Alhamdulilah ketemu kita lagi....dari sehari ke sehari nak update tapi mood tak sampai2.Seperti yang dijanjikan,sebelum ini azie ada kata nak poie holidaykan inilah destinasi kami
CAMERON HIGHLAND selama 3H2M &percutian pertama kami bersama si kecil nuralisyasofia
Cameron Highland
11 Ogos 2015until 13 Ogos 2015
Selasa, 11 Ogos 2015
Bertolak pagi biasalah jalan kl still jem,masuk highway okay cuma kereta je banyak .Just berhenti rehat dekat RnR Tapah coz perut pun dah berkeroncong,sampai sini hujan renyai2 kemudian lebat selebatnya apalagi xtvt kami anak beranak makan ler.
Meh belanje 2keping pic dak kecik ini
Sebelum dia merengek kita happykan dia dulu,biasalah budak kecik jalan jauh2 duduk dalam kereta lama2 boringkan sakit punggung tauuu.Adalah sejam ktorang stay ke rnr nie agak reda sikit hujan sambung perjalanan.Jauh gak yerk jenuh kita anakberanak tapi sebabkan fikirkan holiday tempuh jualah barulah ada gempakkk
Masuk simpang Tapah ingatkan adalah dalam 15minit ke nak sampai rupanya adalah 1jam gaklah ,semakin mencabar weyy bila jalan curam,berbukit,makin lama makin tinggi,yang bestnya dapat tengok perkampungan orang asli,Lata Iskandar (air terjun) orang jual petai besar2 weyy .Tapi dalam hati bilalah nak sampai,dak kecik ini dah berapa kali bangun tido bangun tido sampai nya tak gakk .Macam2 baca yelah tempat baru,bawak pulak anak kecik,kereta baru hihi hadoiii dugaan
Bila dah nampak pekan Cameron itu fughhh lega teramat sangat ,baru boleh bernafas ..Bestnya,sejuk,aman damai sebab bukit2 tengok pulak Stawberry Farm,Lavender Farm,mcm2 farm lah akhirnya destinasi pertama kami di
BOH TEA CENTRE.
Jenuh jugak nak sampai tempat ini berbukit2,lepas itu jalan sempit elok untuk 1 kereta je kot2 ada kereta dekat depan pandai2lah cari ruang.Demi keselamatan bersama digalakan hon setiap selekoh,syoklah cik husben main hon.Alhamdulilah sampailah kami disini dalam pukul 3 lbh jugaklah time ini hujan renyai2
real ok,aman nya boleh parking tepi ini kalau nak bergambar tapi azie takdan sebab dengan anak kecik,hujan lagi tak pasal2 demam pulak .
menunjukan kami sudah sampai disini..Ohyeahhhhh.BEST lepak sini coz dengan suasananya ,makanan pun sedap2 semestinya TEH ler .Petang itu kami jamah Teh Vanila & Kek Stawberry ,mcm2 perisa teh ada pilih je, nak sejuk ke panas ke semua ada.azie siap tanya dekat dak itu teh apa yang best dorang suggest teh vanila,manggo dll.
dak kecik ini pon tak nak ketinggalan jugak makan kek,tengok mamababa dia makan dia pun lapar gak.Ladang teh dekat Cameron Highland ini banyak tauu yang azie tahu 3 tempat je hahahahha nanti kita storyy
Kalau nak shoping produk Boh ini ada dijual ..tak silap azie ada chalet tau belah belakang bangunan ini kot2 nak merasa suasana berada di ladang teh...
Haruslah tepek pic kami anakberanak
#shafazie
#shafaziesya
Dekat mana ktorang stay....?? Best tak...??Booking On9 je...
Next Entry yerkkk...