Showing posts with label mom to be. Show all posts
Showing posts with label mom to be. Show all posts

Friday, September 11, 2015

Ekspo Mom & Baby 2015 at Mid Valley



Salam Sejahtera,



Mom & Baby Expo 2015

Location:_
Mid Valley KL

Date:-
11 Sept _ 13 Sept 2015

Time :-
10 am until 9.30pm





Jom kawan2 yang bakal bergelar mom to be..mom2 dekat luar sana kita cuci mata shoppping barang baby


Info Click Sini



coretanku :_

Next Expo.....Mom & Baby Expo at PWTC 18-20 Sept 2015

Friday, April 24, 2015

Sakit Contraction & Induce

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



*** Entry panjang***



Sakit Bersalin Bila Contraction & Induce


Bagi wanita2 yang melalui proses melahirkan anak tahu macamana keadaan sakit contraction & induce inikan,sukar untuk digambarkan sukar untuk diperkatakan .Just azie terpanggil untuk share ini sebab azie melalui kedua2nya.Bukan tujuan untuk menunjuk or bangga yang kita boleh melahirkan anak,oohh tidak sama sekali.Ini nak share dengan uolls


Macamana sakit Contraction...??
Macamana pulak induce itu...??


Dulu ,sebelum azie mengandung & time mengandung soalan2 ini sering bermain dalam kepala macamana sakit itu? aku tak ada pengalaman.Bila ianya berlaku?lama ke sakit nya?apa perlu aku buat bila sakit ini datang?


Soalan yang sama azie pernah tanya pada mak,kawan2 azie yang melalui detik2 genting ini.Banyak feedback yang berbeza azie dapat ada yang kata sakit macam nak period(senguggut) ,tak rasa sakit tahu2 nak beranak(mudahnya ,syukur),sakit dia lebih kuat lagi terutama bila induce.
Ini dikatakan pengalaman masing2 tak sama kalau sama maybe kebetulan


TAPI


Bila azie dah melalui kedua2nya barulah azie tahu sakitnya,sukar untuk digambarkan PENGALAMAN azie,malam sebelum azie nak kene induce,azie dah start rasa tak selesai dekat belakang lagi2 tang pinggang,nak mengiring kanan kiri ke melentang ke tak selesa sangat2.Kerap buang air kecil,sakit itu datang tak menentu sampaikan air ketuban pecah pun tak perasan sampaikan nurse tanya akak ada rasa sakit ke?? azie kata ada tapi tak pasti sakit itu (1st  pengalaman jadi azie ingat sakit2 biasa tapi sakit itu tangkap tang pinggang)


Induce..
Waktu dalam unit PAC ( unit dimana doc chck bp/jantung baby/bukaan) sebelum dimasukan dalam LR(Labour Room).Air ketuban awak sikit sangat bahaya untuk diri awak & baby,salah satunya takut baby lemas..bp pun tinggi maybe kene paksa bersalin..Macamana pulak itu kan


Induce (masukan ubat dekat tutttt) or belon,cara lain selain itu azie tak pasti..
Akhirnya doc kata induce ubat,malam itu stay dekat wad pagi2 esoknya dah kene induce,tak boleh buang air besar @kecil kene tunggu dalam 2jam macam itu kalau tak silap..


Dalam kol 9 lebih (10 nov 2014) rasa sakit dekat pinggang lagi2 tang belakang,rasa macam nak meneran ,rasa macam ada something je ,makin lama sakit itu datang selang beberapa minit,makin lama makin kuat sampaikan tak larat nak bangun & baring je atas katil.


Sakit itu rasa kuat sangat sampaikan menitis airmata dok menahan ,bukan ngada2 tau tapi sakit sangat,sampai dalam LR bagitahu nurse taktahan sangat sakit ini,nurse siap minta azie sabar & tarik nafas .Kerap dan kerap lagi sakit smpaikan doc seluk pun dah tak rasa sebab sakit itu lebih kuat rasanya.
Tang perut azie tak rasa pape2 ,dalam beberapa minit lepas itu sakit itu macam hilang, terus tangkap sakit dekat perut time itu doc dah refer azie untuk czer..(kalau tak memang boleh normal)


Time nurse tolak nak  ke dewan bedah ,sakit yang kuat tadi hilang serta merta cuma yang ada perasaan takut/berdebar/risau sebab nak kene bedah je..Kuasa DIA Yang Besar,padahal tadi punyalah sakit sangat sampaikan nak bercakap,bergerak ke apa langsung tak boleh .
Inilah pengalaman azie,terpanggil share semua ini coz time ini azie tengah menuggu khabar berita daripada kawan azie yg menunggu melahirkan anak ke3 ,mudah2an mak & baby selamat ,kawan azie pun kene induce jugak sekarang baru bukaan 4cm.


Bagi yang menunggu untuk due,azie sarankan korang janganlah fikir yang bukan2,inshaallah yakin dengan DIA,banyakan berselawat,doa mudah2an semua dipermudahkan.Siapa yang tak takut,risau,berdebar semua akan rasa nanti walaupan dah melahirkan 2 ,3,5 ke 8 orang anak.



coretanku:-

Ibu2 semua meh ler share pengalaman ibu2 melahirkan anak,
Inshaallah boleh dijadikan petunjuk,pengalaman buat bakal ibu2 diluar sana 




Thursday, December 4, 2014

Part 1 :- Peristiwa di wad & labour room

Assalamualaikum
Salam sejahtera

Part 1

Maaf uolls baru inilah azie kesempatan nak share dengan uolls detik2 perjalanan azie sebelum melahirkan puteri sulungku..

09 Nov 2014(ahad)

Petang ini azie ke klinik untuk check tekanan darah @bp,bp azie naik lagi & doc minta azie ke hosp terus memandangkan date due azie dh lebih sehari. Petang itu jugaklah azie terus ke hosp.

Sampai hosp terus refer dekat unit PAC,PAC ini khas untuk ibu2 yang mengandung dimana disinilah ibu2 yang mengandung akan di check dulu tekanan drh,urin,gerakan jantung bby,check bukaan.Unit PAC betul2 dengan labour room

Waktu azie kene check dekat dalam ini,doc yang seluk bukaan dah 2cm theb azie kene refer masuk wad.Doc ada bagitahu azie ke mungkinan azie kene paksa bersalin memandangkan air ketuban azie sikit.azie terus tanya doc paksa bersalin itu camana,dia kata induce or masuk belon..Perasaan time itu berdebar2 takut risau semua ada.

Bila sampai dekat wad,malam itu jugaklah azie tak boleh nak lelapkan mata sebab tanda2 sakit dah mula rasa sampaikan air ketuban pecah pun azie tak rasa cuma yang azie perasan darah je keluar time ini memang azie dah cuak terus panggil nurse.

Memang tak selesa sangat malam itu,sedar2 pun dah pukul 6 lebih nurse kejut untuk jumpa doc pagi itu.Pagi itu ada 2org lagi yang sama2 dengan azie kene induce waktu nak tunggu doc panggil masuk bilik time itulah azie dah start rasa sakit bahagian pinggang n perut.

Dalam bilik doc check lagi bukaan dah 3cm & masukan ubat untuk lancarkan lagi bukaan.Ubat ini memang akan rasa sakit & untuk beberapa jam memang xboleh bergerak2 or ke toilet.

Dalam pukul 9 lebih azie dah start rasa contration dekat bahagian pinggang,nak baring ke jalan ke duduk ke serba tak kene.Sebab dah tak tahan sangat azie baring je dekat katil sampai suami azie datang waktu itu xtahu nak kata macamana sakitnya sampai azie minta dia panggil nurse

Waktu nurse datang check tengok tekanan darah azie dah naik,suhu badan naik terus demam,gerakkan jantung baby tak sekata terus doc datang checj tup2 dorang terus refer azie ke labour room.Dalam nak ke labour room itu contraction azie makin kuat sampaikan melelehlah airmata azie

Sampai labour room semua bilik full,alhamdulilah rezeki ada 1 bilik kosong.Waktu itu azie dah tak fikir apa dah cuma fikir baby dalam perut je.Waktu dalam labour room datang 2 org doc n nurse datang check azie.Time itulah dorang seluk lagi untuk check bukaan,suhu badan azie makin naik sampai nurse minta suami azie basahkan tisu tuam dekat kepala azie.

Sampai turn doc laki seluk nak pecahkan saki baki air ketuban waktu itu azie dah memang tak larat sangat.Airmata meleleh sebab menahan sakit 1hal takut pun 1hal..


Lepas itu.....
Nantikan part seterusnya...


Coretanku:_
Bermulah detik2 yang ditunggu..

Friday, September 19, 2014

Ekspo Mother Baby & Kids

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Alhamdulilah pagi ini diberi kesempatan lagi bertemu di hari Jumaat yang mulia,
Pagi ini sampai opis awal nahh..
Itu pun sebab my hubby kerja pagi ,pagi2 jugaklah aku dah terpacak dekat opis ini hihi


Alhamdulilah ,buka2 blog dapat khabar gembira geng blogger @ geng mom to be Puan Mimie selamat melahirkan baby girl ..
Tahniah mimie & husband
Tunggu geng daripada azie pulak keluar ehh hihi
Selamat Berpantang dek mimie..



Back to story




Mother Baby Kids Expo 
19-21 September 2014
PWTC


Sebenarnya dah tahu lama mengenai ekspo Baby ini coz banyak iklan mengenai ekspo ini sepanjang jalan area KL/Sel
Kalau tak silap dekat Putrajaya pun ada jugakkan date yang sama..


Apa lagi mom to be /mom2 diluar sana jom kita terjah pwtc 3hari ini hihi



coretanku :-


Alhamdulilah my baby dah masuk 8bulan,menghitung minggu & hari je ini
berat baby pun dah naik,alhamdulilah lega dengar 


Friday, September 12, 2014

M2B :- Al kisah minggu ini

Assalamulaikum
Salam Sejahtera Uolls




Entry kali ini azie rangkupkan sekali ehh dalam masa 5 hari ini..
Alkisah bermula hari isnin baru2 ini


08 September 2014(isnin)

Hari ini hari checkup azie coz meman dah start checkup 2minggu,macam biasalah hari ahad sebelum itu azie dah rasa semacam je dekat badan ini,tanda2 loya..mual2 dah muncul.Pagi before nak pergi checkup pun muntah2 lagi..
Seperti biasa setiap kali checkup azie kene test urin coz sebelum ini kencing kotor skit

Terkejut sangat sebab memang haritu kecik kotor & protein berlebihan,ok pasrah je ..Time jumpa doktor,doktor pun pelik coz sebelum ini ok lepas itu xok lak.Start lah azie kene sukat/tadah air kecing selama 24jam OMG..

Tak kurang dengan itu darah azie pun rendah ,kene ambik darah lagi.....Rasa nak menangis bila fikirkan semua ini bukan apa risau baby dekat dalam ini..



09 September 2014 (Selasa)

Pagi ini azie dah start kumpul air kencing selama 24 jam sampai esok pagi,plus minum air masak banyak2 + air barli.
Azie taktahu kenapa sejak pregnant ini payah sangat azie nak minum air masak tau ,bila minum je akan muntah balik habis semua terkeluar..


Malam itu berkali2 bangun sebab nak terkucil,letih badan ini baby pun mesti pening coz malam itu baby macam kurang aktif,azie dah risau sangat .Azie try kejutkan dia,baca surah barulah dia aktif.Maafkan mama maybe kamu pun letih dalam perut mama ini..



10 September 2014 (Rabu)

Pagi ini gigih bangun pagi sebab nak pergi klinik coz nak hantar air kencing,ambik darah bagai.Elok tengah tunggu giliran nak ambik darah boleh pulak nurse tersilap bagi date patut esok 11/09 kene datang ambik darah.Ok fine


Balik rumah terus ,tak jadi pergi kerja sebab azie rasa tak sedap badan,memang 1 hari itu tidur je,bangun pun sebab nak makan..mandi..solat je. Sampai malam semantara nak tunggu en suami balik kerja azie dah start muntah2 balik habis semua keluar..

Memang azie rasa xsedap badan tol haritu.



11 September 2014 (Khamis)

Macam biasa bangun awal sebab nak pergi ambik darah,hope sangat xmual2 pagi ini tapi mual jugak cuma tak teruk lah.Alhmdulilah badan ok sikit harini,sampai2 klinik ambik nombor then tunggu giliran .

Selesai ambik darah,lega sikit hati ini sebab selesai untuk minggu ini..Hope 2minggu akan datang tak ada apa2 masalah lagi,tapi dalam hati risau bebenor.

Semalam teringin nak makan satay,dapat jugak terima kasih lah pada en suami sebab melayan kerenah isterimu ini. Tidur malam tadi pun lena je,baby xmeragam sangat .



12 September 2014 (Jumaat)

Pagi ini mual2 lagi,lepas makan ok sikit tapi otw nak pergi kerja kepala ini berat sangat.Hope dekat office tak buat hal (muntah).





hai mom to be


"saya kuat mesti mama saya pun kuat jugak"



coretanku:_

Minggu depan dah masuk 8bulan hope everything it ok

Tuesday, September 2, 2014

M2B:- Pengiraan Pengerakan Baby

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Alhamdulilah my baby dah masuk 30week,kejap rasanya..
2minggu lepas checkup, cucuk  kancing gigi kali ke2..kebas sangat tangan lepas itu
Tak kurang dengan cucuk siap ambik darah
Result dapat time checkup akan datang ...hope everything it ok


Nurse pun dah start mintak azie buat pengiraan pergerakan baby
start daripada kol 9.00am dengan 10kali pergerakan..
Pergerakan ke 10 kene catatkan masa dalam buku merah..
Andai tak cukup memang kene refer terus ke hospital..


Now azie pun dah start checkup 2minggu ..
Buku merah dah kene bawak ke hulu ke hilir
Persiapan barang baby & mak dah kene standby ..


Alhamdulilah barang2 baby dah setel just ada beberapa je yang tinggal
Now barang keperluan azie yang perlu di setelkan
antaranya bengkung,booking tukang urut,set berpantang..
Untuk set berpantang azie more pada produk shaklee 
bukan tak nak ambik jamu,takut tak sesuai dengan diri azie


Sebelum pregnant memang azie ambik amalkan makan produk shaklee
alhamdulilah sesuai dengan antibodi azie.
Kawan2 azie yang amalkan set berpantang dengan shaklee pun kata ok



See u next entry......




Coretanku :-

Mudah2an semuanya baik2 
tahniah buat teman2 azie yang baru dapat cahaya mata & selamat berpantang


buat kawan2 diluar sana yang masih menunggu,inshaallah ada rezeki untuk anda
banyakkan doa n berusaha ok jangan patah semangat
Segalanya datang Daripada_Nya kita kene banyak bersabar & terus berdoa 


Friday, August 22, 2014

M2B :- Pengalaman Scan 4D_Klinik Fauziah

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Alhamdulilah my baby sudah masuk 28weeks (7bulan) kejap rasanya lagi 2bulan je nak baby nak tengok dunia,rasa tak sabar pulak + gementar+ takut+ happy =macam2 perasaan ada tau


Last weeks sepertimana yang azie hebahkan dalam blog ,azie pergi scan 4D kan,nak tengok keadaan baby & jantina dia.Alhamdulilah segalanya berjalan lancar & akhirnya azie dah tahu jantina baby azie .. i'm so happy & syukur sesangat bila tengok dia sihat


Temujanji di Klinik Fauziah Ampang start kol 4 petang, pihak klinik dah bagitahu awal2 siapa datang dulu dia yang buat dulu,sampai2 azie tunjuk ic then bagitahu yang ada temujanji scan 4D harini ,dorang check yesss nama azie memang ada cuma orang yang tukang scan je tak sampai lagi hihi


Duduk pun betol2 depan bilik scan senang nanti nama kene panggil dengarkan,dapat dalam 15minit macam itu nama azie panggil,siap berpangkat puan macam terpinggar2 kejap sebab selalu kalau pergi checkup ke jarang nurse panggil puan.. hahahaha


Masuk2 je dalam bilik itu,azie disuruh baring,suami azie teman masuk just duduk dekat tempat yang disediakan,Sonographer Puan Suraya pun mulakan sisi menyapu krim & mulalah sisi scan ,time ini berdebar sangat nak tengok baby.Sonographer Suraya ini lembut je orang dia


Mula2 ,scan bahagian kepala baby...yess azie dah nampak kelibat muka baby azie ya ampun macam tak percaya pun ada itulah anak azie yang azie bawa kehulu kehilir selama ini, Suraya kata hidung dia mancung,alahai anak ikut papa dia..rambut pun lebat dahi luas hihi


Time ini baby tidur 


Macam2 gelagat azie tengok die tidur,kejap tangan dekat muka,kejap itu tapak kaki dia dekat muka,step by step Suraya scan ukur bahagian kepala,check jari jemari tangan & kaki,placenta(uri),air ketuban,tali pusat .Apa yang azie risau tali pusat gangu bahagian muka dia,nampak sangat dia rimas..


Azie ada tanya Suraya bahaya tak ??
Dia kata nanti tali pusat itu akan beralih bila dah beberapa minggu...


Time ini Suraya kejutkan baby


Memang sweet je Suraya kejutkan dia dengan panggilan "adik" time ini nak scan untuk tahu jantina baby,puas scan baby takmauuu tunjuk... dia kepit kaki dia + malu2.
Suraya akan usahakan juga untuk mengetahui jantina baby,dia pun ada kata kalau nak nampak dia minta azie buat jalan2 dulu & makan nanti scan balik

Before azie nak pergi scan memang azie dah makan sikit nak kejutkan baby tapi baby still tidur

Akhirnya..... Suraya tengok melalui 2D sebab 4D tak nampak dia taknak tunjuk..melalui 2D dia kata baby azie baby.. GIRL alhamdulilah (nak nanges tapi tahan je )


Lepas scan ,Suraya tengok rekod buku checkup azie,azie pun ada bagitahu yang perut kecik dia kata takapa tak semestinya perut kecik baby pun kecik hihi,tengoklah mak & ayah dia comel itu anak comel je hahaha memang azie gelak je tengok suami bila Suraya kata macam itu



 Sekeping pic yang discan,serta rekod baby ( berat baby,ukuran kepala & badan bby) & lain2 pic masuk dalam bentuk cd semuanya bertotal RM 120.00



Untuk makluman & Temujanji

Klinik Fauziah
No.15 PSN Desa Ampang Taman Sri Ampang,
68000Ampang Selangor

Tel :- 03-42927917



Banyak reaksi positif yang azie baca dekat blog2 yang mana dah pergi scan dekat Klinik ini semua kata puas hati..Sebelum ini azie ada survey beberapa klinik ada yang cecah RM 150.00 tapi di Klinik Fauziah ini azie betol2 puas hati ..




Coretanku :-

Sorry azie tak dapat nak tunjuk pic scan baby,biarlah azie & family je tengok hihi

Tuesday, August 12, 2014

M2B :- Pengalaman Checkup Urin & BP

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Harini azie ada temujanji scan baby 3D 4D dekat Ampang,result scan nanti inshaallah azie share dekat sini yerk,doa2kan mudah2an baby ok, rasa tak sabar pulak sebab nak tahu jantina baby..


Back to story 

Sepanjang azie mengandung ini macam2 pengalaman yang azie lalui , ambik darah,protein tinggi,air kencing kotor,tekanan darah naik,minum air gula,masuk ubat dekat tutttt(yang ini memang takboleh dilupakan ,ngilu ok)
Ambik darah itu jangan cakaplah kadang nak nangis pun ada lagi2 bila time kene cucuk untuk kancing gigi aduhh lenguh dia sampai esoknya. Untk pertama kali pregnant akan kene 2kali cucuk ,now azie tinggalkan 1lagi cucuk


Selalunya, tiap kali pergi checkup azie risau nak check urin (airkencing) bukan apa selalu ada prob samada protein terlebih or kencing kotor . Bila dah kes macam ini mahu tak mahu kene repeat check urin & bp.

 Ini kes pertama check Urin & BP


Bila time check macam ini ,alhamdulilah result ok



Ini Kes ke2 repeat Urin & BP


Time ini bulan puasa & raya
Jenguh nak cari klinik buka time rayakan.
So far result ok pun dah lega


Biasanya last repeat mesti kene jumpa doc sebab doc nak tengok result sepanjang seminggu repeat itu,Kalau korang perasankan BP azie tinggikan aah memang pon sampai kene cucuk ambik darah sebelum raya takut suspek buah pinggang,now resultnya azie tak dapat lagi maybe checkup 25haribulan ini baru tahu mudah2an takada pape2..TAKUT..RISAU..


Ehhh korang perasaan tak date 04/08/14 itu BP azie tinggikan 140 mahu taknya before azie nak p checkup time itu kereta pulak kene langgar mahu tak naik darah tinggi azie time itu,doc yang check pun terkejut ok sampai check balik BP azie alhamduilah turun & siap scan perut takut effect pada baby.
Alhamdulilah baby ok,cuma mula2 sampai dekat KK baby azie macam aktif semacam maybe terkejut kot.


Hope checkup seterusnya nanti takada apa2 prob lagi, risau takut kene minum air gula kali ke2 pulak.Time2 pregnant ini makanminum memang nak kene jaga kan tambahan pulak musim raya semua nak makan. Berat naik mendadak pun bahaya taknaik lagilah jadi kene pada2



coretanku:_

Alhamdulilah kandungan dah 26minggu