Thursday, June 30, 2016

Resepi :- Crunchy Caramel Almond

Salam 25 Ramadhan 1437H



Resepi : Crunchy Caramel Almond

Resepi tak susah mana just bahan nak buat biskut ini mahal bebonar ehhh 
memang fikir banyak kali nak buat 
mana idak nye takut tak menjadi


Resepi ini kita follow dari angpunya resepi 
tqsm sis sbb share resepi ini..mavelous  :)



Bahan-bahan Utama

  • 200 g tepung Florenta (beli dekat kedai kek)
  • 200 g badam kering
  • 100 g kuaci hitam
  • 20 g bijan hitam



Cara-caranya 

  • Bakar badam & kuaci hitam dalam 5 minit
  • Tujuan bakar sebentar supaya bila dah masak kacang itu akan jadi lebih ranggup
  • Gaulkan badam & kuaci yang dibakar sebentar tadi  bersama  tepung florenta + bijan hitam (gaul rata tau)
  • Tuangkan adunan tadi diatas loyang & ratakan tipis (kalau nak tipis)

  • Bakar dalam suhu 160c & 5 minit
  • Kalau nak buat sedang2 tipis 1 adunan tadi korang boleh bagi pada 2 (paham tak)..Maksudnya bakar 2x (tak adalah tebal sangat) ,azie suka tipis sikit sebab ranggup

  • Lepas kuar dari oven terus potong tauu..kalau biarkan sejuk payah nah nak potong










selamat mencuba uolls



2 comments:

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..