Showing posts with label omak2. Show all posts
Showing posts with label omak2. Show all posts

Monday, June 22, 2015

RESEPI:- Bubur Som Som Daun Pandan

Assalamualaikum


Taktahu menu apa nak berbuka nanti..???
Meh cuba RESEPI YANG SIMPLE AJEEEEE




RESEPI :_

BUBUR SOM-SOM DAUN PANDAN





Bahan2nya:-

Bahan A
* 1 cawan tepung beras
* 5 cawan santan segar
* 1/2 sudu teh garam
* sedikit pewarna hijau (kalau takletak pun tak pe)
*boleh guna daun pandan blender & tapis *



Bahan B (Air Gula)
*500 g Gula melaka /gula pasir
*1000ml air
* 2 helai daun pandan (disimpulkan)



Cara-caranya:-

1. Masukan  tepung beras & santan kacau jangan sampai bergentel (berketul2)
Pastikan api sederhana sahaja
2. masukan sedikit garam & pewarna dan kacau sehingga nampak berkilat 
3. akhir sekali masukan dalam bekas & SEJUKKAN


Untuk membuat air gula campur semua bahan tadi kacau dengan api sederhana,bila gula dah hancur maka masaklah gula tadi 



AKHIR SEKALI 
_Sajikan dengan air gula_
Makan sejuk2 sedap tau 



(soryy bubur somsom ini agak kurang memuaskan sebab senduk pakai sudu je bila nak hidang.)



Mama Alisya Laparlah... Alahai anak

Assalamualaikum




Taraaaaaa.....




Wahh lama benar tak muncul2 dalam blog yerk,rindu nak bercorotehhhh 
Korang semua sihat...??
Masih sempat lagi untuk azie nak ucapkan SELAMAT BERPUASA KAWAN2KU...
pejam celik pejam celik dah 5 ramadhan ...semoga dipermudahkan ibadat puasa kita AMIN 





Alhamdulilah my princess yang tecik itu dah 7bulan,alhamdulilah dapat melihat perkembangan dia depan mata,dari kecik2 dulu nak pegang pun macam takut sebab halus sangat sekarang dah berketak2 Terima kasih dekat my mama yang banyak jaga Alisya..Alisya pun dah start makan sejak 6bulan lagi ,mula2 azie bagi nestum & biskut je nak tengok samada perut dia boleh terima makanan macam itu ke idak. Pertengahan 6bulan itu dah  start bagi makan bubur.




So far,sejak makan bubur memang menyelera sajalah dia makan,suka pulak azie tengok dia makan kadang makanan kita pun dia nak bab kata lain pantang nampak orang makan.Lepas itu bubur, cmpur pulak dengan carrot & ikan bilis blender halus2 amboi memang lagi seleralah si kecik itu makan.
Pagi bagi biskut & susu & nestum 
Tengahari bubur nasi  & susu
Petang bubur nasi or biskut & susu
Malam susu tetap bagi kalau tak ,tak tidurlah si kecik itu.







Tapi yang paling best,lagi2 sejak dah meniarap kemain laju kerap benarlah si kecik ini ke dapur,pantang ada orang dekat dapur ,nak ke dapur je kejenya.Pernah sekali dah pukul 10malam itu,bagi itu tak mahu,duduk main meniarap sana sini ,bagi susu pun tak nak rupanya LAPARRRRR
bagi kentang sikit ,biskut sikit amboii bukan main laju dia habiskan ..ALahaiii anakk
Cian dia..lepas itu baru lena tidur




muka eksen bila dah kenyang..
koo hadoooo  hahahahahha




Bulan puasa ini lagi mencabar,kita nak berbuka dia pun nak berbuka,kalau tak layan menagis,cian anak mama yerk lapar jugak yerk,kadang nak bagi tidur dulu tapi ehhhh macam tahu2 je bangun time orang berbuka alahaianak.Terpaksa azie dengan mama azie gilir2 jaga dia .Ok harini baba ada giliran baba pulak jaga Alisya yerk sayang hihi.





Coretanku :_
Korang dah shopping baju raya...???

Tuesday, May 12, 2015

Bukan Demam Campak tapi Virus...

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Oppss story Majlis Aqiqah Alisya nanti kita story morey yerk 

****************************


Minggu lepas hari Selasa Alisya dah menujukkan tanda2 nak demam,petang Selasa time kerja mama Azie call bagitahu badan Alisya dedar2
Terus call suami kata nak balik awal,memang tak sedap hatilah dengar keadaan anak macam itukan,sampai2 rumah memang tengok badan dia panas apa lagi terus gerak pergi klinik
Sampai2 klinik doc check suhu dah cecah 38' terus doc masukan ubat dekat buntut coz panas sangat bahaya boleh sawan kalau dibiarkan 


Doc suruh pantau untuk beberapa hari,coz kalau keadaan still panas 2 hari lagi kene refer balik nak check darah.Alhamdulilah sepanjang Alisya demam dia still aktif,boleh minum susu .
Hari Rabu tengok ok dah cuma dedar2 sikit tapi malam khamis itu tengok keadaan dia panas balik memang sepanjang masa dok pantau je 


Jumaat pagi itu azie tengok mula tumbuh bintik2 merah dekat badan,tangan & muka dia ,ingatkan ruam biasa je tapi makin lama makin banyak bawak ke satu badan .Ingatkan
 campak ke azie refer ke klinik balik ,dc check suhu dia 36' bila tanya bintik2 itu doc kata bukan campak tapi biasa berlaku bila lepas demam 3hari ,akan kebah bila 2hari selepas itu
macam2 jugaklah azie tanya dekat doc itu.


Malam Jumaat itu,tengok still sama cuma demam tak de lah,Sabtu itu azie bawak g klinik balik tapi sebelum itu ada tanya member2 punca kenapa,kesannya coz anak2 dorang pernah alami siptom2 ini
Alih member baik azie kata anak dia kene sama dengan Alisya tapi doc kata virus 
Kot bila dengar je VIRUS berdebar hati azie yelah takut ok


Bila check dekat klinik ,sah doc pun kata Virus yang biasa serang lepas demam panas ,bukan campak tapi sebab faktor panas dalam itu,tak menjangkit,selagi dia boleh minum susu,berak ok,aktif inshaallah semuanya baik2
LEGAAAAAA....


Doc just bagi ubat untuk sapu dekat bintik2 itu,alhamdulilah balik klinik lap2 sikit badan dia sapu ubat memang esoknya nampak kurang sikit,cuma ambik masa nak hilang bintik2 itu sepenuhnya.Azie risau takut campak tapi dia still xgaru2 pun..



Anak2 korang pernah tak alami apa yang azie alami ini
makan masa tak nak pulih sepenuhnya? ada apa2 petua tak boleh share dengan azie
coz sekarang anak azie dah 6bulan



coretanku :-
virus ini ada nama nya tapi lupa lak huhuuu..

Friday, April 24, 2015

Sakit Contraction & Induce

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



*** Entry panjang***



Sakit Bersalin Bila Contraction & Induce


Bagi wanita2 yang melalui proses melahirkan anak tahu macamana keadaan sakit contraction & induce inikan,sukar untuk digambarkan sukar untuk diperkatakan .Just azie terpanggil untuk share ini sebab azie melalui kedua2nya.Bukan tujuan untuk menunjuk or bangga yang kita boleh melahirkan anak,oohh tidak sama sekali.Ini nak share dengan uolls


Macamana sakit Contraction...??
Macamana pulak induce itu...??


Dulu ,sebelum azie mengandung & time mengandung soalan2 ini sering bermain dalam kepala macamana sakit itu? aku tak ada pengalaman.Bila ianya berlaku?lama ke sakit nya?apa perlu aku buat bila sakit ini datang?


Soalan yang sama azie pernah tanya pada mak,kawan2 azie yang melalui detik2 genting ini.Banyak feedback yang berbeza azie dapat ada yang kata sakit macam nak period(senguggut) ,tak rasa sakit tahu2 nak beranak(mudahnya ,syukur),sakit dia lebih kuat lagi terutama bila induce.
Ini dikatakan pengalaman masing2 tak sama kalau sama maybe kebetulan


TAPI


Bila azie dah melalui kedua2nya barulah azie tahu sakitnya,sukar untuk digambarkan PENGALAMAN azie,malam sebelum azie nak kene induce,azie dah start rasa tak selesai dekat belakang lagi2 tang pinggang,nak mengiring kanan kiri ke melentang ke tak selesa sangat2.Kerap buang air kecil,sakit itu datang tak menentu sampaikan air ketuban pecah pun tak perasan sampaikan nurse tanya akak ada rasa sakit ke?? azie kata ada tapi tak pasti sakit itu (1st  pengalaman jadi azie ingat sakit2 biasa tapi sakit itu tangkap tang pinggang)


Induce..
Waktu dalam unit PAC ( unit dimana doc chck bp/jantung baby/bukaan) sebelum dimasukan dalam LR(Labour Room).Air ketuban awak sikit sangat bahaya untuk diri awak & baby,salah satunya takut baby lemas..bp pun tinggi maybe kene paksa bersalin..Macamana pulak itu kan


Induce (masukan ubat dekat tutttt) or belon,cara lain selain itu azie tak pasti..
Akhirnya doc kata induce ubat,malam itu stay dekat wad pagi2 esoknya dah kene induce,tak boleh buang air besar @kecil kene tunggu dalam 2jam macam itu kalau tak silap..


Dalam kol 9 lebih (10 nov 2014) rasa sakit dekat pinggang lagi2 tang belakang,rasa macam nak meneran ,rasa macam ada something je ,makin lama sakit itu datang selang beberapa minit,makin lama makin kuat sampaikan tak larat nak bangun & baring je atas katil.


Sakit itu rasa kuat sangat sampaikan menitis airmata dok menahan ,bukan ngada2 tau tapi sakit sangat,sampai dalam LR bagitahu nurse taktahan sangat sakit ini,nurse siap minta azie sabar & tarik nafas .Kerap dan kerap lagi sakit smpaikan doc seluk pun dah tak rasa sebab sakit itu lebih kuat rasanya.
Tang perut azie tak rasa pape2 ,dalam beberapa minit lepas itu sakit itu macam hilang, terus tangkap sakit dekat perut time itu doc dah refer azie untuk czer..(kalau tak memang boleh normal)


Time nurse tolak nak  ke dewan bedah ,sakit yang kuat tadi hilang serta merta cuma yang ada perasaan takut/berdebar/risau sebab nak kene bedah je..Kuasa DIA Yang Besar,padahal tadi punyalah sakit sangat sampaikan nak bercakap,bergerak ke apa langsung tak boleh .
Inilah pengalaman azie,terpanggil share semua ini coz time ini azie tengah menuggu khabar berita daripada kawan azie yg menunggu melahirkan anak ke3 ,mudah2an mak & baby selamat ,kawan azie pun kene induce jugak sekarang baru bukaan 4cm.


Bagi yang menunggu untuk due,azie sarankan korang janganlah fikir yang bukan2,inshaallah yakin dengan DIA,banyakan berselawat,doa mudah2an semua dipermudahkan.Siapa yang tak takut,risau,berdebar semua akan rasa nanti walaupan dah melahirkan 2 ,3,5 ke 8 orang anak.



coretanku:-

Ibu2 semua meh ler share pengalaman ibu2 melahirkan anak,
Inshaallah boleh dijadikan petunjuk,pengalaman buat bakal ibu2 diluar sana 




Monday, April 6, 2015

Gelabah dibuatnya,alahai anak..

Assalamualaikum ..Salam Sejahtera



Now my family tengah sibuk nak siapkan persiapan untuk Majlis Akikah my princess NurAlisyaSofia inshaallah tiada hal melingtang awal bulan depan,jadi banyak persiapan perlu dilakukan semalam pun shopping barang untuk berkat orang2 datang nanti


Tinggalkan Alisya dengan baba dia dekat rumah,risau jugak takut dia nangis balik2 je cik husben kata dia baru bangun tidur ,maybe letih main kot balik2 terus mandikan dia,dah lepas mandi susukan dia & dia pun main


Biasalah sekarang tengah gian meniarap ,pantang letak dapat kejap meniarap dah meniarap sekarang nak merangkak tapi sikit2 dah itu mengundur hahaha kelakar pulak tengok Alisya .
Nak dijadikan cerita semalam memang darah Azie naik kot sebab terkejut sangat


Alahai anak tolonglah jangan buat macam itu lagi..mama rasa nak pengsan tengok awak semalam


Kenapa...???


Elok cik husben alihkan dia dari karpet elok je dia meniarap entah macamana kepala terhentak dekat alas dia ,tengok dia diam lepas itu bantai nangis..Nangis bukan nangis biasa nangis tertiba senyap macam menahan Ya Allah terkejut sangat terus cik husben dukung dia,tengok dia nangis semacam,
apalagi mama lepas solat terus keluar semua panik..


Pujuk2,baca selawat & cepat2 ambik kain sapu dekat kepala dia ..
Ya Allah taktahu nak gambarkan macamana perasaan time itu,sepantas kilat berlaku..
Azie takut tengok dia nangis,dengan2  Azie meleleh airmata..


Alhamdulilah dapat kejap dia ok,selawat lagi jangan bagi dia terkejut..lepas itu dia boleh senyum2..Sepanjang malam pantau jugak takut demam ke apa kan,nak tukar bulan gamaknya itu aktif je


Sebab itu lah Azie & mama Azie risau sangat kalau dia meniarap,bukan apa takut terlengkup muka kat bantal ke apa ke risau tau.Sebab itulah kalau nak buat kerja tunggu dia lelap barulah kerja jalan
Mama Azie kata ,biasalah budak esok dia dah start merangkak & berjalan lagilah jatuh terhantuk itu perkara biasa tapi nak kene pantau jangan biar2kan.


Dak kecik ini kalau menangis boleh tahan jugak..kita jadi gelabah




coretanku :-

makin aktif makin lasak makin ke perhatikan
alahai anak




Thursday, April 2, 2015

Kita dah sunat... opppsss

Assalamualaikum
Salam Sejahtera uolls



Semalam azie mc gara2 sakit perut,
taktahu kenapa nak kata salah makan macam tak je
sakit belah kiri dekat dengan bekas jahitan czer ngilu je rasa


Kesudahannya ,pagi semalam mc sebab tak larat sangat
Pagi2 cik husben whatsapp bagitahu klinik Al Zahra semalam petang & harini pagi
doc ada untuk sunat my princess


Alang2 dah mc  teruslah buatkan 
petang itu bawa Alisya pergi Poliklinik Az-Zahrah BTHO
tak ada orang pun daftar je nama dapat kejap nurse panggil masuk


Nurse terus pegang Alisya ,
biasalah dia bila tengok orang lain macam terkejut hahaha
nurse itu baringkan dia ,dia dah nak nangis ..risau lak azie & cik husben tengok
habis mata,hidung,telinga dia gosok 
doctor & nurse gelak je tengok gelagat dia


TUP..TUP..TUP...
Siap dah kejap je ok..dia sapu ubat kuning..
Alisya terus nak airrrr..airrr..
airr... dia (susu or puting dia)

**jangan lupa bawa pampers lebih yerk **


Ingatkan nak ambik pic dia time sunat tapi takut gangu kerja doc pulak
kalau tak ada kenangan kan alisya..


Lepas itu terus senyap siap senyum2 gelak2 dengan doc
doc siap usik dia,airrr,,airrr ehh aloorhh comeynya
Alhamdulilah selesai & rasa lega sangat..


ehsan goggle

ehh mcm alisya pulak... omg


Kalau korang nak tahu,
sebelum nak pergi klinik
Azie punyalah berdebar... taktahu lah nak kata camner
maybe sebab risau takut dia nangis ke apa ke kan
Tengok2 dia ok rasa syukur & lega sangat


Azie tetap pantau takut demam ke apakan
Berkat semua,mama azie buat bubur doa selamat (bubur putih + bubur gula merah) sedap tau
Tapi taktahu nama apa,just panggil bubur 
nak buat pulut,,tak ada pulak


Pagi tadi sebelum nak pergi kerja,
azie tengok bahagian ehemmm  dia ok,kencing pun ok
malam tadi pun lena je tidur...



coretanku:-

10 hari lagi nak checkup 5bulan.enjet lagi





Monday, March 30, 2015

Wajib Bertungku Jangan buat main2

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



BERTUNGKU & BERURUT


Selalu kita dengar bertungku2 bagi ibu2 yang lepas bersalin @ dalam pantang untuk membaikipulih aliran darah,mengecutkan rahim,mengelakan angin masuk,membuang angin,dll


Tungku sekarang macam2 cara ada kan,baik yang moden mahupun tradisional

Macam Azie lepas habis pantang tempoh hari azie pilih cara tradisional,azie berpantang dekat rumah mama azie then sambung pantang 100 hari dalam masa 100 hari itu azie berpantang dengan bertungku..


MIL azie kalau bab berpantang jangan dibuat main2 ,memang pantang betul disebabkan azie czer azie pantang cara czer bab makan semua azie jaga,ada yang kata boleh makan itu makan ini bagi yang normal mungkin boleh tapi bagi yang czer ini pantang dia lebih sikit bukan apa takut gatal.Tambahan azie 2 kali operation nak makan sebarang memang takut


Habis pantang 44 hari lepas seminggu,azie balik rumah MIL cik husben pon suggest agak berurut @ bertungku,oklah azie ikut sebenarnya memang azie nk berurut dekat rumah MIL je,3hari berturut2 fuhh terasa lega sangat badan ini  lepas mengurut .


Awal2 lagi azie dah bagi tahu akak yg urut itu yang azie czer,bila dia tengok bahagian jhtan azie dah kering dia berani pegang perut azie.Azie mula takut jugak tapi dia buat slow2 je seriau tau bila fikirkan diri sendiri dengan keadaan macam itu.
Memang sedaplah akka itu urut,yang pelik bukan azie yang keluar angin tapi akak itu hihi cian pulak azie tengok dia.Akak itu pun pesan dengan azie agar makan minum kene jaga lagi2 anak sulungkan


Entah nak dijadikan cerita nak masuk hari ke 3 urut malam itu azie lupa yang azie still berpantang azie makan taugeh,ambik kau malam itu sakit sangat badan azie ,terasa sengal2 je mula itu azie fikir biasa kot then naik dekat kaki .Esok pagi time akak itu nak urut azie cakaplah badan sakit2 sangat
tak habis cakap akak tu kata semalam makan apa?taugeh yerk..


Tak pasal2 kene tegur dengan kakak tu,dia marah sebab azie cari nahas makan sebarangan.Dia pegang je badan time nak urut itu dia kata ada angin & bengkak aduhhhh patut sakit.Menjak itu azie fobia tengok taugeh lah ini baru berani makan itu pun sikit.


Pesan akak itu,jangan sekali sekala ambik taugeh dalam pantang sebab taugeh itu sejuk..
Ada kes akak itu urut ,budak itu tengah pantang,dia bantai makan taugeh je akhirnya meninggal ,Ya Allah azie dengar pun takut..


Pesan azie pada yang baru lepas bersalin itu,korang jagalah makanminum betul2,pantang betul2,kata orang tua itu ada baiknya pantang bukan untuk sekali ini tapi pantang betul2 sebab nak pakai lama(pahamkan hihi). 


Mama azie selalu pesan perempuan lepas bersalin memang nak kene jaga semua baik luar mahupun dalaman,lagi2 bab kaki segala urat ada dekat tapak kaki kita,waktu berpantang pakailah stokin,kaki bila sejuk badan kita rasa sengal2 je.Mungkin sekarang tak nampak kesanya tapi bila dah tua nanti.
Orang perempuan mudah dapat sakit kaki sebab urat tersimpul2 lagi2 yang salin normal kan sbb meneran time bersalin itu sebab kena jaga betul2..





*********************************************************************************

Macamana pengalaman uolls bertungku meh share dengan azie,boleh jadi manfaat bersama ..share je dekat ruang komen itu 







coretanku :_

takkisah lah korang berpantang cara macamana  ke,tapi jangan lupa bertungku yerk
pesan untuk diri sendiri jugak hihi
sebab yang sakit nanti kita,yang tanggung sakit itu kita jugak

Wednesday, March 25, 2015

Resepi : Ayam Masak Lada Hitam Super


Salam Sejahtera


Taktahu nak masak apa lunch nanti..
Nakkan menu yang ringkas & mudah....
Mehh..meh cuba resepi ini.....




RESEPI 
AYAM MASAK LADA HITAM SUPER


Bahan-bahannya :-

  • Isi ayam (lagi best ambik bahagian dada / peha )
  • seulas bawang merah (diiris )
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • halia (dihiris halus)
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 keping asam keping
  • segengam lada hitam (ditumbuk halus) _agak2 je
  • sos lada hitam
  • garam





Cara-caranya :-
  • Goreng ayam hingga garing
  • Tumis bawang merah/bawang putih/cili merah/cili hijau/halia  yang dihiris tadi sehingga naik bau
  • Masukan lada hitam yang ditumbuk...
  • Kemudian masukkan sos tiram (agak2) & asam keping
  • Untuk jadikan kuah letakkan sedikit air ,kemudian masukan sedikit garam
  • Agak2 dah pekat boleh masukan ayam yang digoreng tadi
  • Siap  !!



**kalau nak sedap lagi lebihkan halia** 
** Gantikan cili biasa dengan cili bengala pon sedap ..kruk2 gitue bila makan**





Salah 1 menu azie lepas habis pantang,untuk keluarkan angin dalam badan azie tambahkan halia lebih.. Bagi yang menyusukan anak Or anak kene kuning tak digalakan yerk..kalau boleh bagi anak baik sepenuhnya.. lada hitam ini panas sikit








coretanku :-

SELAMAT MENCUBA





Monday, March 23, 2015

Mama paksa Alisya pakai BIB

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Oooyeahhh
kau dah kenapa Azie ooi...
Happy sebab dapat jugak buka blog & update...
Tak syook guna hp rasa tak puas ....

Dah2 jangan merepek lebih2 kang lari story pulak


********************************************




Kenapa muka dak kecik ini muram....
aiyaaahh dia kene marah dengan mama dia..
Alooo marah2 manje gitue


Semua gara2 bila minum susu pasti..pasti meleleh
Dah itu habislah baju..muka...pipi embam itu comot
Ehh bila kita lap dia marah
bukan apa dia rimas...

Alahai anak......


Sebab itu Azie bagi pakai BIB....
Bila dah pakai bib dia tarik2 pulak bib itu
Ishhhhh..geram tau


Tangan dia serba pantas
kita baru pegang botol susu nak bagi dia
Dia dah tarik dulu..
Itu pun bila dak kecik ini betul2 haus
Kalau tak dia tak kisah pun malah puting botol itu dia buat main2..
Dak kecik banyak akal ini....





coretanku :-

Ok mama dah rindu anak mama ini.............sobs sobs

Monday, March 16, 2015

Pabila anak start meragam

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Sebenarnya banyak sangat story nak share
tapi sampai kesudahnya aku lupa dah nak story apa
banyak sangat tangguh inilah rupanya


Alkisah weekend seminggu yang lepas


Minggu lepas 06 mac 2015 
lepas habis kerja balik umah mama azie
packing2 terus gerak balik rumah dekat sendayan 
Azie bagitahu dekat suami nak stay dekat rumah je 
kiranya taklah tidur rumah mak mertua azie
rumah mertua azie 5 ke 10 minit je dari rumah ktorang


Sampai2 sempat lagi tapau makan 
sebab letih 1 hal nak masak payah sebab dapur gas memang tak ada
malam sampai itu Alisya ok je siap gelak2 main2 lagi
nak tidurkan dia pun senang just tepuk2 je


Pagi esoknya kemas2 rumah
tengahari baru gerak pergi rumah mertua azie
makan2 dekat sana
landing2 kejap story2 

Petang itu ajak cik husben pergi jalan2
konon2nya nak bawak Alisya pergi taman dekat Seremban 2
tapi entah kenapa haritu ramai sangat orang macam ada event
Terus cancel then gerak pergi mydin dekat Seremban 2


Seronok kemain Alisya lagi2 duduk dalam stoller
Asal nak  pergi mydin sahaja nak jalan2 
akhirnya membeli jugak penuh stoller 
cik husben beli almari kain,lampu yang sekali dengan radio 
manalah tahu kot2 tak ada letrikan itulah gunanya


Time nak belek2 barang Alisya
tengok gelagat dia semacam,macam meneran lepas itu kentut
boleh tahanlah bau
Alisya boleh gelak2 senyum2 dekat ktorang

Kelam kabutlah nak pilih barangkan 
mana taknya kang dia meragam tak selesa ke apa dah 1 hal
tapi tengok Alisya standy ok 
kitaorang lakibini yang kelam kabut 


Lepas bayar semua terus g bilik persalinan baby itu
dengan cik husben sekali masuk 
tak ada orang pun dalam itu
buka pampers dia tengok2 dia kencing jeeeeeeeeee...
bukan yak pun
huwaaaa ....... alahai anak mamababa ini..



Paham2 jelah lepas tukar semua itu dia dah mula merengek
nak susu pulak
sempatlah lagi susukan dia dulu sebelum dia buat konsert hahahhaa


ini muka dah lega bila dah tukar pampers & dapat susu


Elok dah susu,dia start merengek sebab nak orang dukung dia
biasalah duduk lama2 dalam stroller rimas kot
Balik itu terus ktorang plan pergi makan 
hujan renyai2 pulak malam itu


Nak dijadikan cerita 
elok sampai kedai makan dia ok lagi tau
lepas itu dia start buat hal menangis sekuat hati
Ya Ampun kelam kabut ok 
serba serbi tak kene akhirnya cik husben dukung dia
terus senyap 
orang dekat kedai makan semua pandang
tapi kitorang buat2 taktahu je
tapi dalam hati Tuhan sajalah yang tahu


Punca dia waktu nak cari kedai makan
Alisya tidur dalam kereta
maybe sebab tak cukup tidur itu yang mengamuk
bagi susu pun senyap kejap lepas itu merengek lagi


Sepantas kitaorang laki bini makan
nak gelak pun ada geram pun ada
sabar jelah
Masuk je kereta dia bantai tidur ..

TAPI.......................

Sampai rumah je mula2 ok tau
lepas itu dia meragam lagi

Saat ini ketika ini 
kesabaran kekuatan diperlukan hahahahha
dia meragam..bantai nangis je
bagi susu tak nak
nak dodoikan pun tak nak
nak tukar baju tak nak


azie ngan husben dah risau
maybe sebab balik malam2kan
tahu2 jelah budak kecik
dengan badan dah letih jadi meragam jelah


Puas pujuk 
akhirnya sebab dah letih menangis 
terus tidur tapi dalam tidur itu tersedu2 tau
cian azie tengok dia,sampai azie yang menangis
yelah tengok keadaan anak cmtu


memang lena malam itu
nak bangun bagi susu pun dia tak larat dah 
azie tak sampai hati nak kejut bagi susu


Bangun esoknya dia start pokpekpokpek(bahasa dia)
Pagi ahad azie tinggal berdua je dengan anak
cik husben pergi rumah mak dia temankan mak dia pergi pasar 



Pagi itu jenuh ok nak setelkan 1 kerja ke 1 kerja
tengok anak ok main sorang2 bolehlah azie kemas apa yg patut
tapi tinggalkan kejap je dia dah merengek
sebab tengok orang tak ada
bagi susu lepas itu mandikan dia


bab mandi ini ibarat macam berperang ok
hahaha bukan anak je basah dengan azie2 basah ok
selalu kalau mandikan Alisya cik husben bantu tak pun mama azie 
ini ambik kau sensorang



Azie bukan apa risau bab nak mandikan budak2 kecik ini
takut tangan tak kuat nak pegang dia sebab licinkan
slow2 jugaklah tengok Alisya ok
basah pun basahlah 


Petang itu terus packing2 gerak pergi rumah mak mertua lepak sana
sampai nak balik malam itu
waktu dalam kereta Alisya ok tidur je sampai rumah mama Azie
mula2 ok lepas itu dia menangis /meragam tak henti2
risau sangat,sampai kene marah dengan mama azie sebab balik malam2
huwaaaaa..


Menjak itu,
Azie risau nak bawak keluar anak malam2 
bukan apa orang tua2 pun ada pesan kan 
jangan bawak anak keluar lagi2 lepas maghrib
dia kecik lagi mcm2 dia nampak


Alisya kalau keluar malam2 dekat sini ok 
maybe sebab balik kampung kan lalu kawasan gelap
Pengajaran buat kami lakibini





coretanku:-

Panjang kan story ku hahahha jangan jemu nak baca tau









Friday, March 6, 2015

Alahai anak mama

Assalamualaikum
Salam Jumaat


Biasalah bila dah jadi omak2 ini sifat kenakalan diri terhadap anak  lumrahlah
nakal2 manja dengan anak (belai2..usap2...)
Lagi2 bila anak dah pandai agah2 kita,kita agah dia balik
dah pandai senyum
dah pandai borak (bahasa bby)
dah pandai merajuk..nak manja2 gitu
dah pandai sebut air..(susu)
dah pandai panggil ne..nekk


mama minta kita jadi model shawl...alahai mama


Seronok sangat tengok perkembangan anak
kalau boleh tak nak lepaskan moment2 dia
nak je selalu ada dengan dia
Tapi apakah daya
Bila balik kerja tengok anak depan mata ..SEJUK je hati
Hilang segala stressss


Alahai anak mama.......




kamulah segalanya bagi mama...
sakit waktu mengandungkan kamu...
sakit kene induce..
sakit kene ceaser... nak melahirkan kamu..
sakit kene belah balik ....
sakit kene operation....
mama hadapi dengan tenang,tabah & kuat
semua demi kamu sayang...


Nak melihat kamu membesar dengan sempurna
Anugerah yang terindah daripada_Nya








coretanku:_

Harini atok balik...rindu sangat dekat atokkk
semoga atok selamat sampai



Wednesday, February 25, 2015

Bila kecik ini dah pandai meniarap

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Alhamdulilah my princess nuralisyasofia dah 3bulan15hari...
Dah macam2 gaya dia tunjuk



1 bulan
Time ini mulalah otot2 dia dah nampak bayangkan waktu dalam hari nak pegang pun takut tau,
halus sangat lepas itu kecik
Alhamdulilah dah sebulan nampak berisi sikit.

Dah pandai tengok orang keliling dia..
Kalau agah2 pun dah pandai senyum...


2bulan
Berat naik 5.2kg opppsss macam tak percaya je tau tapi alhamdulilah cuma demam sikit2 itu adalah lagi2 bila nak berubah bulan kan.

Masa dalam 2bulan ini alisya dah mula potpetpotpet sikit2...
Suka tengok dia potpetpotpet ,alahai mama geram tengok bibir & mulut awak itu

Selain itu,
Alisya dah start mengiring,mula2 dia mengiring azie cam pelik sikitlah kenapa dia suka toleh ke kanan je,lepas itu lepaskan geram bila takboleh nak giring rupa2nya dia nak pandai mengiring..



Tengok itu,tidur pun nak mengiring tau,kalau terlentang macam dah tak selesa je bagi dia,Kalau terlentang dua2 tangan ke atas itu dah kira lena sangat.
Dalam beberapa minggu nak masuk 3bulan dia dah pandai MENIARAP




Sempat azie capture pic dia tengah meniarap time ini,memang terkejutlah cepat2 azie panggil nenek dia .Sedaya upaya dia nak meniarap,yang kelakarnya punggung dia itu tonggek je hahahaha



Time ini tengah usaha nak angkat kepala dia tau,alahai anak mama ini..Kamu memang kuat sayang..
Selagi tak dapat dia tetap akan usaha jugak,kalau tak memang nangislah jawabnya..


Now dah masuk 3bulan,dah memang pandai meniarap sepenuhnya,cuma sekarang nak meniarap ke depan belakang gituelah
Seksa kalau nak pakaikan baju dia lepas mandi ,gerak sanasini lepas itu nak meniarap huhuhu.


Semalam balik2 kerja je dengar suara dia kuat sangat rupa2nya dok bebel dengan nenek dia hahaha,borak2 lah kononnya itu alahai sedap je suara alisya mama dengar.
Kalau kita agah2 dia,dia agah2 kita lagi kuat ok hahaha


Tidur sekarang pun dah start pakai buaian,tak delah mama ngan nenek dodoi2 alisya lagi smpai joget2 ehh .Dia tahu nenek,mama dia penat letak je dalam buaian cepat lena.Sumbat dengan puting(kopek) hahahaha..




coretanku:-

Timbang 3bulan baru2 ini naik 5.9kg dah,azie memang start bg susu fm dekat dia coz susu badan azie tak banyak lepas operation kali ke2 tempoh hari..
Hmmm sedih sangat 

Yang penting tengok dia sihat & membesar dengan baik pun dah cukup bagi azie




Wednesday, February 11, 2015

Baby sock Alisya

Assalamualikum
Salam Sejahtera


Menjak2 dah jadi omak2 ini more pada anak lebih daripada segalanya
Kalau dulu b2 je contoh bab shopping bukan main lagi..
Tapi bila dah pregnant kene stop shooping untuk b2 
Tapi lebih pada yang kecik 


Pantang nampak kedai baby,baju baby,mainan baby 
Semua yang seangkatan dengan barang2 baby mesti nak beli 
Lagi2 anak 1st banyak keperluan yg diperlukan


Bila dah lahir je 
makeover anak dengan baju2 yang ada.
Salah satu hobi baru..
Suka kumpul baby sock 


geram sebab mcm2 design ada..
comel pulak itu...
antara koleksi yang azie kumpul..
kebanyakan gift yang alisya dapat




yang ini azie beli on9 
converse baby sock
FB: D Azly Maryana
geram sebab design die sebiji macam shoes converse
macam2 colour ada..



Yang ini azie suka match n match 
Baju & baby sock & headband







Ini antara koleksi  my princess nuralisyasofia





***********
Azie ada buat bisnes kecil2 jual pakaian kanak2 (lelaki & perempuan)
nanti azie share ehh
mana tahu nak order leh pm azie ...






coretanku:-

inilah dia bila dah bergolar omak2.. 
pantang nampak mesti bekenan..bila dah bekenan pasti nak beli..bila dah beli jadikan koleksi.