Assalamualaikum & Salam Sejantera
04 Disember 2013
Wah tajuk bukan main lagikan,honey-moon gitue...
Lepas majlis belah laki 10 nov lepas hari selasa 12 nov itu azie & husband bertolak ke destinasi yang dituju iaitu Langkawi.Percutian selama
3H2M ,plan kesana memang last minit memandangkan cuti 2weeks jadi ktorang plan terus bercuti@honey-moon.
Pakej hotel sekali ngan fly,husband azie booking airasia pergi balik ,fly pada 12 nov(selasa) kalo ikutkan dalam kol 4 lebih tapi dealay pulak kenelah tgu dalam kol 5lebih ,excited bukan main lagi..Sampai dalam pukul 6 lebih di lapangan terbang dekat dengan Pantai Chenang ...sebelum sampai sana husband dah booking kereta sewa
inilah kereta sewa ktorang dekat sana selama 3H2M...VIVA....untuk
3hari disana dalam RM130.00.. Nasiblah kawan husband ada member dia buka bisnes kereta sewa ini dapatlah murah sikit...
Lepas dapat kereta arah tuju utama adalah cari hotel yang ktorang dah booking
Langkawi Chantique
Lot 2346 Jalan Bohor Tempoyak , Kedah Darul Aman
Sepanjang perjalanan nak sampai disini dapatlah lihat suasana kampung,sawah memang tenang je..Lokasi Langkawi Chantique betul2 tepi jalan berhadapan dengan kampung & sawah padi
Kedatangan ktorang disambut mesra oleh pekerja LC,suasana dalam yang simple dengan ukiran meja yang unik itulah bahagian kaunternya.....lain daripada yang lain
Penginapan di LC seperti berada di rumah dengan bentuknya ,tak kurang jugak disediakan tempat istirehat disetiap rumah memang selesa...
Boleh feeling2 konon2nyalah hehe..kolam renang pun ada...Kebanyakan yang menginap disini omputih...
inilah rumah ktorang,sory pic nie azie copy paste je sebab pic penuh azie tak ambik...Suasana dalamnya memang selesa dengan katilnya..bilik air pun besar weyyy boleh muat 5-8orang kot hehehe..
nie je pic yang ada dalam hp azie selebihnya dalam tab husband,adoiii tak sompat nak bluetooth... sebelah rumah ktorang orang arab

Yang paling best mengenai tempat ini,sarapan pagi dorang hantar depan rumah..nampak tak beranda itu
tak payahlah nak bangun awal2 siap2 bagaikan just tunggu depan rumah je ok...kot2 tak bangun lagi dorang akan kejutkan hahahaha...baguskan
sarapan pagi ktorang..sarapan ini korang boleh pilih dengan menu2 yang pihak LC sediakan tak silap ada 5 or 6 menu memang best2lah ..hari ke2 itu azie pilih nasi lomak manakala husband pilih bihun memang lengkaplah siap dengan air fresh oren serta kuih muihnya...nasi lomak ini sodapppp just bihun itu je kurang sikit rasanya...
Yang ini sarapan pagi hari ke3...azie pilih bihun manakala husband pilih roti canai ada 2keping...memang layazzzzzzzzzz .orang melayu katakan mesti nak berat sikit sarapan ..
Lokasi penginapan ktorang memang dekat nak ke Pantai Chenang & pantai sekitarnya...dalam 10minit je..Selain itu dekat dengan Langkawi Underwater World Tour,boleh shooping2 nama pun bebas tag kan memang murah lah.. Cuma ktorang tak dan nak masuk Underwater World tu. Pekan dekat Pantai Chenang memang meriah sampailah ke malam memang tumpuan omputih2 ini.....
Korang jangan risau sekitar Pantai Chenang ini banyak lagi pilihan penginapan yang boleh korang pilih,try2lah survey ok
Untuk maklumat lanjut mengenai
Langkawi Chantique korang boleh
click sini
kalau nak murah sikit korang booking on9....
note : next entry azie story mory pulak lokasi2 yang lain pulak..... nampaknya majlis bertandang hold lagi hehehe