Thursday, August 29, 2013

Salah Satu Kuih KegemaranKu

Assalamualaikum




Pagi ini teringin sangat nak makan kuih ini
salah satu peberet azie jugak


Kuih Puteri Ayu
sumber : google

Alhamdulilah rezeki pagi ini kakak itu jual dapatlah azie makan kuih ini 2ketul gitue
Sape suka kuih ini angkat tangaaaaaannn :)




note : Terima kasih yerk geng2 blogger yg sudi share info2/tips2 or apa sahaja dengan azie mengenai  Entry Ini TQ 













Tuesday, August 27, 2013

VITAMIN apa yang ok?

Assalamualaikum


Kejap je 20 Syawal lepas itu Zulkaedah,Zulhijjah (musim haji) inshaallah penghujung Zulhijjah adalah hari-hari yang ditunggu,dinantikan penuh debar.Kalau diikutkan bulan lebih kurang 2 bulan 1 minggu je lagi.Debaran dah rasa sikit2 


Banyak tak setel lagi..kalau dok cerita memang tak cukup 1entry,cuma kali ini azie nak mintak pendapat korang & info2 yang korang tahu mohon share dengan azie yerk.. Menjak ini kesihatan azie memng tergangu ini pun baru baik demam (kejap ok kejap tak) 


Ada siapa2 tahu tak vitamin apa yang okay?

Lagi2 untuk tenaga,anti2 demam2 ini,ada yang kata vitamin ini ok vitamin itu ok sebab banyak sangat produk sekarang ini tak berani nak ambik sebarangan takut tak kene/sesuai ngan badan kang effect lain pulak


Badan azie memang lemah ,senang kene demam,kalau orang keliling azie demam dapat sekejap mesti azie kene,doc pun kata metabolisme azie lemah hmmmm..sebelum ini azie ada makan vitamin tapi stop dah bukan tak elok tapi payah benar nak makan (senang cite malas


Sebelum ini azie ada amalkan makan produk vco (minyak kelapa dara) so far okay ,selain itu azie ada amalkan ambik produk inner shines .



Kalau korang tahu mohon share dengan azie yerk
Thank You





note : sorry bt masa ini azie tak sempat nak jejakbalas balik inshaallah azie singgah blog korang2 ehh..ini pun mana yang sempat je,kepala dah start pening balik...badan pun suam2 sejuk je ini






Wednesday, August 21, 2013

Tak Lama Je Lagi......

Assalamualaikum


Perasaan yang azie rasa sekarang ini bercampur2 (ibarat nasi + lauk(nasi campur) ) satu persatu kene fikirkan dari satu bab ke satu bab perghh dah macam novel.Bulan berganti bulan,hari berganti hari kalau ikutkan malas nak kira kang serabut nak relaks tapi macam tak boleh


Bab2 Kahwin ini memang kene siapsedia betul2!


Untuk door gift alhamdulilah setel now sibuk packing2 tengok rumah pun dah macam kedai runcit


Bab baju,pelamin kene check balik fitting bagai...fuhhh puas mengemis2kan apa yang patut bab kata paling manis untuk didengari DIET


Bab makan alhamdulilah ok cuma bulan sepuloh test food .Bab hantaran pulak ada yang tak beli lagi pulus pulus pulus fuhhhhh berpeluh jap .Bab kad inshaallah hujung bulan ini


~~duabulansetengahyangpenuhmencabarjiwaraga~~


cuti pun tak apply lagi caner itu...kalau boleh nak apply sebulan sebelum majlis & lepas majlis je
(kalau bolelah...yang penting gaji ttp jalan..) hakhak



B2B yang lain camner pulak...??


note : mood macam hado ngan non hado je ini...penatttttttt









Tuesday, August 20, 2013

Dugaan

Assalamualaikum



Anyway terima kasih yerk sebab korang sudi singgah & follow entry2 dekat blog ini,hampir seminggu azie tak updated apa2kan semua gara2 azie terpaksa ambik cuti yang tanpa dirancang selama 3hari berturut2 minggu lepas gara2 jaga abah azie yang tak berapa sihat.
Ikutkan azie dah start kerja 12/8 tapi azie kerja 13/8 itu je..


Semua ini berlaku petang selasa 13/8 haritu,tiba2 abah azie demam panas time otw nak balik ambik azie dekat opis azie dah risau nak drive abah tak bagi pulak jadi azie tawakal je,sepanjang jalan azie berdoa agar kitaorang selamat sampai memandangkan jem time itu .


Petang itu jugak azie temankan abah p klinik,suhu badan memang tinggi ,takut demam denggi je then balik rumah abah azie memang tak larat,baring je,makan sume dia tak nak bertambah risau kitaorang malam itu mama azie memang tak lelap sebab abah azie mesti berjaga dalam pukul 2&4


Keadaan time itu suram2 je sebab azie ngan mama azie pun tak berapa sihat,then masuk hari ke3 keadaan abah azie bertambah dengan bintik2 dekat seluruh badan,ajak abah p klinik dia taknak jadi makan je ubat yang doc bagi.azie memang risau tengok keadaan abah azie,berat badan pun menurun,muka pucat


Sabtu baru ini ,baru nampak abah azie semangat sikit tapi makan still kurang,time pergi kenduri kawen member /jiran azie abah duduk je rasanya jiran2/kawan2 abah pun perasan keadaan abah azie macamana.
Baru harini abah azie start kerja tapi dalam hati azie still risau keadaan dia,takut pengsan ke apa ke taktahu nak kata macamana.


Memandangkan majlis azie tinggal 2bulan lebih,azie berharap family azie semua sihat,memang letih nak siapkan semua prepration ini,sekarang ini pun azie setelkan packing door gift...


Terima kasih pada kalian2 yang doakan untuk abah azie.terima kasih banyak2
Doakan moga segalanya baik2,sihat serta dipermudahkan segalanya



note : inshaallah nnt azie bw blog korang yerk...sory entry panjang kali ini 

Tuesday, August 13, 2013

Coretan Raya 2013

Assalamualaikum
6 Syawal 1434 H


Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin 


Alhamdulilah azie selamat sampai rumah weekend baru ini setelah menempuh jem yang teramat jem,lenguh segala badan,punggung,kaki,tangan akhir bila nampak katil hilang segala kepenatan..hahahaha

Oklah memandangkan mood raya masih terasa bahangnya sana sini,kita cerita pasal raya ajelah yerk.
Raya pertama sampai ketiga di johor ,ktorang bertolak pada 07/08 (rabu) dapatlah berbuka puasa dengan makcik,pakcik & cousins seronok sangat dapat berbuka ramai2 inikan..

Malam raya itu memang busy siapkan sediakan juadah untuk raya ,antara menu2nya rendang daging,ayam rendang ala2 masak merah,serunding kelapa dan laksa johor memang terbaiklah menu kali ini.Azie memang tercari2 laksa johor ini time bulan puasa tak ada pulak tapi rezeki katakan dapat pulak time raya .

Selesai solat raya,perkara yang dinantikan bermaafan & bergambar
(layanlah beberapa keping gambar yang sempat disnap)


Johor Bahru
1 Syawal - 3 Syawal 1434 H


sisi bermaaf2an....sayu je....tak semua yang ada time ini..masing2 beraya di rumah mertua







Pilin & Pedas,Negeri Sembilan
3 Syawal - 4 Syawal 1434 H

Then,raya ke 3 azie balik kampung belah abah azie dekat nogori sombilan sampai raya ke 4,sampai2 terus raya rumah maklong azie memang setiap kali balik sini mesti singgah umah maklong,menu dekat rumah maklong rendang daging hitam,rendang ayam dan rezeki haritu dapat makan duriannnnnnnnn..mavelouss


Raya ke4 kitorang poie berayo dokat rumah adek abah azie dekat pedas dalam 10-15minit dari rumah maklong azie.Menunya pulak nasi impit,sup tulang,mee sup,ikan masak lomak cili padi & sambal petai udang.





  



tema raya azie tahun ini turqouise,dark blue & green 


Nantikan next entry yerkkk kesinambungan raya........



Salam sayang daripada 




note : baru start kerja harini tapi still mood rayaaaaaaaaaaaaa.........

Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya AidilFitri & Selamat Bercuti

Assalamualaikum
28 Ramadhan 1434 H


Kesempatan ini azie@shafazie.blogspot.com ingin mengucapkan 




buat semua teman2 blogger tak kira dimana jua anda berada semoga lebaran tahun ini memberi seribu kenangan dan azie ingin memohon kemaafan  andai selama kita bersua dalam dunia maya ini andai ada terguris kata,tersalah kata,or sebagainya azie @shafazie memohon kemaafan


Bagi yang akan pulang ke kampung berhati2lah dijalan raya yerk..biar lambat asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju pastikan rest yang cukup sebelum memandu yerkk


Azie akan pulang ke kampung mama azie dekat johor bahru  inshaallah raya ke3 balik kampung abah azie dekat nogori sombilan pulak.



Selamat Bercuti 
&
Selamat Hari Raya Aidilfitri 

Daripada shafazie untuk teman2 sekalian




note : inshaallah kita jumpa next weeks....... maybe lagi banyak story mory kan raya katakan...


Monday, August 5, 2013

Resepi : Tart Nenas

Assalamualaikum



Tart Nenas 




Bahan-bahannya:-

* 1 buttercap/majerin
* 2 cawan tepung gandum
* 4 biji telur kuning sahaja
* 5 sudu tepung kastard
* 1 sudu esen vanila
* 1 or 2 bekas nenas siap 


Inti Nenas :-

* 2 biji nenas
* 1 biji limau kasturi
* 1 mangkuk/cawan gula


p/s :
  1. azie guna nenas yang siap beli dekat kedai tapi azie sertakan skli inti untuk buat nenas korang boleh cuba yerkk...
  2. Resepi asal memang tak gunakan gula..kalo perlu boleh tambah sikit gula


Cara-cara membuatnya:-

  1. Sediakan inti nenas or beli siap je
  2. Pukul  buttercap bersama gula kemudian masukan telur satu persatu .Pastikan telur kuning sahaja
  3. Kemudian masukan tepung gandum sedikit demi sedikit then gaul 
  4. Masukan tepung kastad dan sedikit esen vanila.....
  5. Uli bahan2 yang dah siap dipukul/gaul pakai tangan or seangkatan dengannya
  6. Terap mengikut acuan yang hendak digunakan
  7. Letakkan sedikit inti nenas
  8. Bakar dalam suhu 170-180c selama 20-25minit (agak2 okay)







Catatan :-
  1. Resepi ini memang tak gunakan gula...rasanya dah cukup bila campur/mkn dengan inti nenas itu...
  2. 1 adunan dapat dalam 100-120 pcs....
  3. Selamat Mencuba..





note : Alhamdulilah raya tahun ini dapat siapkan dua jenis biskut raya BISKUT 1 




Friday, August 2, 2013

Resepi : Biksut CornFlakes

Assalamualaikum


Dah buat biskut raya??
Kalau belum meh cuba resepi ringkas serta mudah untuk disediakan dengan sukatan cawan
Resepi sama seperti yang sediada dalam blog azie sebelum ini  Click Sini


Biskut CornFlakes

hasilnya..siap untuk dimakan



Bahan-bahannya:-

* 1 kotak cornflakes (azie guna kotak besar)
* 1 buttercap(mentega)
* 3 cawan tepung naik sendiri
* 1 1/2 cawan gula halus
* 1 biji telur
* 1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya:-

  1. Pukul mentega dan gula halus hingga sebati
  2. Masukan 1 biji telur dan pukul hingga sebati
  3. Kemudian masukan 1 sudu kecil esen vanila dan 3cawan tepung sedikit demi sedikit 
  4. Ramaskan cornflakes dalam bekas berasingan
  5. Ambik sikit adunan yang dipukul tadi dalam 1 sudu letakkan dalam cornflakes yang diramas tadi



   6. Masukan dalam cup kertas dan bakar dalam suhu 160 -170c dalam 15-20 minit



tunggu turn nak dibakar


Catatan:-
  • azie guna cornflkes kotak besar jadi 1 kotak itu boleh buat  2 or 3 adunan save sikit
  • Ramaskan sikit cornflakes itu agar tak terlalu besar 
  • 1 adunan dapat dalam 130-150 pcs
  •  Pastikan oven dipanaskan dulu sebelum nak masukan biskut ini
  •  waktu keluarkan dari oven memang nampak lembut tapi sejukan dulu sebelum masukan dalam bekas
  • Resepi ringkas dan mudah ...SELAMAT MENCUBA




azie buat 2adunan dapatlah 3 botol besar ini...





note : resepi biskut yang seterusnya inshaallah next weeks ehhh...



Kad Raya Daripada Blogger Yui & Kak Leya

Assalamualaikum



Akhirnya kad raya yang dinanti2kan sampai jua
Rabu 31 Julai 2013


Kad raya pertama azie dapat tahun ini daripada Cik Yui


Terima kasih Cik Yui



Kad raya ke2 yang warna putih itu daripada akak yang makeupkan azie time tunang 
Terima kasih kak leya




note : next entry azie share resepi yerk.....tunggu