Pages

Wednesday, July 31, 2013

Persiapan Raya Setel

Assalamualaikum
22 Ramadhan 1434H



Fuhhh lamanya azie tak update ,
busy kesana sini dengan tak sihat lagi memang terbiar je blog ini
buka kejap lepas itu off balik..


Alhamdulilah untuk persiapan raya dah setel 
cuma tinggal nak buat biskut raya je inshaallah sabtu ini.


Sabtu baru ini memang azie kesana sini je dengan encik tunang
Pagi itu ke Rawang tengok baju untuk belah laki nanti
Alhamdulilah selesai dah lepas itu poie klcc survey barang hantaran encik tunang


Then lepas berbuka 
Terus terjah Jalan TAR memang ramai tol orang
Dapatlah tudung & baju kurung sepasang 
Plan asal memang nak cari tudung je akhirnya tengok baju lawa2 
rembat sepasang 


Untuk bakal mak mertua dapatlah sepasang jubah 
Alhamdulilah bakal mak mertua aden suko


Macamana persiapan raya korang...?? 



mood nak balik kampung je sekarang ini..........




note : badan ini kejap sejuk kejap panas..tanda2 nak demam balik je ini 


Wednesday, July 24, 2013

Resepi : Makaroni Goreng Simple

Assalamualaikum


Kali ini azie nak share resepi makaroni
resepi ini pedas2 sikit tapi kalau tak nak pedas pun boleh 
~sory pic tak ada~


Makaroni Goreng Simple



Bahan-bahannya:-

* makaroni (terpulang berapa banyak)
* isi ayam - ( azie guna ayam kisar)
** nak guna udang/sotong pun boleh(tak perlu kisar)
* seulas bawang kecil ( dihiriskan)
* 2 ulas bawang putih ( dihiriskan)
* 2 sudu sos tomato
* 2 sudu sos cili
* 1 sudu kecik sos tiram
* serbuk blackpaper
* serbuk aregano leave herb
* sedikit garam & gula
* brokoli ( direbus dulu)
* sayur campur (yang dalam pek2 )
* cendawan butang 
* 2 keping daun limau 
* sos pasta ( azie guna brand adabi)
* 1 biji telur
* 1 biji tomato
* cili benggala 
* 2 biji cili padi(kalau nak pedas)



Cara-caranya:-

  1. Rebus dulu makaroni sehingga lembut bersama sedikit minyak tujuannya untuk mengelakan makaroni melekat 
  2. Kemudian toskan makaroni yang sudah siap masak
  3. Tumiskan bawang kecik & bawang putih yang dihiris sehingga garing sedikit kemudian masukan isi ayam
  4. Masukan sedikit sos tiram,sos cili,sos tomato,serbuk lada hitam , sos pasta dan serbuk aregano leave 
  5. Untuk menambahkan rasa tambah sedikit garam & gula 
  6. Kemudian masukan cendawan butang,sayur campur,daun limau dan makaroni yang ditoskan tadi ..kacau hingga rata
  7. Masukan pula 1 biji telur yang dipecahkan gaul rata 
  8. Akhir sekali,masukan brokoli(pastikan brokoli direbus dulu ),cili bengala dan tomato yang di potong dadu & cili padi (kalau nak pedas)
  9. Siap! kalau kurang pedas tambah sos cili...



p/s : 
  1. makaroni itu agak2lah  untuk beberapa orang nak makan TAPI kalau rebus banyak pun tak pe lebihan yang tak guna simpan dalam fridge then nak guna just rebus balik or rendam sekejap ngan air panas
  2. kalau tak nak letak cili padi pun takpe terpulang( ini just nak ada rasa pedas2 je)




azie guna makaroni yang ini,makaroni ini ada pelbagai size,azie pilih yang kecik sebab bila rebus dia kembang jadi bila makan tak rasa muak sangat..






Note : azie memang suka masak makaroni + cili padi baru kawwwww2 pedas...org malaysia katakan hehe



Tuesday, July 23, 2013

Kuih Jongkong....Macamana rupanya

Assalamualaikum


Semalam petang time dalam kereta azie dok dengar hot fm,kieran & ikhwan dok cerita pasal menu berbuka yang belum dapat (lebih kurang mcm itulah)
 then ada sorang ini call kata dia tak jumpa lagi kuih jongkong

kuih jongkong..??

Firstime dengar nama kuih ini,macamana rupanya ehhh puas jugaklah azie imagingkan rupa kuih ini daripada cerita pemanggil itu,katanya kalau dekat sini femes kuih pelita tapi kat perak kuih jongkong ini senang dapat


Giggihkan diri search macamana lah rupanya ehhh
maybe pernah makan tapi taktahu namanya
(selalu macam itu)
makan je tahu tapi nama tak tahu hahaha



cara balutnya serupa macam tapai


 isinya..ada kuah2 


berkali tengok kuih jongkong ini seakan bubur sum-sum pun ada jugak
or maybe orang utara panggil kuih jongkong kat sini panggil bubur sum-sum..
betul ke...??

sape pernah makan kuih jongkong ini...??


kalau bubur sum-sum itu memang azie pernah makanlah,rasa manis2 sebab kuahnya air gula,sum2 itu ada warna putih or hijau ..yang hijau itu letak perisa pandan.makan sejuk2 memang sodap


ini resepi kuih jongkong  click sini , click sini



note : nanti nak carilah dekat bazar ramadhan

Yeayy Bos bagi cuti RAYA!

Assalamualaikum


Okay bos dah umumkan cuti raya tahun ini
tak lama pun dapat dalam 6hari je
cuti awal 2 hari sebelum raya 
samada nak start 6haribulan or 7 haribulan

yang pasti 12/8 itu dah start keje balik ...huwaaaaaaaaaaaa


nampak tak azie tanda itu... itulah cuti raya tahun ini
kejap je tak macam tahun lepas


okay tak pe janji dapat cuti kan


tak sabar nak cuti... nak balikkkkkkkkkk kampung nun di johor
johor kampung mama azie.
then raya ke-3 inshaallah balik kampung abah azie nun di nogori sombilan
sambil2 itu boleh singgah umah bakal mak mertua hehe

senangkan 1 hala je tak sohh  gado2


korang pulak dapat cuti tak?
berapa hari...??



note : mood sekarang mood nak rayo je...hope dapat duit raya hahahaha..azie tak kawen lagi haruslah dapat duit rayokan..opppsss 


Monday, July 22, 2013

Resepi : Ayam Goreng Berlada

Assalamualaikum
13 Ramadhan 1434 H


Resepi kali ini simple & mudah 
Bagi yang suka pedas bolehlah cuba...
(maaf gambar tak ada)

Ayam Goreng Berlada

Bahan A :-

*Ayam
*Kunyit       } untuk digoreng
*Garam


Bahan B:-

* 2 ulas bawang merah ( dihiris)
* 2/3 ulas bawang putih (dihiris)
* daun limau
* asam keping
* garam
* gula
*cili merah dihiris (jika perlu)
** 10 biji cili padi ( terpulang sama ada nak kurangkan pun boleh) 
** 2 biji cili merah/hijau

** bahan2 ini hendaklah dikisar/blender 


Cara-caranya :-
  1. Bahan A (ayam) digoreng bagi garing2 sikit
  2. Kemudian tumis bawang merah,bawang putih sehingga naik bau 
  3. Then masukan bahan ** yang dikisar tadi ( cili padi,cili merah) tumis sehingga masak 
  4. Masukan garam,gula,asam keping dan daun limau 
  5. Last sekali masukan ayam yang digoreng tadi & cili merah yang dihiris
  6. Kalau tak nak masukan garam pun boleh sebab dekat ayam itu dah ada garam...just balance2kan rasa je ok... 



note : selamat mencuba

Friday, July 19, 2013

Al Quran (Mushaf Tajwid)- Dalam Bahasa Malaysia

Assalamualaikum





Semalam rezeki abah azie dapat Al Quran Mushaf Tajwid ini daripada bos besar lhdn,Isi kandungannya besertakan terjemahan dalam bahasa malaysia serta mengandungi hukum2 tajwid  & maksud surah-surah Al Quran 






terima kasih pada yang memberi,mudah2an dimurahi rezeki




note : alhamdulilah dah 10hari ramadhan

Friday, July 12, 2013

Sentiasa DIHATI ..Sayang KETAT2


Assalamualaikum



Cinta aku tak pernah beralih arah,kadang2 je aku curang sebab sahaja nak test market.Tapi dalam curang itu tetap nak setia dengannya,asyik teringat,terbayang ibarat makan tak kenyang,tidor lena aje,mandi memang basah kalau idak mandi kerbaulah jawabnya.


Setiap kali habis aku gelisah tak tentu arah.Puas fikir apa nak buat,apa akan berlaku..sobs sobs sedih.
Percayalah saya sayang awak ketat2,tanpa awak saya tak mungkin dapat target diri saya sendiri.


Bila awak ada disisi saya,saya terharu sangat,pagi petang malam memang saya tak nak pisah dengan awak.Nak awak ada je dengan saya setiap masa,saat,minit,jam ,hari ,bulan & selamanya..(tengok betapa saya sayangkan awak!)

Please lah please lah jangan pergi jauh2 dari saya..................


Adoi azie hoiii dah kenapa pulak ehkau ini..tolonglah jangan terlalu perasan dan over confident.


Please aku tak over tapi inilah hakikat & realitinya....


Untitled





Oh cinta hatiku,
Tengok popular dah ehkaukan sebab aku dah masukkan dalam laman ini,pleaselah ko jangan curang dengan aden yerk..merajuk 30hariberturuttanpahenti!




inilah teman tapi mesra




Mesti korang dah fikir lain kan hahaha,inilah teman tapi mesra aku sepanjang puasa ini.Pagi petang malam sentiasa disisi,kata nak diet jadi aku guna losen mustajab ini ,memang angin keluar dan terasa kempis pulak perut ini,itu yang buat aku suka sangat!

Sebelum2 ini pon aku dah share dengan korang pasal produk ini click sini click sini
Sebab losen ini jugak berat aku turun..love uuuuuuuuuu so muchhhhhhhhhhh hahaha
Nanti nak pergi fitting baju senanglah sebab dah slim hehehe.....


Tapi nak nampak lagi berjayanya pakailah dengan korset..hasilnya takkan mengecewakan.





note:_
aku suka kaler ini sebab hot2 kan 





Thursday, July 11, 2013

Coretan :-Bergaduh Dengan Diri Sendiri


Assalamualaikum



banyak benda nak dicerita
banyak benda nak dishare disini
TAPI
entah kenapa ianya seperti tiada hala tuju

bermacam2 idea datang
tak tahu yang mana hendak didahulukan
"bergaduh dengan diri sendiri "
dasyatkan.....dasyat...


Saat tangan ke keyboard untuk mengikut rentak
Idea yang berkembang2 bagaikan cendawan
tiba2 hilang ..hilang...hilang
pasrah okay pasrah sangattttt


"bergaduh dengan diri sendiri"


Sampai  saaat menaip
Assalamualaikum or Selamat Sejahtera
sebagai pembuka kata
ibarat kita datang ke rumah orang memberi salam tanda 
menghormati tuan rumah


Terhenti disitu kerna...
Story yang hendak di khabar2kan hilang serta merta
dengan kata lain "blur"
dengan pantas jari menekan close


Refresh story hot2 new2 dr teman2
Wooowww dasyatnya mereka
ada sahaja cerita yang hendak di khabar2kan
terleka saat meniti hasil nukilan mereka
dalam hati terdetik
banyaknya idea,ada je story


Terlintas dihati,
keyakinan perlu ada...setiap hari adalah cerita
jadikan ianya story di sini
mungkin tidak semua perlu dishare
privasi perlu ada....


TAPI
mungkin tak tahu dimana hendak dimulakan dulu
menjadi tekanan pada diri sendiri
sebab itu kadang cerita lain dari tajuk


alaaa biasa dan biasalah tu............


ada juga suara2 yang mengatakan
bila menyengah @ bw pasti
idea itu datang dengan sendiri
MUNGKIN...mungkin ada kebenarannya...





note :

 terima kasih teman2ku sekalian kerna sudi menyinggah,mengomen di blog yang sederhana ini,kerna setiap kunjungan ,komen2 itu memberi banyak makna buat sipenulis,sebanyak sedikit semangat menulis itu datang dari anda2 semua.
Terima Kasih
andai ada kuranganya disini,mohon diberi tunjuk ajar..tunjuk ajarku sifu









Wednesday, July 10, 2013

Tips: Kelebihan air beras

Assalamualaikum


Rasanya kali ini nak share tips
agak lama jugaklah xshare tips2 inikan lagi2 mengenai kecantikan 
omcoz lah perempuan katakan


Senang ceritalah,
 kita ini perempuan bila tengok benda baru mesti nak tahu..nak cuba
Kali ini aku share barang yang mudah & ada didapur  yg boleh diguna pakai expecially untuk muka bukan setakat untuk dimasak aje



pic air beras xsempat nak ambik jadi aku tunjuk beras jelah ehh


Rasanya semua orang tahu kegunaan air beras ini 
cuma jarang dilakukan




Air beras yang dibilas itu jangan dibuang 
Sebaik2nya air bilas yg ke2 or 3 asingkan untuk membilas muka
selawat 3kali then sapu seluruh muka.amalkan setiap hari or seminggu 3 or 4kali
Inshaallah muka akan lebih bersih 
mudah & senangkan..inilah yang aku amalkan alhamdulilah kulit muka ok jerawat pun tak ada 
 blackhead makin lama makin berkurang 


Selain sapu pada muka,air bilas beras ini boleh digunakan untuk 
disiram pada pokok bunga







note : segala tips yang diberi hasil selepas diguna,dipakai atas diri aku sendiri..Then bila hasilnya memuaskan  aku share dengan korang2.. Inshaallah kalau kita yakin hasilnya sangat berbaloi..










1 Ramadhan....


Assalamualaikum
Selamat Berpuasa 




Hari ini bersamaan 1 Ramadhan 1434H,
 alhamdulilah diberi kesempatan untuk menjalankan ibadah ini,
semoga ibadah puasa kita diterima,dipermudahkan segalanya.








note : ada tak yang terlepas sahur pg tadi....?? hehe

Monday, July 8, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum



Pejam celik pejam celik dah nak menyambut
  Bulan Ramadhan Al Mubarak..
Aku memang tak sabar nak sambut ramadhan,selain kewajipan,aku nak diet,nak pergi pasar ramadhan..inshaallah tahun depan berpuasa & rayo dengan suami pulak..tak sabar pulak rasanya
 (gatai sungguh ehh kau nie)..
mudah2an ramadhan kali ini memberi seribu makna amin ya rabbalamin..


Sebut je puasa & raya ,sekarang dah mula orang ambik tempah buat biskut raya.
Promosi sana sini,bila tengok je semua nak rasa,nak belikan .
Tapi tahun ini,inshaallah aku buat 2jenis je kot,yang lain main tunjuk2 


Setiap kali raya biskut yang aku cari lain tak lain tart nenas
bukan tart gulung tapi tart tekan2 hahaha macamana rupanya ehhh kenelah tunggu okay,
selain tart biskut cornflakes yang salut dengan tepung itu,eh macamana rupanya itu kak oiii sila google sekarang.
Kalau tak jumpa jugak sila buka pages depan blog aku click dekat "Resepi Shafazie" kalau malas sangat click sini BISKUT CORNFLAKES


Dah dapat resepikan apa tunggu lagi buatlah cepat,lepas itu post sikit dekat aku ehh (hehe gurau2 je) 
Korang2 pulak agak2 tahun ini buat ke or main tunjuk2 je?? 






note             : Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak yerk Kawan2 ku
Created by  : Shafazie

Prosedur Pemohonan Perkahwinan ( Anggota Beruniform)

Assalamualaikum



Seperti yang dijanjikan sebelum ini,azie nak share mengenai permohonan perkahwinan untuk anggota. Anggota yang azie maksudkan polis..tentera & seangkatan dengannya.


Macam tunang azie polis,jadi sebelum nak isi/setelkan borang nikah dia perlukan setelkan borang permohonan perkahwinan daripada jabatan dia dulu,kene isi borang & lengkapkan borang itu (maklumat dia & maklumat azie) then dia kene hantar balik borang itu dekat jabatan dia dapatkan sign & surat kelulusan camtulah.Pastikan lengkap dan maklumat diberi betul sebab ini untuk rekod jabatan .



Antara dokumen2 yang diperlukan:-
  • salinan kad kuasa pemohon
  • salinan ic bakal isteri
  • salinan ic ibu bakal isteri
  • salinan ic bapa bakal isteri
  • surat akuan bujang pemohon
  • surat akuan bujang bakal isteri
  • salinan test hiv pemohon
  • salinan test hiv bakal isteri
  • salinan sijil kursus perkahwinan pemohon
  • salinan sijil kursus perkahwinan bakal isteri

** kesemuanya kene sediakan dalam 3salinan**


Setelkan semua ini,pemohon(tunang azie) kene isi maklumat dalam sistem HRMIS pulak.
Selesai semua ini bolehlah setelkan borang nikah .Sebab itu tunang azie kene setelkan borang2 dia dulu.
Tapi yang ini untuk polis ,bagi tentera azie tak pasti samada prosedur dia sama ke tidak...



note : scan & save semua salinan dokumen2 yang diperlukan dalam pendrive senang sikit ,esok nak isi borang nikah dah ada . yang original pun perlu nanti jadi simpan dalam file.

Friday, July 5, 2013

Wedding Check List _B2B

Assalamualaikum



Wedding check list for my resepsi 





1.Dokumen2 yang perlu :_
  • Kursus Pra Perkahwinan                               
  • Hiv Test                                                        
  • Borang Kebenaran Untuk Anggota (Lelaki)-khas utk polis & seangkatan dengannya
  • Surat kekelulusan untuk Anggota (Lelaki) -khas utk polis & seangkatan dengannya    
  • Surat Kebenaran Nikah (Lelaki)                     
  • Borang Permohonan Nikah (Lelaki)                
  • Borang Permohonan Nikah (Perempuan) 2C  
  • Borang Persetujuan Wali    2D                       
  • Surat Akuan Bujang (Lelaki)                          
  • Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah (lelaki)
  • Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon                      "Kebenaran Nikah Luar Negeri’. (Lelaki)  
  • Lengkapkan borang (L/P),hantar ke Pejabat Agama(tunggu surat lulus)    
  • Pastikan borang lengkap serta buat salinan yerk                 


2.Persiapan untuk Majlis Nikah:_
  • Lokasi Nikah                       
  • Jurunikah                             
  • Saksi (2orang)                     
  • Baju Nikah (Lelaki)            
  • Baju Nikah (Perempuan)     
  • Hantaran (Perempuan)        
  • Hantaran (Lelaki)                
  • Bantal Nikah                    
  • Makeup Nikah                  

3.Persiapan untuk Majlis Sanding Belah Perempuan :-
  • Tempah Dewan         
  • Catering                     
  • Door Gift                   
  • Pelamin                     
  • Baju Sanding (Perempuan ) & (Lelaki)
  • Aksoseri                   
  • Makeup                    
  • Kasut Lelaki             
  • PA System              
  • GuestBook             
  • Pengapit                  
  • Photographer           

4.Persiapan untuk Majlis Sanding Belah Lelaki -Bertandang
  • Catering                        
  • Pelamin                          
  • Baju Sanding (L) & (P)  
  • Makeup                        
  • Aksesori                        
  • Kasut Lelaki                  
  • Door gift                       
  • Pengapit                       

5. Persiapan2 lain:-
  • Tempahan kad jemputan   
  • Door Gift                        
  • Tempah kek                   
  • Bunting/Banner                
  • Tanda Arah Jalan             
  • Bridal Bouquest               
  • Kompang                        



Inilah antara persediaan,persiapan untuk majlis nikah,sanding untuk majlis azie,banyakkan kene buat,mudah2an segalanya berjalan dengan sempurna. Bagi B2B bolehlah jadikan panduan ini untuk rujukan korang2 nanti. sharing is caring


tips :
  • Kalau boleh buat catatan keperluan yang diperlukan contoh dalam diari ke or buku catatan ke untuk memudahkan rujukan korang nanti.(Penting ini)
  • Pastikan segala barang yang dibeli or booking membooking itu ada resit bayaran yerk
  • Dengan ada segala butir2 bayaran or pembelian korang boleh tahu bajet yang korang dah keluarkan untuk majlis korang,samada terlebih or ok (kene ambik kira ini untuk mengelakan pembaziran)
  • Segala tempahan kene buat awal..elakan drp last2 minit..
  • Serius bila banyak benda nak kene buat,badan memang letih jadi pastikan kesihatan dijaga ok
  • check list tempahan yang telah dibuat dengan pihak terbabit 
  • Hiv Test valid 6bulan & borang nikah 3bulan
  • banyakan berdoa & solat yerk mudah2an majlis berjalan dengan lancar.amin ya rabbalamin







note : Azie doakan mudah2an persiapan untuk majlis korang (B2B) berjalan dengan lancar,jangan stres sangat tau,memang pening,letih,risau tapi cuba buat yang terbaik okay..inshaallah


Thursday, July 4, 2013

Otak-Otak Made In Johor

Assalamualaikum



Abah azie selalu outstation,setiap kali dia outstation mesti bawak ole2,kalau tak azie paksa abah azie beli hahaha jahat punya anak paksa2 ehh ,it ok abah azie sporting..bulan lepas je dia pergi sabah & penang azie mintak abah azie belikan T-SHirt yelah dah kesana kalau balik tangan kosong tak bestkan 


Selasa baru ini abah azie pergi Johor pulak tapi dah balik semalam 2hari je,balik2 abah azie bawak ole2 


Cer teka apa ini,sodap weyy memang peberet ini,kalau dah hadap benda ini jangan harap nak toleh kiri kanan,inilah otak-otak made in Johor.isi dalam ikan memang terasa ikan & tebal (puas makan)



Padahal dah nak tido ,otak2 punya pasal gigihkan diri panaskan then makan perghhhhh nikmatnya menjilat ibu2 jari,memang sedap..rupanya kedai yang abah azie beli ini tak jauh dari kampung mama azie..
Raya tahun ini balik Johor bolehlah singgah beli lagi..
(kalau kesempatan nanti azie share lokasi kedai ini dalam blog ini ehh)


Kalau nak dibandingkan otak2 yang ada dekat kl ini alahai ciput je,nipis lak kadang itu mahal.Ada jugak yang sedap tapi jarang2 dapat.





note            :  dah kene start diet ini............................ kene tahan nafsu makan .DIET..DIET



Monday, July 1, 2013

Happy Besday to ME ... alhamdulilah

Assalamualaikum

canteknnye kek ini....nak mcm ini jugakkk 


Welcome July,2013
Happy Besdayyyy to me.... 
Alhamdulilah hari ini 1 July genaplah umur aku 26tahun..
Syukur alhamudulilah dengan nikmat yag kau berikan..


Macam tak sangka dah menjangkau 26tahun...
Terasa muda pulak hahaha...
Member2 yang sebaya dengan aku ramai dah menamatkan zaman bujang 
Inshaallah tahun ini aku jugak mengikut jejak langkah dorang semua
Doakan untuk kami yerk kawan2 ku


Terima kasih untuk semua yang wish melalui sms,call,fb,whatsap,blog & seangkatan dengannya...
Terima Kasih sangat2 dekat korang semua..........sayang koranggggggg ♥♥♥♥♥♥♥


Selamat Hari Jadi 
untuk teman2 yang sama date
semoga kalian dimurahi rezeki,sukses selalu



note            : semoga segala persiapan berjalan dengan lancar,amin...Terima kasih mama,abah & cik tunang
created by : shafazie