di saat diriku diijab kabulkan


10 Nov 2015
Itulah pertama kali kau melihat cucumu 
Ku melihat wajahmu sungguh gembira
Alhamdulilah
Inilah generasi baru mu....



ku berdoa agar dirimu sihat sejahtera,diberi kesejahteraan,dipermudahkan segala urusan,kebahagiaan duniakhirat..

TERIMA KASIH ABAH




coretanku:-

Bukan niat untuk menunjuk2 TAPI peringatan bersama ,kerna kasih sayangnya pada kita amat2 berharga ..Tanpa dia tiadalah kita....




Ekspo Mom & Baby 2015 at Mid Valley



Salam Sejahtera,



Mom & Baby Expo 2015

Location:_
Mid Valley KL

Date:-
11 Sept _ 13 Sept 2015

Time :-
10 am until 9.30pm





Jom kawan2 yang bakal bergelar mom to be..mom2 dekat luar sana kita cuci mata shoppping barang baby


Info Click Sini



coretanku :_

Next Expo.....Mom & Baby Expo at PWTC 18-20 Sept 2015

Thursday, September 10, 2015

Xcident Kecil...






Mungkin ini tetap menjadi igaun & peristiwa yang aku tak akan lupakan

Semalam memang dah plan dengan cik husben esok pergi kerja naik motor je ah coz jalan jem je.Pagi tadi lepas cik husben balik kerja dalam pukul 8.30 baru gerak hantar azie g kerja pulak 


Taktahu nak kata apa tadi terdetik dekat hati macam ada sesuatu nak berlaku
diammm jelah ..


Time cium & salam  mama & anak memang rasa tak sedap hati ,lepas itu cik husben tegur handbeg azie dia kata bahaya letak kat bakul motor tu ,azie pun tukarlah handbeg lain ..
Tapi time atas motor rasa macam ada something je,mengucap terus kata tak ada pape2 lah.tawakal je 


TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII...
Benda nak berlakukan bukan kita sangka or minta


Sampai dekat Leisure Mall dekat dengan bustop macamana tertiba ada motor keluar dari celah2 kereta tak semerta2 cik husben nak elak bertembung jugaklah dengan motor itu sampai kitaorang terjatuh (takboleh nak bayang macamana)menjerit jugak tadi
.Apa yang azie risau sebelah kereta  & nasib kereta belakang sempat brek kebetulan jem.


Terhencut2 jugaklah tadi sebab kaki kanan dok menahan ,azie just nampak cikhusben tahan motor daripada himpap azie,cepat2 dia alihkan motor ke tepi takut motor lain tak nampak coz kitaorang jatuh betul2 tepi kereta.Cepat2 jugaklah azie bangun terus ke tepi dengan terhencut2 kaki ini sakit .


Kalaulah da motor belakang kitaorang,azie taktahu apa yang terjadi time itu.berpinar mata azie time naik motor tadi dengan terkejut satu hal tertiba terus rasa takut.
Alhamdulilah kitaorang tak alami kecederaan teruk just tangan cik husben luka sikit.kaki kanan azie rasa sengal2 sikit sebab tergesek sikit atas jalan . 


Budak itu pun nampak terkejut ,dia pun minta maaf iyealah bukan sengajakan ..Nasib tak ada apa2 yang teruk.



Tuesday, September 1, 2015

Holiday Part 2 :- Copthorne Hotel Cameron Highlands


Kesinambungan daripada PART 1



Selama 3H2M  check ini di sini Copthorne Hotel Cameron Highlands
korang boleh pilih samada hotel or apartment



Menariknya hotel ini dekat dengan Pekan Brincang,EQ Strawberry Farm,Honey Bee Farm,Rosse,Boh Teh Plantation ,Cactus Valley,Butterfly Farm
Pemandangan dari hotel ini pun menarik,malah suasananya aman,sejuk ,selasa





Pemandangan dari lobby hotel & hotel 


 Pemandangan apartments,bukan ini je tau ada lagi dekat belakang  kiranya tempat ini memang luas korang boleh pilih samada 1 bilik or 2 bilik. Time azie pergi ini banyak pelancong dari arab....



inilah bilik apartment kitorang nampak tak belah hujung itu,belah bawah pun ada apartment tauu.View bilik ktorang menghadap hotel utama jadi malam2 taklah sunyi or takutkan.riuh je..

Dan yang paling best tang apartment ini coz



 ruang dalaman sesangat selesa,coz ada bilik  ,2bilik air,dapur,balcony & ruang tamu dapatlah nak lepak2 ke golek2 ke..Tengok dak kecik itu selesa sangat dia .
(nie azie ambik apartment 1 bilik)


Ada astro channel





yang pintu tertutup itu dapur,boleh masak2 tau hihi siap ada microwave .azie siap bawak ricecooker coz nak masak bubur dak kecik ini .Selain itu ada kettle,air botol,peti ais


Korang nampakkan tangga kecik itu,itu ruang nak ke bilik tido




Lengkap ..katil,almari,meja,cermin & tandas..view belakang menghadap balcony & apartment2 lain



bilik air 2 tau,kalau korang datang 1 family pon dah cukup just bawak toto je kan boleh bentang dekat ruang tamu itu..


ini pemandangan di balcony ,menghadap dengan apartments lain,duduk pagi2 dekat sini sejuk je tau view pon cantik 





rasanya ini port paling femes amous kalau dekat hotel ini,coz korang boleh tahu suhu time itu,lagi2 waktu malam suhu mencecah 18drjh ok..standbay bj sejuk tauuu 



Selain itu ada taman bolehlah korang nak posing2 selpie melpie ..pic ini pun azie ambik time nak balik .



*******************************

coretanku:-

next entry nanti kita share xtvt kita dekat Cameron Higlands ok