Assalamualikum
Salam Sejahtera
Kesinambungan daripada
PART 3
Korang yang baca kisah azie terasa ngilu nya,apatah lagi azie sendiri yang mengalaminya
macamana perasaan ketika itu takleh nak digambarkan dengan kata-kata..Sampai saat ini masih terasa ngilu & fobia
6 hari di Hospital merupakan jangkamasa yang panjang bagi azie time bersalin 3hari je .Tapi apa yang boleh azie buat azie tetap kene laluinya.
Hari ke 4 (21/11/2014_Jumaat)
Masih ingat lagi tarikh ini walaupun dah nak masuk 3bulan .
Pagi itu ada 3 or 4 orang doc termasuk doc pakar datang check azie,doc pakar kata azie kene operation harini jugak tapi doc yang akan jalankan pembedahan kata full maybe azie kene tunda hari minggu depan isnin 24/12/2014 tapi memadang doc pakar tak nak berlaku apa2 infection dia paksa doc lakukan pembedahan harini jugak
Ya Allah
Dengar nak lakukan haritu berdegup jantung azie,terus kene puasa tak boleh makan apa2 kalau nak minum air pun sikit,nurse just masukan air & antibiotik je.Waktu itu bhgn jahitan itu memnag terbuka dorang tak tampal apa2 pun fuhhh payah nya nak pergi toilet time itu.
Jangkaan waktu operation pukul 2petang,tunggu punya tunggu tak ada jugak sampaikan suhu badan azie naik (demam) dengan laparnya terpaksa tahan.Dalam pukul 6-7petang macam itu nurse datang cuci dorang kata maybe turn azie lambat lagi,ya Allah dugaan.
Rasa nak menangis ..sobss tahan je
Dalam pukul 8 time nak ke toilet nurse
bagi baju n topi(buat kali ke2 pakai baju ini) .dupdapdupdap jantung time itu,sampaikan meleleh airmata mujur suami azie ada sepanjang azie dekat hosp.Sampailah azie dibilik pembedahan,rasa sunyi sangat.
Sampai2 ruang ke bilik bedah azie disambut oleh doc n nurse2 ,dorang baik2 siap bagi semangat n hilangkan tekanan kita .Yelah nak kene masuk bilik bedah siapa tak takutkan.
Doc bius datang bagi penerangan apa2 prosedur yang akan dilakukan nanti.
Boleh borak2 dengan doc bius india ini,macam2 dia tanya dia pun pregnant jugak,dia kata nak berpantang cara orang melayu..
Tibalah giliran azie ke bilik pembedahan,Bilik pembedahan ini lain tak sama dengan bilik pembedahan waktu azie czer itu. Ini memang untuk orang2 yang nak kene bedah (mcm2 penyakitlah)
Masuk dalam itu dah terasa sejuk sangat,dorang cucuk masukan air,kira semua lakukan kerja masing2 .
Waktu doc bius cucuk ,azie terasa kenapa tak rasa kebas lagi ini,rupanya dia cucuk tak habis,gementar time itu sampaikan pucat muka,badan keras(sbb takut),tangan pulak bengkak akibat asyik kene cucuk masukan ubat waktu dalam wad.
Doc lelaki yang lakukan pembedahan atas azie,hinggalah azie dah tak rasa apa2 memang kebas separuh badan.goyang macamana pun tak rasa.tahu2 dorang dah buka n lakukan pembedahan azie just boleh nampak bayang2 dekat lampu je.Rasa nak lelap tapi takut bp tergangu n dorang tak galakan kita lelap
Teringat anak dekat rumah,meleleh airmata Doc bius bagi semangat,time itu rasa menggigil bdn sebab sejuk..
Tahu2 je dah selesai ,dorang angkat azie alihkan katil pun tak rasa azie sempat ucapkan terima kasih
Lepas pembedahn keadaan azie dipantau,nak dijadikan cerita tiba2
mesin check bp itu stop n azie tiba2 hilang rasa sejuk.azie tengok no tertera turun... azie cuba goyang2kan sikit badan alhamdulilah ok lepas itu rasa sejuk balik badan
Lepas itu,azie dihantar masuk ke wad,
tak boleh makanminum & bangun 6jam,Lepas je ubat bius itu kebah,azie
rasa ngilu,sakit sangat dekat bahagian jahitan.suami temakan azie malam itu pun risau tengok keadaan azie yg dah menangis2 sebab menahan sakit,azie terpaksa minta ubat tahan sakit sebab dah taktahan sangat rasa pedih /ngilu..
Hari ke6(23/12/2014_Ahad)
Harini doc nak buka bahagian tampal ,berdebar rasanya azie ada bagitahu doc yang rasa sakit doc kata maybe sebab plaster tampal itu yang buat sakit ,tapi azie rasa perit sangat .Tiba waktu nak buka dekat katil azie ramai orang dengan 3/4orang doc 3 orang nurse .
Azie takut nak tengok bahagian jahitan itu,bila nurse buka je dorang terus spray,alhamdulilah ok cuma
doc ada pesan agar jaga baik2 kemungkinan boleh terbuka balik.Ya Allah takut azie dengar..
Bila doc pakar check ok dorang benarkan azie balik petang itu,syukur sangat.
Sempat azie borak dengan nurse sorang ini,malam sebelum itu nurse itu datang nak masukan ubat antibiotik
tapi badan tak boleh nak terima ubat tersebut serta merta darah mengalir ,terpaksalah nurse itu cabut jarum then cucuk dekat tangan sebelah.bengkak2 dah tangan
Kenelah cucuk tangan sebelah,kalau korang nak tahu sepajang 6hari azie dekat hosp,
4kali doc /nurse ubah kedudukan jarum sebab tangan dah bengkak.Ubat antibiotik itu memang sakit bila dia cucuk,azie terpaksa ambik cucuk sebab azie alah dengan ubat pil.
3hari lepas itu azie kene folow up dekat hospital,dorang nak check jahitan & bp azie coz sepanjang azie prgnant lagi2 dekat nak deliver bp azie naik mendadak.Nak dijadika cerita hari checkup itu ada
keluar darah sikit dekat bahagian jahitan..bila check kesan kering itu luka nasib ok azie risau sangat
7hari lepas itu kene datang hosp balik sebab doc
nak cabut benang,fuhh seriau ok.Ada rasa ngilu sikit .Sepanjang azie dirumah kalau nak duduk ke apa ke memang susah sikit ,jadi baring jelah .
Untuk
pulihkan jahitan azie amalkan makan ikan haruan,ikan haruan memang sesuai untuk ibu2 yang tengah berpantang..Alhamdulilah jahitan azie makin pulih dari sehari ke sehari.
Tapi yang peritnya asyik sembelit je..Sampai nangis2 ok,
Terima Kasih dekat FAMILY & KEKAWAN yang tak putus2 bagi semangat
coretanku :-
jahitan ke2 ini lebih kemas & yakin untuk bergerak berbanding dengan jahitan 1st waktu czer
pengalaman 2kali operation dalam jangkamasa dekat cukup memberi pengalaman baru yang tak mungkin azie lupakan selamanya
Masih terasa ngilu2 ,terbayang2 kene belah,keadaan dibilik bedah
Alhamdulilah azie dah pulih,cuma makanminum kene jaga,nak pulih sepenuhnya makan masa,tambahan nak mengandung lagi kene betul2 merancang sekurang2nya 2/3tahun lagi