Pages

Tuesday, February 10, 2015

Resepi :- Kek Batik Tanpa Telur

Assalamualaikum


Harini azie nak share resepi..
Rasanya dah lama tak share resepi dekat blog,kalau ada pun kepam lepas itu malas nak update alih2 terdelete dah


Resepi Kali ini Kek Paling senang di berabad zamannya
Cuma beza kali ini tak gunakan TELUR pun..
Kebanyakan kek yg ada semua pakai telurkan ini azie tak mauu letak



RESEPI

KEK BATIK 
(Tanpa Telur)




Bahan-bahannya :-

*1 paket biskut marie 
-azie guna biskut munchys sbb garing & ragup

sekarang biskut marie ada perisa kopi 

*2 cawan milo
* 1 tin susu pekat manis/ setengah sahaja
* 1 buku buttercup
* 1 sudu kecik esen vanila


yg ini kalau nak letak boleh tak mauu letak pun tak apa
* 2 sudu besar serbuk koko
* 1/2 cawan gula


Cara-caranya:-

1. Panaskan buttercup dalam kuali sehingga cair
2.Kemudian masukan susu pekat & milo.. KACAU jangan bagi ketul2
3.Masukan 1 sudu esen vanila
4. kalau kurang manis boleh masukan 2 sudu gula (agak2lah) sebab susu pun dah manis
5. Step ini ada 2 langkah 
- samada patah2 biskut gaulkan sekali dalam kuali
or 
-susun dalam bekas lapis biskut..coklat..biskut..coklat 



Nampak macam kurang coklat kan.. 



azie buat topping coklat lagi.. baru best..


Bahan-bahan-nya

*1/2 buttercup (agak2 lah ehh)
* 1 cawan milo
* 1/2 susu tin (kalau tak nak letak pun tak apa)



1 tin susu tadi korang guna setengah bancuhan pertama
setengah lagi untuk buat topping dia


6. Mampatkan biskut & coklat itu agak kelihatan cantik je nanti bila potong
7. Masukan dalam bekas ..simpan dalam peti ais selama 2 jam ke untuk sejukan..



Akhirnya....



Sedap makan sejuk2.. terasa kerangupan biskut..


** waktu patahkan biskut dalam kuali pastikan api dah tutup.. gaul sikit2 je agar biskut xlembik






coretanku:_


Mudahkan
Azie pun google dalam tenet jugak just ubah sukatan sikit2..Tambahkan azie czer nak makan telur tak berani takut gatal jadi itu tak letak telur..Tapi sedap wey kalau tak letak telur.
Trylah rasa nanti ehhh..




4 comments:

  1. waduhh..terliur...
    akak dah lama x buat ni...
    hmm akak buat xpenah letak telur..hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam azie,
    akak buat kek batik pun tak telor hokeyh :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..