Tuesday, February 25, 2014

Line slow

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Baru dapat update dengan tenangnya kenapa pulakkan,ini semua gara2 line internet dekat opis ini terlampu slow nak buka email pun lembab dah itu nak check eperolehan internet explorer pulak buat hal,yahoo massenger pulak nak buka boleh nak chat pulak tak boleh

Huwaaa stress dengan line......
bukan stress dengan orang tapi line

dasyatkan!


Harini pun sama slow dahlah kerja banyak nak guna email dan2 pulak line buat hal
Yang peliknya time tak ada benda nak guna intenet laju je time nak guna rasa macam siput sedut je


Harini jugaklah sambil makan sambil bw blog ,sebabnya nak tunggu habis baca 1 entry pun slow sangat,
geram rasanya nasi dah habis makan tapi nak habis 1 entry kt blog tak habis2


line internet korang ok tak...??



okaylah nak sambung kerja balik
sebelum itu nak tepek gaklah bekal azie bawak harini


nasi putih +ayam masak merah + ikan bilis sambal

sejak2 ini memang rajin bebenorlah azie bawak bekal,yeayyy leh jimat2 alhamdulilah 



coretanku:-
sekarang dah start berjogging ,itu pun kalo cik hubby off dapatlah jogging
excrsise jom
hope turun sikit berat ini,nak dapat berat yg ideal

Monday, February 24, 2014

Ole-Ole Bali


Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Minggu lepas time azie mc tiba2 bang posmen datang
tertanya jugak siapa yang order barang 
setahu azie,azie tak ada order pape2 
cik hubby pulak tak ada pesan apa2pun 
Tanya mama,mama kata pun tak ada


Last2 mama azie keluar ,rupa2nya barang untuk azie
berdebar jugak tau


sekali abang posmen bagi 



sekali azie tengok nama pengirim macam kenal 
serius memang macam kenal

sebab azie pernah hantar kad jemputan dekat nama pengirim ini
sekali tengok memang betul

memang kenal sangat
member blogger jugak a.k.a akak moon



inilah cenderahati yang akak moon bagi _gift from bali ok
azie suka sangat

Terima Kasih sis..terima kasih banyak2
macam tahu je azie suka ikan hihi


azie ada jemput akak ini time wedding last year tapi tak dapat jumpa
sebab date akak ini pergi bercuti di Bali same date dengan hari wedding azie
azie saja usik akak ini nanti bawak ole2
last2 betul2 akak ini bagi ole2
(tertiba rasa segan)
hehehe



Inshaallah ada rezeki kita jumpa yerk
Alhamdulilah syukur dapat kenal dengan akak melalui blog
akak ini sama kolej dengan azie



coretanku:-

azie doakan semoga akak cepat btemu jodoh 
inshaallah mudah2an 

Terima Kasih sekali lagi  Kak












Dah check BRIM ke?

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Korang dah check BRIM ke??
Dapat tak??

Ingatkan nak pergi check weekend baru ini
tapi tengok atm dekat bank mahupun shopping complex penuh

Ingatkan pagi tadi before nak masuk opis nak check last2 suruh abah azie je checkkan
Busylah abah azie harini orang dok telefon tanya itu tanya inilah

Belum sempat nak call abah,abah dah call dulu minta ic
Last2 abah gitahu yang azie punya masih dalam proses
suami azie pulak tak dapat .

Tak pelah sayang ,tak ada rezeki
Inshaallah rezeki yang lain menanti

Abah azie ada gitahu benda ini tak serentak dapat hari sabtu itu
berperingkat-peringkat katanya..
Sebab yang mohon terlalu ramai
Kalau ada rezeki pasti ada kalau tak ada janganlah kecewa
apa2pun korang check jelah nanti




Coretanku:-

expect something,hopefully inshaallah amin ya rabalamin




Wednesday, February 19, 2014

Kesihatan Tergangu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kesihatan still tak mengizinkan.
sakit tekak perit sangat
badan pun kejap panas kejap ok..


Now mc 2hari..inshaallah esok br masuk kerja


Cuaca yang panas buat badan cepat letih


soryy kalau azie tak reply commnet & blogwkng korang








Monday, February 17, 2014

Resepi : Sambal Udang Petai Kaw-Kaw & Sup Sayur Kubis




Resepi :-
SAMBAL UDANG PETAI KAW-KAW



Bahan-bahannya:-

  • Udang 
  • Cili Kisar
  • 2 ulas bawang kecil -dihiris
  • 1 ulas bawang merah-dihiris
  • 1 or 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 2 tangkai petai ( dikopek kulit )
  • 1 keping asam keping (kalau nak guna air asam jawa pun boleh)
  • 1 or 2 keping daun limau
  • sos tomato (jika perlu)
  • sos cili (jika perlu)
  • sedikit garam 
  • sedikit gula
  • cili merah/cili hijau (utk hiasan)

Cara-caranya:-
  1. Sediakan bahan basar_ udang (buang kepala )
  2. Tumis bawang merah & putih singgah naik bau KEMUDIAN masukan cili kering yang telah di kisar ..tumis singgah masak 
  3. Masukan perisa garam,gula,asam keping 
  4. Untuk tambahan bagi sambal pekat boleh masukna sos tomato sedikit 
  5. Kemudian masukan udang 
  6. Masukan bawang besar/merah yang dihiris tadi(kalau nak masukan sekali time tumis bawang awal2 pun boleh) & daun limau untuk menaikan bau 
  7. Kemudian masukan petai
  8. Last sekali untuk hiasan masukan cili merah/hijau

**Bahan untuk menu ini sama je kalau nak masak sambal2 yang lain **






Resepi :-
SUP SAYUR KUBIS


Bahan-bahanya:-

  • 1 ulas bawang merah-dihiris
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk/dihiris
  • sedikit ikan bilis-ditumbuk sedikit 
  • sayur kubis
  • cili merah
  • sedikit garam
  • 1 biji tomato 


Cara-caranya:_
  1. Masukan sedikit minyak tumis bawang merah,bawang putih & ikan bilis yang ditumbuk 
  2. Kemudian masukan air (agar yerk)
  3. bila air dah mengelegak masukan sayur kobis yang siap dihiris/dipotong
  4. Masukan sedikit garam 
  5. Untuk tambahan boleh masukan tomato & cili merah yang dihiris 


** selain itu boleh masukan carrot/bebola ikan ,terpulang pada selera masing2**






Coretanku :-

2 resepi sekali gus yerk...Sambal Udang Petai Kaw2 & Sup Kubis
Resepi yang mudah & senang untuk disediakan





Wednesday, February 12, 2014

Resepi : Ayam Bakar Black Paper





Resepi:-
Ayam Bakar BlackPaper



Bahan-bahannya:_

  • 4-5 ketul ayam (terpulang berapa banyak yg diperlukan)
  • sos tiram (agak2 je ehh)
  • kicap ( masukan dalam 2 sudu/agak2 je)
  • sos black paper (azie guna brand Ramly)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
  • cendawan (azie guna cendawan dalam tin)
  • sedikit garam


Cara-caranya:-
  1. Ayam (samada nak potong kecik or besar) terpulang 
  2. Cara perapan ayam..masukan sos tiram,kicap,sos black paper,bawang putih yang ditumbuk,sedikit garam gaulkan bersama2 ayam tadi .
  3. Perapkan ayam dalam masa 1-2jam 




  4. Masukan ayam bersama kuah perapan tadi ke dalam tempat bakar,azie guna bekas bakar ala2       
      glassware sebab mudah & senang.
  5. Kemudian masukan cendawan yang telah dihiris 
  6. Bakar selama 30-45 minit(agak2 ayam dah lembut ) 


guna bekas ini mudah,senang & cepat masa


** korang boleh buat kuah perapan itu lebih coz bila bakar ada kuah taklah kering sangat **





Coretanku :-

Selamat Mencuba

Selamat UlangTahun Kelahiran Mama

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Dialah teman ku
Dialah kawan sejatiku
Dialah teman gaduhku hihi
Dialah Pengubat segala duka suka ku
Dialah pendorong semangatku
Dialah Idola Ku

Dialah yang melahirkan ku 
Dialah MAMA Ku


Selamat UlangTahun Kelahiran Mama
Syukur alhamdulilah harini genap sudah umurnya yang ke 56tahun
Terima Kasih Allah


Semoga mama murah rezeki,diberi kesihatan yang baik
berjaya dunia & akhirat
semoga bahagia selalu


Bila dia happy aku jua turut merasanya
bila tengok dia sihat sudah cukup bagi diriku




my mama
#throwback#mywedding#nov2013#







Coretan :-

Luv U So Much
Selamanya

Tuesday, February 11, 2014

5 Tahun 4 bulan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Jumaat lepas 07  Februari 2014 genap 5tahun 4bulan azie kerja dekat company ini 
macam tak percaya pulak dah dekat 5tahun pejam celik pejam celik kejap sungguh masa berlalu.
Mula2 start kerja pada 07 Oktober 2008 


Pernah jugak terlintas di hati sampai bila nak kerja sini
bila nak dapat kerja gomen


Sampai rasa nak behenti sebab tertekan dengan kerja..(dasyat kan)
lumrah kalau tak tertekan bukan kerjalah namanya 


TAPI bila direnung2kan kembali semua ini rezeki
Kalau dah ditakdirkan rezeki disini ..inshaallah sinilah rezeki ku
Kalau bab nak memilih kang takut salah pilih makan diri
elok ada kerja tuptup tak bekerja 


Pernah dapat tawaran kerja lain TAPI terpaksa tolak sebab tertentu


TAPI
azie bersyukur dengan kerja sekarang walaupun kadang rasa boring,fedup or tertekan tapi seronoknya kerja sini bos sporting,kerja kadang relaks sikit busy pun time projek tengah on lagipun dah biasa suasana sekeliling,gaji pun ok,kalau mc pun ok hahahha opsss





Coretan :-

Tak kiralah apa kerja yang kita ada yang penting halal,susah macamana pun itulah lumrah kehidupan kalau hidup tak mencabar tak syokk pulakan ,ada cabaran ada dugaan ada halangan semua realiti kehidupan yang penting bagaimana kita mencorakkannya.


hidup ini tak semua yang sempurna,ada jua kekurangannya .hari ini kita silap inshaallah esok kita berjaya
yang penting tetapkan matlamat ,teguhkan pendirian & percaya rezeki itu ada cuma bezanya lambat & cepat sahaja

p/s : peringatan bersama

Friday, February 7, 2014

Langkawi Day 4: Last Day Holiday at Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ok kita sambung last entry holiday azie last month......


18 Januari 2014 (Sabtu)


Last Day Holiday.........
Cepatnya masa rasa tak nak balik pun ada tau....


Macam biasalah pagi2 bangun siap2 p breakfast menu meriah sikit pagi ini macam2 ada , kalau dah duduk Malaysia ini tak ada nasi lemak macam tak lengkap je kan mana2 pergi mesti ada NL..Tekak orang melayu katakan mesti nak melantak nasi pagi2 tue belum time  lunch & dinner





Antara menu breakfast kitaorang .....
Azie suka macam potato & labu (pic tengah) yang ala2 puding ini sedap tau tapi disebabkan kekenyang dah melantak sikit je rasa2 gitue.




Ini suasana kolam renang dekat hotel ini dekat tingkat 4 kalau tak silap ,pemandangan cantek boleh view laut jeti kuah & area pekan kuah.





Lepas check out,dengan beg penuh dalam kereta kitaorang terus ke Cable Car apa yang menarik disini korang boleh view entry2 last years azie pergi sini. Entry Ini
Sampai2 je sini memang ramai orang sah2 semua nak naik cable car tapi waktu azie sampai ini dalam pukul 12.30 camtu tengok tak ada orang naik CC ini rupanya stop dulu sebab angin kuat then dapat dalam beberapa minit berduyung2 orang beratur .














Memang dalam hati tak dan nak naiklah ni kang pukul berapa pulak habiskan sebab flight petang just jalan2 pusing dalam ini je sebab haritu g tak sempat nak jalan2 sini sangat ,dekat sini boleh shopping2 tau harga pun ok,ada jambatan tergantung pendek je sambil2 boleh bagi ikan makan,naik bot ,tunggang kuda dll






Kenangan kami anakberanak....



Pantai Chenang

Lepak dekat sini makan laksa,bihun sup,pasembor & air kelapa sambil2 hirup udara pantai,alhamdulilah sepanjang azie dekat Langkawi cuaca ok.Taktahu nak kemana dah pusing2 sana sini semntara nak tunggu pukul 5 nk ke airport...




Langkawi Internation Airport at Padang Matsirat




Lokasi airport nie ke pantai chenang dalam 10minit je...
Flight balik  pukul 7.40malam ,flight balik azie ambik MAS untuk 4orang dalam RM544 puas survey tiket ini sebelum nak ke sini taip2 hari survey tengok pukul berapa murahh yelah harga dia taktentu setiap masa kan..


Bab2 ini azie tak reti sangat sume cik husband yang urusankan,azie belajar sikit2 je hihi yelah kang tersalah isi naya je tapi sekarang dah boleh dah ooooyeahhhh.


Kalau ikutkan fligt kitaorang pukul 7.40 tapi lewat sikit dekat kol 8 lebih jugaklah baru dapat naik sebab ada masalah teknikal katanyooo.Alhamdulilah sampai kl dalam kol 9 lebih memang letih .




**Ehh mesti korang penat baca entry azie kan sampai berpart2kan dah itu berjeler2 panjang hihi sorryyy.
Inilah serba sikit yang dapat azie share dengan korang semua perjalanan serta lokasi2 yang menarik di Langkawi kot2 ada yang plan nak honeymoon & holiday disini nanti kan.
 Rancanglah perjalanan anda sebaik yang mungkin**





Coretan :-

Macam azie sebelum nak pergi walaupun dah pergi sebelum ini azie still survey@search tempat2 yang menarik yang ada di Langkawi ini untuk memudahkan perjalanan
Inshaallah next destination holiday hihi kumpul2 duit dulu
ada pape2 nak tanya boleh comment dekat bawah ehh..(dahmacamkauterpertanyaanpulakhihi)



SELAMAT BERCUTI 
HAPPY HOLIDAYY

Tuesday, February 4, 2014

Demam Panas

Assalamualaikum  & Salam Sejahtera



Selamat Bekerja.....
Alhamdulilah kesihatan azie bertambah baik harini walaupun ada sakit2 sikit lagi tapi terpaksa & kuatkan semangat jugak.
Sabtu & ahad baru ini majlis pernikahan & persandingan sepupu azie alhamdulilah majlis berlangsung dengan baiknya


Tapi....


Sebaik majlis selesai azie dapat rasa badan ini letih ,kepala pulak dah start pening2.Elok sampai rumah makcik memang azie dah rasa menggigil semacam lagi2 lepas mandi.Start petang itu ,memang badan menggigil dengan suhu badan tertiba naik.

Makan ubat demam pun still tak jalan jugak


Mama & abah azie nak hantar pergi klinik tapi azie rasa tak larat sangat,nak berdiri lama rasa nak pitam nak duduk pulak rasa badan ini sengal2 je.Balik2 rumah terus baring ,selimut bagai tapi suhu badan memang panas sangat sampaikan azie menangis2lah sebab taktahan sakit demam + sakit sengal2 badan


Sempat sms dekat cik hubby,kebetulan cik hubby keje haritu azie memang tak nak kacau dia .Elok dia balik malam itu dia punn terkejut sebab badan azie memang panas,dah makan ubat tapi still sama,dia ajak pergi klinik azie memang dah tak larat..agaknya kalau pergi sah2 kene tahan


Bila nak makan rasa mual2 je tekak ini,bila berjalan sikit je dah rasa terhuyung hayang.Semalam pagi2 dah pergi klinik alhamdulilah harini dah beransur pulih cuma sengal2 badan still terasa.



coretan :-
sekarang makan minum kene pantang sikit takboleh sebarangan.yeayy bolehlah diet macam ini kan



Langkawi Day 3 :- Bayview Hotel Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Kesinambungan daripada
PART 1 PART 2 PART 3


17 Januari 2014 (Jumaat)

Hari ke3 azie berada di Langkawi memang rasa kejap je tahu2 esoknya nak balik dah,pagi ini breskfast nasi goreng+ cokodok + air oren alhamdulilah.Rasa  rugi kalau datang Pantai Chenang hanya duduk tapi tak mandi manda kan hihi peluang yang ada digunakan sebaik2nya (perghh ayat takbolehblahh)


Lepas breakfast siap2 pergi mandi laut weyyyy balas dendam gara2 tak dapat nak mandi laut time pergi awal november lepas hihi .Hari ini kitaorang check out apalagi sebelum check out mandi laut dulu sebab destinasi berikutnya nanti dah jauh dari pantai .








Check out je terus pergi makan tengahari dekat dengan sini2 je tak silap kedai makan ikan bakar,menu makan dekat sini sah2lah ikan bakar & lauk2 kampung perghhh sodapp sampai licin harga berpatutan kedai makan ini berdekatan dengan Underwater World Langkawi seberang jalan...


Check in at Bayview Hotel Langkawi



copy paste mr google



Ini penginapan ke2 kitaorang di Langkawi selama 1H1M ,abah azie booking 2bilik untuk 1bilik jenis superior lebih kurang RM 300 plus2 kalau 2bilik dalam RM600 lebih ini pun dapat diskaun sebab abah gov kan hihi.Woww suasana dalam bilik ini memang jauh beza dengan penginapan 1st kitaorang haruslah berbezakan.





Memang puas hatilah mula2 sampai langkawi memang nak ambik hotel ini tapi bila azie check online dah full booking kalau yang ada pun yang mahal xsanggup den.Cik Husband bukan main seronok sampai kata takmoo keluar bilik hahaha...



ada tab mandi






Dah lepas warmimg apa lagi jalan2lah kami area Pekan Kuah ini untuk bershopping2 apa yang patutt kelaasss nyah,melayang lagi pulus2..dari petang sampai ke malam kesana sini sempatlah azie rembat baju ,kasut,perfume murah2 oppssss sampai kene p klinik tau sebab gatal2 yang azie kene itu still tak baik2 lagi
dah itu siap kene cucuk lagi dua2 belah tangan sakitnya tak usahlah tanya dah rasa macam robot je time itu


Hasil shopping.....


random shopping selama 4 hari berturut2


Doc kata maybe alah or alergik pada makan,yeaa azie memang alah dengan seafood bukan takleh sentuh langsung cuma kitataktahu samada seafood yang dorang jual itu lama ke apa kan azie teringat time mula2 sampai makan ketam oohhh tidakk mungkin jugak!


Biasalah dah penat jalan sah2 perut pun kene jugak isikan kesini lagi kami menjamu selero
Restoran Hj Jailani ini antara menu malam makan kitaorang







Ikan siakap 3rasa,sup sayur,telur dadar,udang goreng tepung ,sayur kailan ikan masin lupa nak order kangkung sbb kangkung kan murah hihihi + 4 jenis air bertotalkan RM99.90 untuk 4orang makan berbaloi tak..??bagi azie so far berbaloi sebab ikan dia freshhhh dah itu ikan besar menu2 yang ada memang sedap & puas makan.

Sampai sekarang terasa2 sup sayur itu...hahaha

Selesai isi perut cik husband bawak pusing2 jalan ehhhh selama kitaorang dekat sini azie dah rasa macam orang sini tau sebab jalan2 dekat sini azie still ingat cuma nama je kadang2 lupa,dah boleh jadi agen pelancongan ini.


Pekan Kuah malam ini meriah sebab banyak kedai macam downtown,azie tak pasti tiap2 hari or ada hari2 tertentu je lebih kurang macam dekat KL harga barang lebih kurang je ada murah ada mahal kene pandai surveylah.









Coretan :-

Next last entry kami di Langkawi.....