Monday, June 22, 2015

Mama Alisya Laparlah... Alahai anak

Assalamualaikum




Taraaaaaa.....




Wahh lama benar tak muncul2 dalam blog yerk,rindu nak bercorotehhhh 
Korang semua sihat...??
Masih sempat lagi untuk azie nak ucapkan SELAMAT BERPUASA KAWAN2KU...
pejam celik pejam celik dah 5 ramadhan ...semoga dipermudahkan ibadat puasa kita AMIN 





Alhamdulilah my princess yang tecik itu dah 7bulan,alhamdulilah dapat melihat perkembangan dia depan mata,dari kecik2 dulu nak pegang pun macam takut sebab halus sangat sekarang dah berketak2 Terima kasih dekat my mama yang banyak jaga Alisya..Alisya pun dah start makan sejak 6bulan lagi ,mula2 azie bagi nestum & biskut je nak tengok samada perut dia boleh terima makanan macam itu ke idak. Pertengahan 6bulan itu dah  start bagi makan bubur.




So far,sejak makan bubur memang menyelera sajalah dia makan,suka pulak azie tengok dia makan kadang makanan kita pun dia nak bab kata lain pantang nampak orang makan.Lepas itu bubur, cmpur pulak dengan carrot & ikan bilis blender halus2 amboi memang lagi seleralah si kecik itu makan.
Pagi bagi biskut & susu & nestum 
Tengahari bubur nasi  & susu
Petang bubur nasi or biskut & susu
Malam susu tetap bagi kalau tak ,tak tidurlah si kecik itu.







Tapi yang paling best,lagi2 sejak dah meniarap kemain laju kerap benarlah si kecik ini ke dapur,pantang ada orang dekat dapur ,nak ke dapur je kejenya.Pernah sekali dah pukul 10malam itu,bagi itu tak mahu,duduk main meniarap sana sini ,bagi susu pun tak nak rupanya LAPARRRRR
bagi kentang sikit ,biskut sikit amboii bukan main laju dia habiskan ..ALahaiii anakk
Cian dia..lepas itu baru lena tidur




muka eksen bila dah kenyang..
koo hadoooo  hahahahahha




Bulan puasa ini lagi mencabar,kita nak berbuka dia pun nak berbuka,kalau tak layan menagis,cian anak mama yerk lapar jugak yerk,kadang nak bagi tidur dulu tapi ehhhh macam tahu2 je bangun time orang berbuka alahaianak.Terpaksa azie dengan mama azie gilir2 jaga dia .Ok harini baba ada giliran baba pulak jaga Alisya yerk sayang hihi.





Coretanku :_
Korang dah shopping baju raya...???

Thursday, May 28, 2015

Throwback Percutian Melaka With Famliy

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



THROWBACK # HOLIDAY#MAJLIS KAHWIN# SEPUPU#MELAKA


Minggu lepas 22 Mei 2015(Jumaat) 
Kitaorang 1 family pergi Melaka kecuali cik husben tak ikut sebab keje.Tujuan kesana coz my sepupu @ Aizat kahwin kira hantar rombonganlah at Telok Mas Melaka.Ini kira shortvacation azie dengan family & anak azie Alisya.Alhamdulilah sepanjang perjalanan ke Melaka Alisya ok duk potpet2 tidur semualah 


Sampai2 Melaka tengahari ,terus pergi check in dekat Hotel Mahkota online booking under private .
Tunggu owner datang serah kunci ..bla...bla.. tertiba takjadi duduk sini sebab apa hahahaha nak cite pon kelakar ada seram pun ada .Pasal gambar je ktorang terus reject duduk hotel itu tapi apartment punyalah .Time itu memang kelam kabut dibuatnya rupa2 hahahahah effect camera 360 punya pasallah ..eeeeee


Akibat daripada itu,kitaorang terus cari hotel lain,alih2 dapat bajet hotel dekat dengan Dataran HangTuah bersebelahan Mahkota Parade,Hotel Bajet Pelangi tidur 1malam .Lepas abah azie booking terus gerak g Majlis Akad Nikah Sepupu habis dalam kol 5camtu terus gerak balik hotel sebab penat teramat sangat.


Malam itu plan nak pergi makan n jalan2 sekitar situ alih2 hujan terus balik hotel memandangan budak tecik ini pun dah buat hal sebab nak tidur.Sempatlah azie snap pic Menara Taming Sari


Beberapa kali datang Melaka tak dan nak naik MTS ini,frussss tau tak de rezeki


Esoknya lepas check out hotel bajet ini terus p Majlis Kahwin sebab harini 23 Mei 2015(Sabtu) majlis sanding.Siap2 makan semua lepak kejap tengok pengatin terus gerak balik hotel.Lupa nak bagitahu abah azie booking hotel lain sebelah hotel bajet itu jugak Seri Costa Melaka


Walaupan nampak simple ala2 macam hotel bajet tapi hotel ini sesangat selesa ok ,kalau ikutkan nak booking awal tapi full pulak hari Jumaat itu.









1 katil besar lengkap dengan peti ais,strika,almari,breakfast untuk 2orang..
Tengoklah bilik mandi woooww feeling2 gitue walaupun tak ada tab
Tengok budak tecik ini pun bukan main suka dapat duduk hotel ini


bukan nak kata hotel sebelum itu tak selesa,hotel bajet yang mula2 ktorang duduk itu ok tapi sebab ada budak kecik kan kita kalau boleh nak cari lagi selesa untuk anak kita.Mana tanya Alisya elok je tidur adelah dalam 1 jam lepas check in hotel ini,maybe penat kot alahai anak.
Terima kasih dekat abah azie sebab bersusah payanh cari hotel untuk kitaorang


Petang lepas rehat2 dalam bilik ,budak kecik Alisya ini bangun tidur barulah kitaorang jalan2 area Dataran HangTuah bermula sesi mencuci mata...shoppinggggg sempat rembat beberapa helai baju untuk cik husben (tengok saya tetap ingat dekat hubby walaupun hubby tak ikut) huhuhu dan beberapa helai untuk dak tecik Alisya mama dengan nenek shopping suar je dekat uptown itu je huhu


Bila dah ada anak,memang aku utamakan anak baru fikir diri sendiri..Kitaorang stay melaka sampai hari Ahad 24 Mei 2015 kira check in Hotel Seri Costa untuk 1malam je..Sebenarnya banyak plan azie bila turun Melaka ini,nak bawak anak jalan2,jumpa members kolej tapi tak kesempatan.


Serius memang rindu Melaka sebab banyak kenangan antaranya kawan kolej ,suasananya ,makannya dll.Itulah shortvacation azie dengan family untuk bulan ini,Inshaallah ada kesempatan & umur panjang bolehlah datang Melaka lagi...Tapi dapat jugaklah minum coconut shake tapi bukan dekat Klebang .




Coretanku :-

Next Vacation..Inshaallah..
Sabtu 30Mei2015 Majlis Bertandang belah sepupu azie pulak nanti ada story azie share sini yerk



Tuesday, May 26, 2015

RESEPI:- AYAM GORENG SAMBAL HIJAU


Assalamulaikum & Salam Sejahtera



Lama dah tak share resepi
Kali ini nak share resepi paling mudah dari segi penyediaan & bahan2nya...





RESEPI
AYAM GORENG SAMBAL HIJAU




Bahan-bahanya:_
  • isi ayam (dilumut dengan garam & serbuk kunyit utk DIGORENG)
  • 1 ulas bawang merah 
  • 1 uls bawang besar (dihiris bulat2)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris halus)
  • 5 biji cili padi (hijau) - dikisar
  • 4 biji cili hijau -dikisar
  • 1 keping asam keping
  • 1 tangkai serai(diketuk)
  • cili merah/cili hijau (utk hiasan)
  • sedikit garam/gula 


Cara-caranya:-
  • ayam digoreng terlebih dahulu (kalau boleh garing2) 
  • cili padi & cili hijau di blend hingga halus...
  • Tumis bawang putih & bawang merah sehingga naik bau
  • Masukan bahan yg diblend tadi kacau hingga garing 
  • Kemudian masukan asam keping/ serai /gula/garam ..
  • Masukan bawang besar yang dihiris bulat2 tadi &cili merah yang dihiris 
  • AKHIR sekali masukan ayam yang digoreng tadi
  • SIAP.....Sedap makan dengan nasi putih ..
  • SELAMAT MENCUBA 


** maaf gambar nampak merahkan sebab effect kamera
**kalau nak sedap & kaw2 pedas boleh tambahkan lagi cili padi ....