Tuesday, July 7, 2015

RESEPI:- Popia Nestum Rangup

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Tinggal 10 hari lagi sebelum kita menyambut kedatangan syawal ,terasa kejap masa berlalu .Mesti korang busy siapkan apa yang patut & paling2 pun buat biskut raya ,macam tak lengkap kalau tak ada biskut raya kan .
Moh azie nak share resepi paling mudah untuk disediakan .Bila makan pasti nak..nak lagi boleh dijadikan kudap2 sambil tonton tv 


RESEPI :-

Popia Nestum Ranggup


Bahan-bahannya:-

  • Kulit Popia 2 paket (azie guna paket kecik je)
  • 2 setengah cawan nestum
  • 2 sachet horlick 3 in 1
  • 5 sudu gula caster/halus(nak letak lebih pun boleh )
  • 3 sudu tepung gandum + sedikit air (utk gam)

cara-caranya:-

  • Bancuh tepung gandum bersama air untuk gam di hujung ,measure pekat bukan cair yerk
  • Leraikan kulit popia & gulung dihujungnya gam dengan bancuhan tepung tadi




  • Kulit popia cepat mengering ,pastikan proses mengulung popia dalam keadan lembut 
  • Lepas mengulung,gunting secara serong




  • Siap mengulung & gunting popia,bolehlah digoreng dalam kuali dengan minyak yang betul2 panas
  • Goreng agak2 kekuningan,hati2 takut hangus ..api sederhana
  • Akhir TOSkan popia tadi



Proses seterusnya

  • Blender nestum,horlick & gula halus tadi halus or kasar sikit (terpulang pada selera masing2)
  • Akhir sekali,taburkan bahan yang diblender tadi ke atas popia dengan rata



TARA....Siap 1 balang






****
Pastikan popia digoreng sehingga garing barulah ranggup dengan api yang sederhana
Kalau nak guna 3 paket popia just korang balancekan sukatan nestum/gula/horlicks yerkk 



SELAMAT MENCUBA




Coretanku:-
Next resepi biskut raya... 

Friday, July 3, 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran Azie_Throwback My Birthday 1 July

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Cepat sungguh masa berlalu pejam celik je dah 16 Ramadhan 1436H .
Alhamdulilah 14 Ramadhan iaitu 1 July genaplah umur azie 28tahun syukur padanya .
Tahun ini lebih bermakna coz adanya myprincess nuralisyasofia & suami ,tahun ini tak ada sambutan memandangkan jatuh pada bulan puasa.Just berbuka sama2 dengan family azie mama & abah itu pun dah cukup bermakna buat azie




hadiah..???


Alhamdulilah rezeki yang diberi dapat jugak electric oven boleh lah felling2 buat biskut rayoooo.Thank Q cik suami sebab tunaikan hajat isterimu ini yang semangat nak buat biskut rayooo
Ehh ada lagi hadiah..... stay tuned azie hihi



Firstly ,azie nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH yang tak terhingga pada suami,family,kawan2 bff,kawan2 alam maya ,member kolej ,bos ,member tempat kerja yang wish my besdayy.TERIMA KASIH semoga dipermudahkan urusan kalian & di berkati.Amin Ya Rabbalamin



Pada mereka yang besday pada hari ini azie ucapkan selamat Hari Ulangtahun Kelahiran & Semoga diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan.





coretanku :-
Kalau kesempatan azie share resepi biskut raya yerk...

Monday, June 22, 2015

RESEPI:- Bubur Som Som Daun Pandan

Assalamualaikum


Taktahu menu apa nak berbuka nanti..???
Meh cuba RESEPI YANG SIMPLE AJEEEEE




RESEPI :_

BUBUR SOM-SOM DAUN PANDAN





Bahan2nya:-

Bahan A
* 1 cawan tepung beras
* 5 cawan santan segar
* 1/2 sudu teh garam
* sedikit pewarna hijau (kalau takletak pun tak pe)
*boleh guna daun pandan blender & tapis *



Bahan B (Air Gula)
*500 g Gula melaka /gula pasir
*1000ml air
* 2 helai daun pandan (disimpulkan)



Cara-caranya:-

1. Masukan  tepung beras & santan kacau jangan sampai bergentel (berketul2)
Pastikan api sederhana sahaja
2. masukan sedikit garam & pewarna dan kacau sehingga nampak berkilat 
3. akhir sekali masukan dalam bekas & SEJUKKAN


Untuk membuat air gula campur semua bahan tadi kacau dengan api sederhana,bila gula dah hancur maka masaklah gula tadi 



AKHIR SEKALI 
_Sajikan dengan air gula_
Makan sejuk2 sedap tau 



(soryy bubur somsom ini agak kurang memuaskan sebab senduk pakai sudu je bila nak hidang.)