Tuesday, August 12, 2014

M2B :- Pengalaman Checkup Urin & BP

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Harini azie ada temujanji scan baby 3D 4D dekat Ampang,result scan nanti inshaallah azie share dekat sini yerk,doa2kan mudah2an baby ok, rasa tak sabar pulak sebab nak tahu jantina baby..


Back to story 

Sepanjang azie mengandung ini macam2 pengalaman yang azie lalui , ambik darah,protein tinggi,air kencing kotor,tekanan darah naik,minum air gula,masuk ubat dekat tutttt(yang ini memang takboleh dilupakan ,ngilu ok)
Ambik darah itu jangan cakaplah kadang nak nangis pun ada lagi2 bila time kene cucuk untuk kancing gigi aduhh lenguh dia sampai esoknya. Untk pertama kali pregnant akan kene 2kali cucuk ,now azie tinggalkan 1lagi cucuk


Selalunya, tiap kali pergi checkup azie risau nak check urin (airkencing) bukan apa selalu ada prob samada protein terlebih or kencing kotor . Bila dah kes macam ini mahu tak mahu kene repeat check urin & bp.

 Ini kes pertama check Urin & BP


Bila time check macam ini ,alhamdulilah result ok



Ini Kes ke2 repeat Urin & BP


Time ini bulan puasa & raya
Jenguh nak cari klinik buka time rayakan.
So far result ok pun dah lega


Biasanya last repeat mesti kene jumpa doc sebab doc nak tengok result sepanjang seminggu repeat itu,Kalau korang perasankan BP azie tinggikan aah memang pon sampai kene cucuk ambik darah sebelum raya takut suspek buah pinggang,now resultnya azie tak dapat lagi maybe checkup 25haribulan ini baru tahu mudah2an takada pape2..TAKUT..RISAU..


Ehhh korang perasaan tak date 04/08/14 itu BP azie tinggikan 140 mahu taknya before azie nak p checkup time itu kereta pulak kene langgar mahu tak naik darah tinggi azie time itu,doc yang check pun terkejut ok sampai check balik BP azie alhamduilah turun & siap scan perut takut effect pada baby.
Alhamdulilah baby ok,cuma mula2 sampai dekat KK baby azie macam aktif semacam maybe terkejut kot.


Hope checkup seterusnya nanti takada apa2 prob lagi, risau takut kene minum air gula kali ke2 pulak.Time2 pregnant ini makanminum memang nak kene jaga kan tambahan pulak musim raya semua nak makan. Berat naik mendadak pun bahaya taknaik lagilah jadi kene pada2



coretanku:_

Alhamdulilah kandungan dah 26minggu

Thursday, August 7, 2014

Al Kisah Raya Ku

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


11 Syawal 1435H
Masih mood raya takgitu kawan2ku sekalian..


Alhamdulilah raya tahun ini kira bermakna buat azie coz 1st time beraya dengan suami,suasana itu lain sikitlahkan coz ada suami disisi ( gedik sudah) .Raya tahun ini jugaklah azie beraya dikampung mertua den di ngori sombilan.


Bertambah sayu dipagi raya terkenangkan mama & abah azie, yelah selama 26tahun azie beraya dengan diorang tapi semenjak dah kahwin ini terpaksa berkorban sedikit .Sebelum balik kampung azie & suami sempat salam kemaafan dengan mama & abah memang sedih sangat.


Raya tahun ini,bermakna jugak buat mertua azie sebab akak ipar azie selamat melahirkan anak ke4 pada hari pertama ramadhan ,inshaallah hujung tahun tambah lagi cucu giliran azie pulak hihi mudah2an amin.Oppss lupa nak bagi tahu tema raya azie ngan suami tahun ini hijau turqoise,awal perancangan azie nak tema royal blue akhirnya suami bekernan kaler hijau turqoise ini nice jugaklah
Sedondon gitue


Raya pertama kitaorang balik Bukit Rokan,N9 umah maklong suami azie raya ke2 pulak balik kampung abah azie di Pilin,N9 azie rindu dekat mama abah time itu tambah2 pulak rindu dengan my cousin yang lama xjumpa ,apa lagi bila dah berjumpa berselfielah kami semua


Raya ke4 dah balik kl,alhamdulilah sepanjang azie dekat kampung keadaan kesihatan azie pun ok xada alahan teruk,morning sickness sikit itu adalah .Risau nak jalan jauh2 nak makan pun pada2 takut makan muntah alhamdulilah semua ok


Macamana dengan raya korang?mesti bestkan

Moment yang paling best time raya ini bagi azie,dapat berkumpul dengan family ,saudara mara..ziarah menziarahi sanak saudara,jiran tertangga .Tang makan jangan sebutlah memang sedap je hihi



Coretanku :_

Inilah serba ringkas raya azie tahun ini,tapi bulan ini je jemputan kenduri kahwin full sampai bulan september ..Inshaallah see u next entry ok
Have a nice day 

Wednesday, August 6, 2014

Akhirnya Ku Muncul Jua... Rindu

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Alhamdulilah,akhirnya dapat jua ku coret kt blog kesayangan azie ini..
Rindu...rindu sangat nak menulis setelah hampir 4bulan lama nya azie tinggalkan blog ini
Sebab utamanya azie pregnant memang takboleh hadap langsung komputer apatah lagi nak menulis


Sebab lainnya.....
lupa password blog.... sadis sungguh!
puas godek2 tak jalan jugak...
akhirnya harini dapat jugak buka


Korang rindu azie tak....................???


ehhh banyak benda nak share
sampai taktahu nak mula yang mana... (omg gedik sudah) hihihi
Inshaallah azie cuba slow2 share mana yang hado ehh



Memandangkan masih mood raya
Kironyo masih sempat lagi lah yerk azie nak wish




Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin
Daripada Shafazie buat teman2 blogger