Pages

Wednesday, February 27, 2013

Aku dapat Surat Amaran!






Surat amaran ,siapa yang bagi ini.Berani betol orang ini ehh .
Relaks relaks.cool beb cool..
Memang dah tak boleh nak cool 






Date...Nama..Function Proposal ... ( tersenyum simpul macam orang  tengah dilamar).Alhamdulilah ini bukan surat amaran TAPI surat maklumbalas daripada pihak yang aku tertunggu dari pagi semalam akhirnya petang semalam jugak aku dapat . Thank Q Encik Manager


Surat ini berkaitan booking dewan & catering untuk majlis aku hujung tahun ini Insha Allah.Segala persiapan haruslah dimulakan dari sekarang lagi2 bab booking2 ini ,nak memilih date pun macam nak berperang je hahaha . (bab ini aku story mory nanti ehh ) berbalik pada surat aku dapat ini mengandungi menu makan untuk tetamu,hidangan pengantin,perkhidmatan yang disediakan and pakej2 lain


Keputusan untuk buat dekat dewan adalah keputusan aku sefamily memandangkan family kedua2 belah mama n abah aku ramai dengan jemputan lagi .Risau sangat tak tahu nak gambarkan macamana perasaan aku bila fikir tentang persiapan ini.Semua kene ambil kira


Aku berharap segala persiapan berjalan dengan baik & lancar serta dipermudahkan segalanya.amin



note : Insha Allah aku akan share dengan korang tentang persiapan aku dengan entry2 berikutnye.mana tahu boleh jadi rujukan untuk bakal2 pengantin macam aku ini....


Tuesday, February 26, 2013

Al Fatihah -Pakcik Busu ku






Al Fatihah

Baru tadi mama aku call bagitahu yang pakcik busu aku
 (arwah abang ipar mamaku)
meninggal jam 10pagi tadi

Last aku jumpa arwah tahun lepas 
 baru2 ini pakcik aku (abang mama aku) call bagitahu yang arwah sakit .



Semoga arwah ditempatkan digolongan orang2 beriman
Al Fatihah 






note : patut hari ini aku rasa macam tak sedap hati..

Monday, February 25, 2013

Review 1: Pelamin Nikah





Tangan aku ini pagi2 dah gatal
gatal duit nak masuk kot
 gaji nak masyukkkkk...

bagi yang kerja kerajaan dah masyukkan TAPI
bagi aku yang kerja swasta ini tunggulah hujung bulan itu kira paling awal paling lewat awal bulan


Tengok2 dah melalut
Okay aku nk share dengan korang "pelamin nikah " aku
hahahaha



Ini antara pelamin nikah yang menarik minat aku

aku tertarik kau memang menarik







sedap mata memandang sedap lagi bila duduk disitu





Cantik kan..
TAPI
 majlis nikah aku buat dekat masjid je .Insha Allah




p/s : tqsm incik google sebab pinjamkan pic diatas hehe..




note : alhamdulilah date dah konfom

Thursday, February 21, 2013

Keperluan OR Kehendak






Barang branded

mampukah kita nak miliki barang2 berjenama ini ...??
cukupkah ekonomi kita..??
perlu ke ...??
atau terikut-ikut dengan orang sekeliling...??



Mampu ke tidak ibarat keperluan ataupun kehendak kita kene pandai bezakan .Jika kita rasa memang keperluan maybe tak salah tapi kalau kita rasa ianya kehendak pun tak salah cuma janganlah sampai membazir


Ekonomi kewangan tak cukup tapi hati teringin nak berbrand2 ini,kadang sanggup tak makan sebab nak kumpul duit .Tapi ada juga yang sanggup meminjam demi memenuhi impian,pakai barang brand2 tapi pinjam macamana itu..??dah itu berlagak ke hulu hilir tunjuk dekat orang barang2 dia pakai semua brand2 .
Kau hado.....


Trend juga menjadi faktor untuk orang terikut-ikut,memang tak dinafikan .. Takutlah disifatkan "ketinggalan zaman"


Ada jugak yang mengumpul barang2 branded untuk dijadikan koleksi .Merantau jauh2 semata2 mencari barang idaman.habisan duit pun sanggup.


Terikut-ikut dengan kawan,tengok member sebelah beli beg gucci dia pun nak up sikitlah beg coach...
"aku tak main beg2 bandel2,pasar malam  20 inggit ini aku punya semua branded2 okay
# eleh cakap je tapi aku nampak kau pergi uptown siap minta diskaun bagai itu apa #.apa kesss...
Ada yang sanggup buang kawan semata2 nak berkawan dengan member2 yang gojes2 je.Jadi hati-hati dalam memilih kawan .




Perlu ke tidak barang berjenama ini terpulang pada individu,jika mampu apa salahnya tapi jika tidak elakkan daripada membazir.Jangan terlampu ikut nafsu sampai sangup meminjam .
Pastikan kita tahu samada ianya keperluan or kehendak



note : tak semestinya yang murah itu tak berkualiti dan yang mahal itu terjamin kualitinya..fikir2kan

Wednesday, February 20, 2013

Keywords Popular



Aku memang jarang2 nak buka nuffnang ,bukan tak pernah buka cuma seminggu sekali or dua kali .Sila salahkan diriku sebab kemalasan menjadi punca.Tapi sekali2 aku buka suka tengok bahagian keywords sebab nak tengoklah apa yang orang cari dekat blog aku ini.
Setiap kali buka inilah yang pasti ada.. Gigih betul korang carikan tapi jangan risau aku memang nak share dengan korang produk apa yang aku guna ,apa yang korang cari semua itu memang ada kalau tak ada tak adalah dalam list keywords inikan.
minyak kelapa d...minyak kelapa d...produk vconano whitemimpi air banjirskinzmimpi banjirproduk nano whiteproduk skinzskinz infinite050100150200
KeywordsHits
minyak kelapa dara168
minyak kelapa dara vco42
produk vco32
nano white26
mimpi air banjir26
skinz22
mimpi banjir21
produk nano white20
produk skinz19
skinz infinite16
Total392


"Minyak Kelapa Dara".memandangkan produk ini memang laris . boleh refer dekat entry aku yang ini CLICK SINI Alhamdulilah aku still amalkan pemakanan produk ini

Anyway aku nak ucapkan ribuan terima kasih dekat korang2 semua sebab singgah dekat blog aku ini.
Terima Kasih NUFFNANG sebab naikan BE blog aku ini...( bab ini inshaallah aku story mory esok yerk)


p/s : bila tengok members2 blog post entry bab nuffnang wooo bestnya ..kenapa mereka boleh kenapa idak aku kan.jadi kene usaha lebih.TAHNIAH members2 blog ku





note : alhamdulilah semangat berblog aku sejak menjak ini makin menjadi .InshaAllah aku akan cuba sedaya upaya post entry2 terbaru yang boleh aku share dengan korang semua

Habislah DIET





Selamat Pagi Uolls
Korang2 dah sarapan pagi ke?

Jangan tak sarapan tau..sarapan pagi ini PENTING sangat


Okaylah pagi ini aku sarapan berat sikit sebab lapar dah
nasi goreng + sardin
(pagi2 ko dah makan nasi goreng)
habislah DIET aku kali ini..main bedal je










note : semoga hari ini aku lebih semangat bekerja 





Saturday, February 16, 2013

Salam Semua -Sleq ft Aaron Aziz




Pertama kali aku dengar lagu ini best sangat
maybe sebab liriknya




kredit to : speedy Hardness



Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua


Bukan ku lupa 
Ku tak akan lupa
Semuanyaku bawa ke situ
Soalnya dimana Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku

Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa ku mencari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar


Kan ku janji mu untuk setia 
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Mama ada Papa ada tolong jaga kan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk dengan bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan kita lancar
Naskar aku balik kampung macam askar

Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua

Kan ku tinggalkan semuanya 
Keluarga yang ku sayangi
Doa dari ibu ayah
 Sokongan saudara memberi kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini..

Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz

Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku

Ada yang kata diriku tak mampu
Bakat di wajah belum tahu laku
Jangan lah coba diri sendiri yang malu
Kemana pergi semangat orang melayu

Ku diberikan kekuatan
Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah 
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan keluarga Dahlia Arissa 
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana


Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggal kan segala nya
Assalamualaikum semua





note :  kadangkala dalam kerjaya memerlukan pengorbanan

Wednesday, February 13, 2013

Kek Coklat Moist Happy Besday

Assalamualaikum


Kali ini aku nak share dengan korang2 semua resepi baru 
resepi ini main sukat2 pakai "cawan" mudah dan senang
Meh2 kali ini resepi yang aku nak share .. 
"Kek Coklat Moist" 
tapi aku transferen pada "Kek Coklat Moist Happy Besday" 


Kek ini aku sediakan sempena hari jadi my MAMA semalam
tapi aku buat awal sehari dan sambut awal sehari sebab excited sesangat 
 Mungkin sebab mood terlebih rajin 


Ingin diingati kek ini mempunyai 3bahagian yang perlu dilakukan sebelum kek ini menjadi KEK hahahaha





Kek Coklat Moist Happy Besday

Bahan (a)


  • 1 1/2 cawan tepung gandum (tepung naik sendiri )(aku guna tepung BLUE KEY)
  • 1 cawan gula halus (caster sugar)
  • 1 butter
  • 6 biji telur 
  • 1 sudu kecil or  (aku guna penutup esen vanila)



Bahan (b)


  • 1 cawan gula caster
  • 1 cawan serbuk koko 
  • sedikit air (agak2)

** bahan (b) ini hendaklah dimasak hingga pekat  kemudian sejukkan **



Bahan (c) untuk topping 


  • 1/2 cawan serbuk koko ( setengah cawan bukan 1 cawan tau)
  • 1/2 tin susu pekat ( i pakai F &N)

** bahan (c) ini hendaklah dimasak hingga pekat (agar2lah) cukup rasa **



Bahan untuk hiasan
gula aising/ buah2an/ manik2
(ikut kreativiti)




Cara-caranya :_
  1. Bahan (b)-serbuk koko,gula,sedikit air dimasak sehingga pekat dan disejukan dan diasingkan 
  2. Kemudian pukul bahan (a) ,masukan gula,butter dipukul hingga kembang kemudian masukan 6biji telur satu   persatu.
  3. Kemudian masukan tepung sikit demi sedikit .
  4. Masukkan 1sudu kecil esen vanila. pukul hingga kesemua bahan serata/sebati 
  5. Kemudian campurkan  bahan (b) yang dimasak tadi  kedalam bahan (a) dan dipukul kesemua bahan hingga sebati 
  6. Bakar dalam 45minit ke 1 jam
  7. bahan (c) untuk topping dimasak hingga pekat or agak2 kepekatannya 

bahan c



Inilah hasilnya setelah dibakar



Untuk mencantikan lagi kek ini bahan (c) untuk topping itu disapu atas kek barulah nampak cun



pic atas.. kek yang disapu dengan bahan c 
pic ke2... ditaburkan dengan gula aising
pic ke3.. dihiaskan dengan manik2 ..ikut kreativiti









happy besday MAMA




SELAMAT MENCUBA




note : Alhamdulilah dapat jua aku siapkan kek ini.firstime buat in sha Allah akan dibaiki lagi mana yang kurang

Tuesday, February 12, 2013

Selamat Hari Jadi MAMA

Assalamualaikum


Still cuti CNY esok baru naik kerja..


Alhamdulilah hari ini 12 Februari  besday my mama yang ke......??
Semoga diberi kesihatan yang baik, murah rezeki, bahagia disamping family tercinta


Bila tengok mak kita sihat dan happy
Kita pun terasa happy
Semangat je alhamdulilah
Thank Q ALLAH..


Pic lama ini tak silap tahun 2010/2011 macam itulah 



♥♥♥♥♥♥♥Selamat Hari Jadi MAMA♥♥♥♥♥♥♥



note : cuti CNY korang pergi mana...??

Friday, February 8, 2013

Tudung Fareeda-Lurvely Hijab

Assalamualaikum


Semalam member aku text tanya aku ada dekat rumah ke tidak sebab nak hantar tudung 
 ohh yerk tudung baru dah sampai katanya
 sambil2 itu aku tengah feeling2 layan Setia Hujung Nyawa . 


Sekali dia sampai 




siap pack dalam bekas ini memang cute miut aje
kualiti terjamin.sebab tudung ini jenis berAWNINGkan 


Memang rambang biji mata nak pilih yang mana kalau boleh semua aku nak 
Akhirnya aku rembang 2 pasang sebelum ini aku dah rembang 2pasang kesemuanya 4pasang



pokodot itu peten baru 
purple pink itu aku nak pakai time sepupu aku tunang nanti bulan march ini memandang tema dia pink purple seharusnya ikut temalah baru awesome



Alhamdulilah  tudung ini sangat2 selesa bila pakai,senang bentuk ikut muka korang yang kiut miut itu,3layers ada plain & corak.Harga pun berpatutan 
Selain tudung,produk muka,lotion fellina pun dia jual



Macamana nak dapatkan meh click LURVELY HIJAB -FACEBOOK


ini antara koleksi tudung yang aku beli daripada member aku ini  click sini
sila abaikan muka aku itu hahahaa





note: thankz Q wanie nanti ada peten baru lagi hantar dekat rumah yerk... nasib rumah member aku ini dekat dengan rumah aku..


Thursday, February 7, 2013

Perempuan Memang Suka Merajuk


Assalamualaikum


Nak tanya korang pernah merajuk...??
Mestilah pernahkan..membohong kalau tak pernahkan..nampak nipunya itu


Merajuk yang aku maksudkan okay street the point bila kau dah bertunang or bercouple .
Orang kata bila dah bertunang ini banyak rintangan/dugaan darah maniskan..sabar nan tak sabar ajelah .
Bila bercinta lain perangainya then bila bertunang lain lagi.kadang nak tahu perangai dia sebenar time bertunang inilah..Time couple samada perasan dan tak perasaan ajelah pasangan itu macamana..


Selalu yang merajuk sah2 perempuan kan.. lelaki pun ada jugak tapi jarang2 kot or merajuk dalam hati siapa tahukan . Bagi aku sebagai perempuan merajuk ini "unik"  
Bila dah merajuk memang nak mintak dipujuk,diberi perhatian... hakikatnya perempuan kan berjiwa sensitif,lemah lembut suka dimanja2 hehe


Time aku kursus ,penceramah ada tanya dekat orang lelaki..
dah bertunang..??
tunang cepat merajuk tak..??
kalau dia merajuk kamu pujuk tak...??

** jawapan daripada penceramah @ ustazah itu .. tak payah pujuk **


Ha'ah tak payah pujuk....?? (dalam hati akulah,kenapa) 
pujuk diri sendirilah jawapannya kita merajuk kita pujuk balik diri kita.siapa suruh merajuk..
Lepas ini tengok pasangan korang kalau korang merajuk dia pujuk tak.kalau tak pujuk paham2 sendirilah hehe


Macam aku sejak2 ini memang kerap merajuk,aku pun taktahu kenapa perubahan hormon kot.kadang benda itu tak adalah besar mana pun tapi tuptup merajuk,kan dah kata perempuan ini sensitif .
Tapi aku bila merajuk aku senyap kang bila dia buat lawak yang tak berapa lawak okay balik ,mulalah senyum simpul nampak tak mengada dekat situ..hahahaa


Rata-rata bila aku tanya member or member2 aku share dia kata "aku semenjak2 ini asyik nak bad mood/merajuk " nasiblah tunang aku paham. itu kalau kene yang paham kalau yang buat taktahu je memang kadang makan hati .jawapannya pujuklah diri itu sendiri.


Inilah dinamakan kehidupan, kalau tak bergaduh,bertekak,merajuk macam kurang pulak
Time inilah nak tengok kesabaran kita itu macamana,boleh handel sesuatu itu dengan baik mahupun sebaliknya.
Kau kene paham pasangan kau and pasangan kau pun kene paham kau juga..baru adilkan.
perlu ada sikap tolak ansur, saling menghormati , mengalah ..



Tapi aku tahu,orang lelaki ini bila pasangan dia asyik merajuk je memang diaorang bosan,nanti ada aje ayat yang keluar dari mulut dorang itu menandakan dia tak suka anda merajuk tak tentu pasal or asyik merajuk aje..



 p/s : peringatan untuk diri sendiri jugak hehe....
yang sempurna itu datang daripada NYA,yang kurang itu datang dari diri sendiri....


note : jemput makan bihun soto.....

Wednesday, February 6, 2013

Part 1: Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum


Alhamdulilah sabtu & ahad lepas (2-3/2/2013) selesai jua "Kursus Pra Perkahwinan" yang aku & encik tunang ambil dekat Senawang,N9..Alhamdulilah dipermudahkan segalanya ,sijil pun dah ada ..Bolehlah nak uruskan perkara2 yang lain pula





Penceramah pun best2,sporting pulak itu...ramai tak ramai adalah dalam 107orang peserta kursus.kebanyakan peserta muda mudi ,muda2 dah nak kahwin itulah dinamakan JODOH hehe.. Hope apa yang disampaikan oleh penceramah menjadi ingatan buat kami yang bakal mendirikan rumahtangga In Shaa Allah .


Ya Allah semoga kau permudahkan segalanya...



note : tinggal berapa bulan aje lagi..pejam celik pejam celik......risau........

Friday, February 1, 2013

Cuti Sempena HARI WILAYAH

Assalamualaikum

motif gambar
sebab cuti  hahaha




Hari ini 1 FEBRUARI warga yang bekerja di KL cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan


Aku yang bekerja di Selangor pun dapat cuti..Thankz Q BOS bagi cuti



Selamat Hari Wilayah Persekutuan







note : maybe time ini aku dalam perjalanan balik kampung encik tunang sebab ada urusan.semoga dipermudahkan segalanya,amin ya rabbalamin