Showing posts with label apa-apa je. Show all posts
Showing posts with label apa-apa je. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Xcident Kecil...






Mungkin ini tetap menjadi igaun & peristiwa yang aku tak akan lupakan

Semalam memang dah plan dengan cik husben esok pergi kerja naik motor je ah coz jalan jem je.Pagi tadi lepas cik husben balik kerja dalam pukul 8.30 baru gerak hantar azie g kerja pulak 


Taktahu nak kata apa tadi terdetik dekat hati macam ada sesuatu nak berlaku
diammm jelah ..


Time cium & salam  mama & anak memang rasa tak sedap hati ,lepas itu cik husben tegur handbeg azie dia kata bahaya letak kat bakul motor tu ,azie pun tukarlah handbeg lain ..
Tapi time atas motor rasa macam ada something je,mengucap terus kata tak ada pape2 lah.tawakal je 


TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII...
Benda nak berlakukan bukan kita sangka or minta


Sampai dekat Leisure Mall dekat dengan bustop macamana tertiba ada motor keluar dari celah2 kereta tak semerta2 cik husben nak elak bertembung jugaklah dengan motor itu sampai kitaorang terjatuh (takboleh nak bayang macamana)menjerit jugak tadi
.Apa yang azie risau sebelah kereta  & nasib kereta belakang sempat brek kebetulan jem.


Terhencut2 jugaklah tadi sebab kaki kanan dok menahan ,azie just nampak cikhusben tahan motor daripada himpap azie,cepat2 dia alihkan motor ke tepi takut motor lain tak nampak coz kitaorang jatuh betul2 tepi kereta.Cepat2 jugaklah azie bangun terus ke tepi dengan terhencut2 kaki ini sakit .


Kalaulah da motor belakang kitaorang,azie taktahu apa yang terjadi time itu.berpinar mata azie time naik motor tadi dengan terkejut satu hal tertiba terus rasa takut.
Alhamdulilah kitaorang tak alami kecederaan teruk just tangan cik husben luka sikit.kaki kanan azie rasa sengal2 sikit sebab tergesek sikit atas jalan . 


Budak itu pun nampak terkejut ,dia pun minta maaf iyealah bukan sengajakan ..Nasib tak ada apa2 yang teruk.



Monday, March 2, 2015

Menuju_Melangkah_Merealisasikan

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Hai March....



Menuju

Setiap perkara yang kita lakukan kita mesti mempunyai tujuan,sebab,dan matlamat.
Begitu jua dengan aku untuk mencapai apa yang aku inginkan aku perlu tahu apa tujuan aku,dimana perlu aku mulakan dan apa target aku dengan itu aku akan terus




Melangkah

Dan meneruskan apa yang aku ingin,capai walaupun dalam masa yang sama pelbagai ujian/dugaan datang menguji.Sebab aku tahu setiap perkara itu tak semudah,sesenang untuk diperolehi kerna tanpa semangat  dan usaha aku tak akan dapat





Merealisasikan

Segalanya...berdiri teguhllah dengan matlamat asal bagi mencapai apa yang ingin aku realisasikan












coretanku:-

Berdirinya aku disini,bukanlah mudah bagun jatuh lumrah kehidupan kerna setiap detik perjalanan hidup itu merupakan titik perjalanan kita yang tak terhitung berapa banyaknya ,ianya bukan sejenis calculator yang mudah.
TAPI aku percaya disebalik semuanya mempunyai makna yang terisrat & tersurat .DAN DIALAH yang MAHA MENGETAHUI segalanya..

Wednesday, September 24, 2014

Bersyukurlah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera





Mutiara kata ,
Semoga menjadi pedoman buat kita semua...







Usah menilai sesuatu yang belum pasti atau baik buruknya
Usah pandang hina keburukan sesorang sebab belum tentu kita baik di MataNya...


Bersangka baiklah pada semua insan..
Peringatan bersama ....Amin Ya Rabbalamin


Friday, September 19, 2014

Ekspo Mother Baby & Kids

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Alhamdulilah pagi ini diberi kesempatan lagi bertemu di hari Jumaat yang mulia,
Pagi ini sampai opis awal nahh..
Itu pun sebab my hubby kerja pagi ,pagi2 jugaklah aku dah terpacak dekat opis ini hihi


Alhamdulilah ,buka2 blog dapat khabar gembira geng blogger @ geng mom to be Puan Mimie selamat melahirkan baby girl ..
Tahniah mimie & husband
Tunggu geng daripada azie pulak keluar ehh hihi
Selamat Berpantang dek mimie..



Back to story




Mother Baby Kids Expo 
19-21 September 2014
PWTC


Sebenarnya dah tahu lama mengenai ekspo Baby ini coz banyak iklan mengenai ekspo ini sepanjang jalan area KL/Sel
Kalau tak silap dekat Putrajaya pun ada jugakkan date yang sama..


Apa lagi mom to be /mom2 diluar sana jom kita terjah pwtc 3hari ini hihi



coretanku :-


Alhamdulilah my baby dah masuk 8bulan,menghitung minggu & hari je ini
berat baby pun dah naik,alhamdulilah lega dengar 


Friday, September 12, 2014

M2B :- Al kisah minggu ini

Assalamulaikum
Salam Sejahtera Uolls




Entry kali ini azie rangkupkan sekali ehh dalam masa 5 hari ini..
Alkisah bermula hari isnin baru2 ini


08 September 2014(isnin)

Hari ini hari checkup azie coz meman dah start checkup 2minggu,macam biasalah hari ahad sebelum itu azie dah rasa semacam je dekat badan ini,tanda2 loya..mual2 dah muncul.Pagi before nak pergi checkup pun muntah2 lagi..
Seperti biasa setiap kali checkup azie kene test urin coz sebelum ini kencing kotor skit

Terkejut sangat sebab memang haritu kecik kotor & protein berlebihan,ok pasrah je ..Time jumpa doktor,doktor pun pelik coz sebelum ini ok lepas itu xok lak.Start lah azie kene sukat/tadah air kecing selama 24jam OMG..

Tak kurang dengan itu darah azie pun rendah ,kene ambik darah lagi.....Rasa nak menangis bila fikirkan semua ini bukan apa risau baby dekat dalam ini..



09 September 2014 (Selasa)

Pagi ini azie dah start kumpul air kencing selama 24 jam sampai esok pagi,plus minum air masak banyak2 + air barli.
Azie taktahu kenapa sejak pregnant ini payah sangat azie nak minum air masak tau ,bila minum je akan muntah balik habis semua terkeluar..


Malam itu berkali2 bangun sebab nak terkucil,letih badan ini baby pun mesti pening coz malam itu baby macam kurang aktif,azie dah risau sangat .Azie try kejutkan dia,baca surah barulah dia aktif.Maafkan mama maybe kamu pun letih dalam perut mama ini..



10 September 2014 (Rabu)

Pagi ini gigih bangun pagi sebab nak pergi klinik coz nak hantar air kencing,ambik darah bagai.Elok tengah tunggu giliran nak ambik darah boleh pulak nurse tersilap bagi date patut esok 11/09 kene datang ambik darah.Ok fine


Balik rumah terus ,tak jadi pergi kerja sebab azie rasa tak sedap badan,memang 1 hari itu tidur je,bangun pun sebab nak makan..mandi..solat je. Sampai malam semantara nak tunggu en suami balik kerja azie dah start muntah2 balik habis semua keluar..

Memang azie rasa xsedap badan tol haritu.



11 September 2014 (Khamis)

Macam biasa bangun awal sebab nak pergi ambik darah,hope sangat xmual2 pagi ini tapi mual jugak cuma tak teruk lah.Alhmdulilah badan ok sikit harini,sampai2 klinik ambik nombor then tunggu giliran .

Selesai ambik darah,lega sikit hati ini sebab selesai untuk minggu ini..Hope 2minggu akan datang tak ada apa2 masalah lagi,tapi dalam hati risau bebenor.

Semalam teringin nak makan satay,dapat jugak terima kasih lah pada en suami sebab melayan kerenah isterimu ini. Tidur malam tadi pun lena je,baby xmeragam sangat .



12 September 2014 (Jumaat)

Pagi ini mual2 lagi,lepas makan ok sikit tapi otw nak pergi kerja kepala ini berat sangat.Hope dekat office tak buat hal (muntah).





hai mom to be


"saya kuat mesti mama saya pun kuat jugak"



coretanku:_

Minggu depan dah masuk 8bulan hope everything it ok

Wednesday, September 10, 2014

Teringin

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Kemain tajuk aku "teringin" 
Teringin apa ehhh....???



Jangan fikir yang bukan2 tau,azie teringin nak makan benda alah ini ..




Alaah yang celup2 ngan coklet itu
Kan..kan nampak selero tak ....??




Ahhh nampak tak lagi itu...takkan tak selero kan lagi2 tengah lapar weyyyy
telan air liur je lah dulu ehhhh


Haritu tengok member post dekat fb ,tertiba je tekak ini menjerit2 nak..nak..nak...
Balik rumah duduk borak2 ngan en suami kata nak makan ice cream yang  dekat Haagen Dazs..dia dengan selamba jawab bila? dekat mana?


Ekelehhh yo2 je,macam nak bawak haritu jugak tapi nan hado pun huwaaa...
Nanti bila2 free kita pergilah... hmmm ok pasrahh jap


Jadi jawabnya,kita ambik mood tengok gambar ajelah ehhh..

Menjak2 ini selero azie bukan main lagi,tak tak adalah sampai mintak yang pelik2.
Makin nak dekat beranak memang gitue ehh rupanya..selero aje...







Coretanku:-

harini pergi ambik darah lagi...test urin lagi
doakan azie & kandungan baby sihat yerk
makin nak dekat macam2 dugaan pulak



Thursday, August 7, 2014

Al Kisah Raya Ku

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


11 Syawal 1435H
Masih mood raya takgitu kawan2ku sekalian..


Alhamdulilah raya tahun ini kira bermakna buat azie coz 1st time beraya dengan suami,suasana itu lain sikitlahkan coz ada suami disisi ( gedik sudah) .Raya tahun ini jugaklah azie beraya dikampung mertua den di ngori sombilan.


Bertambah sayu dipagi raya terkenangkan mama & abah azie, yelah selama 26tahun azie beraya dengan diorang tapi semenjak dah kahwin ini terpaksa berkorban sedikit .Sebelum balik kampung azie & suami sempat salam kemaafan dengan mama & abah memang sedih sangat.


Raya tahun ini,bermakna jugak buat mertua azie sebab akak ipar azie selamat melahirkan anak ke4 pada hari pertama ramadhan ,inshaallah hujung tahun tambah lagi cucu giliran azie pulak hihi mudah2an amin.Oppss lupa nak bagi tahu tema raya azie ngan suami tahun ini hijau turqoise,awal perancangan azie nak tema royal blue akhirnya suami bekernan kaler hijau turqoise ini nice jugaklah
Sedondon gitue


Raya pertama kitaorang balik Bukit Rokan,N9 umah maklong suami azie raya ke2 pulak balik kampung abah azie di Pilin,N9 azie rindu dekat mama abah time itu tambah2 pulak rindu dengan my cousin yang lama xjumpa ,apa lagi bila dah berjumpa berselfielah kami semua


Raya ke4 dah balik kl,alhamdulilah sepanjang azie dekat kampung keadaan kesihatan azie pun ok xada alahan teruk,morning sickness sikit itu adalah .Risau nak jalan jauh2 nak makan pun pada2 takut makan muntah alhamdulilah semua ok


Macamana dengan raya korang?mesti bestkan

Moment yang paling best time raya ini bagi azie,dapat berkumpul dengan family ,saudara mara..ziarah menziarahi sanak saudara,jiran tertangga .Tang makan jangan sebutlah memang sedap je hihi



Coretanku :_

Inilah serba ringkas raya azie tahun ini,tapi bulan ini je jemputan kenduri kahwin full sampai bulan september ..Inshaallah see u next entry ok
Have a nice day 

Wednesday, August 6, 2014

Akhirnya Ku Muncul Jua... Rindu

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Alhamdulilah,akhirnya dapat jua ku coret kt blog kesayangan azie ini..
Rindu...rindu sangat nak menulis setelah hampir 4bulan lama nya azie tinggalkan blog ini
Sebab utamanya azie pregnant memang takboleh hadap langsung komputer apatah lagi nak menulis


Sebab lainnya.....
lupa password blog.... sadis sungguh!
puas godek2 tak jalan jugak...
akhirnya harini dapat jugak buka


Korang rindu azie tak....................???


ehhh banyak benda nak share
sampai taktahu nak mula yang mana... (omg gedik sudah) hihihi
Inshaallah azie cuba slow2 share mana yang hado ehh



Memandangkan masih mood raya
Kironyo masih sempat lagi lah yerk azie nak wish




Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin
Daripada Shafazie buat teman2 blogger

Thursday, March 20, 2014

M2B:- Muntah Loya Pening

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Alhamdulilah hujan ,sejuk2 time ini kalau tidur memang bestkan hihi
Harini azie rasa semangat sikit nak buat kerja dah beberapa hari ini raso lomah je badan ini,muntah loya usaha cakaplah dah tak terlarat rasanya,selalu sampai opis mesti ke toilet.


Semalam mc lagi sebab tak larat dan malam selasa itu memang dah tak larat sangat adalah 3 or 4 kali berulang alik ke toilet ,makan muntah makan muntah sampai nanges2 sebab taktahan .Dapat sekeping roti lega sikit tekak ini tapi still rasa loya2


Ya Allah baru tahu macamana morning sickness_makanmuntahmakanmuntah
Selalu dengar member2 sepupu cerita bila dah rasa sendiri ya ampun taktahu nak gambarkan macamana
Peningnya,muntahnya,loyanya buka loya2 biasa itu .


Nak minum air suam tekak azie memang tak boleh nak terima mesti muntah balik,azie try gantikan dengan air buah suam2 baru ok.Risau sangat sebab air kosong memang kurang,macamana yerk ada mom to be alami situasi yang sama tak?bolehlah share tips2







Coretanku:-

see u next entry





Review :- Need For Speed

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Alkisah weekend baru ini,

Lokasi
TGV The Mines ,Sri Kembangan
Films
Need For Speed
Genre
 Action
RunningTime 
2jam 10 minit









Review cerita ini, so far oklah mengenai kereta lumba antara Dino & Tobey ,2 nama ini memang gah dikalangan kereta2 lumba haram.Tapi Dino ini agak cemburu sikit dengan kelebihan yang ada pada Tobey,Dino cabar Tobey & Pete untuk lumba kereta dengan kereta mewah milik bapa dia .Pete mati akibat dilanggar oleh kereta Dino 

Akibat excident itu,Tobey dipenjarakan sebab tak ada bukti yang Dino berada waktu kejadian,ini semua muslihat Dino.Tobey nekad balas dendam pada Dino bila keluar dari pejara diatas akibat kematian kawan baiknya Pete dalam satu pelumbaan yang diadakan di California (kalau tak silap lupa lak) then berlakulah macam2 rintangan akhirnya Tobey berjaya mengalah Dino dalam pelumbaan itu .


Apa yang berlaku seterusnya..kenelah tengok



Woww siap buat review gitue hihi,bagi azie jalan cerita ini oklah ada scene yang kelakar & lebih pada action scene


Booking tiket online : TGV Cinema


Coretanku :_

sekali sekala layan movie ditambahkan dengan keadaan macam ini perghh lenguh kaki ,punggung + sejuk.

Tuesday, March 18, 2014

Rezeki & Terima Kasih Mr Nuffnang

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Tergerak hati nak check mr nuffnang kita ini
Terkejut sekejap 


CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

These are earnings from banner ad campaigns according to the number of unique visitsthe advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.

CampaignBlogStart DateStatusCTRCTR BonusAmount
LINE Shoppingshafazie07 Mar 2014On Going0.48%+0.421.66
SONY Year End Promo 2013shafazie13 Nov 2013Credited0.00%1.68
Xaxis #0150shafazie25 Oct 2013Credited0.00%0.01
Xaxis - Women Channels #0...shafazie03 Sep 2013Credited0.00%0.01
shafazie.blogspot.com

Alhamdulilah rezeki kali ini,syukur sangat Terima Kasih Mr Nuffnang,kira inilah CPUV pertama shafazie perolehi tahun ini last dapat tahun lepas bulan November 2013.Ingatkan dah lama tak update pape2 Mr.Nuffnang merajuk dengan kita rupa2nya idak hihi.
Walaupun tak banyak tapi syukur sangat


Terima kasih uolls(blogger),terima kasih terjah menerjah blog shafazie oppss hihi,koranglah semangat shafazie untuk terus berblog andai ada terkurang dalam setiap penulisan shafazie mohon maaf yerk.
Terima kasih pada teman2 blogger yang sudi share & tips2 berblog.
Koranglah inspirasiku..ecehhh







Coretanku :-

Alhamdulilah harini cuaca pun ok,mudah2an kita semua diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.Amin


Have a Beautiful Day Uolls

Tuesday, February 25, 2014

Line slow

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Baru dapat update dengan tenangnya kenapa pulakkan,ini semua gara2 line internet dekat opis ini terlampu slow nak buka email pun lembab dah itu nak check eperolehan internet explorer pulak buat hal,yahoo massenger pulak nak buka boleh nak chat pulak tak boleh

Huwaaa stress dengan line......
bukan stress dengan orang tapi line

dasyatkan!


Harini pun sama slow dahlah kerja banyak nak guna email dan2 pulak line buat hal
Yang peliknya time tak ada benda nak guna intenet laju je time nak guna rasa macam siput sedut je


Harini jugaklah sambil makan sambil bw blog ,sebabnya nak tunggu habis baca 1 entry pun slow sangat,
geram rasanya nasi dah habis makan tapi nak habis 1 entry kt blog tak habis2


line internet korang ok tak...??



okaylah nak sambung kerja balik
sebelum itu nak tepek gaklah bekal azie bawak harini


nasi putih +ayam masak merah + ikan bilis sambal

sejak2 ini memang rajin bebenorlah azie bawak bekal,yeayyy leh jimat2 alhamdulilah 



coretanku:-
sekarang dah start berjogging ,itu pun kalo cik hubby off dapatlah jogging
excrsise jom
hope turun sikit berat ini,nak dapat berat yg ideal

Monday, February 24, 2014

Ole-Ole Bali


Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Minggu lepas time azie mc tiba2 bang posmen datang
tertanya jugak siapa yang order barang 
setahu azie,azie tak ada order pape2 
cik hubby pulak tak ada pesan apa2pun 
Tanya mama,mama kata pun tak ada


Last2 mama azie keluar ,rupa2nya barang untuk azie
berdebar jugak tau


sekali abang posmen bagi 



sekali azie tengok nama pengirim macam kenal 
serius memang macam kenal

sebab azie pernah hantar kad jemputan dekat nama pengirim ini
sekali tengok memang betul

memang kenal sangat
member blogger jugak a.k.a akak moon



inilah cenderahati yang akak moon bagi _gift from bali ok
azie suka sangat

Terima Kasih sis..terima kasih banyak2
macam tahu je azie suka ikan hihi


azie ada jemput akak ini time wedding last year tapi tak dapat jumpa
sebab date akak ini pergi bercuti di Bali same date dengan hari wedding azie
azie saja usik akak ini nanti bawak ole2
last2 betul2 akak ini bagi ole2
(tertiba rasa segan)
hehehe



Inshaallah ada rezeki kita jumpa yerk
Alhamdulilah syukur dapat kenal dengan akak melalui blog
akak ini sama kolej dengan azie



coretanku:-

azie doakan semoga akak cepat btemu jodoh 
inshaallah mudah2an 

Terima Kasih sekali lagi  Kak












Dah check BRIM ke?

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Korang dah check BRIM ke??
Dapat tak??

Ingatkan nak pergi check weekend baru ini
tapi tengok atm dekat bank mahupun shopping complex penuh

Ingatkan pagi tadi before nak masuk opis nak check last2 suruh abah azie je checkkan
Busylah abah azie harini orang dok telefon tanya itu tanya inilah

Belum sempat nak call abah,abah dah call dulu minta ic
Last2 abah gitahu yang azie punya masih dalam proses
suami azie pulak tak dapat .

Tak pelah sayang ,tak ada rezeki
Inshaallah rezeki yang lain menanti

Abah azie ada gitahu benda ini tak serentak dapat hari sabtu itu
berperingkat-peringkat katanya..
Sebab yang mohon terlalu ramai
Kalau ada rezeki pasti ada kalau tak ada janganlah kecewa
apa2pun korang check jelah nanti




Coretanku:-

expect something,hopefully inshaallah amin ya rabalamin




Wednesday, February 19, 2014

Kesihatan Tergangu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kesihatan still tak mengizinkan.
sakit tekak perit sangat
badan pun kejap panas kejap ok..


Now mc 2hari..inshaallah esok br masuk kerja


Cuaca yang panas buat badan cepat letih


soryy kalau azie tak reply commnet & blogwkng korang








Tuesday, February 11, 2014

5 Tahun 4 bulan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Jumaat lepas 07  Februari 2014 genap 5tahun 4bulan azie kerja dekat company ini 
macam tak percaya pulak dah dekat 5tahun pejam celik pejam celik kejap sungguh masa berlalu.
Mula2 start kerja pada 07 Oktober 2008 


Pernah jugak terlintas di hati sampai bila nak kerja sini
bila nak dapat kerja gomen


Sampai rasa nak behenti sebab tertekan dengan kerja..(dasyat kan)
lumrah kalau tak tertekan bukan kerjalah namanya 


TAPI bila direnung2kan kembali semua ini rezeki
Kalau dah ditakdirkan rezeki disini ..inshaallah sinilah rezeki ku
Kalau bab nak memilih kang takut salah pilih makan diri
elok ada kerja tuptup tak bekerja 


Pernah dapat tawaran kerja lain TAPI terpaksa tolak sebab tertentu


TAPI
azie bersyukur dengan kerja sekarang walaupun kadang rasa boring,fedup or tertekan tapi seronoknya kerja sini bos sporting,kerja kadang relaks sikit busy pun time projek tengah on lagipun dah biasa suasana sekeliling,gaji pun ok,kalau mc pun ok hahahha opsss





Coretan :-

Tak kiralah apa kerja yang kita ada yang penting halal,susah macamana pun itulah lumrah kehidupan kalau hidup tak mencabar tak syokk pulakan ,ada cabaran ada dugaan ada halangan semua realiti kehidupan yang penting bagaimana kita mencorakkannya.


hidup ini tak semua yang sempurna,ada jua kekurangannya .hari ini kita silap inshaallah esok kita berjaya
yang penting tetapkan matlamat ,teguhkan pendirian & percaya rezeki itu ada cuma bezanya lambat & cepat sahaja

p/s : peringatan bersama

Tuesday, February 4, 2014

Demam Panas

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera



Selamat Bekerja.....
Alhamdulilah kesihatan azie bertambah baik harini walaupun ada sakit2 sikit lagi tapi terpaksa & kuatkan semangat jugak.
Sabtu & ahad baru ini majlis pernikahan & persandingan sepupu azie alhamdulilah majlis berlangsung dengan baiknya


Tapi....


Sebaik majlis selesai azie dapat rasa badan ini letih ,kepala pulak dah start pening2.Elok sampai rumah makcik memang azie dah rasa menggigil semacam lagi2 lepas mandi.Start petang itu ,memang badan menggigil dengan suhu badan tertiba naik.

Makan ubat demam pun still tak jalan jugak


Mama & abah azie nak hantar pergi klinik tapi azie rasa tak larat sangat,nak berdiri lama rasa nak pitam nak duduk pulak rasa badan ini sengal2 je.Balik2 rumah terus baring ,selimut bagai tapi suhu badan memang panas sangat sampaikan azie menangis2lah sebab taktahan sakit demam + sakit sengal2 badan


Sempat sms dekat cik hubby,kebetulan cik hubby keje haritu azie memang tak nak kacau dia .Elok dia balik malam itu dia punn terkejut sebab badan azie memang panas,dah makan ubat tapi still sama,dia ajak pergi klinik azie memang dah tak larat..agaknya kalau pergi sah2 kene tahan


Bila nak makan rasa mual2 je tekak ini,bila berjalan sikit je dah rasa terhuyung hayang.Semalam pagi2 dah pergi klinik alhamdulilah harini dah beransur pulih cuma sengal2 badan still terasa.



coretan :-
sekarang makan minum kene pantang sikit takboleh sebarangan.yeayy bolehlah diet macam ini kan



Thursday, January 23, 2014

Simptom apakah ini.....


Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Taktahulah semenjak dua ini asyik macam ini je sampaikan tak selesa,
bila pagi je sampai opis mesti muntah dah itu lepas makan mesti nak membuang dah masuk tenghari nanti mulalah pening + muntah 
tapi xpulak time muntah itu keluar apa yang azie makan..


Harini je dah beberapa kali loya + muntah + pening
Keracunan makan ke apa ini


selalu fikir angin je banyak toksin dalam badan ini
barangkali agaknya


time bercuti haritu pun sama tapi tak seteruk macam hari2 ini
siap bawak bekal asam spay dalam handbeg 



coretan :- 

mood:- nak baring je ini mungkin ini je cara nak hilangkan rasa pening + loya

Wednesday, January 22, 2014

Keadaan lepas operation

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Opsss soryyyy
lama sungguh rasanya tak bersua dekat blog ini semua akibat kemalasan yang maksimum ok tapi sedaya upaya jugaklah nak update tapi kesibukan menjadi penghalang segalanya.


Bagi yang baca entry azie sebelum ini mengenai adik sepupu azie yang menghidap kanser otak itu Story 1 & Story 2 tentu tertanya2 mengenai pekembangan dia.Alhamdulilah adik sepupu azie selamat menjalani operation khamis lepas ( 16/01/2014) selama 5jam .


Alhamdulilah,ingatan dia masih ok maksud azie lepas operation dalam beberapa jam lepas sedar dia masih kenal mak & ayah dia bak kata pakcik azie dia risau takut dia xingat apa2.


Azie sempat melawat dia dua hari sebelum operation nampak semangat malah senyum je semangat daripada kawan2,family yang membuatkan dia semangat malah dia kata dia bersedia dengan operation ini walaupun adakala azie nampak dia termenung samada menahan sakit or risau..Hanya DIA yang maha mengetahui


Time operation azie & family mmg tak ada dekat sini hanya iringan doa kami untuk dia mudah2an operation berjalan dengan lancar & selamat.Menunggu panggilan/sms daripada pakcik memang mendebarkan bila dengar operation dia berjalan dengan lancar Ya Allah lega sangat..


Ahad baru ini sempatlah azie jenguk dia ,adik sepupu azie masih ditempatkan di bilik/wad ICU,perubahan yang ketara nampaklah kesan operation/jahitan di belah kanan dengan bahagian tengkuk masih bengkak ,mata merah2 tangan kebas2 lagi.Cuma yang merisaukan dia kerap membuang air kecil tak smpai beberapa jam bukan skit tapi banyak.Taktahu lah samada kesan ubat or something doc masih pantau.


Hope tak ada apa2 yang berlaku semoga dia cepat sembuh itulah harapan kami semua yang tak putus2 berdoa untuk dia.



Terima kasih pada kawan2 semua yang tkhenti2 berdoa & bagi kata2 semangat.Terima kasih sekali lagi



coretan :-
Punca boleh jadi kanser ini dari segi faktor pemakanan,cara hidup..elakan makan ayam terlalu kerap sebab banyak risikonya terutama pada kanak2 yang nak membesar TAPI lebihkan sayur2an..
Penggunaa alat pendengar mcm walkmen ke elak2kan ,time tidur hp jangan letak sebelah bantal or kebiasaanya kita kerap letak kt badan sambil2 dengar lagu kan..kalau boleh elakanlah sbb tk elok utk sistem bdn kita..Kita mungkin tak nampak kesannya sekarang tapi kalo benda nk terjadi bila2 pun boleh
peringatan bersama

Thursday, January 9, 2014

Kuatkan Semangatnya...Kanser Otak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Baru tadi azie call mama Ya Allah khabar berita yang tak mungkin or tak sanggup nak dengar..
sayu & sedih bila dengar apatah lagi yang mengalaminya


Isnin baru ini adek abah azie call abah azie bagitahu yang afifi adek sepupu azie(anak pakcik) ini masuk hospital icu kt ppum doc dapat kesan ada ketumbuhan dekat otak..Ya Allah memang terkejut bila dengar
Puncanya beberapa sebelum ini dia mmg demam sampaikan nak bangun pun takboleh(tak larat),makan pun kurang.Ahad malam itu sakit kepala sampai nangis2 pakcik azie terus bawak pergi hospital,doc kata tak ada pape2 just doc pesan kalau tak ok jugak esok (isnin) dtg balik & scan...


Bila dah scan baru dapat tahu memang ada ketumbuhan dekat otak now ketumbuhan itu dah sebesar bola pingpong..azie dapat tahu dari mama tadi pun kalau kene operation or tak operation still sama je maksudnya kanser itu ttp ada walaupun lepas operation...


Bayangkan macamana keadaan dia.....
Selama ini dia mmg taktahu yang dia ada kanser ini....


Doc ada kata jugak jangkaan cuma ada masa 6bulan je..Ya Allah siapa lah tak sedeh kalau dengar benda inikan..azie naik sebak bila mama azie gthu tadi..perkara ini pun terpaksa family pakcik azie rahsiakan daripada anak dia,taknak anak dia tahu....


Inshaallah next week pembedahan mungkin dari situ nanti baru dapat keputusan selanjutnya..
Ya Allah kau permudahkan urusan ini ,kau lindungilah adik sepupuku afifi abd razak semoga dia cepat sembuh & pulih sedia kala..Ya Allah kau kuatkan semangatnya,familynya & kami semua..


*adik sepupu azie ini umur 18tahun tengah tunggu result spm...



Coretan :-
ada tak siapa2 yang pernah alami situasi macam ini or family/kawan2 yang dalam situasi macam ini,share dengan azie .mana tahu azie boleh refer balik apa yang perlu or ada perubatan selanjutnya ke..Mohon doa kawan2 jua..