Pages

Thursday, January 30, 2014

Langkawi Day 2:- Pulau Dayang Bunting,Pulau Helang & Pulau Beras Basah Langkawi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


16 Januari 2014 (Khamis)



Bangun pagi siap2 pergi breaksfast air teh dengan mee goreng & pancakes kelass nyahhh hahaha alas2 perut rugi lorh kalau tak makankan.Balik bilik siap2 nak p pulau yeahhh memang excited habislah,ok kitaorang p pulau dengan pakej yang disediakan oleh Your Travel Tour @ AB pakej ini macam2 ,azie ambik pakej yang 3pulau RM25.00 seorang antara pulau yang dilawati Pulau Dayang Bunting,Pulau Helang & Pulau Beras Basah lebih kurang 3jam lebih jugaklah


Dekat area pantai chenang ini melambak kedai2 yang menawarkan pakej2 ke pulau2 ini pilih je yang mana ok.Kedai Your Travel Tour yang azie pilih ini sederet dengan Sandy Beach Resort sebelah AB Motel
Lupa nak gitahu time untuk pergi ke3 pulau ini ada 2 waktu je yang pihak YTT tawarkan pukul 9.40am & 2.00pm


Berkumpul depan YTT nanti orang2 dorang pickup kita naik van ke lokasi naik bot dekat dengan Holiday Inn kalau tak silap azie.Sampai2 je ada 3bot menanti kitaorang naik bot ke2 lebih kurang 20 orang setiap bot. Bot azie naik sekali dengan pelancong korea dorang memang best sporting memang gelak je lah kitaorang tengok dorang.

inilah org korea itu...sporting beb....

Tapi yang sadisnyakan..nak naik bot itu bukannya ada tangga kecik ke apa TAPI kene melangkah & berpaut2 ..BAHAYANGKANLAH cmner rupanya


Soryy pic bot azie tak sempat nak ambikkkk.....


Abang yang bawak kitaorang ini garang tau serius je muka...senyum sikit bang janganlah marah2 hihi
Bayangkanlah duduk dalam bot dengan ombak pantai hadoii pening jap berdebar2 + takut




Waktu ini bot behenti jap sebab tunjuk bentuk gunung dayang bunting..TAPI bukan yg pic atas ini,azie takdan nak ambik sebab terlindung dengan kepala2 dorang just dapat click pic ini je..



Lokasi pertama 
Pulau Dayang Bunting 




Nak ke tasik dayang bunting ini kene memanjat tau hihi taklah kene berjalan or mendaki sikitlah better kalau nak pergi sini pakailah kasut ehh bukan heels kang tak pasal2 terpelecot naya je..Sambil2 itu boleh layazzz monyet yang bertempiran baik je dia bagi makan taklah dia kacau..








Inilah tasik dayang bunting,pemandangan disekeliling memang cantik & tenang je





Mama & abah azie tak ikut azie & husband naik sebab azie takbagi mama jalan2 sangat nanti sakit kaki tunggulah mama & abah kt bawah .Hajat dihati nak mandi dekat tasik ini tapi tak terdayalah tengok dalam & masa yang abang tue bagi 30minit je kalau lambat tinggal!


Azie cuma dapat rasa air dekat tasik ini...sejuk je sempat jugaklah bawak bekal pepero hahaha,kalau nak p sini bawaklah baju ke kalau nak mandilah paling penting kudap2 sebab 3pulau yang akan dilawati pasti penat & lapar...


Lokasi seterusnya................

Pulau Helang











Dekat sini takyah turun sebab takada tempat nak lepak just duduk dalam bot tengok helang2 kalau nak nampak lebiih dekat umpan helang dengan makanan keluarlah dia...Apa yang boleh azie kata memang cantik tempat dia live tengok helang dekat2


Last sekali

Pulau Beras Basah







Dekat sini boleh lepak2,mandi manda tenang je tapi time azie g sini memang ramai orang bukan setakat orang2 kita malah pelancong2 ,macam2 gelagat ada.Tak mandi pun just lepak2 hirup udara pantai sambil kudap2.



Baliklah kitaorang dengan bot & ombak pantai habis baju tapi seronok ok.
Oppss lupa nak gitahu nak naik bost seksa ok dorang tak sediakan tempat nak naik kenelah berpaut sesama ok..sakit kaki den tapi time balik nak sampai tempat org pickup nanti ada pulak tangga..ishhhhh


Waktu mula2 sampai pantai sebelum nak naik bot ada pihak dorang ambik pic kita tau woooww dah macam retis lak  rupa2nya last location@tempat dorang nak pickup kita balik hotel dorang jual gambar kita tadi atas piring kecik yang berharga RM10.00 satu.. Ingatkan free


Atas sebab kenangan haruslah belikan.....melayang RM40.00




NEXT ENTRY.......


Coretan :-

Hari ke2 dah rasa xsedap badan,habis 1badan merah2/gatal2.azie kene enjet dugaan ..

5 comments:

  1. EKa suka g langkawi. Tenang dan cantik. Hijau je. Haritu eka pegi amek pakej yg ke Kilim Geoforest tu. Dapat gi gua kelawar, eagle feeding ngan tempat ikan2 yg dibela. Sempat gak la tengok kapal ombak rindu. Siap snap lagi ngeeee...

    Tasik dayang bunting tak pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah eka langkawi memang cantik,azie pun suka sbb itu repeat dtg lagi ini hihi.
      Yup banyak pakej sebenarnya tapi azie ambik 3pakej ini je sebab nak ke Pulau Dayang Bunting .

      Rasa nak poie lagi je..jom eka

      Delete
  2. cntik2 gmbrnya kak..

    bestnya..lau nak p sana leh rjuk blog ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best yui..nanti jalan2 sini tau
      boleh aje hihi ;)

      Delete
  3. Cantiknya view...inshaallah kali ni nk pg tour 3 pulau ni pulak..penah pg tour kilim tu dlu2...okla

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..