Pages

Monday, February 17, 2014

Resepi : Sambal Udang Petai Kaw-Kaw & Sup Sayur Kubis




Resepi :-
SAMBAL UDANG PETAI KAW-KAW



Bahan-bahannya:-

  • Udang 
  • Cili Kisar
  • 2 ulas bawang kecil -dihiris
  • 1 ulas bawang merah-dihiris
  • 1 or 2 ulas bawang putih-dihiris
  • 2 tangkai petai ( dikopek kulit )
  • 1 keping asam keping (kalau nak guna air asam jawa pun boleh)
  • 1 or 2 keping daun limau
  • sos tomato (jika perlu)
  • sos cili (jika perlu)
  • sedikit garam 
  • sedikit gula
  • cili merah/cili hijau (utk hiasan)

Cara-caranya:-
  1. Sediakan bahan basar_ udang (buang kepala )
  2. Tumis bawang merah & putih singgah naik bau KEMUDIAN masukan cili kering yang telah di kisar ..tumis singgah masak 
  3. Masukan perisa garam,gula,asam keping 
  4. Untuk tambahan bagi sambal pekat boleh masukna sos tomato sedikit 
  5. Kemudian masukan udang 
  6. Masukan bawang besar/merah yang dihiris tadi(kalau nak masukan sekali time tumis bawang awal2 pun boleh) & daun limau untuk menaikan bau 
  7. Kemudian masukan petai
  8. Last sekali untuk hiasan masukan cili merah/hijau

**Bahan untuk menu ini sama je kalau nak masak sambal2 yang lain **






Resepi :-
SUP SAYUR KUBIS


Bahan-bahanya:-

  • 1 ulas bawang merah-dihiris
  • 1 ulas bawang putih-ditumbuk/dihiris
  • sedikit ikan bilis-ditumbuk sedikit 
  • sayur kubis
  • cili merah
  • sedikit garam
  • 1 biji tomato 


Cara-caranya:_
  1. Masukan sedikit minyak tumis bawang merah,bawang putih & ikan bilis yang ditumbuk 
  2. Kemudian masukan air (agar yerk)
  3. bila air dah mengelegak masukan sayur kobis yang siap dihiris/dipotong
  4. Masukan sedikit garam 
  5. Untuk tambahan boleh masukan tomato & cili merah yang dihiris 


** selain itu boleh masukan carrot/bebola ikan ,terpulang pada selera masing2**






Coretanku :-

2 resepi sekali gus yerk...Sambal Udang Petai Kaw2 & Sup Kubis
Resepi yang mudah & senang untuk disediakan





9 comments:

  1. sambal petai tu kalau dapat kat en.suami kita tu, cnfirm bertambah2 nasi tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. Pepagi buat akak lapar ni..hahaha... Sedapnyerr tgk... Lama xmkn sambal petai...huhu tp....xtahan bau petai lepas mkn..huhu..

    Azie..akak ada pos barang..klu dah smpai..bgtau akak yer... Sory, lewat plak pos..hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnya azie...feveret akak tu sambal udang petai...nanti nak try....
    gi langkawi ari tu, amik kereta dengan kawan husband akak...thanks tau azie bg contact no. tu :)

    ReplyDelete
  4. eka mmg suka sambal petai udang sedapnyaaa hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..