Thursday, January 31, 2013

Selamat Berpencen MAMA

Assalamualaikum



Pagi tadi hari las aku dan abah aku hantar mama aku pergi kerja ,sayu pula hati aku tengok mama ..
Esok dan esok dan sekian2 hari mama dah tak kerja ...mama dah pencen 
Mama aku lagi sedih sebab nak tinggalkan kawan2 dia 
Semalam sempat aku temankan mama cari gift untuk kawan2 dia sebagai tanda2 kenangan


Lepas ini bermulalah rutin baru mama aku sebagai surirumah sepenuh masa
Dan inilah masa untuk mama banyak rehat
Tak tahulah keadaannya macamana nanti sebab dah biasa kerja then tak kerja mesti boring ...
Hope ada plan untuk berbisnessss...yeahh aku pun memang suka bisness2 ini


Lepas ini bila abah outstation aku dah tak ada geng nak pergi kerja sama2
Kalau tak sebelum ini aku berdua dengan mama pergi kerja..huwaaaaaa
Kejapnya masa berlalu......


SELAMAT BERPENCEN BUAT MY MAMA.....



note : Ya Allah kau permudahkan segala urusan kami ,semoga hari ini dan hari2 berikutnya memberi sinar baru buat kami ..amin ya rabbalamin

KAMUS turun menurun

Assalamualaikum



Agak-agak ada tak yang guna kamus ini lagi..??

Inilah harta turun menurun yang aku ada & simpan dari aku bangku sekola sampai ke kolej sampailah aku kerja sekarang memang inilah aku guna.memang aku dah sebati dengannya TANPAnya rasa kekurangan aje


Tips dari member aku kalau kau nak mahir bahasa inggeris banyak baca or hafal kamus 
maybe
aku try tapi macam tak masuk aje hahaha




note :  aku tak paham kenapa ada yang cemburu bila orang lebih sikit drp dia..lumrah alam

Tuesday, January 29, 2013

Bercuti di Akuaria KLCC

Assalamualaikum


Memandangkan semalam cuti peluang yang ada aku gunakan sebaik yang mungkin walaupun plan semua las minit.okay2 tak apa walaupun las minit akhirnya dapat puaskan hati.Mula2 aku pergi IKEA hajat dihati nak servey barang tapi ramai pulak orang akhir balik dengan lengang lengong sampai nak cari kereta pun boleh sesat gara2 lupa no. parking!

Then perjalanan kami diteruskan ke AKUARIA KLCC

Meh layan gambar2 yang sempat aku snap



*** sory pic pecah/tak berapa clear sangat***









Nampak tangga tak belakang itu...?? sebelum kau nak sampai bahagian ini kau lalu atas itu dulu tempat yang ade pameran ular .serangga dan lain2 baru kau boleh jumpa ini..then kau nak posing2 ala2 supermodel dekat gambar bawah ini ala2 ikan itu tengah nak ngap kaukan pun boleh










2kali jugaklah aku pusing dalam ini memang cantik .......










 Inilah serba sikit gambar yang aku share untuk tatapan korang,mehlah datang akuaria klcc
tiket RM38.00 (dewasa) & RM 28/25 (kanak-kanak) sory aku lupa untuk kanak2 berapa ringgit  TAPI korang tunjuklah MYKAD  nanti dapatlah harga itu kalau tak RM40.00 untuk dewasa...


** sememangnya aku ingat masuk akuaria ini tak boleh ambik gambar alih2 boleh rupanya...rugi tak bawa kamera hmmm nasib hp ada .sapa2 nak pergi sini bawalah kamera boleh snap gambar cun2 **




note : bila cuti lama aje naik kerje macam tak ada mood pulak

Wednesday, January 23, 2013

Cara menghilangkan tekanan kerja

Assalamualaikum


Minggu ini boleh dikatakan agar busy sikit berbanding hari-hari sebelumnya,sebutharga pun boleh tahan okay inshaallah andai ada rezeki untuk kami adalah.mudah-mudahan.


Kerja macam aku ini sentiasa bermain dengan angka ......
Sampai 1tahap aku bosan sebab asyik membilang,mengira lagi2 bila tender baru masuk silap sikit sahaja boleh reject okay!Time ini keupayahan otak harus berfungsi dengan stabil,emosi jiwa juga memainkan peranan masing-masing



Cara yang terbaik nak hilang fokus kerja dengarlah muzik..



Bagi aku muzik memainkan peranan, dapat menghilangkan tekanan .lagi-lagi kau dengarlah panggilan hangittttt!celoteh johan hahaha.... Aku gerenti mesti korang lebih fokus kerja .Tapi aku bukan nak cakap kosong realitinya time aku study  inilah cara aku dengar muzik sambil menghafal kalau sunyi sepi memang tak boleh masuk then aku jadi mengantok!


p/s : Tak pun sambil setelkan kerja jenguk facebook/tweet .. 



note : start cuti esok sampai isnin....

Pulau Idaman

Assalamualaikum


Semenjak2 ini aden selalu dengor member2 aden nak poie SABAH, bukan sorang dua sahaj tapi adalah beberapa orang ada tu siap  honeymoon sane syokknye weyyy .semua kata cantek,best hmmm aden jealous okay.apahal ko nak jealous2 ini dorang nak poie honeymoon  tak kan nak bawa ko pulak hahaha okay2 aden paham maksud aseh tu..(eleh aden nk guwau2 pon xleh nyampah..!)

-dalam hati tak apa nanti dah kawen aden nak ajak laki den poie sano,tak kiro2 nak poie jugak wahai cik tunang sila ingat pesan gua ini ,gua nak poie sana nak honey2moon ok! ( tgk smpai gua ayat aku mmg xboleh blahhhh)


Serta merta aku research google taip sabah....then sabah island Ya Allah cantiknya ciptaan mu terus terkesima tu baru tengok dalam tenet belum aden sampai sana depan2 matokan mahu  tak nak balik kl dah hahahaha


tengok berapa banyak pulau







Sepilok Orang Hutan Sanctuary

rsanye rugi kalo poie sabah tak poie sanakan then teringin nk poi Kundasang tengok dalam drama yang Tiz Zaqyah & Aqasha berlakon tu cantinya tempat2 dia then Gunung Kinabalu tengok dek Hanis Zalikha dah sampai kito bilo lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....




kapalai Island


bestnya boleh imaging duduk dalam tuethen boleh nampak dalam dasar laut 
 ikan dolphin lumba2 (ade dolphin tak ?)penyu renang2...ikan warna warni 

driving time
ooooohhh pulau sipadan..oooo pulau mabul.....ohhhhhh pulau kapalai


p/s : pic ini aku ambik dkt google je....



Belum kesempatan nak poie sano lagi,inshaallaha ada rezeki sampai jua aden dekat sano...sebelum itu verangann jelah okay! aku tahu ada geng2 blogger yang dah poie sana,daripada pic yang diaorang share memang cantik pulau dekat sana .. 


Ada masa lagi nak kumpul duit poket kalau  tak cukup aku mintak tolong DOREMON........ 



** antara pulau yang aku teringin jejak kasih... pulau sipadan,pulau mabul,pulau perhentian,pulau tioman,pulau redang,pulau langkawi (nk shoppingggggggggg hahaha) then pulau..pulau pangkor untuk kali ke2 nye............. 




note : okay aku memang dah start verangan .............. sabar2 

Tuesday, January 22, 2013

Produk D'Herbs.....

Assalamualaikum


Korang pernah dengar produk D'HERBS ...??
Cer korang selak2 paper kosmo / metro mesti ada iklan berkaitan produk ini

Sebagai pengguna meh aku share dengan korang beberapa produk D'Herbs,buat masa ini 3produk D'Herbs yang aku pakai



  • Lipstik Colagen
  • Premium Diet
  • Makbul Munajat-Lotion 


Lipstik Colagen


  • Masalah  -Sesuai untuk bibir yang merekah,mengelupas,nampak pucat 
  • Kelebihan - Kelihatan lebih menawan,merah (mengikut darah),melembapkan bibir daripada merekah
  • nampak lebih seksi.. (hehehe) 




Premium Diet

  • Minuman untuk menghapuskan /mengurangkan segala lemak yang ada
  • Mengempiskan perut..pasti kempis perut 
  • Bila aku minum memang cepat rasa kenyang
  • Rasa...?? aku pon xtahu nk istilahkan macamana rasa benda ini.korang kene try ..Campurkan 1 paket dengan air suam kacau then minum.....Macam aku 1 paket aku guna 2kali
  • 1 kotak xsilap aku ada dalam 10 paket
  • Simptom bila minum benda ini... cepat ke toilet tapi jangan risau ini hanya untuk sementara waktu (permulaan pengambilannya) 
  • Mula2 aku minum ada gak dalam sehari 2/3 kali ulang alik toilet dah lame2 kurang dah tapi kesan yang aku dapat sangat puas hati perut kempis 
  • membuang segala toksin yang ada dalam badan
  • Perbanyakkan minum air bila ambik produk ini
  • kalau nk lebih mujarab korang try sekali dengan " Lotion Makbul Munajat" pasti nampak perubahan




Makbul Munajat-Lotion



  • Lotion ini panas tau -pakai ala kadar n sapuan rata seluruh ditempat yang sepatutnya
  • sesuai letak bahagian yang lemak2 macam perut/peha/sendi otot 
  • aku selalu pakai 2x sehari (pagi & malam sblm tido)



Banyak lagi produk2 D'Herbs ini korang try click sini D'Herbs




Inilah pengalaman aku menggunakan ketiga2 produk ini,alhamdulilah adalah sikit perubahan yang paling aku suka lipstik colagen itu sbb sebelum ini bibir aku selalu merekah alhamdulilah setelah menggunakan nampak perubahannya.
Ada dikalangan member aku yg menggunakan produk ini sume kata okay,sebab itu aku berani ambik







p/s :
 sory aku tak jual ,korang boleh survey kt facebook/stokis2 yang menjualnya
in shaa allah ada rezeki mana tahukan aku nk try gak jd stokis produk ini






note : Ada x yang pernah guna produk2 ini,mehlah share.....


Monday, January 21, 2013

Bila Nak KAHWIN...soalan femes

Assalamualaikum


Awal2 tahun ini banyak  kenduri kawen
Tapi perkara yang best tang poie kenduri kawen ini bila orang tanye
(hakikatnye aku sllu mls nk poie kenduri ini)

  1. yang ini bila lagi...?? ( yang ini merujuk pada AKULAH)
  2. agak2 bila itu...??
  3. nanti jangan lupa jemput
Inshaallah

Soalan2 yang biasa aku dengar hahaha aku memang dah siap sedia jawapan 
Sebab aku tahu soalan inilah paling femes sekali!

Mesti korang penah alamikan... 
bagi yang masih bujang
bagi yang dh berkahwin tapi still mengaku SINGLE ....???


Kadang aku malas nak jawab TAPI 
jawapan daripada mama abah aku lebih baik sebab dorang yang lebih tahu
Alhamdulilah sebab mereka bertanya aku tak salahkan mereka pun mereka ada hak bertanya 
HAK BERSUARA HAK SENDIRI


Cuma apa yang aku mohon & pinta 
DOAkanlah untuk kami semoga dipermudahkan jodoh ini
&
segala yang dirancang berjalan dengan lancar amin




Inshaallah ..kita hanya merancang TAPI DIA yang maha menentukan segalanya





note : TAhniah & Selamat Pengantin Baru bt member2 skola/kolej/keje or sesiapa sahaja yang mengenali diriku


Monday, January 7, 2013

Review Part 1: Tema Colour

Assalamualaikum


Dah mula rasa
Kebingungan,kebuntutan,kepeningan,kerisauan,kegembiraan,keserasian segalanya ke......
tak tahu nak gambarkan macamana,bagaimana,apakah semua ini

Baru aku tahu betapa susahnya bila nak prepared semua benda ini banyak benda nak kene fikir!
Ya Allah permudahkan segalanya


Semua Chantek kan,i know but i still confuse
ur can help me..??
what ur choose.......








1)yellow + green

2)blue + pink

3)blue + pink

4)brown + pink

5) red + white + black

6)blue+ purple

7)gold + silver
nice colour... plan mcm nk colour nie..TAPI


8)white + black
mcm xkene je kan.....

9) red + orange kan...
lawa gak.......

10)

11) 




 pastel colour 
 aku suke colour pastel soft2 je 







Firstly ,belah aku nk pilih apple green but belah laki dh pilih colour itu huwaaaa hehe aku mmg suke green itu,then bila aku bgtahu encik tunang maybe choose colour untuk belah aku kuning ke dia dah gelak dah,bila aku kata merah lak dia terus kata tak moolah haha aku phm sbb apa dia xmooo  then pink nak xnak hahaha


mmg lelaki xsuke pink ehhhh


Purple + blue cantek tapi time e-day haritu dah pilih colour tue...(blue me purple die)TAPI bila tengok pic 6 tu cntek pulak..Then tengok pastel colour terus cair hati aku ini sebab semua colour mmg nice but mama aku mcm kurang gemar sikit. bab2 ini pendapat semua pihak aku perlukan esply mama,encik tunang then last boleh dirumus2kan (perghhh ayat mmg tk boleh blah!)




*****p/s :NAK SHARE ngan korang ini click link kt bawah ini...boleh jd rujukan*****



note : Agak2 colour apa sesuai ehh...?? any pendapat...??

Saturday, January 5, 2013

Amalan Diet

Assalamualaikum
Selamat Bercuti di hujung minggu...


Alhamdulilah operasi "diet" ada menunjukan perubahan,memandangkan azam lepas xkesampaian jadi sambung tahun ini.Semua ini bermula bila aku mula menyalahkan penimbang
 "kenapa kau makin naik ini,ini xadil xadil bagi diriku,tipu....menci kau tahu x"


Bermulalah Operasi Mendiet




Cara aku amalkan diet

  • Breakfast memang wajib kene ambik ( jangan miss)...alas perut dengan susu/roti/biskut pon dh ok
  • sehari sebiji epal/ limau
  • banyakkan minum air..kalau boleh elakan ambik ais
  • elakkan makan makanan ringan(peberet aku kalau tengah bosan jadi aku gantikan cekedis dengan biskut!)
  • Makan cokelat...dapat hilangkan stress! korang aku xtahulah hehe
  • Nasi ttp aku makan tapi dalam kuantiti yang sederhana..sbb bdn aku kalau xdapat nasi mulalah nak pening,perut meragam asalkan dapat mkn sikit dh kira okay
  • Pakai Losen Mustajab & D'herbs! 
  • Elakkan pengambilan supplement ubat yang boleh menganggu diet anda..
  • Semangat kene tinggi.... ibarat berkobar2
  • Tahan nasfu makan "bila nak makan berlebihan je..ingat2 kan tgh diet" hehe 
  • Senaman/Jogging -tang ini aku mmg susah sikit hehe



apa tunggu lagi
Jom diet



note: Orang kata,diet ini tak boleh terkejut2,nanti badan pon terkejut..macamana tue...??
nak diet punya pasal demam terus yes mmg ini terjadi pada aku.

Friday, January 4, 2013

Pilihan Si Dia.......

Assalamualaikum
Salam jumat.
Semoga Jumaat pertama diawal tahun memberi seribu makna buat kita semua..amin



Entry ini menjadi pilihan pembaca blog shafazie.blogspot.com
Thank U guys..





Apa persamaan ketiga-tiga entry ini..??





note: senyum-senyum selalu 

Thursday, January 3, 2013

3Tahun Sudah..Terima Kasih Korangggggg..

Assalamualaikum
selamat tahun baru walaupun dh 3hari ....




Alhamdulilah  genap 3tahun dah blog shafazie.blogspot.com Terima kasih kt korang yang tak jemu2 menjenguk,menyinggah.mengomen,menfolow thank u so muchhhhhh korangggg ♥♥♥♥♥♥♥


Walaupon xsekerap azie mengepost entry baru insyaallah azie cuba bagi yang semampu untuk teman2 blog azie
Masih mencuba bagi yang terbaik 
Kekurangan itu pasti ada 


Kalau ada salah silap ,kekurangan dalam blog ini mohon diberi tunjuk ajar



SAYANG KORANG♥




note : azam tahun nie..nak kawennnnnnnnnnnnn