Monday, April 29, 2013
Alahai senyum sampai telinga....
Minggu lepas pergi survey barang kemas dengan cik tunang..
Memang senyum lebar lah aku time itu...
Memandangkan emas turunkan
Tapi dah naik 5 inggit time aku pergi ....(dan2 naik tak aci tol)
Maknanya dari RM 155 ke RM 160 tu minggu lepas minggu ini aku taktahu
bukan RM 133 tau
Kata cino kodai omas maybe omas naik lagi minggu ini..katanyaaaaaaaaa lahhhh
Bukan 1 or 2 tempat kitorang pergi survey banyak tempat....
Bila dah bekenan ..hmmm mintak tawar tak bolehh pulak (hampa sangat time ini)
Ada pulak itu ,bila tengok omasnya dah tak rupa omas..(nampak nipunya kedai tu...)
Cian en tunang dahlah tak sihat tapi dia yang ajak..aku follow je hahaha
Akhirnya ...................
Dari survey2 terus beli
Sporting pulak cino ini harga dia bagi pun berbaloi
Barang kemas aku beli dekat sini...Emas dia okay...design pun cantek2
ini bukan pertama kali aku pakai emas dr kedai ini tapi sebelum2 ini ada
Aku siap tanya dekat cik tunang..betul ke nak beli..???
Dia jawab betullah , omas tengah turun kang naik takut tak mampu je
(korang pernah tanya mcm aku nie tak dekat tunang korang ?)
nampak tak keperihatinan aku dekat situ....hahahaha
Terima kasih cik tunang cantek design yang awak pilih....
bak katanya senyum sampai telinga..(yerk ke tak sampai pun )
Yelah nak kahwin nie banyak nak guna duit...tak moo membazir (tertiba pulakkan)
Tapi legalah 2 perkara dah selesai...
Next month survey barang2 hantaran pulak....Kalau beli serentak dalam 1bulan memang pokai
Sekarang ini pun aku dah poning fikir itu ini itu ini itu ini itu ini
Doakan untuk aku yerk kawan2 moga segalanya dipermudahkan...
note : lagi berapa hari je nak mengundi...rabu ini cuti sempena HARI PEKERJA...mesti ada yg dah start cuti
Labels:
apa-apa je
Ole-ole daripada MY BOS
Ole-ole daripada my bos
bos baru balik cuti
cokelet pun cokelet lah..i likeeeeeeee
terima kasih bos
note: bila pulak nak pergi sana pulakkan..kumpul duit lah gamaknya
Labels:
coretanku
Thursday, April 25, 2013
♥Bunga Merah Punya♥
Bunga Merah Punya
Zul Huzaimy
Indah harumnya bungaku
Merah dikelopak madu
Tanya hati siapa mahu
Bila cinta diam membisu
Kau Bunga yang penuh durinya
Ku selalu memuja
Bila ku terluka diriku
Namun bungaku tetap dihati selalu
note : "ost bunga merah punya "
Labels:
LaGU
Monday, April 22, 2013
harga emas turun..??? betul ke..??
Ehh korang betul ke harga emas turun....??
ada yang kata sampai 133
Hadoiiii kenapa aku taktahu ini....kenapa en tunang yang lebih tahu ini...(haha memang lawaklah)
Serius kalau aku tahu pun bila singgah ke kedai emas..
Perempuan biasalah pantang dengar emas memang riang tak terkata..Lupa yang lain
Lagi2 bila dengar emas turun ..betulkann...(angguk sikit)
Aku ini bab2 emas kurang mahir sikit..tak minat pun ada (dululah)
Tapi sekarang adalah minat sikit2..
Mama aku selalu kata...kumpul emas tak apa nanti esok susah-susah ada gunanya
Tapi bukan untuk menunjuk ehh (nanti timbul riak pulak takutkan)
Jom g kedai emas...alaaa survey je...gaji tak masyukk lagi ini hurmmmmm
note : aku suka cincin... korang lak...??
Labels:
apa-apa je
Thursday, April 18, 2013
Jom Pinterest (Info & Idea Menarik)
"PINTEREST"
Apa itu pinterest....?? (sila rujuk kamus okay) hahaha
Bestnya pinterest ini yang boleh aku katakan boleh jadi rujukan bagi yang nak kawen (B2B)
or yang dah kahwin nak hias2 rumah,dapur,korang boleh rujuk dalam pinterest ini...
or yang dah kahwin nak hias2 rumah,dapur,korang boleh rujuk dalam pinterest ini...
kot2 boleh dapat idea..
click sini... PINTEREST
click sini... PINTEREST
So amazing.....
Mula2 korang kene login click " join pinterest" samada melalui facebook or twitter or emel...
Kalau aktif melalui emel..sahkan emel dulu then baru login
Then pilih 5 item utk permulaan
Lepas itu ikut step by step
Korang boleh like or pins je dalam boards korang..
Create Board and Pins pic yang korang nak
Untuk tatapan bila korang login nanti
Menarikkan...
Sepertimana dalam pic nie
Create Board and Pins pic yang korang nak
Untuk tatapan bila korang login nanti
Menarikkan...
Sepertimana dalam pic nie
antara pic yang aku pins |
ini boards aku create daripada yang aku pins |
Peberet pinterest aku more to diy & craft,photography,weeding dress,cake & home decor
Kredit to blogger lovelovelylovelies coz share info pinterest ini :)
Apa tunggu lagi jom PINTEREST
note : korang boleh share pic yang korang ada....find friends melalui facebook or twitter..menarik kan...
Labels:
info,
perkahwinan
Wednesday, April 17, 2013
Resepi : Mee Berkuah Bersama Seafood
Tak tahu nak makan apa...??
Sebelum itu nak tanya dah cuba ke RESEPI ini.....
Jangan lupa cuba tau.... simple je
Resepi kali ini pun agak simple jugak
Main campak2 je...TAPI campak2 selalunya sedapkan (opps over pulak) hehe
bukan main lagi siap ada no hahaha |
Bahan-bahannya:-
1. Mee kuning (aku guna separuh je)
2. Sayur sawi & buah tomato dipotong (tapi aku guna separuh je)
3. bawang merah & bawang putih dihiris , daun limau ,sedikit perisa cube ayam(sikit je untuk bagi rasa)
4.telur 1 biji (nak guna 2/3 biji pun boleh)
5.daun ketumbar /daun sup (better guna daun sup sbb daun ketumbar ini kuat sikit baukan tapi aku suka daun ketumbar )
6. seafood (ayam cincang,udang,sotong)-terpulang kalau nak guna udang je,sotong je ayam je pun boleh
7. tauhu potong dadu & fish ball
8. sos tiram
9. sedikit minyak masak untuk menumis
10.sedikit tepung untuk memekatkan kuah
11.air
Cara-caranya :-
1.Sediakan semua bahan seperti diatas
2.tumis bawang merah & bawang putih dan masukkan bahan seafood(ayam,sotong & udang) kemudian masukan sedikit sos tiram dan sedikit cube ayam tadi . or masukan sedikit garam
3.masukan air -ada kuah baru sedapkan...nama pun mee berkuah perlulah ada kuahnya
4.masukan sedikit tepung( tepung ini hendaklah digaulkan dengan sedikit air baru masukan )
6.Tujuan masukan tepung untuk memekatkan kuah /kalau xnak masukan pun tak pe
5.Kemudian masukan bahan2 lain seperti mee ,sayur dan telur.
6.Last sekali masukan tahu dan tomato
7.Kalau nak tambahan boleh masukan carrot or cili (kalau nak pedas)
8. Boleh ditaburkan dengan daun sup or bawang goreng(terpulang pada selero masing2)
tengok mee sikit je tapi hasil dah masak cmpur semua bahan tara boleh makan 3 orang punya |
Inilah hasil nya....
Boleh letak cili padi kalau mau kaw2 pedas or sos cili...
aku tabur daun ketumbar sbb peberet sume makanan mesti nak ada daun ketumbar , lagi2 aku suka bau daun ini |
Mee ini ada ala2 mee kung fu,mee hailam
Kalau tak suka mee gantikan dengan kuey teow pun boleh
Mesti cubaaaaaa okay...
p/s : hasil resepi atas hasil ubah2 sendiri...ikut citaraso je .asalkan tekak boleh terima
note : mood masak datang memang keluarlah resepi dekat blog ini hehe...tak sabar nak tengok MASTERCHEF selebriti sabtu ini.... :)
Labels:
resepi
Resepi :Popia Goreng Bergula
Hai korang dah breakfast ke? jangan lupa breakfast penting tau lagi2 yang tengah diet tue
Sepertimana yang aku dah janji semalam nak share resepi dengan korang kan..
okay2 kali ini aku share resepi paling mudah dan ringkas senang dapat dan senang untuk disediakan
POPIA GORENG BERGULA
(saintifik nama kuih ini aku lupa jadi aku bantai je letak nama baru )
Bahan utama :-
* popia (aku guna yang sedang )
* gula halus
* minyak (untuk goreng)
* sedikit air
(sebelum nak guna pastikan popia dah lembut )
*popia ini ada besar ada sedang terpulang pada masing2
*gulung samada dari penjuru or melintang (terpulang)
*untuk nampak kemas sapukan sedikit air agar melikat
*gunting secara senget sikit untuk mendapatkan bentuk diatas
*Then goreng macam biasa tapi hati2 takut hangus pulak
* Kemudian gaulkan dengan gula halus
*memang sedap dimakan time panas2.garing rangup
* time raya nanti boleh buat
Senang dan mudahkan...hmm dalam 20minit dah boleh siap or kurang dari 20minit..
Popia ini banyak gunanya..
selamat mencuba......
note: nantikan resepi seterusnya :)
Labels:
resepi
Tuesday, April 16, 2013
No Title
Kelam kabut sikit hari ini meh office,
tak senang duduk rasanya kejap tepon berdering kejap turun bawah.kurus tak jugak hampeh tol.
Bos aku cuti p oversea,huwaaa kene tinggal dengan bos.
Jadi bos untuk berapa minggu ini...hahaha ko hado
Bos poie bercuti tak bermakna aku pun cuti,banyak jugak kerja bos tinggalkan untuk disetelkan
Hope semuanya okay risau pun ada ini nasib ada assinstant (anak bos aku)boleh bantu kerja dekat office & site.
Banyak yang nak aku share dalam blog ini
tapi untuk beberapa hari ini tak kesempatan lagii.. in sha allah aku cuba okay
Tunggu ehh nanti aku share dengan korang resepi baru...
Tapi bukan hari ini,tungguuuuuuuuuuuu......
okaylah nak sambung kerja balik......
lupa lak hari ini selasa..
note : panasnya hari ini....a/cond rosak pulak....
Labels:
apa-apa je
Tuesday, April 9, 2013
Tips & Panduan Interview/Temuduga
"INTERVIEW/TEMUDUGA"
Perasaan.. berdebar,cuak,risau macam2 ada ,lagi2 pertama kali di interview .Kot ada yang sampai tak selera nak makan.tidor pun tak lena asyik fikir je.Lagi2 bila hari yang ditunggu tiba,bila nak makan je aku risau takut perut memulas,nak minum takut terkucil pulak .Nak melangkah masuk bilik temuduga jangan cakaplah menggigil,cuak semua ada .(ini situasi yang penah aku lalui)
Pakaian..Berpakaian kemas yang sepadan (matching),berbaju kurung berkasut tumit/menutup bagi perempuan ,berbaju kemeja seluar slack bertali leher bagi lelaki.Yang pasti bukan menjolok mata.
Apa yang perlu dilakukan sebelum interview
- Persedian awal dengan menyediakan resume,sijil asal dan salinan atau gambar
- Kaji selidik tempat yang kita pergi interview,jawatan yang dipohon serta bidang jawatan yang dipohon
- Kenal pasti lokasi temuduga (kot2 sesat ke,terlewat ke sekurangnya kita tahu dari rumah ke lokasi berminit,jam )
- Pastikan memilih pakaian yang sesuai & kemas
- Tidor yang cukup agar kelihatan lebih cergas
- Sarapan -jangan biar perut kosong (kang tak pasal2 ada background effect pulak)
- Datang awal
- Yakin dengan diri sendiri (kalau kita sendiri tak yakin dengan diri sendiri macamana orang yang interview nak yakin dengan kita)
Adab-adab interview
- Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga
- Mendengar dan menjawab soalan dengan betul
- Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi
- Bersikap tenang dan tidak gementar
- Jangan menguasai sesi temuduga
- Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak
- Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan
- Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberioleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah
- Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain
- Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga
- Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga
- Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
- Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda
- Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun
Share Info Tips & Panduan Interview/Temuduga
note: semoga berjaya... "gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya" "usaha tangga kejayaan"
Labels:
kerjaya
Wednesday, April 3, 2013
alhamdulilah rezeki & terima kasih nuffnang
Alhamdulilah rezeki datang lagi
walaupun tak banyak mana pun tapi dah cukup besar bagi aku
sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Macamana orang lain boleh berjaya kita pasti boleh
Terima kasih korang ( pembaca2 sekalian)
Terima kasih NUFFNANG ...
CPC (Cost-per-click) Campaigns
These are earnings from banner ad campaigns according to the number of clicks the advertiser bought from your blog at the end of the campaign period.
Campaign | Blog | Type | Date | Band | Ctr | Amount |
Colgate Optic White | shafazie | global_CPC | 10 Mar 2013 | Global | 5.56% | 0.25 |
DiGi Best Prepaid (F... | shafazie | global_CPC | 04 Feb 2013 | Global | 7.14% | 0.25 |
DiGi iPhone 5 | shafazie | global_CPC | 03 Feb 2013 | Global | 10.00% | 0.25 |
Nokia Lumia 900 | shafazie | global_CPC | 17 Jun 2012 | Global | 6.67% | 0.25 |
Keywords yang mendapat sambutan hangat (bulan lepas):-
Keywords | Hits |
minyak kelapa dara
| 322 |
tudung fareeda
| 138 |
produk dherbs
| 36 |
skinz
| 27 |
produk vco
| 25 |
mimpi banjir
| 22 |
skinz infinite
| 19 |
produk skinz
| 19 |
vco
| 19 |
nano white
| 18 |
Total | 645 |
Terima Kasih Daun Keladi,Jangan lupa bagi lagi,
Buat aku semangat menjadi-jadi ,Sayang NUFFNANG ketat2 lagi
note : InShaAllah mana tahu lepas ini boleh buat bisnes pulak .mudah2an
Labels:
nuffnang
Tuesday, April 2, 2013
Nak jual ke or mengorat ini....
Sambungan daripada shopping at nilai 3 baru2 ini..
Waktu mula2 sampai aku memang dah nampak benda ini TAPI abaikan dulu
Kot syok tengok benda lain kang tak jadi aku nak cari barang
pusing2 nampak benda ini lagi memang sah macam suruh aku beli
Ehh bukan aku je bekenan mama aku pun sama
Fine ktorang behenti jugak dekat kedai ini sebab tengok orang ramai beli
terpengaruhhhhhhhhhh sudah!
Okay tikar tapi betul ke orang panggil tikar ke ada nama lain ehhh??bantai jelah
sekali rembat 2 mula2 nak pilih katon upin ipin tapi mahal pulak
aku pun interview bangla ini
aku : yang upin ipin itu berapa?
bangla : rm 20
aku : nape mahal sangat..??
bangla : sebab katon upin ipin
aku : tahulah upin ipin..murah sikit tak boleh ke? (time ini bangla ini tenung je aku ) ishhh
bangla : tak boleh
aku : hmmm sekali aku ambik jelah katun abc 1 corak 1
Tapi yang buat aku bengang dengan bangla ini sempat interview aku
bangla : ini sape? (dia tuju pada mama aku)
aku : mak saya nape?
bangla : ohhh ingatkan kakak tadi ...
aku : senyum je .. tapi interview aku lagi ini padahal aku dok borak ngan mama aku nak pilih corak mana
bangla : beli ini untuk sape
aku : bangla ini lebih2 pulak tanya (dalam hati) untuk ANAK..
bangla : sudah kawin ?
aku : a'ah dah kawin ( padan muka kene tipu)
bangla : mana anak?
aku : dekat rumah..sekali mama aku pun jawap a'ah dia sudah kawin ini untuk anak dia nape tanya?
bangla ini memang gatal tol! nyampah lak aku cepat2 bayar cepat blah kot lama lagi memang macam2 soal siasat pulak.
Masuk kereta je aku gelak ,padan muka kene tipu.
serius kita jangan terlalu street point kata bujang lah bagai
dorang memang gatal pantang nampak perempuan
Aku takut jugak sebenarnya nasib time itu abah aku turun dari kereta ..bangla itu takut
ini rupa besar lebar tikar itu..
Balik rumah aku terus whatsap dekat cik tunang then dia tanya aku
tikar ini untuk apa.. ( ingat untuk hantaran kot ) boleh je kalau dia nak hahaha
Untuk saya tak ada ke?
Oppss aku kalau bak shopping lupa dah semua yang aku tahu aku beli untuk aku je
nampak tak terujanya aku bershopping..haha
Memang selesa buat baring2 depan tv sambil makan cekedis
kalau ada anak boleh ajar ABC
note : mama aku siap kata nanti pergi lagi nak beli lagi... sanggup cari tempat lain dari pergi kedai bangla itu pasar malam ada kot kan...
Labels:
Jalan + Shopping
Thank Q Nilai 3
April come march good byeeeee...
Sabtu lepas aku gan family window shooping at nilai 3
bertolak pagi tapi highway seremban jem teruk sakit punggung duduk lama2 dalam kereta
sampai je nilai 3 aku terus terjah dekat kedai THANK Q
Boleh tahan jugaklah ramai...
Masuk2 je tak tahu arah mana nak tuju (rambang mata ooo)
Tujuan utama nak survey door gift alih2 lain pulak..
Adatlah katakan lain di cari lain di jumpa
Cari punya cari macam tak banyak je ,
Aku nak cari bunga carnation /daisy
Bila ada warna pulak terhad hampaaaa...
Mama aku dah pening ,cian mama sabar jelah dapat anak macam aku ini hahaha
Alih2 aku gembatlah berberapa kuntum tapi yang aku nak memang tak ada
Pusing2 lagi dalam TQ..aku gembat polistren board (hantaran)
Macam2 bentuk ada ..
Harga okay murah,yang warna warni itu pembalut utk polisterin dengan renda2 nak matchkan punyalah susah,
bila aku dah bekenan yang ini mama aku pulak tak bekenan
tak pe2 aku tak kisah sangat sebab mama aku tahu yang mana lebih sesuai.
Harga memang berpatutan,
Pembelian dalam seratus keatas dapat cabutan bertuah .\
Mana tahukan kalau rezeki
time aku pergi ini memang ada sale
Tang bunga memang tak habis lagi ,
aishhh aku memang tak puas kalau tak jumpa yang bekenan ini pusing2 dekat VR Star boleh tahan harga hmm tak jadi ambik sebab mahal bebenor
Pusing2 lagi ,akhirnya aku singgah dekat 1 kedai ini bersebelah dengan ZC
kedai ini bertentang dengan kedai aksesori kereta /kedai makan
memang bunga2 yang ade memang cantek lah ,
tapi nak jumpa bentuk yang aku nak itu susah benor nak dapat
Akhirnya aku gembat yang ini
aku memang puas hati ,kan boleh match and match...
warna tema ini untuk tema time nikah nanti.
Nampak macam purple kan tapi bukan purple
Hasilnya kene lah tunggu ehh.
Untuk door gift aku sempat beli cikit dulu
nak beli sekali gus pokai lak aku
nampaknya akan berulang alik ke nilai 3 nanti
Yang penting duit poket mesti cukup bila poie nilai 3 ini
kalau balik kosong memang tak sah!
note : majlis lambat lagi tapi persiapan dah bermula.....
Labels:
Jalan + Shopping
Subscribe to:
Posts (Atom)