Wednesday, February 13, 2013

Kek Coklat Moist Happy Besday

Assalamualaikum


Kali ini aku nak share dengan korang2 semua resepi baru 
resepi ini main sukat2 pakai "cawan" mudah dan senang
Meh2 kali ini resepi yang aku nak share .. 
"Kek Coklat Moist" 
tapi aku transferen pada "Kek Coklat Moist Happy Besday" 


Kek ini aku sediakan sempena hari jadi my MAMA semalam
tapi aku buat awal sehari dan sambut awal sehari sebab excited sesangat 
 Mungkin sebab mood terlebih rajin 


Ingin diingati kek ini mempunyai 3bahagian yang perlu dilakukan sebelum kek ini menjadi KEK hahahaha





Kek Coklat Moist Happy Besday

Bahan (a)


  • 1 1/2 cawan tepung gandum (tepung naik sendiri )(aku guna tepung BLUE KEY)
  • 1 cawan gula halus (caster sugar)
  • 1 butter
  • 6 biji telur 
  • 1 sudu kecil or  (aku guna penutup esen vanila)



Bahan (b)


  • 1 cawan gula caster
  • 1 cawan serbuk koko 
  • sedikit air (agak2)

** bahan (b) ini hendaklah dimasak hingga pekat  kemudian sejukkan **



Bahan (c) untuk topping 


  • 1/2 cawan serbuk koko ( setengah cawan bukan 1 cawan tau)
  • 1/2 tin susu pekat ( i pakai F &N)

** bahan (c) ini hendaklah dimasak hingga pekat (agar2lah) cukup rasa **



Bahan untuk hiasan
gula aising/ buah2an/ manik2
(ikut kreativiti)




Cara-caranya :_
  1. Bahan (b)-serbuk koko,gula,sedikit air dimasak sehingga pekat dan disejukan dan diasingkan 
  2. Kemudian pukul bahan (a) ,masukan gula,butter dipukul hingga kembang kemudian masukan 6biji telur satu   persatu.
  3. Kemudian masukan tepung sikit demi sedikit .
  4. Masukkan 1sudu kecil esen vanila. pukul hingga kesemua bahan serata/sebati 
  5. Kemudian campurkan  bahan (b) yang dimasak tadi  kedalam bahan (a) dan dipukul kesemua bahan hingga sebati 
  6. Bakar dalam 45minit ke 1 jam
  7. bahan (c) untuk topping dimasak hingga pekat or agak2 kepekatannya 

bahan c



Inilah hasilnya setelah dibakar



Untuk mencantikan lagi kek ini bahan (c) untuk topping itu disapu atas kek barulah nampak cun



pic atas.. kek yang disapu dengan bahan c 
pic ke2... ditaburkan dengan gula aising
pic ke3.. dihiaskan dengan manik2 ..ikut kreativiti









happy besday MAMA




SELAMAT MENCUBA




note : Alhamdulilah dapat jua aku siapkan kek ini.firstime buat in sha Allah akan dibaiki lagi mana yang kurang

8 comments:

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..