Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Sebenarnya banyak sangat story nak share
tapi sampai kesudahnya aku lupa dah nak story apa
banyak sangat tangguh inilah rupanya
Alkisah weekend seminggu yang lepas
Minggu lepas 06 mac 2015
lepas habis kerja balik umah mama azie
packing2 terus gerak balik rumah dekat sendayan
Azie bagitahu dekat suami nak stay dekat rumah je
kiranya taklah tidur rumah mak mertua azie
rumah mertua azie 5 ke 10 minit je dari rumah ktorang
Sampai2 sempat lagi tapau makan
sebab letih 1 hal nak masak payah sebab dapur gas memang tak ada
malam sampai itu Alisya ok je siap gelak2 main2 lagi
nak tidurkan dia pun senang just tepuk2 je
Pagi esoknya kemas2 rumah
tengahari baru gerak pergi rumah mertua azie
makan2 dekat sana
landing2 kejap story2
Petang itu ajak cik husben pergi jalan2
konon2nya nak bawak Alisya pergi taman dekat Seremban 2
tapi entah kenapa haritu ramai sangat orang macam ada event
Terus cancel then gerak pergi mydin dekat Seremban 2
Seronok kemain Alisya lagi2 duduk dalam stoller
Asal nak pergi mydin sahaja nak jalan2
akhirnya membeli jugak penuh stoller
cik husben beli almari kain,lampu yang sekali dengan radio
manalah tahu kot2 tak ada letrikan itulah gunanya
Time nak belek2 barang Alisya
tengok gelagat dia semacam,macam meneran lepas itu kentut
boleh tahanlah bau
Alisya boleh gelak2 senyum2 dekat ktorang
Kelam kabutlah nak pilih barangkan
mana taknya kang dia meragam tak selesa ke apa dah 1 hal
tapi tengok Alisya standy ok
kitaorang lakibini yang kelam kabut
Lepas bayar semua terus g bilik persalinan baby itu
dengan cik husben sekali masuk
tak ada orang pun dalam itu
buka pampers dia tengok2 dia kencing jeeeeeeeeee...
bukan yak pun
huwaaaa ....... alahai anak mamababa ini..
Paham2 jelah lepas tukar semua itu dia dah mula merengek
nak susu pulak
sempatlah lagi susukan dia dulu sebelum dia buat konsert hahahhaa
ini muka dah lega bila dah tukar pampers & dapat susu
Elok dah susu,dia start merengek sebab nak orang dukung dia
biasalah duduk lama2 dalam stroller rimas kot
Balik itu terus ktorang plan pergi makan
hujan renyai2 pulak malam itu
Nak dijadikan cerita
elok sampai kedai makan dia ok lagi tau
lepas itu dia start buat hal menangis sekuat hati
Ya Ampun kelam kabut ok
serba serbi tak kene akhirnya cik husben dukung dia
terus senyap
orang dekat kedai makan semua pandang
tapi kitorang buat2 taktahu je
tapi dalam hati Tuhan sajalah yang tahu
Punca dia waktu nak cari kedai makan
Alisya tidur dalam kereta
maybe sebab tak cukup tidur itu yang mengamuk
bagi susu pun senyap kejap lepas itu merengek lagi
Sepantas kitaorang laki bini makan
nak gelak pun ada geram pun ada
sabar jelah
Masuk je kereta dia bantai tidur ..
TAPI.......................
Sampai rumah je mula2 ok tau
lepas itu dia meragam lagi
Saat ini ketika ini
kesabaran kekuatan diperlukan hahahahha
dia meragam..bantai nangis je
bagi susu tak nak
nak dodoikan pun tak nak
nak tukar baju tak nak
azie ngan husben dah risau
maybe sebab balik malam2kan
tahu2 jelah budak kecik
dengan badan dah letih jadi meragam jelah
Puas pujuk
akhirnya sebab dah letih menangis
terus tidur tapi dalam tidur itu tersedu2 tau
cian azie tengok dia,sampai azie yang menangis
yelah tengok keadaan anak cmtu
memang lena malam itu
nak bangun bagi susu pun dia tak larat dah
azie tak sampai hati nak kejut bagi susu
Bangun esoknya dia start pokpekpokpek(bahasa dia)
Pagi ahad azie tinggal berdua je dengan anak
cik husben pergi rumah mak dia temankan mak dia pergi pasar
Pagi itu jenuh ok nak setelkan 1 kerja ke 1 kerja
tengok anak ok main sorang2 bolehlah azie kemas apa yg patut
tapi tinggalkan kejap je dia dah merengek
sebab tengok orang tak ada
bagi susu lepas itu mandikan dia
bab mandi ini ibarat macam berperang ok
hahaha bukan anak je basah dengan azie2 basah ok
selalu kalau mandikan Alisya cik husben bantu tak pun mama azie
ini ambik kau sensorang
Azie bukan apa risau bab nak mandikan budak2 kecik ini
takut tangan tak kuat nak pegang dia sebab licinkan
slow2 jugaklah tengok Alisya ok
basah pun basahlah
Petang itu terus packing2 gerak pergi rumah mak mertua lepak sana
sampai nak balik malam itu
waktu dalam kereta Alisya ok tidur je sampai rumah mama Azie
mula2 ok lepas itu dia menangis /meragam tak henti2
risau sangat,sampai kene marah dengan mama azie sebab balik malam2
huwaaaaa..
Menjak itu,
Azie risau nak bawak keluar anak malam2
bukan apa orang tua2 pun ada pesan kan
jangan bawak anak keluar lagi2 lepas maghrib
dia kecik lagi mcm2 dia nampak
Alisya kalau keluar malam2 dekat sini ok
maybe sebab balik kampung kan lalu kawasan gelap
Pengajaran buat kami lakibini
coretanku:-
Panjang kan story ku hahahha jangan jemu nak baca tau