Pages

Wednesday, February 25, 2015

Bila kecik ini dah pandai meniarap

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Alhamdulilah my princess nuralisyasofia dah 3bulan15hari...
Dah macam2 gaya dia tunjuk



1 bulan
Time ini mulalah otot2 dia dah nampak bayangkan waktu dalam hari nak pegang pun takut tau,
halus sangat lepas itu kecik
Alhamdulilah dah sebulan nampak berisi sikit.

Dah pandai tengok orang keliling dia..
Kalau agah2 pun dah pandai senyum...


2bulan
Berat naik 5.2kg opppsss macam tak percaya je tau tapi alhamdulilah cuma demam sikit2 itu adalah lagi2 bila nak berubah bulan kan.

Masa dalam 2bulan ini alisya dah mula potpetpotpet sikit2...
Suka tengok dia potpetpotpet ,alahai mama geram tengok bibir & mulut awak itu

Selain itu,
Alisya dah start mengiring,mula2 dia mengiring azie cam pelik sikitlah kenapa dia suka toleh ke kanan je,lepas itu lepaskan geram bila takboleh nak giring rupa2nya dia nak pandai mengiring..



Tengok itu,tidur pun nak mengiring tau,kalau terlentang macam dah tak selesa je bagi dia,Kalau terlentang dua2 tangan ke atas itu dah kira lena sangat.
Dalam beberapa minggu nak masuk 3bulan dia dah pandai MENIARAP




Sempat azie capture pic dia tengah meniarap time ini,memang terkejutlah cepat2 azie panggil nenek dia .Sedaya upaya dia nak meniarap,yang kelakarnya punggung dia itu tonggek je hahahaha



Time ini tengah usaha nak angkat kepala dia tau,alahai anak mama ini..Kamu memang kuat sayang..
Selagi tak dapat dia tetap akan usaha jugak,kalau tak memang nangislah jawabnya..


Now dah masuk 3bulan,dah memang pandai meniarap sepenuhnya,cuma sekarang nak meniarap ke depan belakang gituelah
Seksa kalau nak pakaikan baju dia lepas mandi ,gerak sanasini lepas itu nak meniarap huhuhu.


Semalam balik2 kerja je dengar suara dia kuat sangat rupa2nya dok bebel dengan nenek dia hahaha,borak2 lah kononnya itu alahai sedap je suara alisya mama dengar.
Kalau kita agah2 dia,dia agah2 kita lagi kuat ok hahaha


Tidur sekarang pun dah start pakai buaian,tak delah mama ngan nenek dodoi2 alisya lagi smpai joget2 ehh .Dia tahu nenek,mama dia penat letak je dalam buaian cepat lena.Sumbat dengan puting(kopek) hahahaha..




coretanku:-

Timbang 3bulan baru2 ini naik 5.9kg dah,azie memang start bg susu fm dekat dia coz susu badan azie tak banyak lepas operation kali ke2 tempoh hari..
Hmmm sedih sangat 

Yang penting tengok dia sihat & membesar dengan baik pun dah cukup bagi azie




Review Produk

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Rasanya agak lama jugaklah azie tak share dengan uolls produk2 yang azie try,
Iyealah bila kita nak promote satu2 produk itu haruslah kita mencuba dulu barulah kita war2 kan
Orang pun tak adalah ragu2 kan


SERUM
Vitamin C Serum By NN Beauty







 Serum Vitamin C diformulasikan dari sumber asli paling berkesan dan dikeluarkan oleh NN BEAUTY
• Mengandungi bahan aktif yang apabila digunakan ke atas kulit, menghasilkan kesan yang sangat cepat dan berkesan.
• Mengandungi ekstrak botani, vitamin dan enzim dalam pelbagai kombinasi dan tidak mempunyai bahan pengawet atau bahan kimia kerana pembungkusan kedap udara.
• Formulasi teknologi dari France.
• Mempunyai 10jenis produk mengikut masalah kulit,1 botol tahan sehingga 2 bulan.
• Serum Vitamin C telah dibuat & dikilangkan oleh pengilang berlesen.

KELEBIHAN PRODUK

• Serum ini memberi kesan yang luar biasa pada pelbagai kulit, kekeringan, kegatalan, pigmentasi, dan anti-penuaan. Hasil nyata tercapai dalam masa yang singkat selepas digunakan..ia dapat menarik air dan menyalurkannya kadalam sel –sel kulit. Fungsi lainya juga membantu membuat kulit lebih cerah dan menghilangkan kedutan dan garis halus pada kulit.





Pernah terlihat..ternampak..terbaca testimoni orang2 yang gunapakai serum ini,kebanyakan feedback so far ok,memandangkan waktu berpantang kulit ini kering /kusam bagaikan

Tambahan nak makan sebarang time pantang oooo NO NO NO..
Jadi serum ini bukanlah utk dimakan pun just sapu je dekat muka gitue,nak nampak perubahan tak adalah baru pakai esok dah nampakkan..

Testimoni:-
azie pulak dalam 2minggu kot baru nampak keberkesanannya,muka lembab2 gitue,taklah kering kita tengok muka sendiri pun rasa keyakinan.Azie gunakan sehari sekali ,bila dah start kerja pakai before kita tepek bedak compact,kalau xnak pakai bedak compact pun tak apa..



FACE MASK
JEJU



Salah satu fungsi membantu membaiki tisu2 muka kita yang kering/kusam bagai itu.Melembabkan kulit serta memberi kesegaran pada kulit muka kita.

Testimoni :-
Azie gunakan sebelum tidur,memang nampaklah kebekesananya rasa kulit muka itu lebih anjal..
Bauan daripada mask ini pun wangi je,bau buah & bunga,sebelum ini azie ada jugak guna mask yg jenis tomato..timun.




BEDAK SEJUK TERLAJAK LARISSSSS.. D'HERBS







Bedak sejuk pun sepertimana kita tahu zaman toknenek kita pun dah amalkan,dulu2 mana ada jual produk2 kecantikan ini.Benda yang paling mudah bedak sejuk,tepek je kat muka itu,

Testimoni:-
azie gunakan set berpantang D'Herbs Terlajak Laris memang mengandungi bedak sejuk,time berpantang memang azie rajin pakai before tido & habis pantang ini azie tetap amalkan menggunakan bedak sejuk.

Dengan keadaan cuaca panas sekarang ini muka cepat keringkan,jerawat pun mudah naik jadi meh ler gunakan produk D'Herbs


KRIM PANAS MAK BIDAN
Keluaran :- D'Herbs...Terlajak Larisssssssss






Ini salah satu lagi produk Dherbs yang azie amalkan,krim panas Mak Bidan.
Sapulah dekat kaki ke...perut ke...tangan ke.. lagi2 tempat lemak berkumpul itu.
Awas..... jgn sapu banyak2 tau,panas dek non lagi2 kalau pakai lepas mandi perghhh TAPI hasilnya menanjubkan ok


Pasti rasa ringan je badan ,mana taknya angin bwh & atas dah keluar hihihi...........



SET BERPANTANG 
Keluaran : D'Herbs ...Terlajakkkkkkkk Larisssssss


Antara set berpantang yang dikeluarkan oleh D'Herbs Terlajak Laris....
Mengandungi:_
> Pati Herba Mak Bidan
> Mandian Mak Bidan
> Bedak Sejuk Mak Bidan
>Krim Panas Mak Bidan
>Minyak Bayi Mak Bidan (khas utk bby)
>Tungku Mak Bidan (yg warna hijau itu)

Azie ada jugak beli bengkung mak bidan,senang citelah family azie memang menggunakan produk D'Herbs.. Antaranya GAMOLEX,LIPSTIK COLLAGEN,SABUN LUNAS RESDONG,SYAMPU SUPER LEBAT, dll..


Wahh dah mcm promote lah ehh...







Coretanku :-

Apa yang azie share ini bukanlah sebarangan  ,azie dah menggunakannya jadi azie share dengan korang tau.





Wednesday, February 11, 2015

Baby sock Alisya

Assalamualikum
Salam Sejahtera


Menjak2 dah jadi omak2 ini more pada anak lebih daripada segalanya
Kalau dulu b2 je contoh bab shopping bukan main lagi..
Tapi bila dah pregnant kene stop shooping untuk b2 
Tapi lebih pada yang kecik 


Pantang nampak kedai baby,baju baby,mainan baby 
Semua yang seangkatan dengan barang2 baby mesti nak beli 
Lagi2 anak 1st banyak keperluan yg diperlukan


Bila dah lahir je 
makeover anak dengan baju2 yang ada.
Salah satu hobi baru..
Suka kumpul baby sock 


geram sebab mcm2 design ada..
comel pulak itu...
antara koleksi yang azie kumpul..
kebanyakan gift yang alisya dapat




yang ini azie beli on9 
converse baby sock
FB: D Azly Maryana
geram sebab design die sebiji macam shoes converse
macam2 colour ada..



Yang ini azie suka match n match 
Baju & baby sock & headband







Ini antara koleksi  my princess nuralisyasofia





***********
Azie ada buat bisnes kecil2 jual pakaian kanak2 (lelaki & perempuan)
nanti azie share ehh
mana tahu nak order leh pm azie ...






coretanku:-

inilah dia bila dah bergolar omak2.. 
pantang nampak mesti bekenan..bila dah bekenan pasti nak beli..bila dah beli jadikan koleksi.








Tuesday, February 10, 2015

Resepi :- Kek Batik Tanpa Telur

Assalamualaikum


Harini azie nak share resepi..
Rasanya dah lama tak share resepi dekat blog,kalau ada pun kepam lepas itu malas nak update alih2 terdelete dah


Resepi Kali ini Kek Paling senang di berabad zamannya
Cuma beza kali ini tak gunakan TELUR pun..
Kebanyakan kek yg ada semua pakai telurkan ini azie tak mauu letak



RESEPI

KEK BATIK 
(Tanpa Telur)




Bahan-bahannya :-

*1 paket biskut marie 
-azie guna biskut munchys sbb garing & ragup

sekarang biskut marie ada perisa kopi 

*2 cawan milo
* 1 tin susu pekat manis/ setengah sahaja
* 1 buku buttercup
* 1 sudu kecik esen vanila


yg ini kalau nak letak boleh tak mauu letak pun tak apa
* 2 sudu besar serbuk koko
* 1/2 cawan gula


Cara-caranya:-

1. Panaskan buttercup dalam kuali sehingga cair
2.Kemudian masukan susu pekat & milo.. KACAU jangan bagi ketul2
3.Masukan 1 sudu esen vanila
4. kalau kurang manis boleh masukan 2 sudu gula (agak2lah) sebab susu pun dah manis
5. Step ini ada 2 langkah 
- samada patah2 biskut gaulkan sekali dalam kuali
or 
-susun dalam bekas lapis biskut..coklat..biskut..coklat 



Nampak macam kurang coklat kan.. 



azie buat topping coklat lagi.. baru best..


Bahan-bahan-nya

*1/2 buttercup (agak2 lah ehh)
* 1 cawan milo
* 1/2 susu tin (kalau tak nak letak pun tak apa)



1 tin susu tadi korang guna setengah bancuhan pertama
setengah lagi untuk buat topping dia


6. Mampatkan biskut & coklat itu agak kelihatan cantik je nanti bila potong
7. Masukan dalam bekas ..simpan dalam peti ais selama 2 jam ke untuk sejukan..



Akhirnya....



Sedap makan sejuk2.. terasa kerangupan biskut..


** waktu patahkan biskut dalam kuali pastikan api dah tutup.. gaul sikit2 je agar biskut xlembik






coretanku:_


Mudahkan
Azie pun google dalam tenet jugak just ubah sukatan sikit2..Tambahkan azie czer nak makan telur tak berani takut gatal jadi itu tak letak telur..Tapi sedap wey kalau tak letak telur.
Trylah rasa nanti ehhh..




Friday, February 6, 2015

Part 4 : Keadaan lepas operation ke2

Assalamualikum
Salam Sejahtera


Kesinambungan daripada PART 3


Korang yang baca kisah azie terasa ngilu nya,apatah lagi azie sendiri yang mengalaminya
macamana perasaan ketika itu takleh nak digambarkan dengan kata-kata..Sampai saat ini masih terasa ngilu & fobia


6 hari di Hospital merupakan jangkamasa yang panjang bagi azie time bersalin 3hari je .Tapi apa yang boleh azie buat azie tetap kene laluinya.



Hari ke 4 (21/11/2014_Jumaat)
Masih ingat lagi tarikh ini walaupun dah nak masuk 3bulan .
Pagi itu ada 3 or 4 orang doc termasuk doc pakar datang check azie,doc pakar kata azie kene operation harini jugak tapi doc yang akan jalankan pembedahan kata full maybe azie kene tunda hari minggu depan isnin 24/12/2014 tapi memadang doc pakar tak nak berlaku apa2 infection dia paksa doc lakukan pembedahan harini jugak


Ya Allah
Dengar nak lakukan haritu berdegup jantung azie,terus kene puasa tak boleh makan apa2 kalau nak minum air pun sikit,nurse just masukan air & antibiotik je.Waktu itu bhgn jahitan itu memnag terbuka dorang tak tampal apa2 pun fuhhh payah nya nak pergi toilet time itu.


Jangkaan waktu operation pukul 2petang,tunggu punya tunggu tak ada jugak sampaikan suhu badan azie naik (demam) dengan laparnya terpaksa tahan.Dalam pukul 6-7petang macam itu nurse datang cuci dorang kata maybe turn azie lambat lagi,ya Allah dugaan.
Rasa nak menangis ..sobss tahan je


Dalam pukul 8 time nak ke toilet nurse bagi baju n topi(buat kali ke2 pakai baju ini) .dupdapdupdap jantung time itu,sampaikan meleleh airmata mujur suami azie ada sepanjang azie dekat hosp.Sampailah azie dibilik pembedahan,rasa sunyi sangat.


Sampai2 ruang ke bilik bedah azie disambut oleh doc n nurse2 ,dorang baik2 siap bagi semangat n hilangkan tekanan kita .Yelah nak kene masuk bilik bedah siapa tak takutkan.Doc bius datang bagi penerangan apa2 prosedur yang akan dilakukan nanti.
Boleh borak2 dengan doc bius india ini,macam2 dia tanya dia pun pregnant jugak,dia kata nak berpantang cara orang melayu..


Tibalah giliran azie ke bilik pembedahan,Bilik pembedahan ini lain tak sama dengan bilik pembedahan waktu azie czer itu. Ini memang untuk orang2 yang nak kene bedah (mcm2 penyakitlah)
Masuk dalam itu dah terasa sejuk sangat,dorang cucuk  masukan air,kira semua lakukan kerja masing2 .


Waktu doc bius cucuk ,azie terasa kenapa tak rasa kebas lagi ini,rupanya dia cucuk tak habis,gementar time itu sampaikan pucat muka,badan keras(sbb takut),tangan pulak bengkak akibat asyik kene cucuk masukan ubat waktu dalam wad.


Doc lelaki yang lakukan pembedahan atas azie,hinggalah azie dah tak rasa apa2 memang kebas separuh badan.goyang macamana pun tak rasa.tahu2 dorang dah buka n lakukan pembedahan azie just boleh nampak bayang2 dekat lampu je.Rasa nak lelap tapi takut bp tergangu n dorang tak galakan kita lelap


Teringat anak dekat rumah,meleleh airmata Doc bius bagi semangat,time itu rasa menggigil bdn sebab sejuk..
Tahu2 je dah selesai ,dorang angkat azie alihkan katil pun tak rasa azie sempat ucapkan terima kasih
Lepas pembedahn keadaan azie dipantau,nak dijadikan cerita tiba2 mesin check bp itu stop n azie tiba2 hilang rasa sejuk.azie tengok no tertera turun... azie cuba goyang2kan sikit badan alhamdulilah ok lepas itu rasa sejuk balik badan


 Lepas itu,azie dihantar masuk ke wad,tak boleh makanminum & bangun 6jam,Lepas je ubat bius itu kebah,azie rasa ngilu,sakit sangat dekat bahagian jahitan.suami temakan azie malam itu pun risau tengok keadaan azie yg dah menangis2 sebab menahan sakit,azie terpaksa minta ubat tahan sakit sebab dah taktahan sangat rasa pedih /ngilu..



Hari ke6(23/12/2014_Ahad)

Harini doc nak buka bahagian tampal ,berdebar rasanya azie ada bagitahu doc yang rasa sakit doc kata maybe sebab plaster tampal itu yang buat sakit ,tapi azie rasa perit sangat .Tiba waktu nak buka dekat katil azie ramai orang dengan 3/4orang doc 3 orang nurse .


Azie takut nak tengok bahagian jahitan itu,bila nurse buka je dorang terus spray,alhamdulilah ok cuma doc ada pesan agar jaga baik2 kemungkinan boleh terbuka balik.Ya Allah takut azie dengar..
Bila doc pakar check ok dorang benarkan azie balik petang itu,syukur sangat.
Sempat azie borak dengan nurse  sorang ini,malam sebelum itu nurse itu datang nak masukan ubat antibiotik  tapi badan tak boleh nak terima ubat tersebut serta merta darah mengalir ,terpaksalah nurse itu cabut jarum then cucuk dekat tangan sebelah.bengkak2 dah tangan 


Kenelah cucuk tangan sebelah,kalau korang nak tahu sepajang 6hari azie dekat hosp,4kali doc /nurse ubah kedudukan jarum sebab tangan dah bengkak.Ubat antibiotik itu memang sakit bila dia cucuk,azie terpaksa ambik cucuk sebab azie alah dengan ubat pil.


3hari lepas itu azie kene folow up dekat hospital,dorang nak check jahitan & bp azie coz sepanjang azie prgnant lagi2 dekat nak deliver bp azie naik mendadak.Nak dijadika cerita hari checkup itu ada keluar darah sikit dekat bahagian jahitan..bila check kesan kering itu luka nasib ok azie risau sangat


7hari lepas itu kene datang hosp balik sebab doc nak cabut benang,fuhh seriau ok.Ada rasa ngilu sikit .Sepanjang azie dirumah kalau nak duduk ke apa ke memang susah sikit ,jadi baring jelah .
Untuk pulihkan jahitan azie amalkan makan ikan haruan,ikan haruan memang sesuai untuk ibu2 yang tengah berpantang..Alhamdulilah jahitan azie makin pulih dari sehari ke sehari.
Tapi yang peritnya asyik sembelit je..Sampai nangis2 ok,





Terima Kasih dekat FAMILY & KEKAWAN yang tak putus2 bagi semangat 





coretanku :-
jahitan ke2 ini lebih kemas & yakin untuk bergerak berbanding dengan jahitan 1st waktu czer
pengalaman 2kali operation dalam jangkamasa dekat cukup memberi pengalaman baru yang tak mungkin azie lupakan selamanya

Masih terasa ngilu2 ,terbayang2 kene belah,keadaan dibilik bedah

Alhamdulilah azie dah pulih,cuma makanminum kene jaga,nak pulih sepenuhnya makan masa,tambahan nak mengandung lagi kene betul2 merancang sekurang2nya 2/3tahun lagi

Wednesday, February 4, 2015

Part 3: Bedah kali ke2 lepas czer

Assalamualaikum
Salam sejahtera


Minta maaf bagi yg tertunggu2 kesinambungan daripada Part 2 & part 1


Sepertimana yang korang tahu daripada part 2 itu,azie ada kata yang azie kene operation kali ke2.Benda ini berlaku seminggu lepas azie kuar wad.
Sebelum itu azie memang dah perasan bahagian jahitan itu ada bengkak n darah beku


Mana taknya bila nak bangun macam rasa  tak selesa,sakit & pedih .Nak dijadikan cerita malam ahad time dalam tandas azie rasa ada benda mengalir ingatkan darah nifas tapi tengok dekat bahagian jahitan..
Ya Allah taktahu nak gambarkan macamana perasaan time itu.memang menangislah sebab takut & risau


Azie biarkan dulu just fikir nanti kering,tapi berulang lagi bila azie bangun pagi esoknya darah mengalir lagi.Pagi  isnin 17 nov 2014 time nurse datang check pun darah lagi dorang refer azie ke klinik kalau berlaku pendarahan


Petang itu azie ke klinik kita area umah ini,doc tak boleh nak buat apa2 then azie terus refer ke klinik kesihatan tempat azie checkup.Sampai2 sana je time nurse check still lagi berdarah nurse minta azie refer ke hospital.
Sedih sangat time itu..


Malam itu jugak time mandi tertiba meleleh lagi darah ,Ya Allah azie dah menangis2 terus suami kata pergi hospital.Menitis airmata azie sampaikan mama tegur jangan nangis sebab tengah pantang.Malam itu jugak terus ke hosp & refer bahagian emergency.
Dugaan malam itu tunggu punya tunggu no giliran sampai pukul 1 akhirnya azie ambil keputusan balik sebab tak larat..kaki pun krem risau jugak dah lah tengah berpantang


Azie tawakal je,cakap dekat suami esok pagi kita pergi hosp..Sampai hospital pagi tapi no panggil dekat 4 ke 5 jam gaklah menunggu dekat emergency.
Time giliran doc check azie kene refer ke unit separa kritikal.


Azie tunggu dekat 1 sudut  dapat dalam 15 ke 20 minit doc panggil masuk bilik .Doc check memang dah ada bahagian jahitan terbuka jadi doc terpaksa belah balik jahitan rasa nak menangis dah time itu.


Azie siap tanya doc itu ini ,doc sakit x?dia kata sy bius sikit memang dapat rasalah ngilu itu.sekali dia buka memang banyak darah beku tersumbat dekat bahagian jahitan..Doc itu siap cakap kamu nak tengok x?azie kata xpelah doc kang menjerit pulak saya.


Azie ingat jahit time itu jugak rupanya dorang nak pantau bagi darh itu keluar habis & betul2 ok baru jahitan dilakukan.Suami azie pun terkejut bila azie kata doc dah buka bahagian jahitan.


TERKILAN...
Time dalam wad ada 3kes macam azie,yang buat azie geram bila nurse dekat situ kata nanti awak kene bangun jugak time saya panggil nak cuci..Ya Allah azie baru je nak masuk wad belum atas katil lagi dah ckp macam itu,dia tak rasa sakit memang bolehlah cakap


Sampai je dekat katil nurse tadi datang nak cuci sekali dengan 2/3org doc .Time itu doc laki check dia cungkil lagi bagi darah keluar sakit wey..itu belum dengan ubat cuci die yang warna kuning2 itu pedih.


4hari dalam wad before kene operation 2kali sehari dorang akan cuci.Tiap2 pagi doc pakar check buka tutup bahagian jahitan itu.Kalau nak ke tandas pun tahan jelah kalau nurse tak tampal azie tak berani nak gerak



Apa yang berlaku seterusnya... nantikan entry berikut
Sory sebab panjang ceritanya azie terpaksa buat part seterusnya..



coretanku:-
takleh nak bayang macamana keadaan time itu.

puteri sulungku....

Assalamualaikum
Salam sejahtera



korang2 apa khabar ...??
seriously azie benar2 rindu korang & belog ini hihi setelah sekian lama menyepi

banyak cerita yang pending..
* operation kali ke2
* kisah perjalanan lepas bergelar omak2
* dll


ok2 nanti azie update ok hope korang setia menanti cehwahhhh


untuk lepaskan kerinduann azie share pic puteri sulung kesayangan azie n suami hihi

 nama saya ...nur alisyasofia
baru 2 bulan lebih
10/2/2014 genaplah 3bulan





coretanku:-
baru start kerja harini tapi hati ini rindu dekat anak... huwaaaa