Pages

Tuesday, March 31, 2015

Terima Kasih Yang Memberi_Ole2

Assalamualaikum
Salam Sejahtera





Mungkin ini dikata rezeki..Alhamdulilah
Terima kasih pada yang memberi





Donut

Alkisah minggu lepas tekak ini teringin sangat nak makan donut, azie pun bagi tahu cik husben nak makan donut dia kata aik mengidam pulak ke,kalau dulu ngidam sebab berisi lah ni..huwaa sadis je dengar..

Jumaat itu pergi ekspo mom & baby dekat Mid Valley.KL nampak kedai donut,cakap dekat cik husben balik nanti nak beli donut,sebab dah penat sbb beratur nak dapat pampers punya pasal perut dah berdrum dram terus  beli donut dapatlah 6 ketul yang omey2 itu
Lepas mengidam hahahaha


Coklet Langkawi

Ahad baru ini abah azie outstation dekat Perlis,abah ada gtahu yang dia akan singgah Langkawi nanti ada apa2 nak kirim tak memang tak lepaskan peluanglahkan hahaha,azie pun kirim dekat abah coklet bukan takat bagitahu mulut je siap whatsapp abah pic coklat yang azie nak hahahaha bukan apa abah azie taktahu sangat coklet2 ini bagi pic senang dia cari nanti


Kirim daim,nuteela go,bueno,kiss dengan cadbury tapi cadbury tak dapat abah kata tak sempat oklah tak pelah yang mana ada jelah,kirim baju untuk Alisya pun abah tak sempat nak belikan kitaorang tak nak sbb tahun lepas dah shopping sakan dekat Langkawi









Nampak tak itu....
Nutella Go....
Teringin sangat nak makan ,itu yang kirim dekat abah akhirnya dapat jugaklah 4biji hahahaha..
bagi azie coklat je sedap biskut dia boleh2 lah.
Tak sempat2 malam tadi dah ngap 1






Pagi tadi sampai opis bos kata ada coklet atas meja,omg......
Ole2 dari New Zealand ,terima kasih bos!
Bos baru alik cuti dari NZ bestnya... siap bagi keychain lagi suka..suka..suka



Alhamdulilah rezeki ,bulan ini jugak gaji naik..syukur sangat
Terima Kasih Bos....Semoga murah rezeki bos






coretanku :-


bertambah2 lomak lah badan gamaknya 
bukan selalu pun 




Resepi : Makaroni beef with mushroom

Assalamualaikum
Salam Sejahtera





RESEPI
MACARONI BEEF WITH MUSHROOM






Bahan-bahannya:_

  • macaroni (direbus)
  • daging cincang (brand ramly)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 keping daun limau purut
  • 2/3 tangkai cili padi (nak bagi pedas)
  • lada bengala 
  • 1 or 2 tangkai cili merah / hijau(dihiris)
  • cendawan butang ( cendawan dalam tin)
  • sayur campur 
  • fish ball (dihiris)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji telur
  • garam & gula
  • serbuk aregano leave herb
  • sos pasta (brand adabi)
  • sos cili & sos tomato



Cara-caranya:-

  • Rebus macaroni dulu (letak sedikit minyak agak tak melekat).Kemudian toskan 
  • Tumiskan bahan2 bawang putih sehingga naik bau,masukan sos pasta,sos cili or so tomato,garam sedikit,serbuk aregano 
  • Masukan daging cincang ,kemudian cendawan butang & fish ball 
  • Untuk pedas boleh masukan sedkit cili padi,masukan daun limau purut untuk naikkan bau,lada bengala,cili merah or cili hijau yang dihiris
  • Kemudian masukan sayur campur agak2 semua dah sebati masukan 1 biji telur yang sudah dikacau & akhir sekali masukan macaroni yang di tos & tomato yang dipotong dadu itu
  • Siap...







Coretanku :-

Untuk lain2 resepi boleh click di sini yerk   My Resepi

Monday, March 30, 2015

Wajib Bertungku Jangan buat main2

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



BERTUNGKU & BERURUT


Selalu kita dengar bertungku2 bagi ibu2 yang lepas bersalin @ dalam pantang untuk membaikipulih aliran darah,mengecutkan rahim,mengelakan angin masuk,membuang angin,dll


Tungku sekarang macam2 cara ada kan,baik yang moden mahupun tradisional

Macam Azie lepas habis pantang tempoh hari azie pilih cara tradisional,azie berpantang dekat rumah mama azie then sambung pantang 100 hari dalam masa 100 hari itu azie berpantang dengan bertungku..


MIL azie kalau bab berpantang jangan dibuat main2 ,memang pantang betul disebabkan azie czer azie pantang cara czer bab makan semua azie jaga,ada yang kata boleh makan itu makan ini bagi yang normal mungkin boleh tapi bagi yang czer ini pantang dia lebih sikit bukan apa takut gatal.Tambahan azie 2 kali operation nak makan sebarang memang takut


Habis pantang 44 hari lepas seminggu,azie balik rumah MIL cik husben pon suggest agak berurut @ bertungku,oklah azie ikut sebenarnya memang azie nk berurut dekat rumah MIL je,3hari berturut2 fuhh terasa lega sangat badan ini  lepas mengurut .


Awal2 lagi azie dah bagi tahu akak yg urut itu yang azie czer,bila dia tengok bahagian jhtan azie dah kering dia berani pegang perut azie.Azie mula takut jugak tapi dia buat slow2 je seriau tau bila fikirkan diri sendiri dengan keadaan macam itu.
Memang sedaplah akka itu urut,yang pelik bukan azie yang keluar angin tapi akak itu hihi cian pulak azie tengok dia.Akak itu pun pesan dengan azie agar makan minum kene jaga lagi2 anak sulungkan


Entah nak dijadikan cerita nak masuk hari ke 3 urut malam itu azie lupa yang azie still berpantang azie makan taugeh,ambik kau malam itu sakit sangat badan azie ,terasa sengal2 je mula itu azie fikir biasa kot then naik dekat kaki .Esok pagi time akak itu nak urut azie cakaplah badan sakit2 sangat
tak habis cakap akak tu kata semalam makan apa?taugeh yerk..


Tak pasal2 kene tegur dengan kakak tu,dia marah sebab azie cari nahas makan sebarangan.Dia pegang je badan time nak urut itu dia kata ada angin & bengkak aduhhhh patut sakit.Menjak itu azie fobia tengok taugeh lah ini baru berani makan itu pun sikit.


Pesan akak itu,jangan sekali sekala ambik taugeh dalam pantang sebab taugeh itu sejuk..
Ada kes akak itu urut ,budak itu tengah pantang,dia bantai makan taugeh je akhirnya meninggal ,Ya Allah azie dengar pun takut..


Pesan azie pada yang baru lepas bersalin itu,korang jagalah makanminum betul2,pantang betul2,kata orang tua itu ada baiknya pantang bukan untuk sekali ini tapi pantang betul2 sebab nak pakai lama(pahamkan hihi). 


Mama azie selalu pesan perempuan lepas bersalin memang nak kene jaga semua baik luar mahupun dalaman,lagi2 bab kaki segala urat ada dekat tapak kaki kita,waktu berpantang pakailah stokin,kaki bila sejuk badan kita rasa sengal2 je.Mungkin sekarang tak nampak kesanya tapi bila dah tua nanti.
Orang perempuan mudah dapat sakit kaki sebab urat tersimpul2 lagi2 yang salin normal kan sbb meneran time bersalin itu sebab kena jaga betul2..





*********************************************************************************

Macamana pengalaman uolls bertungku meh share dengan azie,boleh jadi manfaat bersama ..share je dekat ruang komen itu 







coretanku :_

takkisah lah korang berpantang cara macamana  ke,tapi jangan lupa bertungku yerk
pesan untuk diri sendiri jugak hihi
sebab yang sakit nanti kita,yang tanggung sakit itu kita jugak

Wednesday, March 25, 2015

Lirik Lagu : Warna Dunia (DCT)






LAGU

WARNA DUNIA


Cerita ertinya dalam
Terbuka dan dibaca
Menjadikan resam warna dunia

Perlahan berdiri lagi
Ubatkan mimpi-mimpi
Meneruskan tanpa ragu arahnya aku

Disangka kan ku lemah, salah tafsiranmu
Jika tak bersuara, akal bersahabat
Waktulah yang menjawab, andai dihakimi
Ketika jatuh, hey aku ampuh

Disapa keperitan, tenang perasaan
Begini pun rintangan, terus perjalanan
Zahirnya bagai kaca, cekal berhadapan
Menepis sakit, hey aku bangkit

Sesekali diri mengalah
Bukanlah tanda lemah
Oh senjata bijaksana berkuasa

Perlahan berdiri lagi
Ubatkan mimpi-mimpi
Meneruskan tanpa ragu arahnya aku

Disangka kan ku lemah, salah tafsiranmu
Jika tak bersuara, akal bersahabat
Waktulah yang menjawab, andai dihakimi
Ketika jatuh, hey aku ampuh

Disapa keperitan, tenang perasaan
Begini pun rintangan, terus perjalanan
Zahirnya bagai kaca, cekal berhadapan
Menepis sakit, hey aku bangkit

Rempuhi ujian
Ku menerima segala
Takkan gentar langkah
Dan menggagahi semua


Warna dunia
Terbias segala
Sembunyi tiada
Senangnya terpancar
(2x)


Disangka kan ku lemah, salah tafsiranmu
Jika tak bersuara, akal bersahabat
Waktulah yang menjawab, andai dihakimi
Ketika jatuh, hey aku ampuh

Disapa keperitan, tenang perasaan
Begini pun rintangan, terus perjalanan
Zahirnya bagai kaca, cekal berhadapan
Menepis sakit, hey aku bangkit

Disangka kan ku lemah, salah tafsiranmu
Jika tak bersuara, akal bersahabat
Waktulah yang menjawab, andai dihakimi
Ketika jatuh, hey aku ampuh

Disapa keperitan, tenang perasaan
Begini pun rintangan, terus perjalanan
Zahirnya bagai kaca, cekal berhadapan
Menepis sakit, aku bangkit..HEY..



click disini





**********************************

Teringat lagu teringat coklet cadbury....
lirik yang menarik perhatian ,yang azie bold kan itu..





coretanku :-

Terbaik DCT... 

Terima Kasih Atas Pengorbananmu..Selamat Hari Polis

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Harini,
Kita menyambut Hari Polis yg ke 208...
Polis & Masyarakat Berpisah Tiada...







Tahun ini 8 tahun cik husben berkhidmat dalam unit prdm...
Tahniah hubby...
Alhamdulilah rezeki tahun lepas dapat sijil perhargaan atas kecemerlangan dalam tugasan..
semoga maju jaya ..semoga diberkati usaha hubby..mudah2an amin..


Mama & Alisya luv u so much baba....







coretanku :_

Biar pun orang keliling perkataan tugas mereka,mereka teguh dengan pendirian mereka tetap menjalankan tugas menjaga keamanan negara biarpun nyawa mereka diambik mereka tetap berjuang .Penat lelah mereka siaplah yang tahu,mereka terpaksa berkorban masa untuk bersama keluarga tercinta...




Resepi : Ayam Masak Lada Hitam Super


Salam Sejahtera


Taktahu nak masak apa lunch nanti..
Nakkan menu yang ringkas & mudah....
Mehh..meh cuba resepi ini.....




RESEPI 
AYAM MASAK LADA HITAM SUPER


Bahan-bahannya :-

  • Isi ayam (lagi best ambik bahagian dada / peha )
  • seulas bawang merah (diiris )
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • halia (dihiris halus)
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
  • 2 keping asam keping
  • segengam lada hitam (ditumbuk halus) _agak2 je
  • sos lada hitam
  • garam





Cara-caranya :-
  • Goreng ayam hingga garing
  • Tumis bawang merah/bawang putih/cili merah/cili hijau/halia  yang dihiris tadi sehingga naik bau
  • Masukan lada hitam yang ditumbuk...
  • Kemudian masukkan sos tiram (agak2) & asam keping
  • Untuk jadikan kuah letakkan sedikit air ,kemudian masukan sedikit garam
  • Agak2 dah pekat boleh masukan ayam yang digoreng tadi
  • Siap  !!



**kalau nak sedap lagi lebihkan halia** 
** Gantikan cili biasa dengan cili bengala pon sedap ..kruk2 gitue bila makan**





Salah 1 menu azie lepas habis pantang,untuk keluarkan angin dalam badan azie tambahkan halia lebih.. Bagi yang menyusukan anak Or anak kene kuning tak digalakan yerk..kalau boleh bagi anak baik sepenuhnya.. lada hitam ini panas sikit








coretanku :-

SELAMAT MENCUBA





Monday, March 23, 2015

Mama paksa Alisya pakai BIB

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Oooyeahhh
kau dah kenapa Azie ooi...
Happy sebab dapat jugak buka blog & update...
Tak syook guna hp rasa tak puas ....

Dah2 jangan merepek lebih2 kang lari story pulak


********************************************




Kenapa muka dak kecik ini muram....
aiyaaahh dia kene marah dengan mama dia..
Alooo marah2 manje gitue


Semua gara2 bila minum susu pasti..pasti meleleh
Dah itu habislah baju..muka...pipi embam itu comot
Ehh bila kita lap dia marah
bukan apa dia rimas...

Alahai anak......


Sebab itu Azie bagi pakai BIB....
Bila dah pakai bib dia tarik2 pulak bib itu
Ishhhhh..geram tau


Tangan dia serba pantas
kita baru pegang botol susu nak bagi dia
Dia dah tarik dulu..
Itu pun bila dak kecik ini betul2 haus
Kalau tak dia tak kisah pun malah puting botol itu dia buat main2..
Dak kecik banyak akal ini....





coretanku :-

Ok mama dah rindu anak mama ini.............sobs sobs

Monday, March 16, 2015

Pabila anak start meragam

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Sebenarnya banyak sangat story nak share
tapi sampai kesudahnya aku lupa dah nak story apa
banyak sangat tangguh inilah rupanya


Alkisah weekend seminggu yang lepas


Minggu lepas 06 mac 2015 
lepas habis kerja balik umah mama azie
packing2 terus gerak balik rumah dekat sendayan 
Azie bagitahu dekat suami nak stay dekat rumah je 
kiranya taklah tidur rumah mak mertua azie
rumah mertua azie 5 ke 10 minit je dari rumah ktorang


Sampai2 sempat lagi tapau makan 
sebab letih 1 hal nak masak payah sebab dapur gas memang tak ada
malam sampai itu Alisya ok je siap gelak2 main2 lagi
nak tidurkan dia pun senang just tepuk2 je


Pagi esoknya kemas2 rumah
tengahari baru gerak pergi rumah mertua azie
makan2 dekat sana
landing2 kejap story2 

Petang itu ajak cik husben pergi jalan2
konon2nya nak bawak Alisya pergi taman dekat Seremban 2
tapi entah kenapa haritu ramai sangat orang macam ada event
Terus cancel then gerak pergi mydin dekat Seremban 2


Seronok kemain Alisya lagi2 duduk dalam stoller
Asal nak  pergi mydin sahaja nak jalan2 
akhirnya membeli jugak penuh stoller 
cik husben beli almari kain,lampu yang sekali dengan radio 
manalah tahu kot2 tak ada letrikan itulah gunanya


Time nak belek2 barang Alisya
tengok gelagat dia semacam,macam meneran lepas itu kentut
boleh tahanlah bau
Alisya boleh gelak2 senyum2 dekat ktorang

Kelam kabutlah nak pilih barangkan 
mana taknya kang dia meragam tak selesa ke apa dah 1 hal
tapi tengok Alisya standy ok 
kitaorang lakibini yang kelam kabut 


Lepas bayar semua terus g bilik persalinan baby itu
dengan cik husben sekali masuk 
tak ada orang pun dalam itu
buka pampers dia tengok2 dia kencing jeeeeeeeeee...
bukan yak pun
huwaaaa ....... alahai anak mamababa ini..



Paham2 jelah lepas tukar semua itu dia dah mula merengek
nak susu pulak
sempatlah lagi susukan dia dulu sebelum dia buat konsert hahahhaa


ini muka dah lega bila dah tukar pampers & dapat susu


Elok dah susu,dia start merengek sebab nak orang dukung dia
biasalah duduk lama2 dalam stroller rimas kot
Balik itu terus ktorang plan pergi makan 
hujan renyai2 pulak malam itu


Nak dijadikan cerita 
elok sampai kedai makan dia ok lagi tau
lepas itu dia start buat hal menangis sekuat hati
Ya Ampun kelam kabut ok 
serba serbi tak kene akhirnya cik husben dukung dia
terus senyap 
orang dekat kedai makan semua pandang
tapi kitorang buat2 taktahu je
tapi dalam hati Tuhan sajalah yang tahu


Punca dia waktu nak cari kedai makan
Alisya tidur dalam kereta
maybe sebab tak cukup tidur itu yang mengamuk
bagi susu pun senyap kejap lepas itu merengek lagi


Sepantas kitaorang laki bini makan
nak gelak pun ada geram pun ada
sabar jelah
Masuk je kereta dia bantai tidur ..

TAPI.......................

Sampai rumah je mula2 ok tau
lepas itu dia meragam lagi

Saat ini ketika ini 
kesabaran kekuatan diperlukan hahahahha
dia meragam..bantai nangis je
bagi susu tak nak
nak dodoikan pun tak nak
nak tukar baju tak nak


azie ngan husben dah risau
maybe sebab balik malam2kan
tahu2 jelah budak kecik
dengan badan dah letih jadi meragam jelah


Puas pujuk 
akhirnya sebab dah letih menangis 
terus tidur tapi dalam tidur itu tersedu2 tau
cian azie tengok dia,sampai azie yang menangis
yelah tengok keadaan anak cmtu


memang lena malam itu
nak bangun bagi susu pun dia tak larat dah 
azie tak sampai hati nak kejut bagi susu


Bangun esoknya dia start pokpekpokpek(bahasa dia)
Pagi ahad azie tinggal berdua je dengan anak
cik husben pergi rumah mak dia temankan mak dia pergi pasar 



Pagi itu jenuh ok nak setelkan 1 kerja ke 1 kerja
tengok anak ok main sorang2 bolehlah azie kemas apa yg patut
tapi tinggalkan kejap je dia dah merengek
sebab tengok orang tak ada
bagi susu lepas itu mandikan dia


bab mandi ini ibarat macam berperang ok
hahaha bukan anak je basah dengan azie2 basah ok
selalu kalau mandikan Alisya cik husben bantu tak pun mama azie 
ini ambik kau sensorang



Azie bukan apa risau bab nak mandikan budak2 kecik ini
takut tangan tak kuat nak pegang dia sebab licinkan
slow2 jugaklah tengok Alisya ok
basah pun basahlah 


Petang itu terus packing2 gerak pergi rumah mak mertua lepak sana
sampai nak balik malam itu
waktu dalam kereta Alisya ok tidur je sampai rumah mama Azie
mula2 ok lepas itu dia menangis /meragam tak henti2
risau sangat,sampai kene marah dengan mama azie sebab balik malam2
huwaaaaa..


Menjak itu,
Azie risau nak bawak keluar anak malam2 
bukan apa orang tua2 pun ada pesan kan 
jangan bawak anak keluar lagi2 lepas maghrib
dia kecik lagi mcm2 dia nampak


Alisya kalau keluar malam2 dekat sini ok 
maybe sebab balik kampung kan lalu kawasan gelap
Pengajaran buat kami lakibini





coretanku:-

Panjang kan story ku hahahha jangan jemu nak baca tau









Hanya Tinggal Kenangan...

Assalamualaikum
Salam Sejahtera



Hai korang,
azie sekeluarga baru baik daripada demam
mula2 abah azie then anak azie  lepas itu azie & suami pulak


Azie demam pun sebab terkejut dengan pemergiaan
mak sedara azie yang berada dibrunei
macam tak percaya je my aunty dah tak ada
Al fatihah


Hari ahad lepas 08 mac 2015
malam itu pakcik azie call kata aunty azie kritikal
Ya Allah terkejut sangat time itu
sebab azie baru tak baru 4hari sebelum itu berwhtassap dengan arwah
Tak sangka hari ahad dengar dah krtikal


Hari selasa pagi mama azie call
kata aunty Azie dah kritikal sangat
kelam kabut azie booking flight untuk abah & pakcik azie
memandangkan azie,suami & mama azie tak ada pasport
jadi abah & pakcik Azie wakil


Akhirnya dapat booking untuk rabu 11 march 2015 6.45am
Tapi sayang sekali arwah  mengembus nafas rabu pagi lebih kurang 3.30am camtu
Terkejut sangat bila mama azie bagitahu kebetulan pagi itu
abah azie baru nak bertolak ke airport


AlFatihah
Hanya tinggal kenangan.....

Last Azie  jumpa arwah waktu my wedding 03 November 2013
Sedih sangat ...arwah baik sangat malah rapat dengan family Azie
Tak sangka 4hari sebelum itu waktu arwah whatsapp Azie arwah seperti
nak mengadu ,tak pernah2 arwah mengadu mengenai family dia


Semoga arwah tenang disana..


Semoga pakcik & sepupu Azie kuat hadapi dugaan ini





coretanku :-
Arwah menghidap asma menurut pakcik azie arwah rebah sebelum koma /tak sedarkan diri 
AlFatihah & Tak ziah

Tuesday, March 10, 2015

saya dah 4bulan lah mama

Assalamualaikum



Pejam celik harini 10/04/2014
my princess nuralisyasofia dah 4bulan
rasa macam baru je beranak
yelah beranak  hujungtahun memang gitue kan


Masih terasa & terbayang pabila perut dibelah
bukan sekali tapi 2kali 
dalam masa seminggu pulak itu
taktahu nak gambarkan macamana perasaan


Walauapapun mama harungi semua ini demimu ANAK
Hope kamu dah besar nanti kamu tak lupakan mama
Mama & Baba sayang dekat kamu
Semoga anak mama membesar dengan sempurna
Semoga jadi anak yang baik
Mama& baba doakan moga anak mamababa ini sihat
kamu kene kuat sayang..




Geram mama tengok kamu ini tau
lagi2 tang pipi,mata,mulut itu
Muaahhhhhhhh


Pandai jaga diri yerk sayang
Alisya jaga nenek,nenek pun jaga lisya tau hihi
Jangan nakal2,cian nenek





Coretanku :-
mama dah start rindu alisya ini




Friday, March 6, 2015

Yeahh esok cuti

Assalamualaikum



Yeayyy
Paling suka hari jumaat sebab esok sabtu & ahad cuti.
Lagi syok bila cik husben pun cuti jugak
Susahkan kalau shift ini
Yelah kita kerja dia cuti
Kita cuti dia kerja..gitulah gamaknya


Itu belum kene ikut kalau cik husben kene transfer
ooooooo tidakkkk


InshaaAllah harini balik rumah
(rumah sendiri) nun di ngori sombilan
Rumah den tak jauh dengan rumah omak mertuoo


Cakap dengan cik husben balik rumah kita jelah
bolehlah feeling2 dengan cik husben & my princess hihi
Bestnya...
Tapi sedihnya tak lama lagi nak sewakan je
memandangkan kitorang lakibini kerja kl
Balik sana pun jarang2 kalau balik pun balik umah omak mertuooo


Banyak dah plan ini...


Okaylah nanti ada story mory aden share2 dokat sini ajolah ehh
Tatatititutu..........




****
Ehhh jangan lupa follow/add my bisnes on at fb
pakaian kanak-kanak berjenama Click Sini
Baju kanak2 lelaki & perempuan
Dengan harga berpatutan (promote gitue hihi)
InshaaAllah new collection bakal menyusul....
Review collection nanti kita share dekat sini ehhhh




coretanku :-

rindu dekat anak....nak balik..nak balik



Alahai anak mama

Assalamualaikum
Salam Jumaat


Biasalah bila dah jadi omak2 ini sifat kenakalan diri terhadap anak  lumrahlah
nakal2 manja dengan anak (belai2..usap2...)
Lagi2 bila anak dah pandai agah2 kita,kita agah dia balik
dah pandai senyum
dah pandai borak (bahasa bby)
dah pandai merajuk..nak manja2 gitu
dah pandai sebut air..(susu)
dah pandai panggil ne..nekk


mama minta kita jadi model shawl...alahai mama


Seronok sangat tengok perkembangan anak
kalau boleh tak nak lepaskan moment2 dia
nak je selalu ada dengan dia
Tapi apakah daya
Bila balik kerja tengok anak depan mata ..SEJUK je hati
Hilang segala stressss


Alahai anak mama.......




kamulah segalanya bagi mama...
sakit waktu mengandungkan kamu...
sakit kene induce..
sakit kene ceaser... nak melahirkan kamu..
sakit kene belah balik ....
sakit kene operation....
mama hadapi dengan tenang,tabah & kuat
semua demi kamu sayang...


Nak melihat kamu membesar dengan sempurna
Anugerah yang terindah daripada_Nya








coretanku:_

Harini atok balik...rindu sangat dekat atokkk
semoga atok selamat sampai



Monday, March 2, 2015

Menuju_Melangkah_Merealisasikan

Assalamualaikum
Salam Sejahtera




Hai March....



Menuju

Setiap perkara yang kita lakukan kita mesti mempunyai tujuan,sebab,dan matlamat.
Begitu jua dengan aku untuk mencapai apa yang aku inginkan aku perlu tahu apa tujuan aku,dimana perlu aku mulakan dan apa target aku dengan itu aku akan terus




Melangkah

Dan meneruskan apa yang aku ingin,capai walaupun dalam masa yang sama pelbagai ujian/dugaan datang menguji.Sebab aku tahu setiap perkara itu tak semudah,sesenang untuk diperolehi kerna tanpa semangat  dan usaha aku tak akan dapat





Merealisasikan

Segalanya...berdiri teguhllah dengan matlamat asal bagi mencapai apa yang ingin aku realisasikan












coretanku:-

Berdirinya aku disini,bukanlah mudah bagun jatuh lumrah kehidupan kerna setiap detik perjalanan hidup itu merupakan titik perjalanan kita yang tak terhitung berapa banyaknya ,ianya bukan sejenis calculator yang mudah.
TAPI aku percaya disebalik semuanya mempunyai makna yang terisrat & tersurat .DAN DIALAH yang MAHA MENGETAHUI segalanya..