Pages

Thursday, July 30, 2015

Throwback Hari Raya Ku






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
01 Syawal 1436H



Masih mood raya,pejam celik dah 14 syawal terasa kejap masa berlalu .Tahun ini amat bermakna sebab 1st raya bersama anak tersayang #nuralisyasofia#..yang sedih pulak sebab tak dapat nak beraya bersama cikhusben coz cikhusben kene kerja pagi raya nasib ada peneman yang comey itu.Alhamdulilah syukur sangat 



Pagi raya azie & family still dekat rumah,dapatlah berkumpul dengan mama,abah,anak & suami bersalam2an bermaaf2an makan2 before cikhusben pergi kerja.Cian tengok dia pagi itu coz lepas itu azie n family bertolak balik kampung abah azie dekat Pilin,N9,tahun ini turn raya belah azie itulah bila dah kahwin ada turn2 raya

_moment raya kami_

dalam perjalan balik kampung


ooooo balik kampung ooo balik kampung
hati ku riangg






selpie anakberanak


Seronok sebab dapat jumpa cousin,makcikpokcik,anakbuah ,nak dijadikan cerita semangat malam raya buat Kek Minyak Pelangi buat kali ke2nya memang dah niat nak jamah sepupu2 makcik makan ,tapi sedih sikit kek itu xberapa cantik pulak macam 1st buat ,hangus bahagian atas sebab azie salah letak time bakar tapi rasa tetap sama  nak gelak ada nak nangis pun ada ..terbantut nak bagi maklong azie rasa alih2 bagi adik sepupu je .



Bukan apa ini sume gara2 dah penat ,before raya memang duk kemas rumah,packing baju & alisya meragam dekat pukul 2 jugak tidooo weyyy.Raya kali ini azie request mama masak ayam masak merah,ketupat (segera) & kuah kacang..masakan mak jugak yang terbaikkan ..betul tak..?? Bab packing memang makan masa sebab apa???ada je yang nak disumbatkan beg alisya je dah 3 beg ambikkau..atok alisya siap perli ini nak pindah terus ke huwaaaa atokkkk

_moment mama den didapur_


_sehari sebelum raya masing2 sibuk,sempat jugaklah family2 belah mama (dlm group whtsapp)  tanya masing2 tengah buat apa,apalagi semua post gambar ..family azie post pic menu diatas


mama tengah nak siapkan kuah kacang kira menu WAJIB ada dipagi raya..SELAIN itu




ayam masak merahhhhh WAJIB jugak ok..kalau tak ada majok 30hari hahahahha



Itu azie kata berkobar siapkan anak punya,rezeki tahun ini dapat bagi anak2 sedara duit raya ,Ehhh taklupa jugak kali ini 1st Alisya collect duit raya,terima kasih yerkk yang memberi syukuralhamdulilah.Raya ke 2 dapatlah raya rumah makcikpakciksedara belah abah azie siap sambung sampai raya ke3..seronok sangat sampaikan raya ke3 pun kitorang raya dekat pizzaaahutt..torbaiklahh hahahha


_moment kami beraya_



Raya pertama 

17 Julai 2015
1 Syawal 1436H




kami anakberanak ..family kecil ku...
sobssss.. cikhusben tak ada kene kerja... Alhamdulilah cikhusben izinkan azie & anak balik raya kampung abah azie tahun ini .. kesian dekat dak tecik itu..



tengok ituuuuu.. alisya pakai baju kurung yang sepupu azie jahitankan.Alhamdulilah siapp akhirnya.siap 2 pasang lagi .Sepupu azie buatkan kurung pahang (tanpa kain ) & jubah ..Sepasang dengan mama kalau tak dah sepasang dengan baba kan...




Raya ke 2

18 Julai 2015
2 Syawal 1436H









Raya ke2 tak jalan mana2 sangat just yang dekat2 je g rumah mak sedara belah abah azie,rumah sepupu,tapi penatnya boleh tahanlah coz ada anak kecik kan ,lagi2 bila meragam semua benda serba tak kerna.Cian dengan cuaca panas.


suka sangat pic ini

Tengok itu dak tecik itu keletihan,sampai tertido2 .mama nya tetap nak selpie melpie opppsss



Raya ke3

19 Julai 2015
3 Syawal 1436H

Raya ke 3 kalau ikutkan balik kl memandangkan raya ke rumah sepupu & makpak sedara tak habis,dengan cuaca pagi itu hujan dengar kata highway pun jem tu yang cancel balik kl raya ke 4
Raya ke3 still beraya ke rumah sedara mara,makcik azie(adik abah azie) buat makan2 dah selesai continue raya ke Chengkau,N9 rumah mak mertua sepupu azie





Next destination.......


azie plan dengan mama nak belanja sepupu & pakcik azie makan,time itulah tekak teringin nak makan pizza huttt,kebetulan pulak adik sepupu tanya rezeki dorang jugak terus ke Tampin,N9



berayalah kami di Pizza Hut Tampin





Alhamdulilah kenyang ,happy gilerrrr dapat makan2,sembang2,selpie melpie .
Dalam dok makan2 itu siap plan nak ke mana pulak,sambung raya ke rumah kawan pakcik azie area Tampin jugak..Kami follow je nama pun raya kan



Sampai2 je terus naik atas itu,woooww nampak 1 bandar Tampin boleh jugak nampak negeri jiran Melaka weyyyy .nak kata jugak rumah ini besar.. Sampai2 je tuan rumah pelik kenapa terus ke atas hahahaha kitaorang kata nak bergambar..SPORTING




Masuk2 je dalam rumah terpegun ok,cantiknya hiasan dalaman rumah ini wooowww
tapi yang paling best kan tuan rumah sporting gilerrrr.ramah pulak itu ..tak kisah langsung..
before nak pergi sini pakcik call tuan rumah ini dia kata dalam 10-15 minit yerkkk
kenapa..???


dia tak nak nanti orang tertunggu ,dia nak layan semua tetamu sama rata ..
tengoklah kitaorang sempat selpie melpie lagiii




time ini dak kecik ini ok lagi ,tapi meragam sikit sebab nak tidoooo.akhirnya tido sebab kene a/cond amboiiii anak ...hahahaha
Lepas itu sesi makan2 sambil borak2..
anak2 dorang pun sporting tau , siap nak main dengan dak tecik alisya ini tapi tidoooo




Lepas makan sesi bergambar lagi.....time ini borak2 ngan wife tuan rumah,ramah ok dah itu tak kisah langsung ,wife & husband ini kerja kontraktor sbb itu rumah dorang design sendiri dah itu tak sombong ok.saya sukaaaaa


Inshaallah ada rezeki kita jumpa lagi,time itu alisya pun dah pandai jalan...
Terima kasih aunty & uncle bg duit rayaaaaa..



Raya ke 4

20 Julai 2015
4 Syawal 1436H


Balik kl....kejap je rasa &  tak puas nak beraya dengan sepupu /makcik/pakcik semua.Before balik kl singgah rumah mertua azie..





Serba sedikit coretanku di Hari Raya........
Salam Sayang daripada


#Shafazie#
#Shafaziesya#







Coretanku :-
Jumpa di next entry yerkkkkk

Tuesday, July 14, 2015

Persiapan Raya

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Tinggal beberapa hari sahaja je lagi kita akan menyambut kedatangan Syawal,persiapan pun hampir2 setel terutama bab anak,alhamdulilah Syawal ini lebih bermakna sebab ada budak tecik .Persiapan pun more dekat dia je beli itu ini lah sampaikan tempah baju sendiri pun last minit ok .



Alhamdulilah akhirnya baju pon siap dengan sempurnanya terima kasih my cousin kak ima sebab jahitkan baju kami .Baju alisya ,cousin azie buat 2 helai,baju kurung pahang & jubah tapi baju kurung pahang itu tak ada kain .Macamana rupanya kan.... ala2 jubah gitue sedang elok je alisya pakai .Itu pun tak tahu berapa lama dia nak pakai biasalah budak kecik panas2 kang mulalah rimas.Nanti azie share pic ehhh 



Raya ini balik mana....???


Tahun ini agak keberatan sikit sebab cik husben kerja sampai raya ke 6 or 7 ,ibarat macam tak cukup korum lah sebab cik husben tak ada dengan kami raya sama2.Jadi azie ikut abah azie balik kampung dokat N9,rayalah dengan dak kecik alisya ini.Tahun lepas raya dalam keadaan pregnant paham2 je lah orang pregnant kalau jalan jauh sikit mulalah mual lah peninglah (itu dugaan thn lepas)



Biskut raya buat ke or tunjuk2 je...??



Tahun ini memang awal2 lagi azie dah bagitahu cik husben nak buat biskut,tambah pulak time besday tempoh hari dia hadiahkan EO itu yang semangat nak buat biskut raya.Dapatlah 3 jenis popia nestum,cornflakes madu & suji .Ehh lupa pulak sempat jugak buat kek .Resepi korang boleh tengok dekat Resepi Shafazie



Cuti Raya sampai bila....??


Seperti raya2 sebelum ini,seminggu je & awal 2 hari 
Now nak buat kerja pun dah kelaut sebab apa...mood raya dah datang...Ehhh KORANG pun sama kan,tak baik tipu tauuu  hihi





coretanku :-
Balik kampung ooo balik kampungg




Friday, July 10, 2015

RESEPI :- CornFlakes Madu Ranggup

Assalamualaikum
Salam Sejahtera





Resepi seterusnya azie nak share resepi daripada Cornflakes,semua orang suka makan cornflakes,resepi ini kira paling mudahlah kenapa sebab bahan pun mudah 


RESEPI:-

Cornflakes Madu Ranggup


Bahan-bahannya:-

  • Cornflakes 
  • 125g buttercup
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/4 cawan madu or 6 sudu besar  (korang agak2lah yerk) 



Cara-caranya:-


  • Cairkan butter dengan api yang sederhana dalam kuali yerk
  • Kemudian masukan gula halus & madu kacau hingga pekat .




Cornflakes 




  • Kemudian masukan adunan yang di masak tadi ke dalam bekas yang berisi CornFlakes.
  • Gaul rata 




Kemudian masukan dalam cup



  • Hiaskan dengam manik warna warni 







  • Bakar dengan suhu 150-160 darjah dengan masa 5-8 minit



Azie buat 2x adunan itu yang dapat 2 balang ini..
Kalau tak dapat 2balang tinggi penuh tapi banyak dah masuk mulut hihihi....



SELAMAT MENCUBA



Coretanku :-
Inilah antara menu bsikut raya yang azie buat tahun ini.Korang lak buat biskut apa ?? ke tunjuk2 je ??

RESEPI:- Kek Minyak Pelangi Warna Warni

Assalamualaikum
Salam Sejahtera





Pejam celik,lebih kurang seminggu je lagi kita akan menyambut Syawal.
Mesti dah ada yang mula membuat biskut mahupun kek untuk tempahan or hidangan raya nanti.
Apakata korang try kek yang paling mudah & bolehlah korang hidangkan pada tetamu yang datang beraya nanti




RESEPI:-

KEK MINYAK PELANGI WARNA WARNI




Bahan-bahannya:-


  1. 5 Biji Telur
  2. 1 sudu esen vanila
  3. Pewarna (azie guna merahjambu,kuningtelur,hijau)
  4. 1/2 cawan gula halus
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. 1 cawan susu pekat
  7. 1 cawan minyak masak
  8. 1 camca teh baking powder
  9. 1 sudu besar ovallate



Cara-caranya:-
  • Pukul telur bersama gula & ovallate sehingga kembang
  • Kemudian masukan susu pekat,esen vanila,minyak masak gaul rata




  • Akhir sekali masukan tepung gandum sikit demi sedikit,gaul rata
  • Bahagikan adunan pada 3 bahagian_ letakan pewarna 



  • Lingkar seperti dalam gambar bagi menampakan corak kek(terpulang pada kreativiti masing2)



  • Selang selikan setiap adunan yang diwarna kan 




  • Bakar dengan suhu 150-170 darjah lebih kurang 40-45 minit sehingga masak






Alhamdulilah siap masak









SELAMAT MENCUBA



Coretanku :-
Rasanya sedap,tak terlalu manis..serata je ..try tauuu 


Tuesday, July 7, 2015

RESEPI:- Popia Nestum Rangup

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Tinggal 10 hari lagi sebelum kita menyambut kedatangan syawal ,terasa kejap masa berlalu .Mesti korang busy siapkan apa yang patut & paling2 pun buat biskut raya ,macam tak lengkap kalau tak ada biskut raya kan .
Moh azie nak share resepi paling mudah untuk disediakan .Bila makan pasti nak..nak lagi boleh dijadikan kudap2 sambil tonton tv 


RESEPI :-

Popia Nestum Ranggup


Bahan-bahannya:-

  • Kulit Popia 2 paket (azie guna paket kecik je)
  • 2 setengah cawan nestum
  • 2 sachet horlick 3 in 1
  • 5 sudu gula caster/halus(nak letak lebih pun boleh )
  • 3 sudu tepung gandum + sedikit air (utk gam)

cara-caranya:-

  • Bancuh tepung gandum bersama air untuk gam di hujung ,measure pekat bukan cair yerk
  • Leraikan kulit popia & gulung dihujungnya gam dengan bancuhan tepung tadi




  • Kulit popia cepat mengering ,pastikan proses mengulung popia dalam keadan lembut 
  • Lepas mengulung,gunting secara serong




  • Siap mengulung & gunting popia,bolehlah digoreng dalam kuali dengan minyak yang betul2 panas
  • Goreng agak2 kekuningan,hati2 takut hangus ..api sederhana
  • Akhir TOSkan popia tadi



Proses seterusnya

  • Blender nestum,horlick & gula halus tadi halus or kasar sikit (terpulang pada selera masing2)
  • Akhir sekali,taburkan bahan yang diblender tadi ke atas popia dengan rata



TARA....Siap 1 balang






****
Pastikan popia digoreng sehingga garing barulah ranggup dengan api yang sederhana
Kalau nak guna 3 paket popia just korang balancekan sukatan nestum/gula/horlicks yerkk 



SELAMAT MENCUBA




Coretanku:-
Next resepi biskut raya... 

Friday, July 3, 2015

Selamat Ulangtahun Kelahiran Azie_Throwback My Birthday 1 July

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Cepat sungguh masa berlalu pejam celik je dah 16 Ramadhan 1436H .
Alhamdulilah 14 Ramadhan iaitu 1 July genaplah umur azie 28tahun syukur padanya .
Tahun ini lebih bermakna coz adanya myprincess nuralisyasofia & suami ,tahun ini tak ada sambutan memandangkan jatuh pada bulan puasa.Just berbuka sama2 dengan family azie mama & abah itu pun dah cukup bermakna buat azie




hadiah..???


Alhamdulilah rezeki yang diberi dapat jugak electric oven boleh lah felling2 buat biskut rayoooo.Thank Q cik suami sebab tunaikan hajat isterimu ini yang semangat nak buat biskut rayooo
Ehh ada lagi hadiah..... stay tuned azie hihi



Firstly ,azie nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH yang tak terhingga pada suami,family,kawan2 bff,kawan2 alam maya ,member kolej ,bos ,member tempat kerja yang wish my besdayy.TERIMA KASIH semoga dipermudahkan urusan kalian & di berkati.Amin Ya Rabbalamin



Pada mereka yang besday pada hari ini azie ucapkan selamat Hari Ulangtahun Kelahiran & Semoga diberi kesihatan yang baik & dipermudahkan segala urusan.





coretanku :-
Kalau kesempatan azie share resepi biskut raya yerk...