Tuesday, July 12, 2011

Terdetik Seketika

Terdetik seketika....
Hatiku mula di tusuk dengan alunan yang memedihkan
Tidak dapat ku bayangkan perasaan
Yang berligar2 dalam tubuh ku ini...

Apa yang mampu ku lafazkan
Hanyalah dengan linangan airmata
Yang tidak dapat ku pertahankan
Mengalir dan terus mengalir biarpun
Aku mengesat3nya..

Terdetik seketika...
Apakah yang kurasa ini hanya permainan semata-mata
atau inilah hakikat yang perlu ku terima...

Terdetik seketika...
Haruskah aku mencari jawapan...
Atau hanya mendiamkan diri melihat apa yang akan berlaku..

Aku lemah dan lemah seadanya....


Jiwaku meronta-ronta agar dilepaskan semuanya
Perlukah...???
Dimanakah perlu ku serahkan kelemahan ku ini...
Bukan untuk dipamerkan
Atau
Di perkatakan sewenang-wenangnya...
Aku Menangis dan menangis...


Ya Allah hanya padamu kuserahkan...
Hanya padamu ku bersujud..
Hanya padamu ku memohon...
Hanya padamu ku mengadu..
Apa-apa yang akan ku terima kelak aku berserah
Dan...
Bertawakal...

Aku tak mahu dipandang serong
atau menyalahkan takdir yang menimpa aku ini
Kerana aku akan diperkatakan insan yang lemah..
Seadanya aku memang lemah ..lemah...dan lemah..

Terdetik seketika..
Aku reda dan menerima semua ini dengan sabar dan sabar
Biarlah ianya pergi
Dan berharap janganlah ianya datang kembali
Meninggalkan kesan noktah yang tidak akan ku sambung lagi


Terdetik seketika....
Aku bersyukur kerana kau yang maha penyayang ada disampingku
Tidak kira dimana-mana
Yang Maha pendengar, mendengar semua yang tersurat & tersirat
Aku menjadi semakin tabah,kuat dalam menempuh liku-liku hidup ini
Walaupun ku tahu dugaan & cabaran itu dimana-mana tetap ada


Terima kasih ku ucapkan...






Nukilan,
shafazie.blogspot.com@azie




**seketika ku layarkan nukilan ini Tanpa ku sedar airmata ku mengalir**







Note: "Setiap yang kita impikan tidak semua akan kita kecapinya..Ketabahan,Kesabaran yang kita miliki itu yang akan mematangkan diri kita sebenar2nya...Terimalah dengan hati yang suci,ikhlas insyallah kita akan dapat kebaikannya kelak"

4 comments:

  1. waahh...dah berpuitis/bersajak bagai... nice..

    P/s : awat cm sedih ja bunyinye...
    Allah sentiasa ada disamping kita,cuma kelemahan kita kekadang kita lupa akan Dia

    ReplyDelete
  2. soly....
    hehe...baru2 berjinak hehee

    Tq dear...btol tu kata soly 2 .:)

    ReplyDelete
  3. Qaseh....tq dear...qaseh pon sme k...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..