Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Thursday, December 10, 2015

ShortVacation : Part 3 : Zoo Melaka






Hokey ini part last
 #shortvacation #melaka # 2H1M #shafaziesya

Pagi jumaat 04 Dis  itu lepas breakfast lepak dalam bilik sampai time nak check out , ajak cik husben pusing2 bandar ingatkan nak g Museum Art tapi celah mana tak jumpa hahahaha nak naik kapal lak anak tidooo ..cian pulak


 AKhirnya plan ke Zoo Melaka
Selama azie belajar ke melaka dulu2 tak pernah masuk zoo melaka ini, sampailah dah ada anak baru lah ke zooo itu pun nak kenal kan dia dengan binatang2 .Lupa harga tiket (makan semut byk sgt nie)


Nanti dorang bagi pelekat kt tangan itu maknanya ko dah bayar ,masuk2 je kene ambik gambar samada nak beli or tak terpulang..Larat tak larat usaha jugaklah kan sebab dh bayar setakat jalan sikit lepak je duduk2 je baik takyah kan.



adalah 3 ekor zirafahhh ,tunjuk dekat iesya dia tengokk je agaknya dok fkir apa benda itu..tinggi2 kan










Biasalah atang pun tengahari sah2 haiwan2 dalam ini tengah tido tak pun makan....
tengok lah pak belang itu tidooo aje keje dia...

taklah banyak sangat binatang pun...menarik prhatian pon gajah..orangutan...
singgaa .. 
Tup2 esoknya dapat whatsappp yang kata singga kt sini hilang entahlah taktahulah kesahihannya .

coz time azie datang adaaaa je tengah tidoooooooooo,dah itu nampak tua dahh macam tak larattt nak ambik pic pon xdan sbb anak nak susu lak..Yelah tak mustahil kalau dia nak ilang sbb zoo dekat ngan hutan kan 


Cuma nak katalah kalau dorang selenggara baik zoo ini mesti cun hokay..hihi 
coz tempat dah jadi tarikan kan..famous amous kan.. siap ada zoo night lagiii


Penat gak jalan2 dalam ini ,nasib anak xmeragam riuh dengan telatah budak2 .. suka dorang tengok haiwan2 dalam ini lebih dekat kan .iesya tak mengerti lagi sok2 dah bsar sikit mama bawak jalan2 lagi kt zoo ehhh anak.



Inilah percutian singat kami ke Melaka Bandar Bersejarah,plan bercuti last minute coz cik husben kita apply cuti kalau idakk tak adalah shortvacation kami ...
Opppss esok 11 Dis Selangor cuti esok gak azie n family n cousins plan cuti ke PD lak ...
ada menarik kita story mory dalam blog ehhh


Selamat Bercuti uollss


ShortVacation : Part 2 : Dataran Pahlawan _ Menara Taming Sari_Coconut Shake_Umbai (Ikan bakar)_Beca



Part 1 BACA SINI


Lepas lepak hotel dalam sejam ,rehat2 kan badan ..rehatkan dak tecik iesya barulah ktorang mulakan destinasi kami 

Terus ke Dataran Pahlawan _Lepak dekat mall cuci2 mata,ada pameran Doremon &  the geng .Biasalah bila ada anak tecik ini kadang2 memang tak larat nak dukung lagi2 dah dapat kaki kan nak bagi lepas jalan sendiri memang taklah bahaya lah ,alih2 cik husben kata kita naik kan dia dalam kete ini




Sewa lah dalam sejam dalam RM 25 nanti dia pulangkan balik deposit kita lupa ehh berapa... 
Mula2 naik bukan main suka dia tersengih2 ,mama n baba dia pun excited hokeyyy.

Tak sampai 5 minit kot dah mula dah...cebik je muka ..puas pujuk umpan tak layazzzz hokey,alih2 keluarkan gak kang menjerit tak pasal2 je...




Tengokkkkk




siapa yang OVER sebenarnya ini











~~~~~~~~~ hahahahaha ~~~~~~
mama over hokeyyy,nasib tak muat kalau x memang dalam itulah jawab nya



Lepas dipujuk ,dibelai dimanja diumpan akhirnya



Control ayuuuu si tecik ini...
Terus diam time ini,legaaaaaaaaaaaaaaaaaa dapat lah pusing2 mall ini dengan aman
hajat dihati nak beli beg tapi macam mahal lak .Tak sampai sejam pulangkan balik kete ini,dak tecik ini pun dah mengantukkkkk


Destinasi seterusnya

Ke Pantai Klebang ler kita yokkkkkk
menjamu Coconut Shakee...shakeee



Tapau je ,nak makan situ ramai giler orang... dak tecik iesya ini zzzz pulak kang mangamuk lak dia
tapau 3 bungkus terus bawak balik hotel simpan dalam peti ais terus ktorang ke Menara Taming Sari okay

Sebab itu ktorang cari hotel yang dekat2 senang nak ulang alik...



Menara Taming Sari
Dewasa : RM 20.00
Kanak2 : RM 10.00

Tapi tunjuk IC dapatlah diskaun
RM 15.00 sorang 


Dapatlah 2 botol air mineral & muffin



Bestttt..dapat tengok pemandangan Melaka
Sebenarnya dah lama azie nak naik ini ,akhirnya dapat gakk ..rozokiii katakan








iesya time ini relaks je hokey,ktorang laki bini sibuk bergambar dia tengokkklah tu....

" iesya wt pe tuuuu "


Biasalah bila ada anak tecik ini lagi2 dgn cuaca panas memang cepat dia meragam,kehulu ke hilir aazie bawak payung n kipas kecik .Lepas je naik ini ktorang ke Gerai2 dekat luar itu shopping sikit beli belacan lah asam lah..asam pedas lah tapau makan kt hoteell..lapar weyyy


Lepas habis xtvt petang itu terus balik hotel,rehat2kan badan .Malam itu plan nak ke Umbai makan ikan bakar .Nak jadikan cerita naik je kereta iesya pun yakkk naiklah bilik balik setelkan dia dulu..Lepas dh kosong perut tu apalagi bantai tido jelah sepanjang jalan nak ke Umbai


Cehhh dah hafal weyy jalan kesana...



Time sampai memang ramai gak orang biasalah cuti skola.. 
Pilihlah Ketam masak black pepper,udang & sotong masak sambal n kerang rebus + Nasi putih + Nasi lomak + air tembikai jug..


Nak dijadikan cerita tak sempat makan dak tecik dah wat hal,serba tak kena,nasib suruh cik husben makan dulu.time azie nak makan dak tecik ini dah meragam je semua tak nak alih2 azie kata kt cik husben baliklah ,lauk2 tadi bungkus kang stay lagi situ cian tengok dak tecik nie..
Memang sabar jelah 


Dlam kereta dia gelak2 ,alahai anakkk mama...ilang selerooo mama tauuu hmmmm..Cehh cik husben bawak naik beca memang sukalahh kita ..RM 35  hokey kot bila minta kurang xdapat dia kata cuti skola kalau tak mau cecah RM 45 tauuu..


Hai hello kitty


pic ktorang ini pun abg beca ni tulun ambikkan ,sporting je tapi tengok gaya dia bawak pun kita dah tahu letih ke idakk kan..tambah berat ktorang anak beranak + berat beca + kiralah sndiri hahahahhaa.
dia bawak sampai tempat nak bot.. dia kata naik bot dalam 45 minit cmtu.. makaii lama xjadilah lagipun dah malam kan cian kt anak


Bestnya nai beca malam2 sejuk je... lepas tu beca itu pun warna warni je siap ada lagu hokeyyy .. menarik perhatian org .Lepas xtvt malam itu terus balik hotellll & zzzzzzzzzzzzzzz letihhhhh...


Next Entryyyy ke ZOO MELAKA 

ShortVacation Shafazie : PART 1 : Swan Garden Hotel MELAKA



Hai Uollss


Minggu lepas percutian pendek shafazie ke MELAKA
03 Dis _ 04 Dis 2015
2 Hari 1 Malam

Tahun ini je dah 2 kali azie ke Melaka dan percutian ke 3 tahun ini

#shortvacationshafaziesya
#melaka
#swangardenhotelmelaka 
#2H1M



Swan Garden Hotel Melaka
Lokasi di Taman Kota Syahbandar
5 - 10 minit ke Dataran Pahlawan ..Mahkota Parade
10-20minit ke Pantai Klebang..Coconut Shake


Untuk maklumat lanjut hotel korang boleh clik bawah ini 



Ruang Lobi & Cafe





inilah bilik kami 
simple..moden..smart





azie suka ruang bilik yang cegini.. simple ajee


 ruang pantry...
sebelah itu kabinet ..siap strika..
bawah tu peti ais kocik



Ruang bilik air ...
cik husben ingat ada tab... nan hadoooo 



 menu sarapan kami pagi itu



*****
azie booking hotel ini dekat Trivago jadi murahlah sikit
bagi azie 
  • bilik  & service di
  • sini ok
  • Breakfast pon ok,sedappp lah 
  • lokasi pun senang 
  • Parking pun banyak
  • Dekat nak ke Dataran Pahlawan..Mahkota Parade..Menara Taming Sari dll






Next Entry xtvt kami selama 2 hari di Melaka ..nama pun shortvacation




Tuesday, September 1, 2015

Holiday Part 2 :- Copthorne Hotel Cameron Highlands


Kesinambungan daripada PART 1



Selama 3H2M  check ini di sini Copthorne Hotel Cameron Highlands
korang boleh pilih samada hotel or apartment



Menariknya hotel ini dekat dengan Pekan Brincang,EQ Strawberry Farm,Honey Bee Farm,Rosse,Boh Teh Plantation ,Cactus Valley,Butterfly Farm
Pemandangan dari hotel ini pun menarik,malah suasananya aman,sejuk ,selasa





Pemandangan dari lobby hotel & hotel 


 Pemandangan apartments,bukan ini je tau ada lagi dekat belakang  kiranya tempat ini memang luas korang boleh pilih samada 1 bilik or 2 bilik. Time azie pergi ini banyak pelancong dari arab....



inilah bilik apartment kitorang nampak tak belah hujung itu,belah bawah pun ada apartment tauu.View bilik ktorang menghadap hotel utama jadi malam2 taklah sunyi or takutkan.riuh je..

Dan yang paling best tang apartment ini coz



 ruang dalaman sesangat selesa,coz ada bilik  ,2bilik air,dapur,balcony & ruang tamu dapatlah nak lepak2 ke golek2 ke..Tengok dak kecik itu selesa sangat dia .
(nie azie ambik apartment 1 bilik)


Ada astro channel





yang pintu tertutup itu dapur,boleh masak2 tau hihi siap ada microwave .azie siap bawak ricecooker coz nak masak bubur dak kecik ini .Selain itu ada kettle,air botol,peti ais


Korang nampakkan tangga kecik itu,itu ruang nak ke bilik tido




Lengkap ..katil,almari,meja,cermin & tandas..view belakang menghadap balcony & apartment2 lain



bilik air 2 tau,kalau korang datang 1 family pon dah cukup just bawak toto je kan boleh bentang dekat ruang tamu itu..


ini pemandangan di balcony ,menghadap dengan apartments lain,duduk pagi2 dekat sini sejuk je tau view pon cantik 





rasanya ini port paling femes amous kalau dekat hotel ini,coz korang boleh tahu suhu time itu,lagi2 waktu malam suhu mencecah 18drjh ok..standbay bj sejuk tauuu 



Selain itu ada taman bolehlah korang nak posing2 selpie melpie ..pic ini pun azie ambik time nak balik .



*******************************

coretanku:-

next entry nanti kita share xtvt kita dekat Cameron Higlands ok

Friday, August 28, 2015

Holiday Part 1 :- BOH Tea Centre ,Cameron Highland




Alhamdulilah ketemu kita lagi....dari sehari ke sehari nak update tapi mood tak sampai2.Seperti yang dijanjikan,sebelum ini azie ada kata nak poie holidaykan inilah destinasi kami 
CAMERON HIGHLAND selama 3H2M &percutian pertama kami bersama si kecil nuralisyasofia



Cameron Highland 
11 Ogos 2015until 13 Ogos 2015


Selasa, 11 Ogos 2015

Bertolak pagi biasalah jalan kl still jem,masuk highway okay cuma kereta je banyak .Just berhenti rehat dekat RnR Tapah coz perut pun dah berkeroncong,sampai sini hujan renyai2 kemudian lebat selebatnya apalagi xtvt kami anak beranak makan ler.

Meh belanje 2keping pic dak kecik ini





Sebelum dia merengek kita happykan dia dulu,biasalah budak kecik jalan jauh2 duduk dalam kereta lama2 boringkan sakit punggung tauuu.Adalah sejam ktorang stay ke rnr nie agak reda sikit hujan sambung perjalanan.Jauh gak yerk jenuh kita anakberanak tapi sebabkan fikirkan holiday tempuh jualah barulah ada gempakkk 


Masuk simpang Tapah ingatkan adalah dalam 15minit ke nak sampai rupanya adalah 1jam gaklah ,semakin mencabar weyy bila jalan curam,berbukit,makin lama makin tinggi,yang bestnya dapat tengok perkampungan orang asli,Lata Iskandar (air terjun) orang jual petai besar2 weyy .Tapi dalam hati bilalah nak sampai,dak kecik ini dah berapa kali bangun tido bangun tido sampai nya tak gakk .Macam2 baca yelah tempat baru,bawak pulak anak kecik,kereta baru hihi hadoiii dugaan


Bila dah nampak pekan Cameron itu fughhh lega teramat sangat ,baru boleh bernafas ..Bestnya,sejuk,aman damai sebab bukit2 tengok pulak Stawberry Farm,Lavender Farm,mcm2 farm lah akhirnya destinasi pertama kami di 
BOH TEA CENTRE.



Jenuh jugak nak sampai tempat ini berbukit2,lepas itu jalan sempit elok untuk 1 kereta je kot2 ada kereta dekat depan pandai2lah cari ruang.Demi keselamatan bersama digalakan hon setiap selekoh,syoklah cik husben main hon.Alhamdulilah sampailah kami disini dalam pukul 3 lbh jugaklah  time ini hujan renyai2




real ok,aman nya boleh parking tepi ini kalau nak bergambar tapi azie takdan sebab dengan anak kecik,hujan lagi tak pasal2 demam pulak .




menunjukan kami sudah sampai disini..Ohyeahhhhh.BEST lepak sini coz dengan suasananya ,makanan pun sedap2 semestinya TEH ler .Petang itu kami jamah Teh Vanila & Kek Stawberry ,mcm2 perisa teh ada pilih je, nak sejuk ke panas ke semua ada.azie siap tanya dekat dak itu teh apa yang best dorang suggest teh vanila,manggo dll.






dak kecik ini pon tak nak ketinggalan jugak makan kek,tengok mamababa dia makan dia pun lapar gak.Ladang teh dekat Cameron Highland ini banyak tauu yang azie tahu 3 tempat je hahahahha nanti kita storyy




Kalau nak shoping produk Boh ini ada dijual ..tak silap azie ada chalet tau belah belakang bangunan ini kot2 nak merasa suasana berada di ladang teh...



Haruslah tepek pic kami anakberanak
 #shafazie
 #shafaziesya



















Dekat mana ktorang stay....?? Best tak...??Booking On9 je...
Next Entry yerkkk...

Thursday, August 6, 2015

Next Week.....Holiday




Assalamualaikum uollss




Macamana RAYA ok....???
Masih MOOD RAYA ke....??


<<me>>


 mood  HOLIDAYYYY Ohhyeayyyyyy
Inshaallah kalau tak ada apa2 halangan 




Percutian pertama kami sejak ada anak,takzabar rasanya
Suprise daripada cikhusben untuk azie & alisya ...cuti2malaysia katanya.
Terima Kasih cikhusben...



Inshaallah ,kesempatan nanti kita share yerkkk...



coretanku:-

AL Fatihah...
#AlwaysInMyHeart#MH370#Mas#

Thursday, May 28, 2015

Throwback Percutian Melaka With Famliy

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



THROWBACK # HOLIDAY#MAJLIS KAHWIN# SEPUPU#MELAKA


Minggu lepas 22 Mei 2015(Jumaat) 
Kitaorang 1 family pergi Melaka kecuali cik husben tak ikut sebab keje.Tujuan kesana coz my sepupu @ Aizat kahwin kira hantar rombonganlah at Telok Mas Melaka.Ini kira shortvacation azie dengan family & anak azie Alisya.Alhamdulilah sepanjang perjalanan ke Melaka Alisya ok duk potpet2 tidur semualah 


Sampai2 Melaka tengahari ,terus pergi check in dekat Hotel Mahkota online booking under private .
Tunggu owner datang serah kunci ..bla...bla.. tertiba takjadi duduk sini sebab apa hahahaha nak cite pon kelakar ada seram pun ada .Pasal gambar je ktorang terus reject duduk hotel itu tapi apartment punyalah .Time itu memang kelam kabut dibuatnya rupa2 hahahahah effect camera 360 punya pasallah ..eeeeee


Akibat daripada itu,kitaorang terus cari hotel lain,alih2 dapat bajet hotel dekat dengan Dataran HangTuah bersebelahan Mahkota Parade,Hotel Bajet Pelangi tidur 1malam .Lepas abah azie booking terus gerak g Majlis Akad Nikah Sepupu habis dalam kol 5camtu terus gerak balik hotel sebab penat teramat sangat.


Malam itu plan nak pergi makan n jalan2 sekitar situ alih2 hujan terus balik hotel memandangan budak tecik ini pun dah buat hal sebab nak tidur.Sempatlah azie snap pic Menara Taming Sari


Beberapa kali datang Melaka tak dan nak naik MTS ini,frussss tau tak de rezeki


Esoknya lepas check out hotel bajet ini terus p Majlis Kahwin sebab harini 23 Mei 2015(Sabtu) majlis sanding.Siap2 makan semua lepak kejap tengok pengatin terus gerak balik hotel.Lupa nak bagitahu abah azie booking hotel lain sebelah hotel bajet itu jugak Seri Costa Melaka


Walaupan nampak simple ala2 macam hotel bajet tapi hotel ini sesangat selesa ok ,kalau ikutkan nak booking awal tapi full pulak hari Jumaat itu.









1 katil besar lengkap dengan peti ais,strika,almari,breakfast untuk 2orang..
Tengoklah bilik mandi woooww feeling2 gitue walaupun tak ada tab
Tengok budak tecik ini pun bukan main suka dapat duduk hotel ini


bukan nak kata hotel sebelum itu tak selesa,hotel bajet yang mula2 ktorang duduk itu ok tapi sebab ada budak kecik kan kita kalau boleh nak cari lagi selesa untuk anak kita.Mana tanya Alisya elok je tidur adelah dalam 1 jam lepas check in hotel ini,maybe penat kot alahai anak.
Terima kasih dekat abah azie sebab bersusah payanh cari hotel untuk kitaorang


Petang lepas rehat2 dalam bilik ,budak kecik Alisya ini bangun tidur barulah kitaorang jalan2 area Dataran HangTuah bermula sesi mencuci mata...shoppinggggg sempat rembat beberapa helai baju untuk cik husben (tengok saya tetap ingat dekat hubby walaupun hubby tak ikut) huhuhu dan beberapa helai untuk dak tecik Alisya mama dengan nenek shopping suar je dekat uptown itu je huhu


Bila dah ada anak,memang aku utamakan anak baru fikir diri sendiri..Kitaorang stay melaka sampai hari Ahad 24 Mei 2015 kira check in Hotel Seri Costa untuk 1malam je..Sebenarnya banyak plan azie bila turun Melaka ini,nak bawak anak jalan2,jumpa members kolej tapi tak kesempatan.


Serius memang rindu Melaka sebab banyak kenangan antaranya kawan kolej ,suasananya ,makannya dll.Itulah shortvacation azie dengan family untuk bulan ini,Inshaallah ada kesempatan & umur panjang bolehlah datang Melaka lagi...Tapi dapat jugaklah minum coconut shake tapi bukan dekat Klebang .




Coretanku :-

Next Vacation..Inshaallah..
Sabtu 30Mei2015 Majlis Bertandang belah sepupu azie pulak nanti ada story azie share sini yerk