Pages

Friday, June 28, 2013

Promosi Kerja Kahwin 2013

Assalamualaikum



Rabu baru ini aku singgah di Kompleks Kraf di Jalan Conlay Kuala Lumpur sempena hari promosi kerja kahwin 2013.Bermula daripada 19Jun 2013 sampai 1 Julai 2013.So Far banyak jugak butik2 yang ambik bahagian dalam promosi ini,memang rambang mata dibuatnya semua cantik2 harga pulak jangan cakaplah boleh tahan .

Ada beberapa butik yang sempat aku singgah ,tanya itu ini sebab harga promosi ini berbeza sikit dengan harga di butik sebab katanya lagi murah sikit..Selain itu ada jualan seperti batik,songket,kek,kad kahwin dll.
Tak sempat nak terjah semua booth yang ada inshaallah ada kesempatan esok nak singgah sebab promosi ini tamat 1 july 2013 nanti




Selain promosi yang ada disana,tidak ketinggalan jugak dekat area rumah aku dekat Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn ada promosi kahwin.. Bermula semalam 27 Jun 2013 sampai 30Jun 2013.Jarang2 sekali dekat sini nak buat karnival/promosi kerja kahwin ini...Tapi tahun ini maybe rezekikan



Sambil2 aku nak shooping barang dapur aku singgah cuci mata tengok apa yang ada & bertanyakan mengenai promosi yang ada.Alhamdulilah dah dapat ,puas aku cari yang berkenan dihati,harga pon berbaloi2..booking dengan bayaran RM 200.00 nasib date untuk majlis aku itu still avaible...Bagi B2B yang macam aku yang still tercari2 pakej yang ada kene booking sekarang,yelah kang lambat2 takut full.


Butik yang aku ambil ada di Kajang jadi tak jauhlah dengan tempat majlis aku nanti,syukur sangat.Nanti aku share butik mana aku ambik okay..Yelahlah lagi berapa bulan je aku baru nak tempah2 bagai ini kan.Stress bila fikir semua ini mana taknya cousins aku semua tanya tema apa..Lepas ini leh roger2 dengan depa semua...


Apa yang penting aku berharap majlis aku nanti berjalan dengan lancar..Banyak sangat nak fikir tambah pulak adek beradik bukan nya ramai sorang je pun jadi kenelah setel sendiri.Mama & Abah banyak sangat membantu cian dekat dorang sebab bertungkus lumus untuk majlis puteri sorang dorang ini hehe






note           : lagi beberapa hari nak puasa..alhamdulilah semoga dipermudahkan segalanya
created by : shafazie


Wednesday, June 26, 2013

Part 2: Selesai HIV Test... Alhamdulilah

Assalamualaikum



Semakin nak dekat semakin stress dibuatnya,serba tak kene.sebab banyak benda lagi tak setel.Darah tinggi pun boleh naik okay...

AlKisahnya....
Isnin baru ini aku apply cuti gara2 terlewat bangun..huwaaaa untuk memanfaatkan cuti daripada tak buat apa2 aku pergi buat Test HIV (untuk pasangan yang ingin berkahwin) dekat Klinik Kerajaan Sri Kembangan.Sebab tanya member ada pukul berapa dia kata petang pukul 2 (ISNIN ,RABU & JUMAAT) Tapi jumaat pukul 2.45ptg

Sampai2 je kene isi borang,borang boleh dapat dekat klinik tak payah ambik dekat pejabat agama. Tempat lain aku tak pasti prosedurnya.Borang perempuan & lelaki berasing,banyak jugak kene isi..dan nasib jugak sebab ada kosong kalau tak kene buat oppointment

Tunggu nombor panggil,daftar RM1 then sebelum nak ambik darah  kene check darah tinggi,berat & tinggi.Darah Tinggi aku naik pulak time itu,2x nurse itu check....semua gara2 sebab germuruh punya pasallah,sampaikan dia kata relaks je tak ada pape pun..



Lepas itu tunggu turn nombor panggil,kene cucuk dekat jari,sikit je darah dia ambik tapi sakit pulak dia cucuk oiiii..terkejut den.Keputusan dapat haritu jugak dalam 20 minit ke 30 minit ada setengah tempat seminggu mahupun sebulankan..Alhamdulilah keputusannya Tidak Reaktif...

Selesai yang ini aku boleh setelkan yang lain pulak,banyak nak kene setel lagi2 yang bakal kahwin dengan anggota polis..(nanti aku share bab yang ini)


note            :  sorry yerk lambat updated sebab line internet slow sangat..nanti kita BW blog korang 
                       yerk..Alhamdulilah cuaca ok sikit harini kan..

Created By : Shafazie


Friday, June 21, 2013

Peristiwa pagi tadi benar2 MENAKUTKAN..


Assalamualaikum



Ya Allah pagi ini aku benar2 takut nak masuk office apatah lagi nak turun ke bawah..
Semua gara2 ada orang follow aku dari tempat aku tunggu bas.
Sampai sekarang badan aku still menggigil,rasa macam nak demam dah ini..

Cerita dia macam ini.....
Semenjak ini aku selalu nampak mamat india ini time aku nak tunggu bas 
Pada mula memang tak syak apa.tapi hati aku rasa macam tak sedap hati bila tengok mamat ini
nak dijadikan cerita baru2 ini dalam bas,mamat ini duduk depan aku then dia keluarkan henset dia
then ambik video dalam bas,TAPI yang dia ambik just pada perempuan2 yang ada dalam bas je
aku perhatikan dari belakang,apa kes ko nak ambik video kan

Semalam khamis (20/06/2013) aku nampak mamat ini lagi lepas aku turun tren..
Dia tengok je aku,aku tak sedap hati tak jadi naik bas terus naik teksi sebab nak elak dari dia
Nak dijadikan cerita,pagi ini boleh pulak nampak dia..dia pandang aku semacam je
dalam hati macam2 aku baca..lagi2 ayat kursi

Then bila aku nak turun sampai opis dia folow setahu aku dia tak pernah turun dekat situ pun..
memang time ini hati aku tak sedap,aku tak naik opis dulu tapi pergi kedai minum(gerai)
ingatkan dia tak ikut tapi ikut jugak sampai dekat kedai makan....
bila dia nampak aku behenti situ,dia tak jadi buat2 jalan ...memang time ini cuak sangat tak tahu nak gambarkan macamana

Lepas aku tapau aku jenguk2 tengok dia dekat kedai minum...
sepantas aku jalan ,kaki time ini rasa lemah sangat,memang nak nangis...
nak naik tangga opis sampai terjatuh2 sebab punya takutkan..
masuk opis terus aku call mama..memang dah tak leh tahan terus nangis

Mama aku bila dia dengar aku nangis lagi dia risau....
Siap cakap nak balik ke...??Maybe aku half day harini
then mama aku bagitahu patutlah pagi ini dia tak sedap hati tengok aku pergi kerja..
hati sorang ibu dapat rasakan...


Sampai sekarang badan aku still menggigil,takut..
Tadi kawan aku temankan aku dekat opis,opis dia dekat dengan aku ..Thank Q kak fira...

Macamana aku nak pergi opis lepas ini....Macamana nak naik bas...
memang kene tukar time nak gerak lepas ini dah tak boleh time yang sama sampai opis


note   : lepas ini kene lebih alert....

Thursday, June 20, 2013

Sarapan dengan Oat Cookies Quaker "Honey Nuts"

Assalamulaikum



Korang dah sarapan ke?

Sebenarnya sarapan pagi ini sesangatlah PENTING! Please jangan tinggalkan sarapan anda setiap hari walaupun hanya sarapan dengan minum susu,milo,biskut pun dah kira ok.



Jom kita sarapan dengan Quaker...Sangat mudah,ringan di bawa kemana2 sahaja.


Memang sedap oat cookies ini,perisa yang aku pilih 'honey nuts' macam2 kacang ada,kira berkaitan dengan kacang memang peberet aku.
Perisa lain seperti raisin,apple cinamon. Satu kotak itu mengandungi 6pek  & dalam setiap pek itu ada 3ketul biskut.sangat kenyang rasanya 1 hari boleh habis kot 6 pek itu hehe


Apa tunggu lagi jom gantikan sarapan dengan Quaker
Lagi2 yang tengah diet itu  meh2 kita amalkan makan Quaker





note           :  nanti nak try yang apple cinnamon itu pulak....
created by : shafazie


Wednesday, June 19, 2013

Kasihnya DIA pada kita......

Assalamualaikum









 Satu saat bila terlalu merindui airmata pasti mengalir..Mungkin kita boleh kaburkan pandangan orang apa yang kita rasa TAPI kita tak boleh tipu hati kita sendiri




created by : shafazie

Tuesday, June 18, 2013

♥♥ Wedding My Cousin_2 Pasangan Serentak ♥♥


Assalamualaikum


Hmmm..hmmm...sakit tekak...
Sabtu baru ini weeding my cousin,2 pasangan pengantin @ 2couple berlangsung serentak depa ini adek beradik_abg & adek berlangsung sekali .Cuma hari itu si adek melangsung pernikahan disebelah pagi manakala sanding tengaharinya..Si abang selamat sudah pada 25 Mei 2013 ..


Date: 
15 June 2013
Lokasi : 
Taman Pedas,Negeri Sembilan
Resepsi :
Siti Nor Fadhillah & Hanis serta Mohd Firdaus & Nor Aziah



Part 1:- Majlis Akad Nikah
(sebelah pagi)


akad nikah

my cousin






Part 2:- Majlis Sanding

berarak dengan tandu(betol kot namanya)


salah satu tradisi orang nogori yang masih diamalkan..tak pasti negeri lain pun sama ke?
seronok tengok dorang diarak atas tandu ini..Kesian yang gendong itukan haha..sepupu2 aku semua itu.tengok reaksi mereka boleh mengambarkan betapa seksanya nak gendong pengantin inikan...

pengantin laki (baju gold my cousins abg pada pengantin perempuan berbaju hijau itu)

kami yang awesome tak ketinggalan jugak utk bergambar & ikut tema..awesome gtue..
" I' m Next"

my mama yang pegang budak kecik itu.. 













"Selamat Pengantin Baru"
Fadhillah & Hanis
Firdaus & Aziah


p/s:
sory ada pic yg kelabu2 asap@pecah...sadis sebenarnya kebanyakan pic diatas semua drp cousin aku punya kamera,time2 inilah ipad aku bateri low..just dapat snap pic dorang time nikah itu je



note            : alhamdulilah selesai majlis belah perempuan,belah lakinya hujungtahun nanti...sebulan lepas  
                     majlis aku pulak hehehe...tiktok 138 hari lagi

created by : shafazie

Thursday, June 13, 2013

Satay Station..Mengidam Makan Satay..

Assalamualaikum




Ya Ampun kenapalah mata ini tak boleh nak buka..
mengantok yang teramat2 sangat..dah puas basuh muka tapi still mengantok!!
Bila mengantok kerja memang xjalan...terus jadi MALAS!

Letih semalam kot teman cik tunang cari barang....
Then balik ktorang singgah menjamu selero dekat "SATAY STATION" Kampong Pandan


Alamat :-
Satay Station Kampong Pandan
No.55 Jalan A
Jalan Kampong Pandan
KL
pic ini pinjam dokat pokcik google

Firstime aku jejak langkah dekat sini..selalu dengar cik tunang cerito je
Akibat dia mengidam makan satay ,apalagi harus ku terjah ....
Mula2 ktorang sampai memang xada orang pon jadi selesa sikit bak kata cik tunang kalau malam2 ramai
Biasalah kedai makankan 


Menu yang aku order haruslah SATAY!
limabelascucuk satay ayam okay itu pun xlarat nak habiskan 
besor2 satay dia siap ada nasi impit
kalau tempat lain kene minta nasi impit kalau tak nan hado


SOry pic satay tak sempat aku nak snap sebab terlalu lapar
Selain satay aku order mee rebus..
perghh memang sodap & pedas2 sikit (bg anak tekak aku so far OK)




Selain satay,mee rebus ada sup & nasi putih....
Air pulak aku order laici & cik tunang tembikai.....
Apa yang menariknya tentang Satay Station ini berkonsepkan ala2 kampung sikit 




Korang boleh pilih samaada nak duduk santai dekat luar ini or dalam rumah itu...
Kalau dalam itu berkonsep makan bersilalah.....
Kalau makan ramai2 memang seronok sangatkan....


Inshaallah ada keizinan akan ku terjah lagi...



p/s: satay dekat mana lagi yerk yang sodap2...??? selain kajang & satay station ini..meh share




note          
  selain satay station ini ada 1tempat lagi dekat kajang tapi restoran itu dah pindah sbb MRT   
                    kalau sebelum ini tepi jalan sebelum sampai KPJ Kajang itu..


created by 
shafazie




Tuesday, June 11, 2013

Part 1 : Persiapan Hantaran & Door Gift


Assalamualaikum



Minggu lepas punya cerita tapi nak jugak cerita.tak kira.tak kira jugakkkk .
Duduk rumah mesti bosan kalau tak buat apa2 aktiviti jadi untuk
memanfaatkan cuti aku start pack door gift dalam 300pcs macam itulah

Memang tak larat bukan apa nk punggah,potong reben,ikat reben ..punggah masuk kotak balik 
tu baru 2 kotak yang kuantitinya 200pcs huwaaaaaaaa
macamana dengan 18 kotak lagi yg setiap 1 kotak 200pcs..
perghhhh lenguh2 tangan dibuatnya TAPI dalam lenguh2 itu seronok sebenarnya

Semangat berkobar2 pulak time itu....
Lepas itu continue buat hantaran...

pinjam dokat pokcik google


sakit hati kalau guna benda ala ini,
panas satu hal lepas itu habis jari jemari aku yang comel ini..
Tapi nak mudahkan kerja memang senang guna benda ini..
Tapi yang geram lak copat je gam dia habis 

ikutkan nak buat macam ini TAPI xjadi

Kabus(polisterin) ini asalnya aku nk gubah untuk 
jadi alas bawah/bantal macam gambar atas ini
TAPI  aku tengok macam tak kene macam besar pulak
Sebenarnya aku dah silap beli kabus polisterin....!!



Akhirnya terpaksa aku cut untuk muat2 masuk dalam bekas hantaran 

then balut dengan kertas warna itu..bila dah siap aku tengok waaaahhh cantik pulak
Mula2 aku pakai kain net yang jarang itu tapi macam kurenggg sikitlah
tak sabar pulak aku nak tengok hasilnya...



note            : suka tengok orang gubah2 hantaran ini......kreatif !
created by : shafazie