Pages

Monday, June 22, 2015

RESEPI:- Bubur Som Som Daun Pandan

Assalamualaikum


Taktahu menu apa nak berbuka nanti..???
Meh cuba RESEPI YANG SIMPLE AJEEEEE




RESEPI :_

BUBUR SOM-SOM DAUN PANDAN





Bahan2nya:-

Bahan A
* 1 cawan tepung beras
* 5 cawan santan segar
* 1/2 sudu teh garam
* sedikit pewarna hijau (kalau takletak pun tak pe)
*boleh guna daun pandan blender & tapis *



Bahan B (Air Gula)
*500 g Gula melaka /gula pasir
*1000ml air
* 2 helai daun pandan (disimpulkan)



Cara-caranya:-

1. Masukan  tepung beras & santan kacau jangan sampai bergentel (berketul2)
Pastikan api sederhana sahaja
2. masukan sedikit garam & pewarna dan kacau sehingga nampak berkilat 
3. akhir sekali masukan dalam bekas & SEJUKKAN


Untuk membuat air gula campur semua bahan tadi kacau dengan api sederhana,bila gula dah hancur maka masaklah gula tadi 



AKHIR SEKALI 
_Sajikan dengan air gula_
Makan sejuk2 sedap tau 



(soryy bubur somsom ini agak kurang memuaskan sebab senduk pakai sudu je bila nak hidang.)



2 comments:

  1. alahai..sedap nya lah sis... belum pernah buat..boleh lah nk mencuba buat sendiri...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..