Pages

Friday, April 27, 2012

mood : cuti

Assalamualaikum


Aku memang suka bila hari jumaat sebab esok sabtu cuti,biasalah bagi warga pekerja memang menunggu time cuti sebab dapat relaks tension.jejalan or sbgainya.tapi ada jugak yang sbtu kerjakan nak buat mcmana tak dapat den nk nolong.

Esok aku sefamily akan berangkat ke kampung mama ku di johor bahru.rasanya lama jugak tak balik last raya tahun lepas ,kerinduaan aku pada cousins2 pokcik mokcik aku tak tergambar rasanya..best bila dapat kumpul reramai macam ini.

Balik kali ini 4hari je memandangakan selasa memang cuti umum HARI PEKERJA ..jadi isnin ambil mc ..Rasa dihati nak jejalan 1 johor kalau ada kesempatan,haruslah aku mengajak pokcik & mokcik aku berjalan .

Rumah pokcik aku dekat area plaza angsana tahu idak plaza angsana itu.....kira tiptop lah sbb ramai artis populorrrr byk buat persembahan dokat sanooo...


Dah lama tak jejalan dekat pantai lido boleh tgk sgapore ..nk poi pasport no aktif lagi nohhhh.kalau idak boleh melawat mokcik den dokat sanoooo...(tertiba dalek nogori kan) biasalah ayah den org nogori tapi den ini tak lohh pandai bonar nk kecek nogori ..hahahaha bila bercampur ngn sepopu keluarlah dalek nogori den ..


okaylah nk says byeeee...
mood bercuti dah mula.............




note : keluar dari kl buat beberapa hari ini sebab kl kecoh ngan bersih bagai..tk suko den

Thursday, April 26, 2012

Operation kecik-Part 2


Kesinambungan dari part sebelumnya PART 1

Tiba aku dekat klinik mmg tk ramai orang just 2 or 3 kerat orang je ..Tunjuk kad opmnnt n just tunggu nama dipanggil je.Cuak....aku mmg takut tapi mama aku ade pesan bykkan baca selawat & jangan tengok orang keluar masuk dr bilik itu sbb nanti perasaan makin taku...-INGAT tau

Dupdapdupdap...dalam pukul 10.35am nama aku dipanggil,nasib abah aku ada tapi dia tunggu dekat depan jelah.masuk2 je doktor & pembantu dia siap tunggu ,dah makan..??? doktor itu tanya aku jawap dah ..okay

aku baring doktor itu mula sapukan kirim & bius bagi kebas2 dulu..Fisttime ini rasa ubat kebas kemudian aku diarahkan keluar bilik itu tunggu dia panggil maksdnya nak bagi ubat kebas itu rasa .Ya ampun mmg bibir rasa tebal semacam n mulut aku dh tak rsa apa...dapat 5/10 minit aku dipanggil..
Time inilah operasi operation aku bermula......


Aku tak henti2 berdoa & selawat agar dipermudahkan segalanya...doktor itu dibantu oleh doktor pelatih...Aku mmg nampaklah peralatan yg digunakan mmg aku tak kejamkan mata pun just pandang lampu dekat atas je..aku tetap selawat lagi dalam hati sbb waktu itu aku nampak doktor itu nk cabut susah skit n terpaks bedah skit ( sebab itu dinamakan operation kecik) 

Akhirnya dia suruh aku kumur...aku smpat tanya doktor itu,dah cabut ke?
Dia senyum & kata sudah ...
Ya Allah syukur & lega sangat2..........

Kemudian...........................................................

Kene jahit sikit bhgn yg dibedah itu...still tak rasa cuma nampak gunting & jarum je

Alhamdulilah waktu cabut itu mmg tak darah sangat,doktor akan tanya patient dulu samada boleh tgk darah or not bukan apa ada kes patient tak boleh tengok darah n pengsan....


 Lepas selesai semua itu,doktor beri penerangan sikit apa yang akan berlaku lepas surgery ini,dia kata mana2 surgery akan rasa sakit sikit or lama depend pada pesakit itu sendiri lah

* akan berlaku bengkak pd bhgan yg dicabut...
* kene jaga & mkn ubt yg diberi utk elak bakteria berlaku
* makan -makanan yg lembut2
* jangan berkumur2 buat msa ini just ludah je......kalau berkumur boleh membuat pendarahan
* kemungkinan berlaku pendarah-depend pada pesakkit(tak semua /kdg2 je berlaku)
* tak boleh makan lepas operation dalam masa 6 jam
* banyakkan rehat n kurangkan bercakap
*sekiranya berlaku pendarahan cpt rujuk balik
*makan-makan sejuk.....JANGAN yang panas2
*buka mulut perlahan sbb kene jaga bhgn yg dijahit itu
*selepas seminggu kene dtang balik sbb nk chchk bahagian yg kene jahit itu
* ubat kene makan...wajib -kalau nk cpt baik 



Selepas semua ini selesai aku mmg rasa lega cuma perasaan takut ttp ada sebab apa yg akan berlaku selepas ini....sakit ke berdenyut2 ke..darah ke.....

NAK tahu apa yg berlaku lepas itu kene tunggu next entry tau...


note : jangan behenti baca tau tgu next entry pulak.......




Operation kecik-Part 1

Assalamualaikum

Alhamdulilah dengan keizinannya aku dah start kerja in today,Fistly nak ucapakn ribuan terima kasih atas sokongan member2,family yang byk bg semangat dekat aku .Sebab apa ehh seperti yang dijanjikan sebelum ini aku ada kata akan ada "operation kecik" kan,operation itu dh selamat aku jalani selasa baru ini 24/4 .Mesti korang tertanya operation apa kan kalau dengar opertion je orang mesti gerunkan macam itulah yg aku rasa bukan setakat gerun,risau ,cuak hmmm mcm2 lah hehe

Operation yang aku maksudkan itu adalah operation gigi bongsu ku...saintifik name (minor oral surgery-mos) 

*kenapa dengan gigi bongsu...??
-gigi aku nie tumbuh tapi tak naik mksdnya mcm terbantut (kelakar lak kan) 

*bahaya ke..?
- nak kata bahaya itu entahlah tapi kesannya susahlah nak makan & buatkan gigi tue rosak

*mcmana operation itu..?
- sebelum operation doktor akan beri ubat antibiotik -makan ubat itu selama 4 hari(better habiskan)
Tujuannya membunuh kuman & utk  antibodi kita nanti bila operasi operation itu dilakukan

*ada kesan sampingan ke pengambilan ubat antibiotik itu..?
- TAK ada apa2 kesan just telan ubat itu sebelum makan-3 kali sehari mksd nya 4 hari ada (12 biji)

* Perasaan kita itu..?
- Hmm taktahu nak kata apa ..yg penting semuanya berjalan lancar ..tawakal pada-NYA
Banyak berdoa n selawat...

* Sebelum operation..??
-makan dulu coz lepas operation tak boleh nk makan........


Perasaan aku makin dupdap kita smpai dekat klinik pergigian ini..lupa pulak aku buat dekat klinik swasta bukan kerajaan...
opmnt aku pukul 10.30 am tapi aku disuruh datang awal 15minit jadi pukul 10.00am aku dah smpai......

 Apa yang berlaku lepas itu.....????
see next entry.....:D


note : kesinambungan di PART seterusnya....

Friday, April 20, 2012

Produk VCO-minyak kelapa dara setelah menggunakannya..

Assalamualaikum
Selamat pagi...



Hari ini azie nk share ngan korang 1 produk yang azie dah guna dalam masa lbh kurang 2 weeks .alhamdulilah lepas menggunakan produk ini azie puas hati sangat2 sebab apa .....


Antaranya :-
-Kulit azie jenis tk serata walaupun mcm2 produk muka yg azie pakai...
-bwh mata azie ade bintik2...now dah kurang skit...
-kulit muka tak berminyak lagi2 lepas bangun tidur.
-bila kita ada resdung mesti akan ada putih2 alaa2 jerawat di tepi hidung..now semua itu hilang lepas guna produk VCO ini
-lebih rasa semangat kalau idak cepat rasa letih
-berat makin turun sikit2 .....
-kulit rasa lebih halus mcm kulit baby hehehe
-sistem penghadaman/percernaan makin okay...suke sangat
-kulit azie jugak jenis cpt naik ruam2 kalau panas skit mesti merah2  & gatal2 lagi2 bila tersalah mkn alamatnya paham2 jelah kan tapi sejak guna produk VCO ini semua hilang.


Apa yang azie hdpi diatas nie bukan olok2 tau mmg terjadi...
sebenarnya nak ikut keberkesananya terpulang pd individu tersebut samada cepat or lambat..ada yg guna seminggu dah nampak perubahan ada  itu 2 minggu or sebulan..


VCO ada mcm2 jenis..tapi azie ambil yang ini :_





 
gambar vco drp empunya facebook zatie catalyst





MINYAK KELAPA DARA
  adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia dimana struktur asal dalamnya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba & kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamnya berubah, dapat membawa kemudaratan kepada manusia yang memakanya.

VCO sangat berkesan untuk sesiapa yang ada masalah seperti di bawah :

  *jerawat dan kulit muka berminyak
* kitaran haid yang tak teratur
* selera makan yg terlalu tinggi
* letih dan kurang energy
* masalah kencing manis
* stretchmarks & tona kulit yg kusam





Antara khasiatnya:
. Menyokong fungsi sistem imunisasi & metabolik yang sihat.
. Mengurangkan berat badan.
. Menyediakan satu sumber tenaga yang segera.
. Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lemak yang lain.
. Nutrien paling penting untuk kesihatan yang baik.
. Memudahkan penghadaman & penyerapan zat makanan.
. Membantu untuk mengawal kencing manis.
. Masalah esteoporosis
. Masalah penuaan pramatang & pengerutan kulit.
. Melembut & melincinkan kulit.
. Mencegah jangkitan bakteria, virus & kulat.
. Mengurangkan risiko penyakit Kanser, aterosklerosis & lain-lain.





- jenis softgel
- pengambilan 2biji sehari  samada sebelum makan or lepas makan

sory pic nie tk edit pun ..:D
 sebelum                                selepas


-boleh sapu dekat muka-just cucuk sikt dekat softgel tue ...bau pun best bau kelapa wangi sgt...
cara azie guna : samada mkn 2pil tu or 1makan 1 lagi sapu dekat muka 






Siapa2 yang nk dapatkan produk & info nie boleh click dekat link yg azie bg kt bwh nie:_




note : jom apa tunggu lagi mailah cuba..hasilnya sangat baik ...
bagi yang dah guna jom kita share pendapat selepas guna produk ini....

Thursday, April 12, 2012

Katakan Tidak Pada M....TAPI bukan M pada nama

Assalamualaikum,selamat sejahtera


Semalam cuti today kerja seharusnyalah kan.TAPI hari ini mood "M" dah menjelma dalam diri aku ini makin aku singkirkan jauh2 makin dekat pulak dia datang mcm ditarik2 .suhhhhhhh ke lain pulak bunyinya itu. Kalau sebelum2 ini boleh aje online sambil2 buat kerja now terasa nk on9 je sepanjang hari.teruk benor perangaikan
Katakan tidak pada rokok ehh silap pada M Bukan pada nama anda tapi pada "MALAS"

Online..online...oonline sampai lebam


Now apa yg aku rasa sekarang


Bila bos masuk mulalah gelabah tak tentu pasal buat2 menaip..kunun2 nyelah padahal chat ngan kawan2 dekat ym /fb


Tapi alangkah bagusnya bila boleh berkeadaan mcm ini



Fuyoooo...kau hado...
3 in 1 ..online..kerja..senaman....jum try buat kalau rasa tk terkehel lah
Esok mintak mc dekat bos sbb kaki..badan dah berlipat2





note : now nk hilangkan rasa gemeruh coz minggu depan ade operation..dupdapdupdap

Monday, April 9, 2012

Teringat Kata-katanya.....

Assalamualaikum

Mengantoknya..ini semua gara2 ABPBH lah ini,tertiba nak salahkan abpbh ehh haha apa pun tak boleh(aptb) maybe sebab aku minum nescafe sebelum tido ambil kau aku dapat lelapkan mata pun dalam kul3 kot tahu2 kol5 loceng bunyi dahh...

Sebelum tido sempat jugak berwhatsapp ngan mr.s dia suruhh aku tido tapi msg aku je apa dahh,sampaikan apa yg dia bagitahu malam tadi buat aku suspens je hope tiada apa2 yang berlaku..awak suka buat saya risauuuu!
Lepas itu aku nk lelap pun dah tak boleh ...


Sampailah pagi ini time nak p kerja aku still teringat apa yg dia pesan/kata malam tadi.Tambahan pulak otw nak pergi kerja boleh pulak aku tengok excident dekat taman connought teruk gak hancur kereta itu tak kurang itu jugak time abah aku nk masuk simpang boleh pulak kereta depan itu brek emengency fushhhh selamat abah aku elak kalau tak.....dupdapdupdap jantung aku time itu


Mood : teringat kata2 dia ......


Note : Tahniah dekat abg aaron aziz monang malam td.....nak kata gak kak maya karin malam itu cantik + pulak gaun die fuyoooo lawa lahh...aura ombak rindu...:D

Thursday, April 5, 2012

semalam bos bagi cuti...

Assalamualaikum..


Semalam terbantut aku nak mengupdate blog akibat peristiwa/kejadian yang berlaku dekat office,seram weyy nk dengar ke buka mata bulat2 tau...Semalam bos aku bagi CUTI..alkisahnya pintu gate dekat office ini tak boleh nk buka........!!! akibatnye tak dapatlah aseh nk masuk office nak tunggu org repair dia kata potang baru mai akhirnya bos bagi balik awal yeahhhh tapi aku lepak dekat office member aku jd staff baru dekat office die hehee...Terima kasih yerk akak2 bg saya tumpang 

-sory tk seram pun-
jgn marah yerk
 

Semalam jugaklah mcm2 yang berlaku dekat aku ... Tunggu bas dari pukul 5.30pg smpai kol 6.15pg tak smpai2 last2 aku ngan mama aku naik teksi.(time itu hujan).Sampai dekat stesen BTR tren pulak lambat sbb ada masalah teknikal katanyalah....Sampai office gate pulak tak boleh nk buka.Dugaan.....



Ada hikmah disebalik semua ini



note :  mengantoknya...smlam tk boleh nk lelap






Tuesday, April 3, 2012

Mimpi Banjir

Assalamualaikum


First entry untuk bulan april ini,soryy byk2 sbb lmbat mengupdatekan diri dekat blog ini cehwahhhhh....
Permulaanya pun aku dh blur nk habaq mai apa , sory yerk kadang2 aku ini blur2 skit kadang2 tue banyak jugak hahaha,siapa yang kenal aku tahulah aku ini mcmana .

Tanpa membuang masa sebab aku ini jenis suka nk cerita lain tapi yang keluar lain haha soryy lah yerk kawan2ku...Semalam memang bestlah tido kan tido mmglah best siapa kata tak best angkat kaki.
Tengah sodap2 tido boleh pulak aku mimpi "banjir"korang pernah mimpi banjir tak?????? aku masuk ini kira 2 or 3 kali jugak lah boleh pulak dalam mimpi itu kwn2 aku ada...cik bedah @ bed ,family aku ..sape lagi ehhh aku lupa pulak dan2 nie...

Banjir tue berlaku  area rumah aku,jelas weyyyy terkejut pun ade..sampailah pagi dalam pukul 4 baru aku terjaga sebab kol 4.30 aku dh kene bangun...Lepas2 siap2 aku pun bagilah tahu dekat mama aku pasal apa yg aku mimpi malam tadi...


aku : mama,malam tadi ..... mimpi banjir
mama aku : banjir....okay lagi jangan mimpi  terbakar je
aku  : kenapa...???
mama aku: kalau terbakar mcm benda tak elok
aku : ooo..banjir kalau tak salah..... murah rezeki kan mcm itukan
mama aku : yup mana tahu rezeki nak dapat gaji
aku : harap2lah mcm itulah or mana tahu dapat kerja baru ke..amin2
mama aku : insyaallah ....(muka mama aku happy)
aku : syukur sgt2 kalau dapat 


simbol ' ...... ' bermaksud nama panggilan aku pd mama aku hehe


Nak percaya 100% mimpi ini pun tk lah sgt,apa yang berlaku hanya Tuhan sahaja yang tahu...kalau terjadi/berlaku maybe secara kebetulan je...Tapi tentang mimpi banjir aku sebelum2 ini alhamdulilah time itu rezeki dtg dpt renovation dapur,lepas itu aku naik pangkat  amin2



 note : yakinlah pada NYA kerana dia lebih maha mengetahui segalanya,bersyukurlah atas nikmat yang diberi & berdoalah padanya agar setiap langkah kehidupan kita dirahmati & dilindungi oleh NYA...amin2