Pages

Friday, August 22, 2014

M2B :- Pengalaman Scan 4D_Klinik Fauziah

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Alhamdulilah my baby sudah masuk 28weeks (7bulan) kejap rasanya lagi 2bulan je nak baby nak tengok dunia,rasa tak sabar pulak + gementar+ takut+ happy =macam2 perasaan ada tau


Last weeks sepertimana yang azie hebahkan dalam blog ,azie pergi scan 4D kan,nak tengok keadaan baby & jantina dia.Alhamdulilah segalanya berjalan lancar & akhirnya azie dah tahu jantina baby azie .. i'm so happy & syukur sesangat bila tengok dia sihat


Temujanji di Klinik Fauziah Ampang start kol 4 petang, pihak klinik dah bagitahu awal2 siapa datang dulu dia yang buat dulu,sampai2 azie tunjuk ic then bagitahu yang ada temujanji scan 4D harini ,dorang check yesss nama azie memang ada cuma orang yang tukang scan je tak sampai lagi hihi


Duduk pun betol2 depan bilik scan senang nanti nama kene panggil dengarkan,dapat dalam 15minit macam itu nama azie panggil,siap berpangkat puan macam terpinggar2 kejap sebab selalu kalau pergi checkup ke jarang nurse panggil puan.. hahahaha


Masuk2 je dalam bilik itu,azie disuruh baring,suami azie teman masuk just duduk dekat tempat yang disediakan,Sonographer Puan Suraya pun mulakan sisi menyapu krim & mulalah sisi scan ,time ini berdebar sangat nak tengok baby.Sonographer Suraya ini lembut je orang dia


Mula2 ,scan bahagian kepala baby...yess azie dah nampak kelibat muka baby azie ya ampun macam tak percaya pun ada itulah anak azie yang azie bawa kehulu kehilir selama ini, Suraya kata hidung dia mancung,alahai anak ikut papa dia..rambut pun lebat dahi luas hihi


Time ini baby tidur 


Macam2 gelagat azie tengok die tidur,kejap tangan dekat muka,kejap itu tapak kaki dia dekat muka,step by step Suraya scan ukur bahagian kepala,check jari jemari tangan & kaki,placenta(uri),air ketuban,tali pusat .Apa yang azie risau tali pusat gangu bahagian muka dia,nampak sangat dia rimas..


Azie ada tanya Suraya bahaya tak ??
Dia kata nanti tali pusat itu akan beralih bila dah beberapa minggu...


Time ini Suraya kejutkan baby


Memang sweet je Suraya kejutkan dia dengan panggilan "adik" time ini nak scan untuk tahu jantina baby,puas scan baby takmauuu tunjuk... dia kepit kaki dia + malu2.
Suraya akan usahakan juga untuk mengetahui jantina baby,dia pun ada kata kalau nak nampak dia minta azie buat jalan2 dulu & makan nanti scan balik

Before azie nak pergi scan memang azie dah makan sikit nak kejutkan baby tapi baby still tidur

Akhirnya..... Suraya tengok melalui 2D sebab 4D tak nampak dia taknak tunjuk..melalui 2D dia kata baby azie baby.. GIRL alhamdulilah (nak nanges tapi tahan je )


Lepas scan ,Suraya tengok rekod buku checkup azie,azie pun ada bagitahu yang perut kecik dia kata takapa tak semestinya perut kecik baby pun kecik hihi,tengoklah mak & ayah dia comel itu anak comel je hahaha memang azie gelak je tengok suami bila Suraya kata macam itu



 Sekeping pic yang discan,serta rekod baby ( berat baby,ukuran kepala & badan bby) & lain2 pic masuk dalam bentuk cd semuanya bertotal RM 120.00



Untuk makluman & Temujanji

Klinik Fauziah
No.15 PSN Desa Ampang Taman Sri Ampang,
68000Ampang Selangor

Tel :- 03-42927917



Banyak reaksi positif yang azie baca dekat blog2 yang mana dah pergi scan dekat Klinik ini semua kata puas hati..Sebelum ini azie ada survey beberapa klinik ada yang cecah RM 150.00 tapi di Klinik Fauziah ini azie betol2 puas hati ..




Coretanku :-

Sorry azie tak dapat nak tunjuk pic scan baby,biarlah azie & family je tengok hihi

Tuesday, August 12, 2014

M2B :- Pengalaman Checkup Urin & BP

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Harini azie ada temujanji scan baby 3D 4D dekat Ampang,result scan nanti inshaallah azie share dekat sini yerk,doa2kan mudah2an baby ok, rasa tak sabar pulak sebab nak tahu jantina baby..


Back to story 

Sepanjang azie mengandung ini macam2 pengalaman yang azie lalui , ambik darah,protein tinggi,air kencing kotor,tekanan darah naik,minum air gula,masuk ubat dekat tutttt(yang ini memang takboleh dilupakan ,ngilu ok)
Ambik darah itu jangan cakaplah kadang nak nangis pun ada lagi2 bila time kene cucuk untuk kancing gigi aduhh lenguh dia sampai esoknya. Untk pertama kali pregnant akan kene 2kali cucuk ,now azie tinggalkan 1lagi cucuk


Selalunya, tiap kali pergi checkup azie risau nak check urin (airkencing) bukan apa selalu ada prob samada protein terlebih or kencing kotor . Bila dah kes macam ini mahu tak mahu kene repeat check urin & bp.

 Ini kes pertama check Urin & BP


Bila time check macam ini ,alhamdulilah result ok



Ini Kes ke2 repeat Urin & BP


Time ini bulan puasa & raya
Jenguh nak cari klinik buka time rayakan.
So far result ok pun dah lega


Biasanya last repeat mesti kene jumpa doc sebab doc nak tengok result sepanjang seminggu repeat itu,Kalau korang perasankan BP azie tinggikan aah memang pon sampai kene cucuk ambik darah sebelum raya takut suspek buah pinggang,now resultnya azie tak dapat lagi maybe checkup 25haribulan ini baru tahu mudah2an takada pape2..TAKUT..RISAU..


Ehhh korang perasaan tak date 04/08/14 itu BP azie tinggikan 140 mahu taknya before azie nak p checkup time itu kereta pulak kene langgar mahu tak naik darah tinggi azie time itu,doc yang check pun terkejut ok sampai check balik BP azie alhamduilah turun & siap scan perut takut effect pada baby.
Alhamdulilah baby ok,cuma mula2 sampai dekat KK baby azie macam aktif semacam maybe terkejut kot.


Hope checkup seterusnya nanti takada apa2 prob lagi, risau takut kene minum air gula kali ke2 pulak.Time2 pregnant ini makanminum memang nak kene jaga kan tambahan pulak musim raya semua nak makan. Berat naik mendadak pun bahaya taknaik lagilah jadi kene pada2



coretanku:_

Alhamdulilah kandungan dah 26minggu

Thursday, August 7, 2014

Al Kisah Raya Ku

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


11 Syawal 1435H
Masih mood raya takgitu kawan2ku sekalian..


Alhamdulilah raya tahun ini kira bermakna buat azie coz 1st time beraya dengan suami,suasana itu lain sikitlahkan coz ada suami disisi ( gedik sudah) .Raya tahun ini jugaklah azie beraya dikampung mertua den di ngori sombilan.


Bertambah sayu dipagi raya terkenangkan mama & abah azie, yelah selama 26tahun azie beraya dengan diorang tapi semenjak dah kahwin ini terpaksa berkorban sedikit .Sebelum balik kampung azie & suami sempat salam kemaafan dengan mama & abah memang sedih sangat.


Raya tahun ini,bermakna jugak buat mertua azie sebab akak ipar azie selamat melahirkan anak ke4 pada hari pertama ramadhan ,inshaallah hujung tahun tambah lagi cucu giliran azie pulak hihi mudah2an amin.Oppss lupa nak bagi tahu tema raya azie ngan suami tahun ini hijau turqoise,awal perancangan azie nak tema royal blue akhirnya suami bekernan kaler hijau turqoise ini nice jugaklah
Sedondon gitue


Raya pertama kitaorang balik Bukit Rokan,N9 umah maklong suami azie raya ke2 pulak balik kampung abah azie di Pilin,N9 azie rindu dekat mama abah time itu tambah2 pulak rindu dengan my cousin yang lama xjumpa ,apa lagi bila dah berjumpa berselfielah kami semua


Raya ke4 dah balik kl,alhamdulilah sepanjang azie dekat kampung keadaan kesihatan azie pun ok xada alahan teruk,morning sickness sikit itu adalah .Risau nak jalan jauh2 nak makan pun pada2 takut makan muntah alhamdulilah semua ok


Macamana dengan raya korang?mesti bestkan

Moment yang paling best time raya ini bagi azie,dapat berkumpul dengan family ,saudara mara..ziarah menziarahi sanak saudara,jiran tertangga .Tang makan jangan sebutlah memang sedap je hihi



Coretanku :_

Inilah serba ringkas raya azie tahun ini,tapi bulan ini je jemputan kenduri kahwin full sampai bulan september ..Inshaallah see u next entry ok
Have a nice day 

Wednesday, August 6, 2014

Akhirnya Ku Muncul Jua... Rindu

Assalamualaikum
Salam Sejahtera


Alhamdulilah,akhirnya dapat jua ku coret kt blog kesayangan azie ini..
Rindu...rindu sangat nak menulis setelah hampir 4bulan lama nya azie tinggalkan blog ini
Sebab utamanya azie pregnant memang takboleh hadap langsung komputer apatah lagi nak menulis


Sebab lainnya.....
lupa password blog.... sadis sungguh!
puas godek2 tak jalan jugak...
akhirnya harini dapat jugak buka


Korang rindu azie tak....................???


ehhh banyak benda nak share
sampai taktahu nak mula yang mana... (omg gedik sudah) hihihi
Inshaallah azie cuba slow2 share mana yang hado ehh



Memandangkan masih mood raya
Kironyo masih sempat lagi lah yerk azie nak wish




Selamat Hari Raya AidilFitri
Maaf Zahir Batin
Daripada Shafazie buat teman2 blogger