Wednesday, April 17, 2013

Resepi : Mee Berkuah Bersama Seafood




Tak tahu nak makan apa...??
Sebelum itu nak tanya dah cuba ke RESEPI  ini.....
Jangan lupa cuba tau.... simple je
Resepi  kali ini pun agak simple jugak 
Main campak2 je...TAPI campak2 selalunya sedapkan (opps over pulak) hehe


bukan main lagi siap ada no  hahaha

Bahan-bahannya:-

1. Mee kuning (aku guna separuh je)
2. Sayur sawi  & buah tomato dipotong (tapi aku guna separuh je) 
3. bawang merah & bawang putih dihiris , daun limau ,sedikit perisa cube ayam(sikit je untuk bagi rasa)
4.telur 1 biji (nak guna 2/3 biji pun boleh)
5.daun ketumbar /daun sup (better guna daun sup sbb daun ketumbar ini kuat sikit baukan tapi aku suka daun ketumbar )
6. seafood (ayam cincang,udang,sotong)-terpulang kalau nak guna udang je,sotong je ayam je pun boleh
7. tauhu potong dadu & fish ball


8. sos tiram 
9. sedikit minyak masak untuk menumis 
10.sedikit tepung untuk memekatkan kuah
11.air 



Cara-caranya :-

1.Sediakan semua bahan seperti diatas 
2.tumis bawang merah & bawang putih dan masukkan bahan seafood(ayam,sotong & udang) kemudian masukan sedikit sos tiram dan sedikit cube ayam tadi . or masukan sedikit garam 
3.masukan air -ada kuah baru sedapkan...nama pun mee berkuah perlulah ada kuahnya
4.masukan sedikit tepung( tepung ini hendaklah digaulkan dengan sedikit air baru masukan )
6.Tujuan masukan tepung untuk memekatkan kuah /kalau xnak masukan pun tak pe
5.Kemudian masukan bahan2 lain seperti mee ,sayur dan telur.
6.Last sekali masukan tahu dan tomato
7.Kalau nak tambahan boleh masukan carrot or cili (kalau nak pedas)
8. Boleh ditaburkan dengan daun sup or bawang goreng(terpulang pada selero masing2)


tengok mee sikit je tapi hasil dah masak cmpur semua bahan tara boleh makan 3 orang punya



Inilah hasil nya....
Boleh letak cili padi kalau mau kaw2 pedas or sos cili...


aku tabur daun ketumbar sbb peberet sume makanan mesti nak ada daun ketumbar ,
lagi2 aku suka bau daun ini


Mee ini ada ala2 mee kung fu,mee hailam 
Kalau tak suka mee gantikan dengan kuey teow pun boleh
Mesti cubaaaaaa okay...


p/s : hasil resepi atas hasil ubah2 sendiri...ikut citaraso je .asalkan tekak boleh terima 


note : mood masak datang memang keluarlah resepi dekat blog ini hehe...tak sabar nak tengok MASTERCHEF selebriti sabtu ini.... :)

8 comments:

  1. sedapnye....azie dh kahwin dah nie...heheheh

    ReplyDelete
  2. rajin lah azie pelbagai menu..hihihi..

    ReplyDelete
  3. wahhh rajin nyerrrr.... cedap nih nk try jugak lah... :)

    ReplyDelete
  4. Wahhh...kena cuba ni..nampak menarik & sedap :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..