Thursday, May 28, 2015

Throwback Percutian Melaka With Famliy

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



THROWBACK # HOLIDAY#MAJLIS KAHWIN# SEPUPU#MELAKA


Minggu lepas 22 Mei 2015(Jumaat) 
Kitaorang 1 family pergi Melaka kecuali cik husben tak ikut sebab keje.Tujuan kesana coz my sepupu @ Aizat kahwin kira hantar rombonganlah at Telok Mas Melaka.Ini kira shortvacation azie dengan family & anak azie Alisya.Alhamdulilah sepanjang perjalanan ke Melaka Alisya ok duk potpet2 tidur semualah 


Sampai2 Melaka tengahari ,terus pergi check in dekat Hotel Mahkota online booking under private .
Tunggu owner datang serah kunci ..bla...bla.. tertiba takjadi duduk sini sebab apa hahahaha nak cite pon kelakar ada seram pun ada .Pasal gambar je ktorang terus reject duduk hotel itu tapi apartment punyalah .Time itu memang kelam kabut dibuatnya rupa2 hahahahah effect camera 360 punya pasallah ..eeeeee


Akibat daripada itu,kitaorang terus cari hotel lain,alih2 dapat bajet hotel dekat dengan Dataran HangTuah bersebelahan Mahkota Parade,Hotel Bajet Pelangi tidur 1malam .Lepas abah azie booking terus gerak g Majlis Akad Nikah Sepupu habis dalam kol 5camtu terus gerak balik hotel sebab penat teramat sangat.


Malam itu plan nak pergi makan n jalan2 sekitar situ alih2 hujan terus balik hotel memandangan budak tecik ini pun dah buat hal sebab nak tidur.Sempatlah azie snap pic Menara Taming Sari


Beberapa kali datang Melaka tak dan nak naik MTS ini,frussss tau tak de rezeki


Esoknya lepas check out hotel bajet ini terus p Majlis Kahwin sebab harini 23 Mei 2015(Sabtu) majlis sanding.Siap2 makan semua lepak kejap tengok pengatin terus gerak balik hotel.Lupa nak bagitahu abah azie booking hotel lain sebelah hotel bajet itu jugak Seri Costa Melaka


Walaupan nampak simple ala2 macam hotel bajet tapi hotel ini sesangat selesa ok ,kalau ikutkan nak booking awal tapi full pulak hari Jumaat itu.









1 katil besar lengkap dengan peti ais,strika,almari,breakfast untuk 2orang..
Tengoklah bilik mandi woooww feeling2 gitue walaupun tak ada tab
Tengok budak tecik ini pun bukan main suka dapat duduk hotel ini


bukan nak kata hotel sebelum itu tak selesa,hotel bajet yang mula2 ktorang duduk itu ok tapi sebab ada budak kecik kan kita kalau boleh nak cari lagi selesa untuk anak kita.Mana tanya Alisya elok je tidur adelah dalam 1 jam lepas check in hotel ini,maybe penat kot alahai anak.
Terima kasih dekat abah azie sebab bersusah payanh cari hotel untuk kitaorang


Petang lepas rehat2 dalam bilik ,budak kecik Alisya ini bangun tidur barulah kitaorang jalan2 area Dataran HangTuah bermula sesi mencuci mata...shoppinggggg sempat rembat beberapa helai baju untuk cik husben (tengok saya tetap ingat dekat hubby walaupun hubby tak ikut) huhuhu dan beberapa helai untuk dak tecik Alisya mama dengan nenek shopping suar je dekat uptown itu je huhu


Bila dah ada anak,memang aku utamakan anak baru fikir diri sendiri..Kitaorang stay melaka sampai hari Ahad 24 Mei 2015 kira check in Hotel Seri Costa untuk 1malam je..Sebenarnya banyak plan azie bila turun Melaka ini,nak bawak anak jalan2,jumpa members kolej tapi tak kesempatan.


Serius memang rindu Melaka sebab banyak kenangan antaranya kawan kolej ,suasananya ,makannya dll.Itulah shortvacation azie dengan family untuk bulan ini,Inshaallah ada kesempatan & umur panjang bolehlah datang Melaka lagi...Tapi dapat jugaklah minum coconut shake tapi bukan dekat Klebang .




Coretanku :-

Next Vacation..Inshaallah..
Sabtu 30Mei2015 Majlis Bertandang belah sepupu azie pulak nanti ada story azie share sini yerk



Tuesday, May 26, 2015

RESEPI:- AYAM GORENG SAMBAL HIJAU


Assalamulaikum & Salam Sejahtera



Lama dah tak share resepi
Kali ini nak share resepi paling mudah dari segi penyediaan & bahan2nya...





RESEPI
AYAM GORENG SAMBAL HIJAU




Bahan-bahanya:_
  • isi ayam (dilumut dengan garam & serbuk kunyit utk DIGORENG)
  • 1 ulas bawang merah 
  • 1 uls bawang besar (dihiris bulat2)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris halus)
  • 5 biji cili padi (hijau) - dikisar
  • 4 biji cili hijau -dikisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 tangkai serai(diketuk)
  • cili merah/cili hijau (utk hiasan)
  • sedikit garam/gula 


Cara-caranya:-
  • ayam digoreng terlebih dahulu (kalau boleh garing2) 
  • cili padi & cili hijau di blend hingga halus...
  • Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau
  • Masukan bahan yg diblend tadi kacau hingga garing 
  • Kemudian masukan asam keping/ serai /gula/garam ..
  • Masukan bawang besar yang dihiris bulat2 tadi &cili merah yang dihiris 
  • AKHIR sekali masukan ayam yang digoreng tadi
  • SIAP.....Sedap makan dengan nasi putih ..
  • SELAMAT MENCUBA 


** maaf gambar nampak merahkan sebab effect kamera
**kalau nak sedap & kaw2 pedas boleh tambahkan lagi cili padi ....



Tuesday, May 12, 2015

Bukan Demam Campak tapi Virus...

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Oppss story Majlis Aqiqah Alisya nanti kita story morey yerk 

****************************


Minggu lepas hari Selasa Alisya dah menujukkan tanda2 nak demam,petang Selasa time kerja mama Azie call bagitahu badan Alisya dedar2
Terus call suami kata nak balik awal,memang tak sedap hatilah dengar keadaan anak macam itukan,sampai2 rumah memang tengok badan dia panas apa lagi terus gerak pergi klinik
Sampai2 klinik doc check suhu dah cecah 38' terus doc masukan ubat dekat buntut coz panas sangat bahaya boleh sawan kalau dibiarkan 


Doc suruh pantau untuk beberapa hari,coz kalau keadaan still panas 2 hari lagi kene refer balik nak check darah.Alhamdulilah sepanjang Alisya demam dia still aktif,boleh minum susu .
Hari Rabu tengok ok dah cuma dedar2 sikit tapi malam khamis itu tengok keadaan dia panas balik memang sepanjang masa dok pantau je 


Jumaat pagi itu azie tengok mula tumbuh bintik2 merah dekat badan,tangan & muka dia ,ingatkan ruam biasa je tapi makin lama makin banyak bawak ke satu badan .Ingatkan
 campak ke azie refer ke klinik balik ,dc check suhu dia 36' bila tanya bintik2 itu doc kata bukan campak tapi biasa berlaku bila lepas demam 3hari ,akan kebah bila 2hari selepas itu
macam2 jugaklah azie tanya dekat doc itu.


Malam Jumaat itu,tengok still sama cuma demam tak de lah,Sabtu itu azie bawak g klinik balik tapi sebelum itu ada tanya member2 punca kenapa,kesannya coz anak2 dorang pernah alami siptom2 ini
Alih member baik azie kata anak dia kene sama dengan Alisya tapi doc kata virus 
Kot bila dengar je VIRUS berdebar hati azie yelah takut ok


Bila check dekat klinik ,sah doc pun kata Virus yang biasa serang lepas demam panas ,bukan campak tapi sebab faktor panas dalam itu,tak menjangkit,selagi dia boleh minum susu,berak ok,aktif inshaallah semuanya baik2
LEGAAAAAA....


Doc just bagi ubat untuk sapu dekat bintik2 itu,alhamdulilah balik klinik lap2 sikit badan dia sapu ubat memang esoknya nampak kurang sikit,cuma ambik masa nak hilang bintik2 itu sepenuhnya.Azie risau takut campak tapi dia still xgaru2 pun..



Anak2 korang pernah tak alami apa yang azie alami ini
makan masa tak nak pulih sepenuhnya? ada apa2 petua tak boleh share dengan azie
coz sekarang anak azie dah 6bulan



coretanku :-
virus ini ada nama nya tapi lupa lak huhuuu..