Showing posts with label kerjaya. Show all posts
Showing posts with label kerjaya. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

5 Tahun 4 bulan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Jumaat lepas 07  Februari 2014 genap 5tahun 4bulan azie kerja dekat company ini 
macam tak percaya pulak dah dekat 5tahun pejam celik pejam celik kejap sungguh masa berlalu.
Mula2 start kerja pada 07 Oktober 2008 


Pernah jugak terlintas di hati sampai bila nak kerja sini
bila nak dapat kerja gomen


Sampai rasa nak behenti sebab tertekan dengan kerja..(dasyat kan)
lumrah kalau tak tertekan bukan kerjalah namanya 


TAPI bila direnung2kan kembali semua ini rezeki
Kalau dah ditakdirkan rezeki disini ..inshaallah sinilah rezeki ku
Kalau bab nak memilih kang takut salah pilih makan diri
elok ada kerja tuptup tak bekerja 


Pernah dapat tawaran kerja lain TAPI terpaksa tolak sebab tertentu


TAPI
azie bersyukur dengan kerja sekarang walaupun kadang rasa boring,fedup or tertekan tapi seronoknya kerja sini bos sporting,kerja kadang relaks sikit busy pun time projek tengah on lagipun dah biasa suasana sekeliling,gaji pun ok,kalau mc pun ok hahahha opsss





Coretan :-

Tak kiralah apa kerja yang kita ada yang penting halal,susah macamana pun itulah lumrah kehidupan kalau hidup tak mencabar tak syokk pulakan ,ada cabaran ada dugaan ada halangan semua realiti kehidupan yang penting bagaimana kita mencorakkannya.


hidup ini tak semua yang sempurna,ada jua kekurangannya .hari ini kita silap inshaallah esok kita berjaya
yang penting tetapkan matlamat ,teguhkan pendirian & percaya rezeki itu ada cuma bezanya lambat & cepat sahaja

p/s : peringatan bersama

Tuesday, April 9, 2013

Tips & Panduan Interview/Temuduga





"INTERVIEW/TEMUDUGA"


Mesti semua pernah alami situasi inikan,samada formal ataupun tidak formal bergantung pada keadaan,tempat di interview

Perasaan.. berdebar,cuak,risau macam2 ada ,lagi2 pertama kali di interview .Kot ada yang sampai tak selera nak makan.tidor pun tak lena asyik fikir je.Lagi2 bila hari yang ditunggu tiba,bila nak makan je aku risau takut perut memulas,nak minum takut terkucil pulak .Nak melangkah masuk bilik temuduga jangan cakaplah menggigil,cuak semua ada .(ini situasi yang penah aku lalui)

Pakaian..Berpakaian kemas yang sepadan (matching),berbaju kurung berkasut tumit/menutup  bagi perempuan ,berbaju kemeja seluar slack bertali leher bagi lelaki.Yang pasti bukan menjolok mata.



Apa yang perlu dilakukan sebelum  interview

  • Persedian awal dengan menyediakan resume,sijil asal dan salinan atau gambar 
  • Kaji selidik tempat yang kita pergi interview,jawatan yang dipohon serta bidang jawatan yang dipohon
  • Kenal pasti lokasi temuduga (kot2 sesat ke,terlewat ke sekurangnya kita tahu dari rumah ke lokasi berminit,jam )
  • Pastikan memilih pakaian yang sesuai & kemas
  • Tidor yang cukup agar kelihatan lebih cergas 
  • Sarapan -jangan biar perut kosong (kang tak pasal2 ada background effect pulak)
  • Datang awal 
  • Yakin dengan diri sendiri (kalau kita sendiri tak yakin dengan diri sendiri macamana orang yang interview nak yakin dengan kita)




Adab-adab interview 

  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi
  • Bersikap tenang dan tidak gementar
  • Jangan menguasai sesi temuduga
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberioleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun



***Sebarang info berkaitan tips & panduan interview boleh click di bawah ***
 Share Info  Tips & Panduan Interview/Temuduga



note: semoga berjaya... "gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya" "usaha tangga kejayaan"