Pages

Tuesday, April 9, 2013

Tips & Panduan Interview/Temuduga





"INTERVIEW/TEMUDUGA"


Mesti semua pernah alami situasi inikan,samada formal ataupun tidak formal bergantung pada keadaan,tempat di interview

Perasaan.. berdebar,cuak,risau macam2 ada ,lagi2 pertama kali di interview .Kot ada yang sampai tak selera nak makan.tidor pun tak lena asyik fikir je.Lagi2 bila hari yang ditunggu tiba,bila nak makan je aku risau takut perut memulas,nak minum takut terkucil pulak .Nak melangkah masuk bilik temuduga jangan cakaplah menggigil,cuak semua ada .(ini situasi yang penah aku lalui)

Pakaian..Berpakaian kemas yang sepadan (matching),berbaju kurung berkasut tumit/menutup  bagi perempuan ,berbaju kemeja seluar slack bertali leher bagi lelaki.Yang pasti bukan menjolok mata.



Apa yang perlu dilakukan sebelum  interview

  • Persedian awal dengan menyediakan resume,sijil asal dan salinan atau gambar 
  • Kaji selidik tempat yang kita pergi interview,jawatan yang dipohon serta bidang jawatan yang dipohon
  • Kenal pasti lokasi temuduga (kot2 sesat ke,terlewat ke sekurangnya kita tahu dari rumah ke lokasi berminit,jam )
  • Pastikan memilih pakaian yang sesuai & kemas
  • Tidor yang cukup agar kelihatan lebih cergas 
  • Sarapan -jangan biar perut kosong (kang tak pasal2 ada background effect pulak)
  • Datang awal 
  • Yakin dengan diri sendiri (kalau kita sendiri tak yakin dengan diri sendiri macamana orang yang interview nak yakin dengan kita)




Adab-adab interview 

  • Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga
  • Mendengar dan menjawab soalan dengan betul
  • Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi
  • Bersikap tenang dan tidak gementar
  • Jangan menguasai sesi temuduga
  • Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak
  • Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan
  • Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberioleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara berhemah
  • Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain
  • Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga
  • Jangan menunjukkan ‘silent ‘ protes jika lambat dipanggil panel temuduga
  • Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
  • Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda
  • Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun



***Sebarang info berkaitan tips & panduan interview boleh click di bawah ***
 Share Info  Tips & Panduan Interview/Temuduga



note: semoga berjaya... "gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya" "usaha tangga kejayaan"



5 comments:

  1. yezza.. sangat berguna info ni. hehe

    ReplyDelete
  2. Whoa! Info yang sangat berguna untuk semua yang bakal ditemuduga. Yang penting kena berkeyakinan. ^_^*

    ReplyDelete
  3. dah lama tak interbiu....keje skang dh ok rasanya hehehhe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi,Bila Singgah Jangan Segan Silu Komen Lagi..