Tuesday, February 12, 2013

Selamat Hari Jadi MAMA

Assalamualaikum


Still cuti CNY esok baru naik kerja..


Alhamdulilah hari ini 12 Februari  besday my mama yang ke......??
Semoga diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, bahagia disamping family tercinta


Bila tengok mak kita sihat dan happy
Kita pun terasa happy
Semangat je alhamdulilah
Thank Q ALLAH..


Pic lama ini tak silap tahun 2010/2011 macam itulah 



♥♥♥♥♥♥♥Selamat Hari Jadi MAMA♥♥♥♥♥♥♥



note : cuti CNY korang pergi mana...??

Friday, February 8, 2013

Tudung Fareeda-Lurvely Hijab

Assalamualaikum


Semalam member aku text tanya aku ada dekat rumah ke tidak sebab nak hantar tudung 
 ohh yerk tudung baru dah sampai katanya
 sambil2 itu aku tengah feeling2 layan Setia Hujung Nyawa . 


Sekali dia sampai 




siap pack dalam bekas ini memang cute miut aje
kualiti terjamin.sebab tudung ini jenis berAWNINGkan 


Memang rambang biji mata nak pilih yang mana kalau boleh semua aku nak 
Akhirnya aku rembang 2 pasang sebelum ini aku dah rembang 2pasang kesemuanya 4pasang



pokodot itu peten baru 
purple pink itu aku nak pakai time sepupu aku tunang nanti bulan march ini memandang tema dia pink purple seharusnya ikut temalah baru awesome



Alhamdulilah  tudung ini sangat2 selesa bila pakai,senang bentuk ikut muka korang yang kiut miut itu,3layers ada plain & corak.Harga pun berpatutan 
Selain tudung,produk muka,lotion fellina pun dia jual



Macamana nak dapatkan meh click LURVELY HIJAB -FACEBOOK


ini antara koleksi tudung yang aku beli daripada member aku ini  click sini
sila abaikan muka aku itu hahahaa





note: thankz Q wanie nanti ada peten baru lagi hantar dekat rumah yerk... nasib rumah member aku ini dekat dengan rumah aku..


Thursday, February 7, 2013

Perempuan Memang Suka Merajuk


Assalamualaikum


Nak tanya korang pernah merajuk...??
Mestilah pernahkan..membohong kalau tak pernahkan..nampak nipunya itu


Merajuk yang aku maksudkan okay street the point bila kau dah bertunang or bercouple .
Orang kata bila dah bertunang ini banyak rintangan/dugaan darah maniskan..sabar nan tak sabar ajelah .
Bila bercinta lain perangainya then bila bertunang lain lagi.kadang nak tahu perangai dia sebenar time bertunang inilah..Time couple samada perasan dan tak perasaan ajelah pasangan itu macamana..


Selalu yang merajuk sah2 perempuan kan.. lelaki pun ada jugak tapi jarang2 kot or merajuk dalam hati siapa tahukan . Bagi aku sebagai perempuan merajuk ini "unik"  
Bila dah merajuk memang nak mintak dipujuk,diberi perhatian... hakikatnya perempuan kan berjiwa sensitif,lemah lembut suka dimanja2 hehe


Time aku kursus ,penceramah ada tanya dekat orang lelaki..
dah bertunang..??
tunang cepat merajuk tak..??
kalau dia merajuk kamu pujuk tak...??

** jawapan daripada penceramah @ ustazah itu .. tak payah pujuk **


Ha'ah tak payah pujuk....?? (dalam hati akulah,kenapa) 
pujuk diri sendirilah jawapannya kita merajuk kita pujuk balik diri kita.siapa suruh merajuk..
Lepas ini tengok pasangan korang kalau korang merajuk dia pujuk tak.kalau tak pujuk paham2 sendirilah hehe


Macam aku sejak2 ini memang kerap merajuk,aku pun taktahu kenapa perubahan hormon kot.kadang benda itu tak adalah besar mana pun tapi tuptup merajuk,kan dah kata perempuan ini sensitif .
Tapi aku bila merajuk aku senyap kang bila dia buat lawak yang tak berapa lawak okay balik ,mulalah senyum simpul nampak tak mengada dekat situ..hahahaa


Rata-rata bila aku tanya member or member2 aku share dia kata "aku semenjak2 ini asyik nak bad mood/merajuk " nasiblah tunang aku paham. itu kalau kene yang paham kalau yang buat taktahu je memang kadang makan hati .jawapannya pujuklah diri itu sendiri.


Inilah dinamakan kehidupan, kalau tak bergaduh,bertekak,merajuk macam kurang pulak
Time inilah nak tengok kesabaran kita itu macamana,boleh handel sesuatu itu dengan baik mahupun sebaliknya.
Kau kene paham pasangan kau and pasangan kau pun kene paham kau juga..baru adilkan.
perlu ada sikap tolak ansur, saling menghormati , mengalah ..



Tapi aku tahu,orang lelaki ini bila pasangan dia asyik merajuk je memang diaorang bosan,nanti ada aje ayat yang keluar dari mulut dorang itu menandakan dia tak suka anda merajuk tak tentu pasal or asyik merajuk aje..



 p/s : peringatan untuk diri sendiri jugak hehe....
yang sempurna itu datang daripada NYA,yang kurang itu datang dari diri sendiri....


note : jemput makan bihun soto.....