Thursday, January 30, 2014

Langkawi Day 2 :- Coco Valley & Restoran Hj Jailani Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



16 Januari 2014 (Rabu)

Dah puas berjalan dekat pulau sambung berjalan lagi shopping pulak dekat Coco Valley bersebelahan Underwater World Langkawi lebih kurang 5 or 10 minit dari resort kitaorang duduk dekat sini sempat jugaklah azie shopping coklat sikit ,seluar dll.


Coco Valley ini pun duty free tau macam2 boleh shopping baju,seluar,beg,coklat ,perfume ,kain2 batik & pinggang mangkuk dll.


Waktu ini azie memang dah rasa tak selesa sangat sebab tangan & badan dah start gatal2 & merah2 ingatkan biasa2 je tapi berlarutan huwaaaaaa.Dalam keadaan macam ini pun sempat jugak jalan2 lagi Destinasi seterusnya ke kedai gamat Sireh Lagenda Langkawi ada 2 lokasi kedai gamat yang kitaorang g satu lagi azie lupalah tapi gamat yang ada gambar packcik itu apa ehh nama dia..



Lepas itu terus gerak p Pekan Rabu shopping beg pulak dekat sini dapatlah rembat 1 beg baju ,1 beg sendang,perfume kecik dengan 3botol berharga RM25.00 mama azie sempat beli sudu2 yang berkilau2 itu & sedikit buahtangan untuk MIL & anak2 buah azie.


Hasil shopping kami..........


random shopping utk 4hari berturut2
 More story di entry berikutnya........




Makan malam di Restoran Haji Jailani kedai ini betul2 tepi jalan selekoh dekat  nak ke area Pantai Chenang.Perghh masuk2 je penuh menu makan malam kitaorang nasi putih,sup ayam,sup tomyam,set paprik,air barli,teh o ais & air buah lebih kurang  empatpuluhlebih (sory tak ingat) 


Apa yang azie nak kata menu makan  dekat sini sodappppppppppppp masakan ala2 thai lagi2 sup sayur memang sedap tau gara2 sedap kitaorang datang lagi keesokannya... Next Entry ok


Balik bilik terus warming kan diri masing2  letih berjalan katakan,malam itu keluar lagi dengan cik husband jalan2 dekat area2 sini Pantai Chenang suasana malam disini memang best sejuk je.Pantai Chenang memang terkenal dengan tarikan pelancong kebanyakan kedai yang ada semua awesome..(camtu ehh)


Next Entry............
coretan :-

Kalau pergi bercuti tapi hanya stay dalam bilik je rugi tau macam azie memang suka merayap@jalan2 lagi2 tempat yang menarik time inilah nak lihat keindahan negeri orangkan bukan selalu dapat

Langkawi Day 2:- Pulau Dayang Bunting,Pulau Helang & Pulau Beras Basah Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


16 Januari 2014 (Khamis)



Bangun pagi siap2 pergi breaksfast air teh dengan mee goreng & pancakes kelass nyahhh hahaha alas2 perut rugi lorh kalau tak makankan.Balik bilik siap2 nak p pulau yeahhh memang excited habislah,ok kitaorang p pulau dengan pakej yang disediakan oleh Your Travel Tour @ AB pakej ini macam2 ,azie ambik pakej yang 3pulau RM25.00 seorang antara pulau yang dilawati Pulau Dayang Bunting,Pulau Helang & Pulau Beras Basah lebih kurang 3jam lebih jugaklah


Dekat area pantai chenang ini melambak kedai2 yang menawarkan pakej2 ke pulau2 ini pilih je yang mana ok.Kedai Your Travel Tour yang azie pilih ini sederet dengan Sandy Beach Resort sebelah AB Motel
Lupa nak gitahu time untuk pergi ke3 pulau ini ada 2 waktu je yang pihak YTT tawarkan pukul 9.40am & 2.00pm


Berkumpul depan YTT nanti orang2 dorang pickup kita naik van ke lokasi naik bot dekat dengan Holiday Inn kalau tak silap azie.Sampai2 je ada 3bot menanti kitaorang naik bot ke2 lebih kurang 20 orang setiap bot. Bot azie naik sekali dengan pelancong korea dorang memang best sporting memang gelak je lah kitaorang tengok dorang.

inilah org korea itu...sporting beb....

Tapi yang sadisnyakan..nak naik bot itu bukannya ada tangga kecik ke apa TAPI kene melangkah & berpaut2 ..BAHAYANGKANLAH cmner rupanya


Soryy pic bot azie tak sempat nak ambikkkk.....


Abang yang bawak kitaorang ini garang tau serius je muka...senyum sikit bang janganlah marah2 hihi
Bayangkanlah duduk dalam bot dengan ombak pantai hadoii pening jap berdebar2 + takut




Waktu ini bot behenti jap sebab tunjuk bentuk gunung dayang bunting..TAPI bukan yg pic atas ini,azie takdan nak ambik sebab terlindung dengan kepala2 dorang just dapat click pic ini je..



Lokasi pertama 
Pulau Dayang Bunting 




Nak ke tasik dayang bunting ini kene memanjat tau hihi taklah kene berjalan or mendaki sikitlah better kalau nak pergi sini pakailah kasut ehh bukan heels kang tak pasal2 terpelecot naya je..Sambil2 itu boleh layazzz monyet yang bertempiran baik je dia bagi makan taklah dia kacau..








Inilah tasik dayang bunting,pemandangan disekeliling memang cantik & tenang je





Mama & abah azie tak ikut azie & husband naik sebab azie takbagi mama jalan2 sangat nanti sakit kaki tunggulah mama & abah kt bawah .Hajat dihati nak mandi dekat tasik ini tapi tak terdayalah tengok dalam & masa yang abang tue bagi 30minit je kalau lambat tinggal!


Azie cuma dapat rasa air dekat tasik ini...sejuk je sempat jugaklah bawak bekal pepero hahaha,kalau nak p sini bawaklah baju ke kalau nak mandilah paling penting kudap2 sebab 3pulau yang akan dilawati pasti penat & lapar...


Lokasi seterusnya................

Pulau Helang











Dekat sini takyah turun sebab takada tempat nak lepak just duduk dalam bot tengok helang2 kalau nak nampak lebiih dekat umpan helang dengan makanan keluarlah dia...Apa yang boleh azie kata memang cantik tempat dia live tengok helang dekat2


Last sekali

Pulau Beras Basah







Dekat sini boleh lepak2,mandi manda tenang je tapi time azie g sini memang ramai orang bukan setakat orang2 kita malah pelancong2 ,macam2 gelagat ada.Tak mandi pun just lepak2 hirup udara pantai sambil kudap2.



Baliklah kitaorang dengan bot & ombak pantai habis baju tapi seronok ok.
Oppss lupa nak gitahu nak naik bost seksa ok dorang tak sediakan tempat nak naik kenelah berpaut sesama ok..sakit kaki den tapi time balik nak sampai tempat org pickup nanti ada pulak tangga..ishhhhh


Waktu mula2 sampai pantai sebelum nak naik bot ada pihak dorang ambik pic kita tau woooww dah macam retis lak  rupa2nya last location@tempat dorang nak pickup kita balik hotel dorang jual gambar kita tadi atas piring kecik yang berharga RM10.00 satu.. Ingatkan free


Atas sebab kenangan haruslah belikan.....melayang RM40.00




NEXT ENTRY.......


Coretan :-

Hari ke2 dah rasa xsedap badan,habis 1badan merah2/gatal2.azie kene enjet dugaan ..

Monday, January 27, 2014

Langkawi Day 1 :- Percutian Ke Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


15 Januari 2014(Rabu)

Tiba di langkawi dalam pukul 1.30pm excited ok entah kenape best kot dapat jalan2 lagi2 dengan husband & family.Sampai2 tunggu kereta sewa ,husband azie ambik kereta sewa dengan kawan dia yang sama waktu kitaorang turun sana bulan november tahun lepas ,kitaorang pilih Myvi sebab tak ramai pun kan sewa untuk 4hari dalam RM 270 camtu..



tengok muka masing...happy tak

Sampai2 je destinasi utama check in dulu dekat Sandy Beach Resort Pantai Chenang untuk 3H2M azie pilih lokasi ini sebab dekat dengan pantai,azie suka suasana pantai tapi bilik ktorang duduk bukan dekat dengan pantai tapi seberang jalan coz bilik area pantai full!




Mula2 booking untuk 2bilik dorang bagi yang ada 2 single bed sampai2 je bilik tengok queen bed  harga takjauh beza pun untuk 2single bed dalam RM 110.00 manakala queen bed RM150.00 beza dalam RM40.00 camtu & breaksfat 2pax


penginapan kitaorang itu diaaaaaaaaa yang bangunan 3tingkat belakang itu...nampak tak



ini suasana dalam bilik..simple


Warming2 dalam bilik lu then cari kedai makan sebab perut dah berkeroncong tahap maksimum ok..
Jalan2 area nak ke pekan kuah then makan dekat gerai tepi jalan dekat dengan shell tengok lauk pun dah nak habis balun jelah yang mana adakan...Abah azie ambik lauk ketam perghhh jarang2 abah nak makan ketam terkejut den!


Perut dah kenyang apa lagi time shopping pulak...sebelum shopping ktorang survey hotel lain sebab azie dekat langkawi 4H3M ,resort yang azie duduk dekat Sandy Beach itu hanya untuk 3H2M je dorang kata kalau nak smpai sabtu dah full jadi kenelah cari hotel lain....
Alhamdulilah rezeki kitorang dapat jugak hotel dekat area pekan kuah..


Then,sambung shopping haruslah dah sampai langkawi tak sah kalau tak shooping coklat terjahlah kami di kedai Haji Ismail.Kedai Haji Ismail yang azie pergi ini bukan kedai yang mula2 azie pergi sebelum ini sebab kedai Haji Ismail ini banyak cawangan dekat pekan kuah ini malah ada hotel HI lagi


Hasil shopping disini.....




Next entry azie rangkupkan semua sekali hasil shopping 









Antara tempat best nak shooping coklat or lain2

  • Haji Ismail Group
  • Langkawi Saga Shooping Centre
  • Zeno Duty Free
  • Coco Valley bersebelah Underwater World Langkawi
  • sebelah hotel Langkasuka Langkawi 
  • Geopark Langkawi
  • Area Pekan Kuah
  • Area Pantai Chenang
  • Area Pekan Rabu




Coretan :-

kalau datang langkawi tak yah bawak bj/beg banyak2 pasti balik nanti bertambah beg 







Bercuti bersama Malindo Air

Assalamualaikum & Salam Sejahteraa



2minggu lepas azie ambik cuti panjang memandangkan 2minggu lepas itu ada 2hari cuti umum sempena Maulidur Rasul & Thaipusam.Kesempatan itulah kami mengambil peluang bercuti cuma kali ini azie pergi sekali dengan mama & abah azie.Tujuannya nak bawak mama azie berjalan/cuti sebab dah lama dia dok rumah semenjak pencen.


Akhirnya pilihan destinasi kami adalah ............................ Pulau Langkawi

Ini kali ke2 azie pergi dengan husband selepas honeymoon last year & kali ke2 jugak dengan family azie.Perancangan nak kesana mmg dah lama cuma masa je terhad memandangkan cuti & Tahun Melawat Malaysia tahun ini kitaorang pun mengambil peluang holidayyyy.


Kali ini  azie try ambik MALINDO AIR 
azie bertolak dari KLIA ke Langkawi lebih kurang pukul 12.15 dan smpai ke Langkawi dalam pukul 1 lebih ini kira firstime naik Malindo..


Sekarang Malindo ada buat promosi bolehlah korang2 yang plan nak bercuti itu jenguk2 web Malindo Air


Antara destinasi Malindo Air



Woow dh macam buat promosi pulak kan hihi....
Apa yang azie boleh kata Malindo memang best & selesa sangat siap ada  free snack air + biskut bolehlah buat2 alas perutkan.Boleh jugak tengok tv dalam itu taklah bosankan.
Inshaallah ada kesempatan lagi nak naik Malindo maybe ke destinasi lain pulak..

Opps lupa pulak tambang waktu pergi ini azie ambik oneway je untuk 4orang lebih kurang RM400lebih jugak

Next Entry di Langkawi pulak....................


Coretan :_

Oppss baru nk story setelah 2minggu berlalu hihi.mood menulis baru datang

Thursday, January 23, 2014

Simptom apakah ini.....


Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Taktahulah semenjak dua ini asyik macam ini je sampaikan tak selesa,
bila pagi je sampai opis mesti muntah dah itu lepas makan mesti nak membuang dah masuk tenghari nanti mulalah pening + muntah 
tapi xpulak time muntah itu keluar apa yang azie makan..


Harini je dah beberapa kali loya + muntah + pening
Keracunan makan ke apa ini


selalu fikir angin je banyak toksin dalam badan ini
barangkali agaknya


time bercuti haritu pun sama tapi tak seteruk macam hari2 ini
siap bawak bekal asam spay dalam handbeg 



coretan :- 

mood:- nak baring je ini mungkin ini je cara nak hilangkan rasa pening + loya

Wednesday, January 22, 2014

Keadaan lepas operation

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Opsss soryyyy
lama sungguh rasanya tak bersua dekat blog ini semua akibat kemalasan yang maksimum ok tapi sedaya upaya jugaklah nak update tapi kesibukan menjadi penghalang segalanya.


Bagi yang baca entry azie sebelum ini mengenai adik sepupu azie yang menghidap kanser otak itu Story 1 & Story 2 tentu tertanya2 mengenai pekembangan dia.Alhamdulilah adik sepupu azie selamat menjalani operation khamis lepas ( 16/01/2014) selama 5jam .


Alhamdulilah,ingatan dia masih ok maksud azie lepas operation dalam beberapa jam lepas sedar dia masih kenal mak & ayah dia bak kata pakcik azie dia risau takut dia xingat apa2.


Azie sempat melawat dia dua hari sebelum operation nampak semangat malah senyum je semangat daripada kawan2,family yang membuatkan dia semangat malah dia kata dia bersedia dengan operation ini walaupun adakala azie nampak dia termenung samada menahan sakit or risau..Hanya DIA yang maha mengetahui


Time operation azie & family mmg tak ada dekat sini hanya iringan doa kami untuk dia mudah2an operation berjalan dengan lancar & selamat.Menunggu panggilan/sms daripada pakcik memang mendebarkan bila dengar operation dia berjalan dengan lancar Ya Allah lega sangat..


Ahad baru ini sempatlah azie jenguk dia ,adik sepupu azie masih ditempatkan di bilik/wad ICU,perubahan yang ketara nampaklah kesan operation/jahitan di belah kanan dengan bahagian tengkuk masih bengkak ,mata merah2 tangan kebas2 lagi.Cuma yang merisaukan dia kerap membuang air kecil tak smpai beberapa jam bukan skit tapi banyak.Taktahu lah samada kesan ubat or something doc masih pantau.


Hope tak ada apa2 yang berlaku semoga dia cepat sembuh itulah harapan kami semua yang tak putus2 berdoa untuk dia.



Terima kasih pada kawan2 semua yang tkhenti2 berdoa & bagi kata2 semangat.Terima kasih sekali lagi



coretan :-
Punca boleh jadi kanser ini dari segi faktor pemakanan,cara hidup..elakan makan ayam terlalu kerap sebab banyak risikonya terutama pada kanak2 yang nak membesar TAPI lebihkan sayur2an..
Penggunaa alat pendengar mcm walkmen ke elak2kan ,time tidur hp jangan letak sebelah bantal or kebiasaanya kita kerap letak kt badan sambil2 dengar lagu kan..kalau boleh elakanlah sbb tk elok utk sistem bdn kita..Kita mungkin tak nampak kesannya sekarang tapi kalo benda nk terjadi bila2 pun boleh
peringatan bersama

Monday, January 13, 2014

Operation Kanser Otak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sabtu baru ini mama & abah azie pergi melawat my cousin yang sakit keadaan adik sepupu azie  sekarang macam itu jelah badan dia lemah,bahagian tengkuk pun dan nampak bengkak2 yang lebih sedeh badan dia dah mula kebas tak rasa apa2 Ya Allah sedihnya.


Doc kata ketumbuhan/kanser yang ada ini memang aktif dan doc jugak tak dapat nak kenalpasti jenis kanser dia ini sebab lain sangat.Kanser ini membesar dengan cepat malah kalau lambat operation macam2 kemungkinan boleh berlaku .


Pembedahan dijangka khamis ini (16/01/2014) sebelum itu doc bagitahu 2cara untuk pembedahan ini

  1. samada nak operate sikit2(buang ketumbuhan ) dan akan berlaku lagi operation yang seterusnya maybe 3kali operation OR
  2. buang semua sekali 

Risiko lepas operation ini tetap ada... samada lumpuh/hilang ingatan or lain2..Ya Allah azie cuma harapan semua ini tak akan terjadi,azie tak dapat nak bayangkan apa yang akan berlaku pada adik sepupu azie ini sedih sangat


Mama azie kata bila datang tengok dia ,dia tak pernah nak menunjukan yang dia tengah sakit malah senyum je.Ya Allah hanya DIA sahaja yang tahu apa yang sedang dirasa oleh adik sepupu azie ini.Kau kuatkan semangatnya Ya Allah kau sembuhkan sakit yang sedang dia rasa ini


Mama pun ada tunjuk pic scan otak dia memang azie tengok pun tak sampai hati dah besar bola pingpong,bahayanya kalau ketumbuhan makin membesar boleh pecah malah membahayakan organ & sistem dalam badan lagi2 jantung


Tambah sayu bila adik sepupu azie bercerita kalau result spm dia ok dia nak sambung belajar macam akak&abang dia,nak main bola macam abang dia Ya Allah xtahu nak gambarkan macamana besar cita2 dia.Hope dia kuat hadapi apa jua kemungkinan dan azie malah kami semua nak tengok dia sihat seperti sediakala.



* Terima kasih kawan2 semua atas sokongan yg diberi*



Coretan :-
Mudah2an operation yang dijangka khamis ini berjalan dengan baik & selamat 



Thursday, January 9, 2014

Kuatkan Semangatnya...Kanser Otak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Baru tadi azie call mama Ya Allah khabar berita yang tak mungkin or tak sanggup nak dengar..
sayu & sedih bila dengar apatah lagi yang mengalaminya


Isnin baru ini adek abah azie call abah azie bagitahu yang afifi adek sepupu azie(anak pakcik) ini masuk hospital icu kt ppum doc dapat kesan ada ketumbuhan dekat otak..Ya Allah memang terkejut bila dengar
Puncanya beberapa sebelum ini dia mmg demam sampaikan nak bangun pun takboleh(tak larat),makan pun kurang.Ahad malam itu sakit kepala sampai nangis2 pakcik azie terus bawak pergi hospital,doc kata tak ada pape2 just doc pesan kalau tak ok jugak esok (isnin) dtg balik & scan...


Bila dah scan baru dapat tahu memang ada ketumbuhan dekat otak now ketumbuhan itu dah sebesar bola pingpong..azie dapat tahu dari mama tadi pun kalau kene operation or tak operation still sama je maksudnya kanser itu ttp ada walaupun lepas operation...


Bayangkan macamana keadaan dia.....
Selama ini dia mmg taktahu yang dia ada kanser ini....


Doc ada kata jugak jangkaan cuma ada masa 6bulan je..Ya Allah siapa lah tak sedeh kalau dengar benda inikan..azie naik sebak bila mama azie gthu tadi..perkara ini pun terpaksa family pakcik azie rahsiakan daripada anak dia,taknak anak dia tahu....


Inshaallah next week pembedahan mungkin dari situ nanti baru dapat keputusan selanjutnya..
Ya Allah kau permudahkan urusan ini ,kau lindungilah adik sepupuku afifi abd razak semoga dia cepat sembuh & pulih sedia kala..Ya Allah kau kuatkan semangatnya,familynya & kami semua..


*adik sepupu azie ini umur 18tahun tengah tunggu result spm...



Coretan :-
ada tak siapa2 yang pernah alami situasi macam ini or family/kawan2 yang dalam situasi macam ini,share dengan azie .mana tahu azie boleh refer balik apa yang perlu or ada perubatan selanjutnya ke..Mohon doa kawan2 jua..





Wednesday, January 8, 2014

Makanan Peberet En Hubby

Assalamualaikum


Harini sampai opis lambat lagi dekat 9.30am baru sampai...Biasalah kalau lambat sikit keluar maka lambatlah sampai dengan jem dekat grand saga tambahan pulak mrr2 lagi aishhhhh itu belum time balik nanti memang taip2 hari jem..taklehnakbuatapadah


Isnin baru ini update entry click sini adalah cerita pasal perubahan lepas kahwin suka masak then akak azie dari blog Kak Azie ada tanya apa makanan peberet suami.....


En Hubby azie suka makan Masak Lomak Cili Padi tak kiralah ayam ke daging ke asalkan masak lomak cili padi katonyo...orang nogori katakan,abah azie pun orang nogori jugak jadi tak larilah menunya..cuma bezanya kalau orang nogori dorang lebih refer pakai santan fresh2kan beza ngan kita ini kadang2 nak dapat santan fresh2 memang payah jadi kadang2 itu azie guna santan kotak je rasa dia lain sikitlah

Sedap pakai santan fresh2..kaw2 rasonyo


Azie suka mak mertua azie masak lomak sebab pedas dia kaw2 punya tapi azie takleh kerap sangat makan pedas2 ini perut taktahan weyyy,tambahan kita perempuan kan memang tak elok utk perut mudah kene gastrik,apendiks or gout(bahagian kaki)


Menu peberet lain yang en hubby suka makan sup sayur bayam ...siput sedut masak lomak cilipadi...asam pedas...yang penting ada kuah2..hmmm layazzz jelah



coretan :-
busy sikit minggu nie..next weeks nak cuti panjang 

Monday, January 6, 2014

Akhirnya Update Jugak...

Assalamualaikum




Ehh entry pertama untuk tahun baru selepas senyap sepi ..opsss soryyyy
tapi azie ada je kalau yang perasan azie ada tinggalkan jejak dekat blog2 korang
Alhamdulilah 3 January 2014 lepas genap sudah 2bulan perkahwinan kami
kejap sungguh masa berlalu....


Rutin harian sekarang dah berubah kalau dulu balik2 boleh lepak2 tengok tb
Now dah bergelar isteri ini balik2 dah ke dapur...
Walaupun dok ngan family tanggungjawab tetap kene jalankan..takgitu hihi


Perubahan yang ketara lepas2 kahwin ini...
suka ke dapur hahaha....lagi2 time cuti mmg itulah kerjo azie
tapi tengok mood gaklah kalau datang sifat M itu hadoiii!


ehh sekarang suka bebenorlah aikk nak baking cake
taktahu ler nape ...dulu tak gini pun 
adakah..adakah..hihi


Mudah2an apa yang dirancang..diharapkan dipermudahkan InshaAllah



coretanku:_
Okaylah ini jelah yang sempat azie coret2kan
see u next entry.. have a nice day