Monday, January 13, 2014

Operation Kanser Otak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Sabtu baru ini mama & abah azie pergi melawat my cousin yang sakit keadaan adik sepupu azie  sekarang macam itu jelah badan dia lemah,bahagian tengkuk pun dan nampak bengkak2 yang lebih sedeh badan dia dah mula kebas tak rasa apa2 Ya Allah sedihnya.


Doc kata ketumbuhan/kanser yang ada ini memang aktif dan doc jugak tak dapat nak kenalpasti jenis kanser dia ini sebab lain sangat.Kanser ini membesar dengan cepat malah kalau lambat operation macam2 kemungkinan boleh berlaku .


Pembedahan dijangka khamis ini (16/01/2014) sebelum itu doc bagitahu 2cara untuk pembedahan ini

  1. samada nak operate sikit2(buang ketumbuhan ) dan akan berlaku lagi operation yang seterusnya maybe 3kali operation OR
  2. buang semua sekali 

Risiko lepas operation ini tetap ada... samada lumpuh/hilang ingatan or lain2..Ya Allah azie cuma harapan semua ini tak akan terjadi,azie tak dapat nak bayangkan apa yang akan berlaku pada adik sepupu azie ini sedih sangat


Mama azie kata bila datang tengok dia ,dia tak pernah nak menunjukan yang dia tengah sakit malah senyum je.Ya Allah hanya DIA sahaja yang tahu apa yang sedang dirasa oleh adik sepupu azie ini.Kau kuatkan semangatnya Ya Allah kau sembuhkan sakit yang sedang dia rasa ini


Mama pun ada tunjuk pic scan otak dia memang azie tengok pun tak sampai hati dah besar bola pingpong,bahayanya kalau ketumbuhan makin membesar boleh pecah malah membahayakan organ & sistem dalam badan lagi2 jantung


Tambah sayu bila adik sepupu azie bercerita kalau result spm dia ok dia nak sambung belajar macam akak&abang dia,nak main bola macam abang dia Ya Allah xtahu nak gambarkan macamana besar cita2 dia.Hope dia kuat hadapi apa jua kemungkinan dan azie malah kami semua nak tengok dia sihat seperti sediakala.



* Terima kasih kawan2 semua atas sokongan yg diberi*



Coretan :-
Mudah2an operation yang dijangka khamis ini berjalan dengan baik & selamat 



10 comments:

  1. semoga beliau terus kuatkan semangat mghadapi ujian Allah...

    ReplyDelete
  2. sedih... tapi takpelah... Allah sebaik2 penyembuh, sebaik2 pelindung... pada Dia lah kita mohon yg terbaik...

    ReplyDelete
  3. Yui doakan semua bjln lncr. moga beliau sntiasa kuat. amiiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah yui operate berjalan lancar...
      terima kasih yui ..amin

      Delete
  4. Kesiannya. Smoga Adik sepupu azie kuat menempuh dugaan ni.

    Eka baca plak rasa macam sedih sgt

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..